Anda di halaman 1dari 31

KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI DAN APRESIASI SENI

Mengapa ramai yang memandang remeh atau tidak mengendahkan langsung mata pelajaran
seni? Seringkali kita mendengar mata pelajaran seni dipertikaikan. Sama seperti mata pelajaran
Matematik, Biologi atau Sains Sukan, Seni juga mempunyai kepentingannya. Malah ia membantu dalam
pelbagai aspek kehidupan. Ia memberi info atau maklumat, mengembangkan minat dan memperluaskan
pengalaman pelajar.
Mengapa kita sering berpendapat seseorang itu dilahirkan kreatif? Hakikatnya kreativiti boleh
dipelajari. Terdapat banyak kerjaya yang berkaitan dengan seni, seperti pengiklanan, arkitek, juruhias
dalaman dan banyak lagi yang ada kaitannya dengan cabang-cabang seni. Kemahiran berfikir secara
abstrak akan banyak membantu dalam kehidupan. Seni juga bukan setakat terbatas pada Seni Visual dan
Lukisan sahaja tetapi ia ada kaitannya dengan falsafah dan pelbagai bidang yang lain.
Seni dan sosial mempunyai hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai kurikulum intergrasi iaitu
memerlukan kefahaman terhadap ilmu kemanusiaan dan pengalaman manusia. Justeru untuk
memahami sesuatu masyarakat, kita perlu memahami bagaimana seni mempengaruhi sosial, politik,
dan ekonomi sesuatu masyarakat.
Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan kepekaan serta mampu
mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai positif seterusnya menerap budaya
menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi kerana seni dapat membentuk jiwa dan peribadi
manusia
Mengapa kita sering berpendapat seseorang itu dilahirkan kreatif? Hakikatnya kreativiti boleh
dipelajari. Terdapat banyak kerjaya yang berkaitan dengan seni, seperti pengiklanan, arkitek, juruhias
dalaman dan banyak lagi yang ada kaitannya dengan cabang-cabang seni. Kemahiran berfikir secara
abstrak akan banyak membantu dalam kehidupan. Seni juga bukan setakat terbatas pada Seni Visual dan
Lukisan sahaja tetapi ia ada kaitannya dengan falsafah dan pelbagai bidang yang lain. Menurut Mark
Smith, seni ialah IQ dan berfikir. Belajar untuk berfikir bunyinya unik, menarik dan dinamik.
PENGERTIAN KREATIVITI:
Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti? Dapatkah orang mengembangkan kreativiti? Banyak kajian
telah dilakukan mengenai konsep ini dan banyak juga jawapan yang diperolehi, bergantung kepada latar
belakang profesonal penelitinya. Setiap jawapan yang diberi berbeza berdasar aspek-aspek tertentu.
Norwegia Gunvor Rand merangkumkan konsep kreativiti iti sebagai;
Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuan dan kesempatan
peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan mencari produk baru atau original
yang memadai untuk situasi yang bersangkutan....Produk ini dapat bersifat konkrit ataupun
abstrak(Rand 1981:6)
Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis utama kreativiti
iaitu kreativiti intuitif dankreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti yang terjadi secara
spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila
kita merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif biasanya akan menggabungkan
kreativiti intuitif dan analitik.
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat, manakala
daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan(2002) mentakrifkan
kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan.
Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea
baru dan asli.Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan
sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai
penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya.
Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik
yang tersohor dalam bidang kreativiti. Karya-karya penyelidikannya dalam mendalami bdang ini telah
berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa
Kreativiti. Terdapat beberapa pendapat daripada tokoh Seni Visual tentang kreativiti. Antaranya adalah;
a) Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong
dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.
b) June King McFee pula mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang
baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea.
c) Carl Rogers pula menggariskan 5 faktor di mana ianya mendorong kepada pembetulan kreativiti sama
ada dalam bidang seni atau sains.
i) keterbukaan dan fleksibel kepada pengalaman
ii) menikmati kehidupan yang dialami
iii) menghargai diri sendiri
iv) mengamalkan kebebasan
v) menjadi individu yang peka dan sensitif dengan persekitaran
CIRI-CIRI KREATIVITI:
a) Bersifat fleksibel seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai
keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.
b) Sensitif dan peka individu yang mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekeliling
termasuk gaya hidup, keperluan, perselkitaran dan turut sensitif menggunakan deria.
c) Idea yanga sli dan tulin seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli dan bukan
diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur ciplak. Hasil kerja mereka
berdasar cetusan rasa dan sering berbeza daripada biasa.
d) Bersifat terbuka mempunyai sifat keterbukaan di dalam menertima pandangan dan pendapat orang
lain mengenai hasil kerja mereka malahan bersifat bebas dan demokratik.
e) Logik peka dan sering berfikir secara logik dan rasional dan tahu membezakan baik atau buruk
sesuatu perkara itu bahkan sangat menghargai dan menghormati masa.
f) Berfikiran bebas golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu
perkara sahaja sebaliknya bijak merancang projek agar berjalan lancar. Orang kreatif lazimnya sangat
berhati-hati dan bijak membuat keputusan.
TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI:
a) Perkembangan Kreativiti Fisher
i) Peringkat Rangsangan merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal seperti apa,
mengapa, siapa, bagaimana dan lain-lain.
ii) Peringkat Penerokaan peringkat rangsangan telah berjaya merangsang pelajar untuk berusaha
menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru berdasar permasalahan yang timbul.
iii) Peringkat Perancangan menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua
aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara
iaitu;
perancangan secara verbal melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagai.
Perancangan secara visual melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagai.
iv) Peringkat Aktiviti bermula dengan set idea. Untuk melahirkan pemikiran kreatif perlu merancang
segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti
,bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?.
v) Kajian semula peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses
penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pelajar digesa memberikan pendapat dan
komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.
b) Laura H.Chapman meletakkan 3 kaedah iaitu;
i) Kaedah penjanaan idea(inception of idea) dalam penjanaan sesuatu idea, pengkarya perlu
menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya.
ii) Pengolahan dan pemurnian(elaboration and refinement) proses pengolahan dan pemurnian idea
dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini untuk
memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif
penghasilan.
iii) Kemahiran menggunakan bahan (execution in a medium) bimbingan penggunaan bahan dan
teknik penggunaan serta penghasilan diberikan melalui demonstrasi dan tunjukcara supaya pemilihan
bahan mempunyai makna dan nilai tersendiri.
c) Calvin W.Taylor
i) Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas. Keadaan ini boleh dilihat melalui
lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontan dan bebas mengikut kemampuan sesuai dengan
perkembangan fizikal yang belum stabil. Pada peringkat ini gambaran melalui garisan dan contengan
mudah.
ii) Kreativiti melalui penghasilan proses penambahbaikan kemahiran sedia ada kepada kaedah yang
lebih sistematik dan tersusun rapi.
iii) Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses
eksperimentasi. Pada peringkat ini motoivasi dan galakan diberi untuk mengelakkan rasa bosan dan
putus asa.
iv) Kreativiti bersifat inovatif melibatkan pengubahsuaian kepada konsep-konsep asas sedia ada
kepada idea baru yang lebih bermakna.
v) Kreativiti bersifat emergen bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip formal
diterjemahkan dan muncul dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagai contoh, figura manusia yang
digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan asalnya.
PENDIDIKAN SENI DAN KELEBIHANNYA :
Pendidikan Seni banyak mempersiapkan individu untuk ke dunia kerjaya. Ramai pendidik berpendapat
seni wajar dijadikan mata pelajaran teras di sekolah. Ramai berpendapat seni mempunyai potensi untuk
dikembangkan. Seni dapat membantu dalam pelbagai bidang. Menurut Hanna (1994), seni membantu
dalam;
a) kerjasama dan kasih sayang
b) merancang dan melaksanakan
c) kemahiran berfikir
d) adaptasi dengan orang lain
e) mengembangkan bakat
f) mengambil risiko
g) membuat keputusan
h) harga diri/yakin diri
i) semangat kerjasama
j) kemahiran menyelesaikan masalah
k) perkembangan emosi
l) membina kreativiti
m) disiplin diri
n) menjadi rakyat yang baik
o) menjadi seorang dewasa yang berdikari
p) meluahkan perasaan
Cara pembelajaran yang terbaik ialah melalui seni. Kemahiran berfikir secara abstrak dan kemahiran
kreatif boleh dirangsang melalui mata pelajaran seni. Hidup pada hari ini terlalu banyak maklumat. Amat
mustahil untuk kita memperoleh dan menyimpan semua info atau maklumat. Seni berbeza kerana ia
bersifat abstrak.Kadangkala apabila kita melihat lukisan sahaja, kita akan berasa tenang. Jelas kepada
kita, seni sebagai ekspresi diri. Proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar boleh
dilakukan dalam seni melalui:
a) Penyoalan rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.
b) Penemuan penemuan baru melalui penyelidikan dan kajian.
c) Pemerhatian tidak hanya tertumpu kepada deria pengamatan semata-mata sebaliknya turut
melibatkan deria sentuhan dan sebagai.
d) Percubaan usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu kreatif akan terus
bereksperimentasi bagi mendaptkan kesan dan hasil yang diinginkan.
e) Penerokaan penerokaan dan eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai
barangan dan alat yang terdapat di sekeliling.
f) Memanipulasi menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan
seni.
g) Aktiviti/bermain kreativiti dapat dirangsang melalui aktiviti bermain melalui permainan yang
berbentuk akademik.
Namun begitu Seni tidak diberi kepentingan yang sepatutnya di sekolah-sekolah. Tidak ramai guru yang
berkelulusan dan berkelayakan mengajar seni di peringkat rendah. Hakikatnya Seni bersifat subjektif ,
dan bukan semua guru boleh mengajar seni. Ia tidak bersifat fakta malahan terdapat guru-guru yang
tidak kreatif dan tiada kemahiran dalam seni dipaksa mengajar seni. Ini memberi kesan yang amat buruk
kepada anak-anak didiknya Disebabkan seni itu sifatnya abstrak maka tiada istilah tentang lukisan yang
betul atau yang salah. Jawapan boleh diberi berdasar kreativiti dan pengalaman seseorang individu
menginterpretasi tentang lukisan itu sendiri. Seni bnayak memberi manfaat kepada para pelajar. Ia tidak
boleh diukur secara objektif.
Patricia James (1999), menyatakan pelajar belajar kemahiran kreatif dan kritis melalui seni ini. Seni
dianggap sebagai terjemahan metafora dan ekspresi emosi sama juga seperti sastera dalam bentuk
tulisan. Untuk mendapat kemahiran dalam seni, seseorang perlu berani bermain dengan pengetahuan,
pengalaman dan perasaan.
