Anda di halaman 1dari 1

Suatu masa dahulu, ada seorang kanak-kanak yang suka bermain-main dengan pohon epal.

Pohon epal
itu juga suka dengan anak tersebut. Ketika anak itu sudah remaja, dia tidak lagi bermain-main dengan
pohon epal tersebut. Suatu hari, remaja ini mengalami kesusahan yang mana dia tidak mempunyai duit
yang cukup untuk membeli permainan. Pohon epal tersebut menyuruh remaja itu menjual buah epal
yang ada pada pohon itu. Remaja tersebut sangat gembira. Kemudian, remaja itu kembali lagi setelah
dia sudah semakin dewasa. Kali ini, dia masih tidak mahu untuk bermain dengan pohon epal. Sebaliknya,
dia meminta pertolongan daripada pohon epal kerana dia ingin membina rumah. Pohon epal
menolongnya dengan menyuruh remaja tersebut memotong dahan-dahannya untuk membuat rumah.
Remaja dan pohon epal itu turut sama gembira. Remaja tersebut kembali menemui pohon epal itu
ketika dia sudah bertambah matang dan dewasa. Tujuannya bukan untuk bermain-main dengan pohon
epal itu tetapi ingin meminta tolong daripada pohon epal kerana dia mempunyai impian untuk belayar
jadi dia perlukan bot. Pohon epal itu menyuruh lelaki itu memotong batangnya untuk membuat bot.
Kini, lelaki itu sudah tua dan dia datang berjumpa dengan pohon epal tersebut. Pohon epal tersebut
mengatakan bahawa dia sudah tidak dapat menolong lelaki itu kerana dia hanyalah tinggal tunggul
dengan akar yang hampir mati. Lelaki itu berkata dengan pohon epal tersebut bahawa dia tidak mahu
semua itu. Dia berasa penat dan hanya ingin berehat. Lalu pohon epal itu menyuruhnya untuk berehat
di perdu pohon tersebut. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Anda mungkin juga menyukai