Anda di halaman 1dari 5

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/5

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 Keluaran 03 | Pindaan 00

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR KOTA TINGGI

MINIT MESYUARAT LINUS KALI KETIGA 2013
Tarikh : 7 OKTOBER 2013 (ISNIN)
Masa : 1.20 petang
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : Puan Sauma binti Mohamed (Guru Penolong Kurikulum,
SK Bandar)
Kehadiran (Bilangan) : Dilampirkan
Turut Hadir (Jika ada) : -

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang
telah dapat hadir.

Tindakan:
Semua guru

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dicadangkan oleh : Puan Siti Norma bt Md Osman
Disahkan oleh : Puan Haslinda bt Salleh

3. PERKARA PERKARA BERBANGKIT
TIADA

4. FOKUS MESYUARAT

4.1 PDP LINUS 2.0
4.1.1 Pegawai Fasilinus PPDKT iaitu Tn Hj Abd Latif dan En Pahlawi
telah datang ke sekolah ini untuk memantau permasalahan murid-
murid semasa dalam sesi PDP. Masalah ini adalah berkaitan
dengan murid Tahun 3 yang masih belum berada di tahap
Menguasai bagi Literasi dan Numerasi. Pegawai Fasilinus telah
mengadakan perbincangan bersama Pn Zamatun, Pn Rokiah dan
Cik Safura (Guru Ganti Pn Maisarah yang sedang cuti bersalin).

PK07 Pengurusan Mesyuarat
PK 07/5

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 Keluaran 03 | Pindaan 00

4.2 Karnival LINUS 2.0 2013
4.2.1 Pencapaian pada tahun ini sangat merosot, di mana hanya
memenangi saguhati sahaja bagi Pertandingan Pengurusan Bilik
Darjah Tahun 1 bagi kelas Tahun 1 Bijak dan 1 Cerdik.
4.2.2 Setelah membuat pemerhatian, ini adalah disebabkan:
4.2.2.1 Kekangan masa untuk membuat latihan. Penyelaras tidak
sempat membuat taklimat bagi pertandingan yang diadakan
kerana tidak sihat setelah diserang demam denggi dan
chicken pox selama dua minggu. Pn. Mawar Afizan juga
tidak sihat pada masa itu.
4.2.2.2 Murid juga menarik diri pada minggu terakhir dan saat akhir.
2 orang murid (Wan Azizi dan Fahmi Razi dari 2 Cerdik)
tidak hadir setelah diserahkan surat kebenaran kepada
ibubapa dan ini membuatkan pertandingan tersebut tiada
penyertaan. Seorang murid iaitu Muaz Naufal dari 1 Cerdik
tiadak dapat hadir pada hari pertandingan kerana diserang
demam panas. Pertandingan ini melibatkan dua peserta dan
pertandingan ini juga terpaksa dibatalkan dan tiada
penyertaan di saat akhir.
4.2.2.3 Pn Sauma meminta Penyelaras membuat Post Mortem di
atas kekalahan di dalam Karnival LINUS 2.0 2013.

Tindakan:
Penyelaras

4.3 Bilik Pemulihan Khas
4.3.1 Keadaan persekitaran di dalam bilik pemulihan khas hendaklah
dikemaskini dan sesuai untuk pembelajaran murid-murid. Ini adalah
selaras dengan arahan Pegawai Fasilinus PPDKT yang telah
datang untuk pemantauan sebelum ini.
4.3.2 Perabot yang tidak diperlukan dan tidak sesuai hendaklah
dikeluarkan dari Bilik Pemulihan Khas.

Tindakan:
Pn. Maisarah, Pn Rokiah
Dan Cik Safura (Guru Ganti)

4.4 Didik Hibur
4.4.1 Didik hibur hendaklah diaplikasikan di dalam sesi PDP.
4.4.2 Guru hendaklah memberikan latih tubi kepada murid-murid untuk
meningkatkan prestasi murid-murid. Matematik diberi dalam bentuk
pengiraan dan Literasi dalam bentuk bacaan.
PK07 Pengurusan Mesyuarat
PK 07/5

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 Keluaran 03 | Pindaan 00

4.4.3 Jangan beri murid 2 Cerdik kebenaran ke bilik air kerana mereka
terlalu kerap keluar dari kelas dan suka membuang masa di luar
kelas.
Tindakan:
Semua guru