James dalam Ideas in Practice (1999), menyatakan seni mengasah bakat kreativiti dan kemahiran
kritikal. Kini kreativiti boleh diajar dalam bilik darjah. Realitinya seni mempunyai tujuan dan proses yang
terkandung di dalamnya tiada kesudahan. Justeru guru perlu kreatif untuk mengcungkil bakat dan
potensi pelajar. Pendekata seni membantu individu dalam aspek-aspek tertentu.
Selain dari itu keaslian dan pemikiran yang tajam dilabelkan sebagai gifted child (individu yang
berbakat/berpotensi). Adalah menjadi satu kesukaran untuk mengajar individu yang gifted kerana
mereka mudah dan cepat berasa bosan. Ini kerana gifted child boleh belajar proses idea-idea yang lebih
kompleks dan berupaya mengolahnya dengan menggunakan konsep tersendiri. (dipetik dari Education
of Gifted).
Gifted student mempunyai keperluan-keperluan yang berbeza dengan pelajar biasa. Pelajar dari
kumpulan ini akan mudah merasa bosan jika kurikulum tidak sentiasa diperbaharui. Ini kerana kumpulan
pelajar ini sentiasa ingin terus mempelajari sesuatu yang sentiasa baru. Berdasar dapatan melalui jurnal-
jurnal pendidikan, kebanyakan negeri di US manyatakan 5 % hingga 10% daripada pelajar mereka adalah
gifted. Selaras dengan perkembangan teknologi moden, kini pembelajaran jarak jauh, e-learning, video
conference, semuanya memudahkan seseorang untuk mendapatkan segulung ijazah.Malahan soalan-
soalan boleh diajukan melalui panggilan telefon sahaja.
PENGARUH SENI DALAM AKADEMIK
Pendidikan Seni juga dapat membantu pelajar-pelajar yang berisiko. Alkema (1971) menjelaskan
bagaimana seni boleh membantu pelajar yang kekurangan. (OKU). Seni boleh membantu pelajar berfikir
sendiri, ekspresi diri, perkembangan mental dan penemuan-penemuan idea baru, mencari penyelesaian
baru, kesedaran mental, pemerhatian dan imbas semula pengalaman-pengalaman masa
lalu. Seni membantu individu menyelesaikan konflik diri.
Menurut satu kajian, pelajar yang mengambil mata pelajaran seni lulus dengan keputusan 100%.
Apa yang menariknya dalam kajian ini pelajar-pelajar yang cenderung gagal telah lulus dalam mata
pelajaran ini. Para pendidik telah berpendapat bahawa apabila kita menggunakan lebih daripada satu
kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) iaitu lisan, penglihatan dan kinestatik, pengukuhannya
adalah jauh lebih baik.
Kesabaran dalam seni mengajar seseorang individu agar sabar, dan terus berusaha dalam mata
pelajaran yang lain. Seni sebagai satu mata pelajaran yang menarik dan memberi ruang untuk ekspresi
diri tetapi perlu juga berdisiplin dan bertanggungjawab. Sebagaimana yang kita ketahui selain kekuatan
yang ada dalam mata pelajaran seni ini, ia juga merupakan satu mata pelajaran yang adventure atau
mencabar dan indah. Justeru, seni perlu kepada seseorang yang kebal dengan kritikan
John Adams (2000) pernah berkata, seseorang individu itu sering berkonflik dengan keinginan diri
sendiri dan kita semua sering mengaitkannya dengan wang ringgit dan kehendak. Pada pendapat kita
apa-apa yang tidak memberikan pulangan wang ringgit adalah tidak berguna. Tetapi seni merupakan
sesuatu yang unik dan menarik yang patut dipelajari. Kita tidak boleh mengabaikan pendidikan seni di
sekolah. Dulu seni hanya dipelajari oleh golongan bangsawan yang kaya raya, tetapi kini seni boleh
dipelajari oleh sesiapa sahaja, semua golongan tidak kira miskin ataupun kaya. Adalah satu kerugian jika
tidak mempelajari seni kerana ianya sesuatu yang cukup bermakna dalam menjalani kehidupan
seharian..
Seni kini boleh dipelajari di sekolah-sekolah menengah dan wajar ianya diwajibkan sebagai mata
pelajaran teras atau utama di sekolah-sekolah menengah. Tetapi ada yang tidak dapat menerima
seni dengan alasan ianya tidak sesuai dan agak lucah. Ini kerana kadangkala gambar-gambar bogel atau
separa bogel sering disalah ertikan. Punca keadaan ini adalah disebabkan pengetahuan tentang seni
terlalu cetek dan mereka tidak lihat seni itu sebagai sesuatu yang bermakna penuh dengan simbol-
simbol atau metafora(perlambangan).
Hasil seni dan produk seni sebenarnya hasil dari pengumpulan idea, emosi, perasaan dan dibantu
dengan ilmu-ilmu lain maka tercipta hasil seni yang dibanggakan. Justeru seni amat penting dalam
kehidupan mereka dan merupakan sebahagian dari kehidupan. Cuma menjadi persoalan apabila
pendedahan seni itu tidak diperjelaskan secara langsung kepada masyarakat. Perlakuan negatif dari
pengamal menyebab seni diperlekehkan. Sedangkan seni sebagai agen perubahan masyarakat dan
bukan hanya untuk golongan lemah sahaja. (pelajar lemah)
Justeru guru yang baik dan berkesan dalam P&P Pendidikan Seni akan menjelaskan tentang kepentingan
penghayatan dalam setiap kegiatan seni. Ini diperjelaskan oleh Robinson (1990);
.................... making and appraising are both.... of equal and fundamental importance in art education:
each is important in itself...............
HUBUNGAN SENI DALAM KEHIDUPAN SOSIAL
Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan warganegara yang
berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan afektif terhadap ciri-ciri estetika
agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan harmonis. Dalam banyak perkara, matlamat
Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM iaitu melahirkan individu yang berimaginatif, kreatif
dan berpengetahuan di samping boleh menggunakan pengetahuan seni dalam kehidupan seharian (seni
sebagai cara hidup).
Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu unsur yang dapat
melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranan Pendidikan Seni yang
berteraskan seni adalah bertujuan melahirkan seseorang indivdu yang bersifat kreatif, inovatif,
berimaginatif, berketrampilan serta menguasai teknologi dalam menghasilkan citarasa dalam
penciptaan bahkan mampu melahirkan pelajar yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Di samping memahami nilai-nilai estetika dan faham akan norma-norma kebudayaan yang
berteraskan kebudayaan kebangsaan.
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, tentulah anggota masyarakat mengharapkan bidang
seni ini boleh menyumbang sesuatu bertujuan membentuk generasi yang berdikari dan yakin diri.
Justeru dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk generasi hari ini
bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain untuk keperluan negara, pelajar boleh
memilih bidang ini untuk membentuk satu profesion baru seterusnya menjadikan seni sebagai profesion
sepenuh masa kerana terdapat ramai artist yang mampu hidup selesa melalui bidang ini.
Seni juga berperanan penting dalam pembangunan manusia, malahan boleh dianggap sebagai agen
perubahan masyarakat. Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada disedari atau tidak telah
meletakkan seni di tempat yang sewajarnya.
Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni perlu dijadikan teras kepada
pembentukanmasyarakat. Seni boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta kepada
nilai-nilai keindahan. Ini bertujuan supaya masyarakat tidak mengabaikan nilai-nilai estetika dan moral
yang menjadi aset penting dalam pembangunan negara.
Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat paling wajar. Peranan murid, guru dan pihak
pendidikan (pengurusan pentadbiran) amat penting untuk merealisasikan perkara itu. Justeru semua
masyarakat boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada kepentingan untuk menjadi
warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah mengekalkan seni, budaya dan warisannya.
Seni dianggap sebagai sumber terpenting dalam kehidupan manusia, untuk berkomunikasi, berinteraksi
dan berhubung sesama manusia, kesenian adalah penghubung kepada faktor-faktor terpenting ini.
Masyarakat perlu diberi pendedahan tentang kewajaran seni dikembangkan berdasar keperluan
manusia. Manusia sendiri adalah seni di mana kejadian awal manusia adalah ciptaan Allah SWT.
Pengajaran seni bukan sahaja melibatkan seni halus sahaja tetapi pelajar perlu diajar untuk melihat,
mengkritik dan memahami maksud, tujuan, hubungkait dan pengaruh seni itu sendiri. Beliau
menggariskan beberapa perkara penting berkaitan dengan Pendidikan Seni tersebut iaitu:
a) Isi kandungan Pendidikan Seni harus melibat seni sebagai budaya visual
b) Kaitan perasaan, fungsi dan bentuk harus diketahui untuk menghasilkan sesuatu karya seni
c) Tahap kognitif secara individu atau kumpulan harus diambil kira dalam P&P seni
d) Analisis unsur sosial yang terdapat dalam sesuatu seni/objek
e) Memahami sesuatu hail seni dan bentuk dari sudut kontent
f) Gabungkan unsur teknologi dalam pendidikan Seni
g) Dalam menilai dan menginterpretasikan seni, harus dilihat dari segi kritikan konstruktif yang membina
Kesimpulannya di sini dalam kehidupan harian kita sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan
seni. Tidak kira sebesar mana peranannya terhadap kehidupan kita, namun kepentingan seni wajar
dilihat sebagai satu kepentingan dalam kehidupan. Penglibatan seni hampir menyeluruh, terutama jika
dilihat tentang penggunaan bahan peralatan di rumah, susunan perabut, pemilihan warna dan fesyen
pakaian dan banyak lagi perkara yang bersangkutan dengan kehidupan. Semuanya ini mempunyai kaitan
dengan seni dan falsafah masyarakat.
MENINGKATKAN KREATIVITI DALAM EKSPRESI SENI : TEORI MC FEE
Pendidikan Seni di sekolah seperti mana menurut sebahagian besar pengkaji Barat seperti Eisner(1972),
Mario(1948), Victor Lowenfeld(1970), Lansing(1971) dan Efland(1977) berpendapat bahawa Pendidikan
Seni adalah untuk mengembangkan potensi individu serta melahirkan bakat pelajar agar berupaya untuk
memahami nilai seni untuk dirinya, masyarakat, warisan seni budaya serta nilai-nilai estetika secara
global iaitu mengaitkan seni dengan kehidupan individu agar dapat membuat pertimbangan dan
penilaian yang terbaik.(untuk dirinya, masyarakat dan budaya.)
