Anda di halaman 1dari 5

MATLAMAT PEMBANGUNAN POLITIK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Pembangunan politik semestinya merupakan aspek utama dalam pembangunan


sesebuah negara. Islam dan politik sememangnya tidak boleh dipisahkan. Jika kita
menyelami model pembangunan yang berteraskan ekonomi sekular, moral, kerohanian dan
agama dianggap berasingan daripada kegiatan ekonomi, politik, sosial dan budaya. Nilai
moral, kerohanian dan agama diberikan penilaian yang rendah berbanding dengan perkara-
perkara lain. Dengan kata lain, Barat lebih menekankan unsur ekonomi sebagai penggerak
dan matlamat pembangunan mereka. Sebaliknya aspek kerohanian diketepikan dan
Pencipta dianggap tidak mempunyai peranan dalam pembangunan manusia. Ini amat
berbeza dengan konsep pembangunan yang cuba diterapkan oleh Islam kerana menurut
Islam, pembangunan adalah sebahagian daripada Islam itu sendiri. Pembangunan dalam
Islam adalah keupayaan bersama untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat
keseluruhannya sama ada di dunia mahupun di akhirat dalam satu proses yang harmonis
dan dinamis.
Justeru, pembangunan politik pada sesebuah negara mempunyai matlamat dan
tujuan tersendiri. Sebagai negara Islam, pembangunan politik bertujuan untuk membina
negara bangsa iaitu suatu wilayah yang mempunyai sempadan, pemerintahan atau kerajaan
dan warganegara atau bangsa. Maksudnya disini, pembangunan politik itu merupakan satu
aspek penting dalam pembentukan wilayah, dimana dalam politik itu tersendiri wujudnya
sistem pemerintahan atau kerajaan juga warganegara, kerakyatan dan bangsa sesebuah
negara. Selain daripada itu, matlamat pembangunan politik adalah untuk melaksanakan
perubahan dari struktur dan budaya iaitu perubahan daripada cara tradisional kepada cara
terkini atau moden. Ianya dapat dijelaskan melalui pembentukan politik serta
pembangunannya hari ini di negara Malaysia yang mana telah membawa banyak perubahan
bukan sahaja dari struktur pemerintahan dan pentadbiran malah juga dari segi budaya yang
seperti mana semua orang tahu masyarakat di negara ini terbiasa dengan cara hidup
tradisonal. Dengan adanya politik dan berlakunya pembangunan dari satu masa ke satu
masa maka semua masyarakat dapat lihat bahawa adanya satu perubahan cara hidup
tradisional kepada cara hidup moden.

Mengapa dikatakan pembangunan politik itu penting dalam Islam? Terdapat
beberapa pandangan tokoh mengenai perihal pembangunan politik menurut perspektif Islam.
Seperti yang dikatakan oleh Dr. V. Fitzgerald bahawa Islam bukanlah semata agama (a
religion), namun ia juga merupakan sebuah sistem politik ( a political system). Jadi jelaslah di
sini bahawa Islam dan politik tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Tambahan pula,
seorang tokoh ternama, Dr. Schacht juga berkta, Islam lebih dari sekadar agama, ia juga
mencerminkan teori-teori perundangan dan politik. Sebagaimana yang semua masyarakat
Islam tahu, Rasulullah S.A.W adalah peneroka awal sistem politk moden bagi manusia dan
umat sejagat. Pendekatan yang diguna oleh baginda adalah Islam itu sendiri di mana dalam
Islam telah menggariskan prinsip serta garis panduan dalam pembangunan dan
perundangan politik negara. Jadi, wajarlah kiranya politik yang dibangunkan adalah menurut
perspektif Islam. Matlamat pembangunan politk dalam Islam yang seterusnya ialah adalah
untuk melaksanakan perjuangan menegakkan kenbenaran dan mencehgah kemungkaran.
Dengan adanya politik pada sesebuah negara, maka amal makruf nahi mungkar dapat
dilaksanakan.
Sehubungan itu, tujuan pembangunan politik dalam sesebuah negara dibangunkan
adalah untuk membimbing negara untuk memberi keadilan keapada rakyat. Contoh seperti
hak keistimewaan orang Melayu yang telah lama dipertahankan sejak sebelum Malaysia
merdeka lagi menunjukkan bahawa Melayu layak untuk mendapat hak kerakyatan di Tanah
Melayu itu sendiri. Keadilan semestinya menjadi keutamaan dalam pegangan politik pada
sesebuah negara di mana ianya juga merupakan prinsip politik dalam Islam yang patut
diamalkan oleh negara-negara Islam dalam membangunkan sistem negara berpolitik.
Dengan adanya politik Islam, maka hal ini sekali gus dapat meembantu negara untuk
melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh. Ianya jelas dihurai dalam Al-Quran dan As-
Sunnah yang menyatakan bahawa apa sepatutnya sesebuah jalankan terhadap negara,
bangsa juga agama. Tiada yang lebih teliti berbanding Al-Quran dan As-Sunnah dalam
menyata dan menggariskan syariat Islam kepada seluruh umat sejagat.