4.5 Mohd Shahrizal dan Nur Alya Natasha (3 Cerdik)
Untuk makluman semua guru:
4.5.1 Mohd Shahrizal Takut dengan orang yang beliau tidak biasa
jumpa / kenal. Ini akan menyebabkan beliau tidak mahu keluarkan
suara apabila ditanya.
4.5.2 Nur Alya Natasha Mempunyai masalah diskalkulia iaitu
mempunyai masalah dengan nombor. Beliau sudah dibawa untuk
pemeriksaan doktor dan telah disahkan sebagai murid yang
mengalami masalah diskalkulia.
Tindakan:
Semua guru

4.6 Program Bersama Ibubapa Murid LINUS
4.6.1 Pn. Sauma juga meminta membuat program untuk bersama
ibubapa murid LINUS untuk penerangan tentang LINUS dan
kelemahan anak-anak mereka.
Tindakan:
Penyelaras dan semua guru
LINUS

4.6.2 Kesilapan yang disedari oleh Pn Rokiah adalah Sek. Keb. Bandar
tidak menghantar pemeriksaan doktor untuk semua murid
pemulihan khas tetapi hanya menghantar murid-murid yang betul-
betul bermasalah.
4.6.3 Sekolah lain banyak yang telah menghantar murid untuk
pemeriksaan doktor untuk melepaskan diri iaitu supaya sekolah ada
sebab atau alasan kenapa murid ini masih tidak menguasai Ujian
Saringan Literasi atau Numerasi.
4.6.4 Ada ibubapa yang tidak dapat terima anak mereka LINUS. Bagi
ibubapa yang tidak dapat terima anak mereka LINUS, buat surat
akuan tidak membenarkan anak mereka untuk membuat
pemeriksaan doktor.

Tindakan:
Penyelaras dan semua guru
LINUS

PK07 Pengurusan Mesyuarat
PK 07/5

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 Keluaran 03 | Pindaan 00


4.6.5 Murid bernama Amirul bin Effendi mempunyai masalah iaitu selalu
berada dalam dunianya sendiri. Tulisannya tidak kemas dan tidak
menulis diatas garisan.
4.6.6 Pn. Sauma juga meminta guru mengadakan program untuk
meminta ibubapa membantu anak-anak mereka dalam
pembelajaran.
Tindakan:
Penyelaras dan semua guru
LINUS

4.7 Keceriaan Bilik Darjah
4.7.1 Penyelaras meminta kebenaran GPK1 dan Guru Besar untuk
menanggalkan grill di dalam bilik darjah Tahun 1 Cerdik untuk
mengelakkan kejadian grill jatuh ke atas murid. Ini juga adalah
sebagai langkah keselamatan agar kejadian itu tidak berulang lagi.
Tindakan:
Penyelaras, guru-guru dan
pekerja

4.8 Pengiraan Peratus Murid Menguasai dan Tidak Menguasai
4.8.1 Pengiraan peratus bagi murid menguasai dan tidak menguasai
akan ada perubahan iaitu murid ponteng akan dikira di dalam
bilangan murid.
Tindakan:
Penyelaras dan semua guru
LINUS serta makluman Guru
Besar dan GPK1

4.8.2 Pn. Sauma juga menyatakan bahawa ini adalah sebahagian dalam
E-Prestasi, dimana apa yang perlu guru ambil tindakan jika ponteng
berterusan.
Tindakan:
Penyelaras dan semua guru
LINUS serta makluman GPK
HEM dan Guru Bimbingan
dan Kaunseling

4.9 E-Prestasi
4.9.1 Sahsiah dan kehadiran murid di dalam bidang ko-kurikulum juga
dikira di dalam prestasi guru.

PK07 Pengurusan Mesyuarat
PK 07/5

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 Keluaran 03 | Pindaan 00

5. HAL HAL LAIN
5.1 SPPBS En. Khairuddin mengatakan bahawa setiap sekolah hendaklah
mempunyai murid yang mencapai Band 6.
5.2 Untuk mencapai Band 6, guru perlu lihat tahap penguasaan murid kerana
murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza.
5.3 Band 6 adalah lebih kepada bentuk projek.
5.4 Guru juga mestilah membuat kajian tindakan untuk mencari penyelesaian
bagi murid bermasalah. Contoh: Guna carta perkataan.
Tindakan:
Penyelaras dan semua guru
LINUS

6. PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh pengerusi.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.



Disediakan oleh, Disahkan oleh,

______________________ ________________________
(Zamatun Nasrah bt Marwan) (Pn. Nurlia binti Mohamad)
Penyelaras LINUS Guru Besar
SK Bandar, SK Bandar,
Kota Tinggi, Kota Tinggi,
Johor. Johor.







Sk.
GPK 1
Fail S/U Peperiksaan
Fail Pengurusan Mesyuarat
Fail Induk LINUS 2.0

Anda mungkin juga menyukai