Mc Fee(1970) menekankan kepekaan terhadap alam sekitar di dalammatlamat dan objektif dalam
Pendidikan Seni . Beliau menekankan empat asas dalam mengkaji seni iaitu:
a) Kajian dan bandingan makna iaitu kanak-kanak mengenal objek serta
bandingan objek melalui soalan-soalan yang dibina.
b) Belajar membaca mesej iaitu makna dan nilai pada objek mengaitkan makna
dengan nilai.
c) Kajian komunikasi antara penyusunan benda-benda di persekitaran dengan nilai-nilai dan unsur
budaya.
d) Kajian dari perspektif individu membuat modifikasi sesuai dengan nilai-nilai dan budaya.
Seni telah diterima oleh masyarakat kita sebagai satu budaya hidup yang perlu
dikekalkan. Perkembangan seni selari dengan perkembangan hidup manusia sejak zaman dahulu lagi.
Justeru tidak hairan jika Mc Fee lebih menumpukan kepada kebudayaan sesuatu masyarakat melalui
penerokaan dalam menghasilkan seni. Apa juga corak yang dihasilkan mempunyai makna kebudayaan di
dalamnya. Ini membuktikan betapa pengaruh kebudayaan amat ditekankan dalam matlamat kurikulum
Mc Fee.
Teori beliau lebih komprehensif berhubung dengan pengamatan. Beliau percaya, kanak-kanak
melukis sebagaimana yang mereka lakukan dan bukanlah disebabkan satu-satu faktor tetapi disebabkan
oleh semua.
Mengikut teori ini kebudayaan adalah penting. Seni dan kurikulum seni adalah sebahagian dari
kebudayaannya di mana kanak-kanak itu tinggal. Kebudayaan ini sebenarnya memberi kesan kepada
pencapaian artistik kanak-kanak. Hari ini di mana-mana juga terdapat pelajar yang mewakili kebudayaan
masing-masing. Mengikut Mc Fee (1970) lagi, adalah sangat mustahak setiap individu iaitu kanak-kanak
dan subculture dilindungi dan dipertahankan melalui seni tampak.
Bagi mencapai objektif bagaimana Pendidikan Seni dapat memperkembangkan warisan kebudayaan,
(sasaran golongan masyarakat dan pelajar) , strategi dan pelaksanaan yang dicadangkan adalah seperti
berikut;
a) Memberi peluang mengetahui pencapaian seniman lampau serta kini termasuk identiti mereka
ketika menghasilkan karya mahupun melakukan aktiviti seni mereka.
- Pendekatan ini boleh memberi ruang dan peluang kepada individu terutama pelajar mencari dan
mendapat idea seni melalui pengalaman kendiri mereka berdasar rujukan biografi para seniman
tanahair. Ini kerana kita sedia maklum dalam kurikulum Mc Fee, beliau menekankan aspek kepekaan
terhadap persekitaran dan alam dalam menghasilkan sesuatu karya. Pelajar boleh menggunakan
persekitaran alam sekeliling mereka untuk dijadikan idea utama dalam pengolahan makna. Melalui
design object ini pelajar menggunakan simbol-simbol untuk menyampaikan makna dan secara tidak
langsung cuba menyampaikan mesej yang ingin diluahkan. Tingkahlaku kognitif pelajar terbentuk
mengikut kepekaan terhadap persekitaran dan alam. Maka tidak mustahil jika hasil karya mereka
berdasar kepada pengalaman yang dilalui.
b) Membuat penyelidikan dan membanding makna melalui hasil karya lampau seseorang seniman
sebagai bahan rujukan.
- Dalam seni kritikan, pengkritik seni berperanan menceritakan apa yang berlaku
di sebalik terhasilnya sesuatu karya itu supaya ia menjadi lebih bertenaga dan
bercahaya selepas digilap oleh pengkritik seni yang berwibawa. Bahkan
pengkritik seni perlu jujur dalam kritikannya. Secara tidak langsung
menerapkan rasa penghayatan masyarakat terhadap sesuatu karya yang
mengandungi simbol dan makna yang cuba disampaikan.
c) Memerhati seniman menyusun objek-objek yang dipilih sehingga menjadi satu karya yang
mengandungi simbol dan makna.
- Seniman dilahirkan dengan bakat dan kreativiti yang tinggi. Kemampuan
seniman mengolah idea dengan adunan warna dan teknik memperlihatkan satu
kreativiti yang hebat. Karya seni merupakan satu manifestasi kejujuran. Seni
berperanan untuk mendidik penghayat (masyarakat).
Edmund Burke Feldman (1966) menyatakan seni sebagai satu bidang komunikasi yang berkesan kepada
masyarakat.
Karya seni ini boleh dianggap sebagai himpunan khazanah, idea, sumber ilham untuk dijalin dan
dianyam dengan sebaik mungkin.
d) Mempelajari cara seniman mentafsir idea untuk membentuk seni dengan
memperolehi pelbagai kesan melalui penggunaan asas senireka dan bahasa
seni visual.
- Manusia mempunyai emosi dan perasaan dan mahu meluahkan perasaan mereka. Manusia mahu
berkongsi perasaan dan emosinya dengan orang lain. Justeru terdapat pelbagai cara perlakuan manusia
untuk menterjemahkan perasaan dan emosinya itu. Charlotte Wolff (1970) dalam bukunya Psychology
of Gesture telah mengkaji perlakuan manusia dan menyatakan manusia mengeluarkan pernyataan
perasaannya di bawah sedar dan tanpa kawalan diri.
Tidak dinafikan jika manusia dikatakan sebagai makhluk budaya. Manusia hidup dalam aura budaya yang
penuh dengan simbol-simbol, yang menyiratkan makna, yang difahami dan dihayati bersama dalam
kelompok masyarakatnya. Geertz seorang ahli antropologi menyatakan; Manusia hidup dalam jalinan
makna-makna yang ditenunnya sendiri.
Ini menunjukkan manusia dalam kehidupannya mampu mencipta, menampung dan menggunakan
simbol sebagai medium untuk berkomunikasi dan manusia hidup dalam belantara simbol. Kemampuan
manusia boleh diperolehinya melalui pendidikan, kerana pendidikan adalah proses budaya. Bagaimana
budaya tercipta?Tentulah melalui seni warisan bangsanya.
PENUTUP:
Seni begitu memain peranan penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnya seni tidak dianggap
sebagai satu mata pelajaran yang tiada kepentingan dalam dunia pendidikan. Sejarah telah
membuktikan bahawa seni amat memain peranan dalam pembentukan ketamadunan
manusia. Mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui seni selari dengan perkembangan teknologinya.
Justeru seni memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan kita hari ini.
Di harapkan melalui Pendidikan Seni ini akan melahirkan individu yang berkeyakinan, baik hati dari
aspek ekspresi mahupun tindakbalas di samping dapat mempertahankan warisan budaya dalam kontaks
sosial di mana sesuatu masyarakat dapat berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni ini.
Seni dan falsafah menjadi faktor terpenting dalam masyarakat. Ia saling memerlukan. Memang benar
apabila seni dikatakan sebagai agen perubahan masyarakat. Perkembangan seni yang berlaku dalam
sesuatu masyarakat itu juga sebenarnya adalah hasil hubungan dan kepentingan bersama.
Posted by SITI HAYATI BINTI HJ MOHD YUSOFF at 8:29 PM No comments:
PENDEKATAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN SENI (Strategi & Pelaksanaan di Malaysia)- BY SITI HAYATI
Tidak dinafikan jika manusia dikatakan sebagai makhluk budaya. Manusia hidup dalam
aura budaya yang penuh dengan simbol-simbol, yang menyiratkan makna, yang difahami dan dihayati
bersama dalam kelompok masyarakatnya. Geertz seorang ahli antropologi menyatakan; Manusia hidup
dalam jalinan makna-makna yang ditenunnya sendiri.
Ini menunjukkan manusia dalam kehidupannya mampu mencipta, menampung dan menggunakan
simbol sebagai medium untuk berkomunikasi dan manusia hidup dalam belantara simbol. Kemampuan
manusia boleh diperolehinya melalui pendidikan, kerana pendidikan adalah proses budaya.
DEFINISI SOSIAL
Menurut Kamus Dewan, Sosial boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia dalam masyarakat melalui
pengalaman dan aktiviti.(DBP: ms 1186 ) .Sosiologi pula didefinisikan sebagai ilmu kemasyarakatan iaitu
ilmu mengenai sifat dan pertumbuhan masyarakat. Ia merujuk kepada suatu bidang ilmu pengetahuan
moden. Secara mudah kita boleh menghubungkan sosiologi dengan masyarakat. Vander Zanden
(1996) dengan ringkas menyatakan sosiologi sebagai kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan
organisasi. Bagi Jary & Jary (1995), sosiologi merupakan suatu bidang kajian saintifik mengkaji
masyarakat daripada pelbagai sudut seperti melihat fungsi masyarakat, bentuk organisasi sosial,
perkembangan kebudayaan dan jenis-jenisnya.
Menurut Giddens (1993) pula, sosiologi adalah kajian mengenai kehidupan sosial manusia, kumpulan-
kumpulan dan masyarakat.Sosiologi akan memberikan manusia pemahaman bagaimana pengaruh-
pengaruh sosial telah mencorakkan kehidupan mereka.Waters (1994) pula menegaskan bahawa perkara
yang diperhatikan bidang sosiologi sangat jelas iaitu fenomena sosial yang berfokuskan hubungan dan
interaksi antara manusia.
Broom (1981:84) mengemukakan pendapat, sosialisasi adalah proses menyelaraskan individu-individu
tentang tradisi-tradisi budaya masyarakatnya dan berfungsi sebagai makhluk sosial dan anggota
masyarakat yang sesuai dengan kebudayaan masyarakatnya.
Zanden (dalam Suharso,1992) mengemukakan bahawa sosialisasi sebenarnya adalah proses interaksi
yang memberi peluang kepada anggota masyarakat mengenai cara berfikir,berperanan dan berkelakuan
positif. Jelas kepada kita manusia memerlukan hubungan sosial dengan manusia lain dalam lingkungan
kelompok masyarakatnya. Broom (1981) menyatakan, Manusia memerlukan hubungan sosial
dengan manusia lain.
Kesimpulannya di sini, kebudayaan digunakan sebagai pedoman hidup oleh warga masyarakat dan
bersifat tidak mudah berubah. Ia merupakan kebiasaan atau tradisi yang lazim bagi penganut sesuatu
masyarakat. Tetapi tradisi atau kebiasaan adalah buatan manusia dan pasti boleh berubah.
Menurut Bennett(1976). Apabila kebudayaan tidak lagi sesuaidigunapakai mengikut arus perubahan,
maka kebudayaan akan diubah, dan disesuaikan agar dapat menepati keinginan baru.
