Anda di halaman 1dari 2

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan

tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulisjawapannya


pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.
1 Tiap remaja haruslah mempunyai prinsip bagi
membendung pengaruh yang dapat merosakkan
jiwanya.
2 Para pengguna hendaklah mengikis sikap gopoh-gapah
ketika di jalanraya untuk mengelakkan kemalangan.
3 Ketiga tokoh motivasi terkenal itu akan membincangkan
pandangan mereka tentang isu gejala sosial dalam forum
yang akan diadakan pada malam ini.
4 Rangkaian batu karang di perairan Miri dikenal pasti
sebagai kawasan batu karang yang tercantik sekali di
dunia.
5 Rawatan terapi medan elektrik statik menggunakan
getaran elektrik bagi mempecahkan lemak dalam
kapilari darah.
6 Generasi kini wajar diberikan peringatan tentang
kepentingan amalan berbudi bahasa di
kalanganmasyarakat.
7 Ibu bapa perlu mendidik dan menanamkan nilai murni
dalam diri anak-anak mereka dalam usaha melahirkan
masyarakat penyayang.
8 Kerajaan berusaha untuk mempelbagaikan asas ekonomi
negara kita agar sentiasa berkembang dan maju.
9 Saintis itu sanggup menempuh pelbagai cabaran untuk
memastikan kajian yang dijalankan berjaya.
10 Kejadian buli yang berlaku di setengah sekolah tidak
wajar dibiarkan supaya mangsa mendapat pembelaan
dan bantuan.
11 Oleh sebab Cikgu Zubaidah kesakitan, tugas mengetuai
lawatan itu telah diambil alih oleh guru lain.
12 Atikah tidak dapat menahan serak apabila melihat
keadaan neneknya yang sedang nazak.
13 Beratus ekor ikan di dalam kolam itu telah dihanyutkan
ke laut dalam kejadian banjir pada minggu lepas.

14 Restoran Limau sentiasa dikunjungi ramai kerana
berbagai jenis makanan ada dijual di situ.
15 Pakaian yang digayakan oleh peragawati itu kelihatan
cantik-cantik nian sehingga dipuji oleh hadirin.
16 Objektif utama Hari Kokurikulum diadakan adalah
untuk memupuk sikap kerjasama sambil mengeratkan
hubungan antara guru dengan ahli persatuan.
17 Pakar motivasi itu telah kemukakan beberapa langkah
untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
18 Amalan membaca perlu disemai dalam diri setiap insan
tanpa mengira usia sama ada tua atau muda.
19 Peresmian karnival itu diserikan dengan percikan bunga
api yang berbagai-bagai corak dan warna.
20 Jari Mak Limah luka dan berdarah kerana digigit oleh
seekor ikan keli semalam.

Anda mungkin juga menyukai