Anda di halaman 1dari 3

Penilaian pengajaran dan pembelajaran:

a. Borang Penilaian
b. Lembaran kerja Menandakan kesedaran ruang yang sesuai.
Refleksi :
i. Kebaikan:
Aktiviti ini dapat dilaksanakan dalam masa yang dutetapkan. Saya telah memberi motivasi dan galakan kepada murid-murid supaya
mereka mempunyai semangat untuk menyiapkan aktiviti-aktiviti itu. Saya juga memberi keterangan dengan suara yang jelas
semasa aktiviti dijalankan. Murid-murid berasa seronok semasa aktiviti dijalankan dan mereka juga melibatkan diri secara aktif.
Aktiviti ini juga dapat memupuk kerjasama antara pelajar-pelajar dan guru juga dapat berkomunikasi baik dengan pelajar-pelajar.
ii. Kelemahan:
1) Kognitif dalam objektif pembelajaran tidak sesuai dalam rancangan pelajaran harian.
2) Guru tidak menerangkan maksud mengadang sebelum mula membuat demostrasi tentang teknik mengadang.
3) Aktiviti-aktiviti yang guru rancangkan tidak bersesuaian dengan tajuk Cuba Mengadang kerana aktiviti yang telah guru
rancangkan lebih sesuai dalam aktiviti serangan.
iii. Cadangan Penambahbaikan:
Guru perlu merancangkan aktiviti yang baru dan sesuai dengan tajuk Cuba Mengadang. Guru boleh merancangkan aktiviti
perkembangan monyet tangkap bola dan permainan kecil jaga skital.


Tindakan susulan:
a. Pemulihan:
Guru perlu merancangkan aktiviti-aktiviti dengan betul dan pasti sesuai dengan tajuk yang akan diajar. Contohnya, walaupun aktiviti ini
telah mendatangkan keseronokan pelajar, tetapi tidak sesuai dengan tajuk mengadang. Guru perlu merancangkan aktiviti yang baru
dan sesuai, misalnya aktiviti monyet tangkap bola dan jaga skital.
b. Pengukuhan:
Guru akan merancangkan aktiviti dengan baik dan bertanya kepada orang lain jika tidak memahami atau tidak pasti aktiviti ini sesuai
atau tidak sesuai. Guru akan membuat satu kali sebelum mengajar pelajar kerana perlu mengenalpasti kesesuaian aktiviti-aktiviti yang
akan diajar.
c. Pengayaan:
i. Aktiviti perkembangan: Monyet tangkap bola
1) Tiga orang pelajar melibatkan aktiviti ini.
2) Pelajar yang menjadi monyet berdiri di tengah.
3) Seorang pelajar berdiri di depan dan seorang pelajar lagi berdiri di belakang.
4) Pelajar A mencampakkan bola pada pelajar B.
5) Monyet di tengah cuba menangkap bola itu.
6) Apabila monyet dapat menangkap bola, maka pelajar yang membaling bola itu menjadi monyet.
ii. Aktiviti Kemuncak: Jaga Skital
1) Kumpulan penyerang mempunyai 6 orang manakala kumpulan pengadang mempunyai 4 orang.
2) 2 orang dari kumpulan penyerang berdiri di dalam kawasan luar skital untuk menjatuhkan skital.
3) Kumpulan pengadang berdiri di tengah dan 4 orang ahli penyerang pula berdiri di depan.
4) 4 orang ahli penyerang menghantar bola ke ahli penyerang yang berdiri di dalam kawasan skital.
5) Ahli penyerang yang berdiri di dalam menjatuhkan bola semasa menerima bola.
6) Pengadang mengadang bola dari penyerang yang berdiri di luar supaya tidak dapat menghantar bola kepada ahli
penyerang yang berdiri di dalam.
7) Pasukan penyerang menggunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan skital yang berada di dalam gelung.