PENDEKATAN SOSIAL DALAM KONTEKS SOSIO-BUDAYA MASYARAKAT:
Yang dimaksudkan dengan pendekatan sosial adalah suatu cara memandang sosial itu sebagai suatu
sistem. Ia diertikan sebagaikonsep yang digunakan untuk menganalisis seterusnya sebagai objek kajian.
Dalam konteks ini sosial dipandang sebagai satu kajian yang terdiri dari unsur-unsur yang berfungsi,
beroperasi atau bergerak dalam satu sistem. Konsep sosial juga difahami sebagai satu sistem yang
sistematik; merujuk kepada aspek-aspek seperti individu, sosial dan budaya dari kehidupan manusia
sebagai sistem sosial budaya dan masyarakat persekitarannya. (Parson:1966; Spindler 1977;Spradley
1972;Suparlan 1985)
Mead (1972) pula menegaskan bahawa pendidikan menunjukkan dua fungsi utama iaitu melestarikan
dan mengembangkan kebudayaan sesuai dengan keperluan individu, sosial dan budaya sesuatu
masyarakat yang terjelma melalui cara berfikir, penghayatan, luahan rasa serta respon mereka terhadap
sesuatu perkara.
Tidak dapat dinafikan sepanjang sejarah, manusia sebagai makhluk sosial dan budaya,
menyelenggarakan pendidikan sebagai fungsi utama untuk mempertahankan peradapan nilai-nilai sosial
dalam lingkungan masyarakatnya. Melalui proses pendidikan ini setiap individu dalam masyarakat
mengenal, mewarisi dan menghayati segala unsur unsur kebudayaan iaitu nilai-nilai, kepercayaan-
kepercayaan serta teknologi sangat diperlukan dalam sistem sosial budaya kerana dari situ mereka
mempelajari intipati sosial, mempelajari simbol-simbol budayanya serta menerap nilai murni yang
terkandung dalam kehidupan sosialnya untuk dijadikan panduan serta pedoman dalam kehidupan
seharian sekaligus dalam masyarakat lingkungannya.
Seni dan sosial mempunyai satu hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai satu kurikulum
integrasi. Pendekatan sosial memerlukan kefahaman terhadap ilmu kemanusiaan dan pengalaman
manusia. Seni memberi peluang untuk memahami pengalaman manusia dengan baik.
Untuk memahami sesuatu masyarakat, kita perlu memahami bagaimana seni mempengaruhi sosial,
politik dan ekonomi sesuatu masyarakat. Sebagai contoh bahan-bahan dan teknik penghasilan seni yang
digunakan dalam menghasilkan sesuatu seni boleh memberi kefahaman tentang faktor geografi, alam
sekitar dan struktur sosial sesuatu masyarakat. Malahan di zaman moden para pengiklan, penghibur dan
ahli politik menggunakan unsur seni untuk menyampaikan mesej dan memupuk sistem kumpulan
masyarakat.
Artist mempunyai kuasa dalam bentuk simbol untuk menyampaikan sesuatu idea atau perasaan yang
begitu kuat yang boleh menyentuh perasaan orang lain. Imej juga boleh menimbulkan semangat
patriotik dan bersuara terhadap ketidakadilan. Seni juga boleh menyampaikan mesej tanpa komunikasi
lisan kepada sesuatu masyarakat.
Untuk membolehkan pelajar faham kaitan seni dengan pendidikan sosial, pelajar perlu mengalami
sendiri pengalaman menggunakan bahan-bahan seni dan mengalami sendiri proses yang dialami oleh
seseorang artist yang mencipta seni.
Melalui kerja-kerja seni, masyarakat akan lebih memahami tentang sesuatu latarbelakang sosial. Kita
akan mempelajari tentang pengaruh sosial, ekonomi, politik dan kepercayaan sesuatu masyarakat.
Melalui sejarah sesuatu seni seperti masa, zaman, budaya dan asal usul dapat diketahui bahkan bahan-
bahan yang digunakan, teknik penghasilan seni, bentuk dan perhiasan dapat meyumbang kepada
dapatan maklumat tentang latar belakang sesuatu masyarakat seperti falsafah dan kepercayaan agama.
Seni moden seperti seni kontemporari, iklan,hiburan, visual, dan grafik dapat memberikan kita
pengetahuan tentang bagaiman unsur seni digunakan untuk mempengaruhi masyarakat, memberi
mesej dan penguasaan seni terhadap emosi manusia. Sebagai contoh; bagaiman imej digunakan untuk
menyebarkan semangat patriotik dan kempen anti ketidakadilan. Semua perkara ini ada kaitan dengan
pendekatan sosial di mana ia mengkaji emosi manusia dan membolehkan kita memahami sesuatu
masyarakat itu. Kesemua elemen seni ini boleh membantu para ahli sosial memahami pemikiran
masyarakat.
Pemahaman terhadap seni bagi seseorang pelajar akan bertambah apabila pelajar mengalami
pengalaman bekerja dengan peralatan dan melalui proses dalam penghasilan sesuatu bahan seni. Proses
penghasilan seni akan memberi peluang peluang kepada pelajar untuk memahami persoalan seperti
kenapa sesuatu bahan digunakan, kenapa seni itu dihasilkan, dan fungsi seni itu kepada
masyarakat. Semua aktiviti seni ada kaitan dengan budaya, persekitaran sesuatu masyarakat, pengaruh
sejarah dan geografi. Begitu juga dengan persoalan-persoalan yang tidak dapat dipisahkan dengan aspek
sosial seperti; siapa mencipta seni, siapa menggunakan seni, apakan bentuk sesuatu seni dan bagaimana
ilmu seni itu boleh diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya?Pengaruh alam sekitar, agama,
politik, ekonomi, budaya, persoalan estetik, kesemua elemen tersebut ada hubungkait dengan
pendekatan sosial.
Dalam mengintergrasi seni dengan pendekatan sosial harus perlu ada keseimbangan. Satu cara
intergrasi yang efektif ialah melalui penggunaan tema-tema yang berkaitan. Teknik ini adalah sesuai
sebagai perkongsian untuk subjek yang mempunyai matlamat dan disiplin yang sama. Melalui teknik ini,
setiap topik dijadikan sebagai bahan perbincangan dan diberi pandangan mengikut disiplin seni dan
sosial secara bergilir-gilir. Dengan cara ini keseimbangan dari intergrasi pendekatan sosial dan
Pendidikan Seni akan tercapai.
Satu komponen pendekatan sosial yang boleh diintergrasikan dengan Pendidikan Seni dengan baik sekali
adalah dari segi sejarah. Tidak boleh dinafikan seni adalah satu produk dari asal usul sejarah dan
budaya. Sebagai contoh semasa seni itu dilahirkan, ia ada kaitan dengan isu semasa ketika itu. Menurut
Arnheim (1989) keupayaan menguasai dan melihat kombinasi kedua-dua struktur seni dan sosial adalah
satu pencapaian kognitif.
Tidak dinafikan manusia adalah makhluk budaya. Manusia dalam kehidupannya menggunakan simbol
sebagai sarana untuk berkomunikasi sesama mereka. Pendidikan merupakan satu proses budaya.
PENDIDIKAN SENI DAN KELEBIHANNYA :
Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan warganegara yang
berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan afektif terhadap ciri-ciri estetika
agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan harmonis. Di samping untuk meningkatkan
rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai alam sekitar, keindahan seni dan warisan bangsa serta
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat
Kurikulum Pendidikan Seni sama ada McFee (melalui penerokaan), Lansing(domain utama), Feldman
(pengajian), Efland (ekspresi dan respon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-KPM (aktiviti-aktiviti
kreatif), semua membawa harapan yang sama iaitu untuk melahirkan golongan pelajar seterusnya
masyarakat yang seimbang dari aspek kemahiran berkarya dan juga penguasaan pengetahuan seni.
Dalam banyak perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM iaitu melahirkan
individu yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh menggunakan pengetahuan
seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup).
Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah menegaskan kegiatan dalam proses
penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh
perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan
konsepsi murid.
Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi
pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai
positif. Secara tidak langsung menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi.
Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu unsur yang dapat
melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranannya dalam pendidikan dapat
memupuk sifak kecintaan pada seni dan estetika.
Peranan Pendidikan Seni yang berteraskan seni adalah bertujuan melahirkan seseorang indivdu yang
bersifat kreatif, inovatif, berimaginatif, berketrampilan serta menguasai teknologi dalam menghasilkan
citarasa dalam penciptaan bahkan mampu melahirkan pelajar yang sempurna dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Di samping memahami nilai-nilai estetika dan faham akan norma-norma kebudayaan
yang berteraskan kebudayaan kebangsaan.
Peranan seni visual dalam pendidikan ialah memupuk kreativiti kanak-kanak. Sifat semulajadi kanak-
kanak sukakan belaian, perhatian dan sentuhan dan melalui contengan-contengan ini perkembangan
seni tampak minda mereka berlaku dengan pesat. Namun begitu perkembangan ini berlaku berbeza
mengikut persekitarannya, faktor keluarga dan latar belakang pendidikan mereka. Melalui proses
lakaran ini, tahap mental kanak-kanak akan terus berkembang dengan baik. (Laura Chapman 1978).
Sehubungan dengan itu pembangunan sosial kanak-kanak tadi terbina, menjadi seorang yang kreatif,
berdikari dan yakin diri dalam kelompok masyarakatnya.
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, tentulah anggota masyarakat mengharapkan bidang
seni ini boleh menyumbang sesuatu bertujuan membentuk generasi yang berdikari dan yakin diri.
Justeru dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk generasi hari ini
bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain untuk keperluan negara, pelajar boleh
memilih bidang ini untuk membentuk satu profesion baru seterusnya menjadikan seni sebagai profesion
sepenuh masa kerana terdapat ramai artist yang mampu hidup selesa melalui bidang ini.
