Anda di halaman 1dari 3

3.

0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bahagian ini menjelaskan objektif kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Pengkaji membuat
objektif berdasarkan kemampuan subjek serta hasil yang ingin dicapai setelah intervensi
dijalankan. Selain itu, pengkaji menyatakan soalan kajian yang hendak dicapai setelah intervensi
dilaksanakan bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

3.2 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan perkataan rutin dalam Bahasa Melayu
sebagai bahasa pertuturan seharian bagi kalangan murid pemulihan.

3.3 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk:
1) Meningkatkan keberkesanan pelaziman Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian bagi
murid pemulihan dengan Kaedah Ajuk-hafaz.
2) Mengenal pasti sama ada kaedah ajuk hafaz dapat meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu
dalam pertuturan seharian.

3.4 Soalan Kajian
Berikut adalah persoalan yang timbul dan ingin diselesaikan oleh pengkaji bagi mencapai
objektif kajian iaitu;
1) Adakah Kaedah Ajuk-hafaz dapat membantu pengunaan Bahasa Melayu dalam pertuturan
seharian bagi murid pemulihan?
2) Adakah Kaedah Ajuk-hafaz dapat meningkatkan kekerapan penyesuaian Bahasa Melayu
dalam pertuturan seharian bagi murid pemulihan?

3.5 Rumusan
Rumusannya, berdasarkan objektif umum dan khusus serta soalan kajian yang telah dibina,
kajian tindakan ini telah dijalankan untuk melihat kesan penggunaan kaedah Ajuk-Hafaz
membantu meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid pemulihan.

Anda mungkin juga menyukai