Tambahan pula, matlamat pembangunan politik dalam Islam adalah membangunkan
insaniah manusia itu sendiri. Pembangunan yang cuba diketengahkan oleh Islam adalah
pembangunan yang datangnya dari kesedaran yang tinggi dari umatnya yang saling
bekerjasama dan bukannya datang daripada satu kelompok yang kecil. Di samping itu,
pembangunan ini juga haruslah mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat secara
keseluruhannya dari segi zahir dan batin. Sekali lagi ingin ditegaskan di sini, konsep
pembangunan politik yang cuba diketengahkan oleh Islam adalah untuk mencapai
kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Pembangunan politik dalam Islam hendaklah
ditangani secara bertahap dan hikmah. Malah Islam itu sendiri amat mementingkan sesuatu
perkara dilakukan secara hikmah. Ini jelas difirmankan oleh Allah swt yang bermaksud :
"Serulah kepada jalan Tuhanmu (Muhammad) dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan
berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu yang
lebih mengetahui orang yang akan sesat daripada jalannya. Dialah yang lebih mengetahui
orang yang mendapat hidayah." Dalam erti kata lain, pembangunan politik dalam Islam
menekankan kerjasama antara semua masyarakat tidak tertakluk kepada masyarakat
kelompok kecil sahaja dalam usaha mencapai kesejahteraan dunia dan juga akhirat.
Seterusnya, tujuan pembangunan politik dalam pembangunan sesebuah negara
adalah untuk melatih dan mendidik manusia sejagat mengenal Allah. Dalam erti kata lain,
melalui politik Islam dapat membantu membentuk masyarakat majmuk yang patuh utuh dan
taat kepada perintah Allah. Pembangunan politik menurut Islam mengamalkan apa yang
telah digariskan dalam Al-Quran dan As-Sunnah serta beberapa lagi sumber yang lain di
mana iannya tergolong dalam suruhan Allah S.W.T. Pembangunan politik dalam Islam juga
bertujuan untu mewujudkan kehidupan yang selesa atau sejahtera bagi manusia. Kehidupan
yang selesa atau sejahtera bagi manusia adalah kehidupan yang memenuhi keperluan atau
hajat manusia. Skop pembangunan dalam Islam meliputi kedua-dua aspek iaitu rohani dan
jasmani kerana manusia terdiri daripada dua unsur iaitu rohani dan jasmani. Untuk
memenuhi keperluan jasmani, manusia memerlukan pembangunan dari segi fizik yang dapat
memenuhi keperluan manusia yang berbentuk material seperti makan, minum, tempat
tinggal, pengangkutan dan kemudahan-kemudahan lain. Manakala untuk keperluan rohani
manusia memerlukan pembangunan dari segi mental dan akhlak. Kedua-dua aspek tersebut
amat penting kerana kalau hanya mementingkan keperluan material sahaja tidak akan dapat
menjamin keselesaan hidup begitulah juga sebaliknya dan begitulah pembangunan politik
yang diamalkan menurut perspektif Islam. Berikutan itu, dalam usaha manusia dan
masyarakat mendapatkan keperluan dan kesejahteraan hidup, pembangunan politik
membantu mengajar manusia untuk melaksanakan ibadah dengan tepat.

Akhir sekali, matlamat pembangunan politik di sesebuah negara Islam juga bertujuan
untuk membangun dan memakmur muka bumi. Dengan adanya politik, rakyat mampu untuk
hidup dalam suasana yang harmoni serta ssejahtera. Pembangunan politik dalam sesebuah
negara sangat membantu masyarakat bandar dan luar bandar untuk sama-sama
bekerjasama demi mencapai tahap kemananan dan keharmonian hidup di setiap negara
khasnya di Malaysia. Politik juga sangat membantu bukan sahaja dalam aspek untuk
mencapai keamanan negara malah juga dalam pembangunan infrsatruktur, teknologi serta
kemudahan yang telah pon rakyat kecapi pada hari ini. Justeru, jelaslah disini bahawa
pembangunan politik itu penting dalam pentadbiran sesebuah negara. Pembangunan politik
sememangnya harus dititikberatkan dalam pembangunan sesebuah negara supaya
keamanan dan kesejahteraan dapat dicapai dan dirasai oleh semua lapisan masyarakat.

RUJUKAN
Fadilah Zaini & Kassim Thukiman. (2009).
Pembangunan politik dalam hubungan etnik. Hubungan Etnik Di Malaysia: Perspektif
Teori dan Praktik. 115-140.