Melalui Pendidikan Seni juga dapat menyemai seseorang dengan nilai-nilai kasih sayang, menghormati
budaya sesuatu kaum, adat istiadat serta menanam sifat-sifat mulia terhadap diri. Justeru kita akan lebih
memahami serta menghargai akan nilai-nilai warisan seni budaya keturunan kita sendiri di samping
kaum-kaum sesuatu bangsa lain selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Seni juga berperanan penting dalam pembangunan manusia, malahan boleh dianggap sebagai agen
perubahan masyarakat. Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada disedari atau tidak telah
meletakkan seni di tempat yang sewajarnya. Pendidikan tentangseni telah bermula sejak zaman kanak-
kanak lagi di mana mereka mula mengetahui tentang alat-alat permainan yang beraneka rupa bentuk
dan warna. Begitu juga dalam konteks mewarna di atas kertas, kanak-kanak akan menggunakan pilihan
warna yang disukainya. Contengan warna ini sebenarnya melahirkan ideanya. Ini menjurus kepada
kreativiti kanak-kanak tersebut. Bakat ini perlu dibimbing dan dipupuk dengan sebaiknya supayadia
menjadi seorang yang berdikari dan yakin pada dirinya sendiri. Ini kerana kanak-kanak membuat simbol-
simbol yang mudah dan ringkas mengikut tahap penguasaan dan faktor sekelilingnya. Jika dikaji bentuk-
bentuk lukisan sebegini mempunyai makna yang cukup mendalam tanpa kita sedari.Kajian ini dibuat
oleh Herbert Read (1958) dalam bukunya Education Through Art.
Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni perlu dijadikan teras kepada
pembentukanmasyarakat. Seni boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta kepada
nilai-nilai keindahan. Ini bertujuan supaya masyarakat tidak mengabaikan nilai-nilai estetika dan moral
yang menjadi aset penting dalam pembangunan negara. Tanpa kesan estetika kesenian mungkin boleh
membawa penyakit yang menjurus kepada wabak sosial yang memudaratkan.
Gejala sosial yang berlaku pada masa kini sedikit sebanyak berkait rapat dengan aspek penghayatan
estetika. Keruntuhan moral, pencemaran akhlak, terpesong kefahaman agama dan segala aspek yang
bertentang dengan fitrah manusia mungkin boleh diubati.Memahami makna estetika dalam seni itu
sendiri cukup mendalam, keindahan yang mutlak dan hakiki. Penghayatan terhadap seni yang
mendalam dan diamalkan dalam penghidupan seharian. Penghayatan estetika terhadap kebesaran
Tuhan juga menuntut kita merenung jauh tentang setiap kejadian itu.
Estetika wajar dijadikan asas dalam aktiviti seni sama ada dari aspek pembangunan insan, pembangunan
rohaniah dan jasmaniah, perkembangan dan bimbingan kehidupan seharian. Seni bukan semata-mata
hiburan kosong. Seni dan estetika adalah untuk mentarbiahkan manusia mendidik manusia agar
memahami kebenaran ciptaan Allah SWT. Apa sahaja bentuk seni yang dicipta adalah menjurus ke arah
membimbing dan mendidik masyarakat.
Menurut Winckelmann berkaitan dengan estetika/keindahan, ia perlu melalui satu proses yang dikenali
sebagai idealisasi iaitu proses menggunakan akal dan menjadi asas kegiatan seni yang utama. Beliau juga
mengkategorikan estetika kepada empat konsep iaitu:
a) Estetik dikaitkan dengan kemuliaan
b) Estetik dikaitkan dengan kehebatan
c) Estetik dikaitkan dengan kesederhanaan
d) Estetik dikaitkan dengan ketenangan
Keempat-empat elemen ini membantu mewujudkan individuseterusnya masyarakat sekelilingnya
mempunyai sikap yang positif dalam kehidupan mereka.
Melalui Pendidikan Seni juga dapat memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para
pelajar. Usia remaja di sekitar 10 hingga 15 tahun merupakan tahap penguasaan ilmu yang berkaitan
dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang pelajar sudah mula menunjukkan kecenderungan
untuk mencipta sesuatu dengan lebih baik. Pada peringkat ini sekiranya pelajar diberi kesempatan dan
bimbingan yang betul mengenai seni, maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang.
Menurut Lowenfeld dan Lambert (1965), peringkat ini merupakan paling konflik dan genting kerana
pelajar mengalamai tekanan untuk memilih bidang seni sebagai satu bidang utama dalam proses
pembesaran mereka. Dalam situasi ini peranan guru amat penting di mana pelajar yang tidak menerima
bimbingan yang betul boleh menyebabkan minat mereka dalam Pendidikan Seni berkubur, sebaliknya
bagi pelajar yang telah diberi bimbingan dan nasihat positif oleh guru akan menjadi lebih berdisiplin,
cekal dan berminat dengan mata pelajaran tersebut.
Kelebihan seterusnya adalah memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam masyarakat
kerana masyarakatMalaysia kaya dengan khazanah warisan budaya. Bahan kegunaan harian seperti
pinggan mangkuk, peralatan memasak, ukiran kayu, seni batik dan tenunan/tekstil, hamparan tikar
mengkuang, anyaman kelarai seterusnya budaya sopan santun dan adat istiadat diwarisi turun temurun.
Namun begitu seni warisan sebenarnya semakin terpinggir dan hampir dilupakan. Kehidupan moden
yang dialami hari ini telah melupuskan semua warisan dalam masyarakat yang suatu ketika dahulu
cukup dipelihara.
Melalui Pendidikan Seni juga diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri kerana
budaya menunjukkan bangsa. Sesebuah masyarakat mesti meletakkan kepentingan budaya pada satu
kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya, kerana kita boleh mengesan sesuatu bangsa melalui
perkembangan budayanya.
Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha mengekalkan seni, budaya dan warisannya.
Masyarakat perlu tahu tanggungjawab mereka tentang kepentingan nilai seni dan estetika dan
kefahaman serta tanggungjawab itu perlu dipupuk di peringkat awal lagi.
Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat paling wajar. Peranan murid, guru dan pihak
pendidikan (pengurusan pentadbiran) amat penting untuk merealisasikan perkara itu. Justeru semua
masyarakat boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada kepentingan untuk menjadi
warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah mengekalkan seni, budaya dan warisannya.
Seni dianggap sebagai sumber terpenting dalam kehidupan manusia, untuk
berkomunikasi, berinteraksi dan berhubung sesama manusia, kesenian adalah penghubung kepada
faktor-faktor terpenting ini. Masyarakat perlu diberi pendedahan tentang kewajaran seni dikembangkan
berdasar keperluan manusia. Manusia sendiri adalah seni di mana kejadian awal manusia adalah ciptaan
Allah SWT.
Manusia memerlukan dan menginginkan perhatian, mempunyai emosi dan perasaan. Mereka meluah
perasaan dan berkongsi emosi dengan orang lain melalui penyataan perasaan di bawah sedar dan seni
dalam konteks yang lebih luas ialah hasil penyataan perasaan manusia sebenarnya.
Hasil seni dan produk seni sebenarnya hasil dari pengumpulan idea, emosi, perasaan dan dibantu
dengan ilmu-ilmu lain maka tercipta hasil seni yang dibanggakan. Justeru seni amat penting dalam
kehidupan mereka dan merupakan sebahagian dari kehidupan. Cuma menjadi persoalan apabila
pendedahan seni itu tidak diperjelaskan secara langsung kepada masyarakat. Perlakuan negatif dari
pengamal menyebab seni diperlekehkan. Sedangkan seni sebagai agen perubahan masyarakat dan
bukan hanya untuk golongan lemah sahaja. (pelajar lemah)
Justeru guru yang baik dan berkesan dalam P&P Pendidikan Seni akan menjelaskan tentang kepentingan
penghayatan dalam setiap kegiatan seni. Ini diperjelaskan oleh Robinson (1990);
.................... making and appraising are both.... of equal and fundamental importance in art education:
each is important in itself...............
Peranan kita sebagai ahli masyarakat yang sebenar bukan sekadar sebagai pemerhati tetapi juga
memiliki. Selain dari guru berperanan mengajar pelajar untuk menghayati karya seni, mereka juga perlu
diajar untuk melihat lebih mendalam, memahami, mempelajari, menghayati dan mengetahui proses
sesuatu produk yang dihasilkan. Di samping cuba memahami nilai falsafah dan estetika dari karya seni
tersebut iaitu nilai estetika yang tersirat ataupun tersurat.
Proses memahami dan menerangkan nilai falsafah dan estetika terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Ia menjadi asas dalam P&P Pendidikan Seni Visual di mana konsep-konsep Asas
Senireka, Seni halus, Komunikasi Visual, Rekabentuk, Kraf, Sejarah Seni Visual menjadi sebahagian dari
intipati Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Pendidikan Seni Visual. Cuma pelaksanaannya tidak
bersunguh-sungguh berdasar respon masyarakat yang menganggap mata pelajaran ini terbelakang
berbanding mata pelajaran lain.
Menteri Pendidikan Malaysia (1989), pernah menyatakan ..........in accordance with the National
Education Philosophy which has as its core the concept of life long education towards the developement
of a morally upright person who is intellectually, spritually,emotionally and physically
intergrated..............
PENDEKATAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN SENI
Seni mempunyai hubungkait dengan falsafah masyarakat. Setiap produk yang dihasilkan akan
diterjemah kepada falsafah dan budaya Melayu serta mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi.
Hubungan rapat antara seni dan masyarakat dijalinkan melalui jaringan kasih dari simbol dan makna
yang diterjemah oleh seniman.
Menurut Muliyadi Mahamood: ....................... seni mempunyai hubungan dengan masyarakat dan
biasanya ia memiliki tujuan serta arah tertentu. Dalam memahami seni kita perlu terlebih dahulu
memahami kedudukan seni dalam masyarakat serta perkembangan masyarakat itu sendiri. Ciri-ciri
luaran dan dalaman seni saling berhubungan serta sama-sama penting dalam mengenengahkan
perkara-perkara ini. Seni dan masyarakat amat sukar untuk dipisahkan.......
Pendidikan Seni dapat dilihat daripada pelbagai sudut. Satu daripadanya ialah dalam kontaks sosial. Seni
tidak bermakna apabila tiada pemerhati ataupun penghayatnya kerana seni dipengaruhi oleh
persekitaran. Seni menjadi jambatan yang menghubung antara individu dan masyarakat. Ia
menghubungkan sesama manusia dan tempat serta bagaimana manusia bergantung sesama mereka.
Antara aspek sosial yang terlibat ialah kumpulan keluarga, komuniti,kumpulan umur, fenomena kelas,
kaum dan etnik, agama serta jantina dan baka. Semua elemen tersebut menyumbang ke arah
pembangunan sosial.
Keluarga merupakan insttusi sosial yang penting walaupun kini ia tidak berperanan sebagai institusi
menghasilkan produk seni. Malahan ada menyatakan masyarakat Melayu tidak lagi menjadi pencipta
sebaliknya hanya sebagai pengguna. Warisan menghasilkan produk semakin terhapus. Sewajarnya
melalui Pendidikan Seni inilah warisan seni budaya harus dikekalkan dan tidak pupus seperti dalam
kraftangan. Umpamanya seni anyaman mengkuang, seni anyaman kelarai,seni tekat, tembikar dan lain-
lain. Boleh dikatakan kepentingan barangan kraf tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini. Ini
disebabkan faktor perkembangan ekonomi industri di mana untuk mendapatkan sesuatu barangan kraf
misalnya, boleh di dapati dengan mudah dan cepat.
Begitu juga pendapat masyarakat terhadap kefahaman kraf dan makna apresiasi serta kritikan dalam
pengajaran kraf. Kewujudan kraf tangan di negara ini amat hebat dan mempunyai kepentingan. Ia
dianggap sebagai lambang keperibadian bangsa Melayu, kaya dengan falsafah dan mempunyai nilai
estetika yang tinggi bahkan dikagumi oleh para sarjana Barat. Terdapat pelbagai barangan kraf dalam
masyarakat kita, cuma fungsinya sahaja berbeza mengikut kaum dan etnik.
Perkembangan kraf tradisional amat pesat membangun pada suatu ketika dahulu di zaman awal
ketamadunan bangsa Melayu bahkan ianya mempunyai nilai dan jati diri masyarakat Melayu. Ini
disebabkan suasana sosial yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Memang tidak
dinafikan sesebuah keluarga pada ketika itu memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang dan akan
diturunkan ilmu tersebut kepada setiap anggotanya untuk diwarisi.
Sebagai contoh labu sayong, seni batik, ukiran kayu, anyaman mengkuang dan banyak lagi barangan kraf
yang lain diperturunkan ilmu berdasar keperluan dan kehendak masyarakat pada ketika itu dan bukan
paksaan. Justeru ia melahirkan pandai tukang dan diteruskan kemahiran dan pengetahuan tersebut
kepada generasi berikutnya. Industri pembuatan labu sayong, jika dahulu diwarisi turun temurun
sebagai mata pencarian dan hanya berfungsi untuk kegunaan harian kini telah berubah menjadi produk
komersial. Perusahaan labu sayong yang menerapkan nilai kesabaran semasa menghasilkan juga
mementing nilai estetika dalam kandungan pembuatan telah mula diabaikan setelah teknologi moden
digunakan.
Walau bagaimanapun dalam kurikulum Pendidikan Seni bidang kraf masih mendapat perhatian kerana
ia memberi peluang kepada pelajar mempelajari hubungan antara bentuk, fungsi dan media. Ini perlu
supaya masyarakat sekeliling tahu tentang keistimewaan produk seni dengan nilai falsafah yang
dibawanya,kerana barangan kraf mahupun produk seni yang lain mempunyai nilai falafahnya yang
tersendiri. Untuk mencapai kebolehan masyarakat menginterpretasikan makna melalui simbol-simbol,
masyarakat kita perlu mempunyai rasa penghayatan.
Contoh lain seperti dalam seni kraf tradisi keris, keunikan pembuatan keris terletak pada hulu , sarung
dan bilah mata kerisnya. Keris amat sinonim dengan masyarakat Melayu dan penggunaannya dianggap
satu keperluan bagi kaum lelaki untuk menunjukkan kehebatan mereka. Kini seni warisan yang menjadi
tunggak dan pusaka warisan yang dibanggakan telah hilang ditelan zaman. Bahkan berjalan membawa
keris tanpa kebenaran dari pihak berkuasa juga dilarang dan menyalahi undang-undang.
Persekitaran tempat tinggal kanak-kanak mempengaruhi corak kehidupan mereka. Kanak-kanak yang
tinggal di kampung dengan nilai masyarakatnya menjadi sebahagian daripada cara dan sikap mereka
pada seni dan persekitaran. Mereka menghasilkan karya yang menampakkan imej dan ekspresi individu
sama ada gembira, ceria atau bersedih. Mereka belajar daripada pengalaman mengenai kehidupan
dalam masyarakatnya.
Masyarakat Orang Asli misalnya cintakan kesenian. Kraf yang paling hampir dengan kehidupan mereka.
Fungsi kraf yang dihasilkan untuk kegunaan harian di mana mereka menghasilkan bakul untuk mengisi
buah-buahan, anyaman tikar sebagai alas lantai dan sebagai. Kanak-kanak Orang Asli juga cintakan
keindahan hutan yang merupakan gelanggang permainan harian mereka dengan cara memanjat pokok
dan melihat air hujan turun. Jelas kepada kita mereka berinteraksi dengan persekitaran, alam dan
masyarakat setempat. Secara tidak langsung menunjukkan seni adalah jambatan untuk menghubungkan
kanak-kanak dengan masyarakat dan persekitarannya. Mereka kenal budaya sosial keturunan nenek
moyang mereka yang diwarisi sehingga ke hari ini.

Contoh Gambar 1: Karya pelajar yang mengambil alam persekitaran sebagai tema utama, di mana
hutan menjadi gelanggang permainan mereka.
Aktiviti seni juga tidak terbatas mengikut peringkat umur kerana pembelajaran adalah sepanjang hayat.
Pendidikan Seni dapat dipelajari ataupun dihasilkan bermula dari kanak-kanak sehinggalah
dewasa. Sekiranya ibu bapa serta masyarakat memahami dan menghargai seni, maka aktiviti seni boleh
dilakukan secara santai. Selain mengisi masa lapang, dapat juga meningkatkan kemahiran. Sebagai
contoh dalam aktiviti melukis, seseorang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seterusnya
menjadikan bidang seni ini sebagai kerjaya untuk menambah pandapatan. Di samping itu dapat
memupuk sikap berdisiplin,bersabar, bertanggungjawab dan berhemah tinggi. Apatah lagi Pendidikan
Seni menjurus kepada fungsi konstektual dan esensial untuk mendapat masyarakat yang seimbang
budayanya tanpa mengenepikan warisan pusaka mereka.
Tema juga memainkan peranan dalam pengajaran Pendidikan Seni kerana ia mempunyai kaitan dengan
kaum dan etnik dalam sesebuah negara. Ia turut dipengaruhi oleh ideologi kepelbagaian budaya di mana
setiap kaum dan etnik mempunyai keseniannya yang tersendiri.
Dalam masyarakat Orang Melayu, daun sireh membawa lambang kasih sayang. Justeru dalam acara
peminangan atau perkahwinan ia dijadikan sebagai sebahagian dari upacara tersebut. Begitu juga
sekiranya tetamu datang ke rumah, sireh dihulurkan sebagai salam sejahtera dari tuan rumah. Dua
unsur penting ini begitu sinonim dengan budaya masyarakat Melayu. Apa sahaja upacara yang
berlangsung pastinya sireh pinang menjadi elemen penting. Ianya berperanan utama sejak zaman
dahulu lagi apabila disediakan sama ada dalam upacara perkahwinan, upacara menyambut bayi, majlis
melenggang perut dan banyak lagi. Daun sireh yang bertemu urat sahaja yang akan dipilih untuk
perubatandan sebagainya.
Ia menjadi falsafah ketuanan Melayu, kekuatan jiwa, penyeri majlis dan simbol ikatan kasih sayang
serta mengembalikan roh dan jiwa kepada pesakit dalam setiap fungsi yang diungkapkan tadi.
Melihat kepada keunikan dan kepentingan daun sireh serta buah pinang ini, terdapat pelukis
menjadikan dua elemen ini sebagai subject matter dalam penghasilan karya mereka. Realitinya
apabila melihatkan sesuatu imej, kita dapat menghayati nilai-nilai dalam kandungan karya tersebut dan
inilah yang mendekatkan hubungan dengan masyarakat melalui mesej yang disampaikan. Secara tidak
langsung pengaruh kebudayaan mempengaruhi seni. Begitu juga dengan lain-lain masyarakat di luar
sana mempunyai kepercayaan dan budaya yang pelbagai yang diwarisi turun temurun. Cuma apabila
arus kemodenan datang, budaya sesuatu kaum atau etnik semakin dipinggirkan.

Contoh Gambar 2: Karya pelajar yang menunjukkan tema kasih sayang menggunakan simbol daun sireh
yang membawa makna tersebut.
Mencipta karya seni adalah untuk dihayati masyarakat. Pelukis akan sentiasa berusaha untuk
menyampaikan mesej dalam pengkaryaan. Ini selaras dengan Feldman(1981) yang seni berfungsi untuk
masyarakat. Ia masih berperanan untuk menyampaikan aspek-aspek kehidupan dalam masyarakat.
Justeru masyarakat terutama golongan artist harus sentiasa menerapkan mesej dalam penghasilan
karya mereka. Ini kerana secara tidak langsung membentuk tingkah laku untuk menghayati dan
menghargai budaya mereka sendiri.
Menurut pandangan Syed Ahmad Jamal; Pada asasnya seni ialah sesuatu bentuk pengantara yang
diwujudkan khusus untuk diamati melalui deria dan daya gambaran. Kalau dilihat kesan ekspresionisme
yang utama ialah nilai-nilai emosi dan mistik melahirkan perasaan dan deria, sebagai suatu bentuk
pengantaraan yang menyampaikan perasaan yang tegas.
Jelas di sini seni dan masyarakat saling memerlukan dan tidak akan berkembang baik tanpa salah satu
daripadanya. Melalui karya seni yang melambangkan budaya sesuatu masyarakat diharapkan dapat
mendekatkan diri kepada nilai kesopanan dan jati diri masyakarat Melayu khususnya melalui karya
Anita, Bertemu Kasih.
Perkembangan dalam masyarakat juga menjadi faktor terhadap perkembangan seni. Masyarakat yang
tinggal di bandar lebih terdedah dan mudah menerima perkembangan seni berbanding masyarakat
desa. Seni juga bertindak untuk menyuburkan perkembangan fizikal, emosi, jasmani, intelektual
seseorang kanak-kanak atau remaja. Joseph Chiari (1997) dalam Art and Knowledge menjelaskan
bahawa pengetahuan dan pendidikan seni membantu seseorang untuk mengenali persekitaran.
Sebagaimana dalam kandungan kurikulum Mc Fee (1970) yang menekankan kepada simbol sebagai
mesej yang ingin disampaikan, pelajar dilatih untuk mengkaji dan membanding makna dan melalui
elemen-elemen yang digubah inilah terbentuknya komunikasi antara pelajar dan masyarakat
persekitarannya. Bahkan perspektif pemikiran mereka dipengaruhi oleh budaya sosial yang didukung
turun temurun.Sebagai contoh dalam kesenian tradisi Melayu melihat motif pucuk rebung dalam
pelbagai maksud.
Menurut Dzul Haimi Md Zain (1992) simbol-simbol yang dilahirkan akan mendukung makna. Pucuk
rebung tadi amat sinonim dengan kepercayaan apabila ingin mendidik anak biarlah dari kecil supaya
tidak menimbulkan masalah apabila dewasa kelak. Ini membawa maksud rebung itu bersifat lembut dan
akan menjadi keras apabila menjadi buluh. Secara tidak langsung mesej bertujuan dapat mengelakkan
gejala sosial yang kian menular.

Contoh Gambar 3: Karya pelajar yang menunjukkan tema melentur buluh biar dari rebung. Pokok buluh
membawa pelbagai makna mengikut kepercayaan masing-masing.
Masyarakat orang Asli juga sangat percaya kepada semangat buluh. Kebanyakan rumah masyarakat
Orang Asli diperbuat daripada buluh. Ini bertujuan untuk kemudahan mengadakan tarian sewang
apabila menyambut sesuatu upacara. Mereka juga percaya buluh mempunyai roh dan diletakkan di
dalam rumah apabila melakukan perubatan tradisional. Melalui spritual buluh ini yang akan melindungi
orang yang sedang berubat tadi.
Bagi masyarakat orang Cina pula meletakkan pokok anak buluh sebagai lambang kesejahteraan.
Kebanyakan rumah masyarakat orang Cina mempunyai anak pokok buluh ini sebagai tanda
kesejahteraan mereka dipelihara. Jelas kepada kita design objek yang digunakan adalah sama iaitu buluh
tetapi diberi makna yang berbeza oleh masyarakat orang Melayu, orang Cina dan juga orang Asli.
Begitu juga dengan permainan wayang kulit Kelantan yang semakin dilupakan padahal ianya telah
menjadi sebahagian dari budaya masyarakat Kelantan. Tema yang disampaikan melalui persembahan
wayang kulit dengan watak pahlawan, pemerintah dan balasan atas segala perbuatan membawa
gambaran pada realiti sebenar kehidupan masyarakat Melayu, di mana perlu taat pada pemerintah,
sentiasa bersikap baik dan menghormati sesama manusia. Secara tidak langsung ia membentuk
tingkahlaku yang positif supaya sentiasa berbuat baik semasa hayatnya. Matlamat untuk meneroka
makna kebudayaan di dalam objek-objek yang diolah jelas menunjukkan bahawa manusia dan
kehidupan sosial tidak dapat dipisahkan.
Masyarakat kita tidak mempunyai pengetahuan tentang ini dan menyebabkan mereka tidak pernah
meletakkan kepentingan bahawa simbol dan lambang yang terdapat pada sesuatu karya itu mempunyai
makna. Mereka hanya menganggap ia sebagai hiasan untuk menampakkan keindahan luaran semata-
mata.
Sepatutnya peranan kita sebagai ahli masyarakat bukan sebagai pemerhati sahaja tetapi juga memiliki.
Apabila kita memiliki, kita melihat karya seni secara mendalam dan mengkritik apa juga isu yang
dipamerkan secara simbolik.
Justeru peranan guru Pendidikan Seni di sekolah perlu dipertingkatkan. Bukan setakat mengajar bahkan
menjelaskan tentang kepentingan penghayatan dalam setiap kegiatan. Pelajar perlu memahami akan
fungsi karya seni berkenaan. Menurut pandangan ahli falsafah dan sejarawan Hauser; A work or art is
a challenge; we do not explain it, but we adjust ourselves to it.
Seorang pelukis terkenal, Awang Damit mengilhamkan idea karya beliau melalui pengalaman kehidupan
sosialnya. Beliau gemar menjadikan nostalgia zaman silamnya sebagai tema utama. Menggarap
pengalaman hidup beliau yang pernah melalui penderitaan untuk dikongsi bersama penghayat seni. Ia
dilakukan dalam bentuk simbol dan makna. Melalui karya beliau, Intipati Budaya 1 (1985),EOC Sira dan
asam Jawa (1989) serta Intipati Budaya lV (1986), beliau mengolah tema yang mencerminkan latar
belakang dirinya sebagai anak petani dan nelayan supaya dapat dihayati maksud yang tersirat dan
tersurat. Bahkan turut mempamerkan cerminan ciri-ciri budaya tradisi serta alam semulajadi sekitar
kehidupannya.
Menghayati karya-karya pelukis tanahair yang terkenal, membuat kita kembali mengingati agar kesenian
Melayu ini wajar dipertahankan. Itulah antara mesej yang ingin disampaikan pada penghayat seni dalam
konteks pendekatan sosial yang melingkungi budaya dan masyarakat pendukungnya. Sebagai penggiat
seni, sudah pasti ada cara untuk memartabatkan kembali seni warisan ini. Supaya generasi hari ini dan
generasi seterusnya mampu menghayati keindahan seni warisan bangsa Melayu.
Di Malaysia, faktor agama tidak dapat dipisahkan dengan pendidikan. Penerapan nilai-nilai murni adalah
salah satu daripada bukti pertalian yang wujud. Setiap ajaran agama menekankan kepada kebaikan
dibalas dengan kebaikan dan budaya menghormati sesama manusia diberi penekanan dalam mendidik
anak-anak. Cara menghormati orang tua juga mengikut kepercayaan dan budaya, ada yang tunduk
apabila meminta laluan, ada yang tangan diletakkan di dada dan pelbagai gaya mengikut etnik masing-
masing. Walaupun terdapat perbezaan budaya tapi nilai positif yang ditekankan adalah samauntuk
membangunkan sosial masyarakat sesuatu tempat. Dalam kurikulum Pendidikan Seni, guru perlu bijak
kerana dalam pengajaran kraf tidak memasukkan kraf semua kaum dan ini boleh mengundang rasa tidak
puashati di kalangan pelajar yang terdiri dari berbilang bangsa.
Guru sebagai agen perubahan perlu menekankan aspek seni dalam budaya sebagai topik pembelajaran
kerana semua penghasilan karya menekankan tentang seni dalam masyarakat dari sudut budaya yang
dimiliki turun temurun dan kecenderungan mereka terhadap warisan budaya mencernakan idea-idea
yang ada hubungkaitnya dengan nilai sosial kehidupan persekitaran mereka.
Demikian antara beberapa elemen yang dikupas yang menjadi titik tolak kepada perubahan dalam
pembangunan sosial. Guru Seni merupakan agen kepada perubahan sosial dengan menyumbang kepada
transformasi budaya tampak yang umum, kerana melaluinya pelajar belajar melihat dunia. Perubahan
berlaku sama ada secara sengaja atau tanpa disedari. Seni juga penting sebagai transformasi sosial yang
melibatkan perkembangan biologi, transformasi teknologi dan pembentukan budaya.
Menurut Robert A.Ott dari Pennsylvania Art Educatormenyatakan; seni merupakan sesuatu yang
dikaitkan dengan persekitaran dan masyarakat. Guru Seni pula adalah sesorang ahli falsafah, penulis,
ahli sejarah dan artist yang kreatif. Pendidikan Seni telah menjadi suatu pendidikan jangka hayat. (life
learning process)
Seni juga mengalami evolusi kerana kehendak yang berbeza mengikut umur masyarakat. Masyarakat
warga tua lebih berminat dengan seni dan kelapangan waktu tersedia berbanding dahulu tidak
memperoleh peluang mempelajari kerana kesibukan bekerja.
Menurut Ott lagi, seni melibatkan proses pembelajaran tentang tamadun dan budaya sesuatu etnik
dan bangsa. Seni sebagai refleksi pemikiran golongan intelektual dari zaman berzaman. Mesej yang
disampaikan dalam sesuatu seni boleh dipertahankan dalam jangka masa lama dan asas kepada
pemahaman tentang sesuatu budaya, etnik dan sesuatu golongan masyarakat... (telah diterjemahkan
dari bahan internet).
Beliau juga berpendapat, seni mungkin menjadi asas kepada segala jenis pembelajaarn (centre of
learning). Melaluinya kita boleh mengetahui tentang cara pemikiran, emosi, adat dan istiaat masayarakt
dan pemahaman ini terus berkembang.
Menurut Ralph Smith (2006) dalam tulisan beliau, Culture And The Arts in Education menyatakan;
.......................seni mempunyai kaitan dengan proses pembentukan perwatakan seseorang manusia. Ini
kerana untuk menghasilkan seni ia perlukan tahap kestabilan, konsentrasi, disiplin, kreativiti dan
tamadun yang tinggi dan memuaskan. Seni melibatkan proses komuniti, kesinambungan dan kritikan
serta pendidikan falsafah yang akan dilalui oleh seseorang individu. Dalam kontaks sosial ini dapat
diperjelaskan kepada kita bahawa pendidikan tentang seni amat berkait rapat dengan kehidupan
seharian mereka sehingga boleh menghasilkan seni yang excellent, terutama jika ia melibatkan
pengalaman estetik seseorang individu.
Melalui Pendidikan Seni juga boleh memupuk sikap kesedaran tentang ciri-ciri kemanusiaan dan
menggunakan seni untuk mengekspresi pandangan, dilema dan peribadi kepada masyarakat. Seni
hakikatnya suatu subjek yang sangat berkuasa sehingga boleh menyebabkan social change. Contoh-
contoh seni juga telah mengubah pandangan manusia tentang sesuatu isu atau kejadian yang berjaya
menimbulkan kesedaran tentang kemanusiaan di kalangan manusia. (Guernica-Picasso)

Contoh Gambar 4: Persekitaran mereka amat berkait rapat dengan kepercayaan tentang unsur-unsur
animisme(semangat) malahan menjadi budaya kehidupan mereka terutama dalam perubatan
tradisional.
Menurut Kerry Freedman dalam pembentangan kertas kerja beliau di Konferens Persatuan Pendidikan
Seni Pennsylvania (2001);beliau melihat Pendidikan Seni dari perspektif sosial iaitu jika seni diajar tanpa
memasukkan nilai-nilai dan pandangan sosial terhadap seni maka ianya cuma menjadi suatu pengajaran
dan pembelajarn seni semata-mata kerana perspektif kurikulum tetapi seni juga harus dipandang dan
diinterpretasikan dengan sifat-sifat sosial seperti jantina, bangsa, etnik, bakat istimewa, budaya,
sosioekonomi, keadaan politik, alam sekitar dan perasaan manusia. Ini kerana seni adalah kompleks
mempunyai unsur kepelbagaian dan mewakili sesuatu budaya. Justeru tujuan seni dan asal usul seni
hanya boleh difahami jika seseorang melihat seni dari perspektif sosial.
Pengajaran seni bukan sahaja melibatkan seni halus sahaja tetapi pelajar perlu diajar untuk melihat,
mengkritik dan memahami maksud, tujuan, hubungkait dan pengaruh seni itu sendiri. Beliau
menggariskan beberapa perkara penting berkaitan dengan Pendidikan Seni tersebut iaitu:
a) Isi kandungan Pendidikan Seni harus melibat seni sebagai budaya visual
b) Kaitan perasaan, fungsi dan bentuk harus diketahui untuk menghasilkan sesuatu karya seni
c) Tahap kognitif secara individu atau kumpulan harus diambil kira dalam P&P seni
d) Analisis unsur sosial yang terdapat dalam sesuatu seni/objek
e) Memahami sesuatu hail seni dan bentuk dari sudut kontent
f) Gabungkan unsur teknologi dalam pendidikan Seni
g) Dalam menilai dan menginterpretasikan seni, harus dilihat dari segi kritikan konstruktif yang membina
Kesimpulannya di sini dalam kehidupan harian kita sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan
seni. Tidak kira sebesar mana peranannya terhadap kehidupan kita, namun kepentingan seni wajar
dilihat sebagai satu kepentingan dalam kehidupan. Penglibatan seni hampir menyeluruh, terutama jika
dilihat tentang penggunaan bahan peralatan di rumah, susunan perabut, pemilihan warna dan fesyen
pakaian dan banyak lagi perkara yang bersangkutan dengan kehidupan. Semuanya ini mempunyai kaitan
dengan seni dan falsafah masyarakat.
STRATEGI DAN PELAKSANAANNYA: TEORI MC FEE
Pendidikan Seni di sekolah seperti mana menurut sebahagian besar pengkaji Barat seperti Eisner(1972),
Mario(1948), Victor Lowenfeld(1970), Lansing(1971) dan Efland(1977) berpendapat bahawa Pendidikan
Seni adalah untuk mengembangkan potensi individu serta melahirkan bakat pelajar agar berupaya untuk
memahami nilai seni untuk dirinya, masyarakat, warisan seni budaya serta nilai-nilai estetika secara
global iaitu mengaitkan seni dengan kehidupan individu agar dapat membuat pertimbangan dan
penilaian yang terbaik.(untuk dirinya, masyarakat dan budaya.)
Mc Fee(1970) menekankan kepekaan terhadap alam sekitar di dalammatlamat dan objektif dalam
Pendidikan Seni . Beliau menekankan empat asas dalam mengkaji seni iaitu:
a) Kajian dan bandingan makna iaitu kanak-kanak mengenal objek serta
bandingan objek melalui soalan-soalan yang dibina.
b) Belajar membaca mesej iaitu makna dan nilai pada objek mengaitkan makna
dengan nilai.
c) Kajian komunikasi antara penyusunan benda-benda di persekitaran dengan nilai-nilai dan unsur
budaya.
d) Kajian dari perspektif individu membuat modifikasi sesuai dengan nilai-nilai dan budaya.
Seni telah diterima oleh masyarakat kita sebagai satu budaya hidup yang perlu
dikekalkan. Perkembangan seni selari dengan perkembangan hidup manusia sejak zaman dahulu lagi.
Justeru tidak hairan jika Mc Fee lebih menumpukan kepada kebudayaan sesuatu masyarakat melalui
penerokaan dalam menghasilkan seni. Apa juga corak yang dihasilkan mempunyai makna kebudayaan di
dalamnya. Ini membuktikan betapa pengaruh kebudayaan amat ditekankan dalam matlamat kurikulum
Mc Fee.
Teori beliau lebih komprehensif berhubung dengan pengamatan. Beliau percaya.kanak-kanak melukis
sebagaimana yang mereka lakukan dan bukanlah disebabkan satu-satu faktor tetapi disebabkan oleh
semua.
Mengikut teori ini kebudayaan adalah penting. Seni dan kurikulum seni adalah sebahagian dari
kebudayaannya di mana kanak-kanak itu tinggal. Kebudayaan ini sebenarnya memberi kesan kepada
pencapaian artistik kanak-kanak. Hari ini di mana-mana juga terdapat pelajar yang mewakili kebudayaan
masing-masing. Mengikut Mc Fee (1970) lagi, adalah sangat mustahak setiap individu iaitu kanak-kanak
dan subculture dilindungi dan dipertahankan melalui seni tampak.
Bagi mencapai objektif bagaimana Pendidikan Seni dapat memperkembangkan warisan kebudayaan,
(sasaran golongan masyarakat dan pelajar) , strategi dan pelaksanaan yang dicadangkan adalah seperti
berikut;
a) Memberi peluang mengetahui pencapaian seniman lampau serta kini termasuk identiti mereka
ketika menghasilkan karya mahupun melakukan aktiviti seni mereka.
- Pendekatan ini boleh memberi ruang dan peluang kepada individu terutama pelajar mencari dan
mendapat idea seni melalui pengalaman kendiri mereka berdasar rujukan biografi para seniman
tanahair. Ini kerana kita sedia maklum dalam kurikulum Mc Fee, beliau menekankan aspek kepekaan
terhadap persekitaran dan alam dalam menghasilkan sesuatu karya. Pelajar boleh menggunakan
persekitaran alam sekeliling mereka untuk dijadikan idea utama dalam pengolahan makna. Melalui
design object ini pelajar menggunakan simbol-simbol untuk menyampaikan makna dan secara tidak
langsung cuba menyampaikan mesej yang ingin diluahkan. Tingkahlaku kognitif pelajar terbentuk
mengikut kepekaan terhadap persekitaran dan alam. Maka tidak mustahil jika hasil karya mereka
berdasar kepada pengalaman yang dilalui.
b) Membuat penyelidikan dan membanding makna melalui hasil karya lampau seseorang seniman
sebagai bahan rujukan.
- Dalam seni kritikan, pengkritik seni berperanan menceritakan apa yang berlaku
di sebalik terhasilnya sesuatu karya itu supaya ia menjadi lebih bertenaga dan
bercahaya selepas digilap oleh pengkritik seni yang berwibawa. Bahkan
pengkritik seni perlu jujur dalam kritikannya. Secara tidak langsung
menerapkan rasa penghayatan masyarakat terhadap sesuatu karya yang
mengandungi simbol dan makna yang cuba disampaikan.
c) Memerhati seniman menyusun objek-objek yang dipilih sehingga menjadi satu karya yang
mengandungi simbol dan makna.
- Seniman dilahirkan dengan bakat dan kreativiti yang tinggi. Kemampuan seniman mengolah idea
dengan adunan warna dan teknik memperlihatkan satu kreativiti yang hebat. Karya seni merupakan satu
manifestasi kejujuran. Seni berperanan untuk mendidik penghayat (masyarakat).
Edmund Burke Feldman (1966) menyatakan seni sebagai satu bidang komunikasi yang berkesan kepada
masyarakat.
Karya seni ini boleh dianggap sebagai himpunan khazanah, idea, sumber ilham untuk dijalin dan
dianyam dengan sebaik mungkin.
d) Mempelajari cara seniman mentafsir idea untuk membentuk seni dengan
memperolehi pelbagai kesan melalui penggunaan asas senireka dan bahasa
seni visual.
- Manusia mempunyai emosi dan perasaan dan mahu meluahkan perasaan mereka. Manusia mahu
berkongsi perasaan dan emosinya dengan orang lain. Justeru terdapat pelbagai cara perlakuan manusia
untuk menterjemahkan perasaan dan emosinya itu. Charlotte Wolff (1970) dalam bukunya Psychology
of Gesture telah mengkaji perlakuan manusia dan menyatakan manusia mengeluarkan pernyataan
perasaannya di bawah sedar dan tanpa kawalan diri.

Contoh Gambar 5: Karya ini menunjukkan luahan rasamereka melalui emosi dan perasaan terhadap isu
pempupusan penyu, iaitu spesis haiwan yang sepatutnya dipelihara. Tafsiran idea di sini boleh
membawa maksud protes di atas apa yang berlaku.
e) Membandingkan berbagai tafsiran yang digunakan dalam tema dan pilihan subject matter yang
dipilih. Ini membolehkan sesuatu tajuk itu dikembangkan kepada isu-isu yang lebih luas untuk
diterokai. Seterusnya boleh juga dimasukkan kesan dari sudut sosial dan ekonomi.
- Tidak semua anggota masyarakat mempunyai tafsiran yang serupa bagi sesuatu imej yang
sama. Masyarakat mentafsirnya dengan pelbagai pandangan berdasar perbezaan pengalaman, umur,
jantina, persekitaran dan beberapa faktor lain. Dari sini secara disedari atau tidak penghayat diajak
meneroka idea-idea yang telah diolah dalam menyampaikan makna di sebaliknya. Ini juga bertujuan
supaya penghayat tidak melihat seni itu sebagai satu hiburan kosong semata-mata.
f) Penggiat seni perlu sentiasa merancang aktiviti yang merangkumi bidang perkara, tema, media/bahan,
hasil fungsi, rekabentuk dan gaya.
- Aktiviti kesenian perlu banyak sama ada di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sebagai. Ini
kerana seni mampu mengupas isu permasalahan yang dipaparkan oleh seniman. Melalui aktiviti seni ini
juga mampu membawa masyarakat menyelami erti kehidupan yang sebenarnya. Masyarakat
seharusnya mendekati seniman untuk menimba semua ilmu itu. Di bahu seniman terletak satu
tanggungjawab sosial yang berat. Ini kerana seniman bukan lagi berkarya untuk keseronokan sendiri
tetapi selebihnya untuk menjana fikiran masyarakat. Masyarakat perlu didedahkan bagaimana cara
menghayati nature nya.
g) Peminat seni dan pengkritik seni perlu peka dengan isu persekitaran dan semasa kerana ianya
melibatkan pengurusan diri (perasaan), tindakbalas, warisan artistik dalam konteks seni dalam
masyarakat.
- Ini adalah kerana seni melambangkan tamadun dan budaya sesuatu masyarakat,
justeru warganegara diajar menggunakan seni bagi menyatakan hasrat, idea,
nilai dan pandangannya mengenai pelbagai bidang kehidupan yang dialaminya.
Secara tidak langsung penghargaan terhadap warisan budaya dapat dipupuk.
PENUTUP:
Seni begitu memain peranan penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnya seni tidak dianggap
sebagai satu mata pelajaran yang tiada kepentingan dalam dunia pendidikan. Sejarah telah
membuktikan bahawa seni amat memain peranan dalam pembentukan ketamadunan
manusia. Mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui seni selari dengan perkembangan teknologinya.
Justeru seni memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan kita hari ini.
Di harapkan melalui Pendidikan Seni ini akan melahirkan individu yang berkeyakinan, baik hati dari
aspek ekspresi mahupun tindakbalas di samping dapat mempertahankan warisan budaya dalam kontaks
sosial di mana sesuatu masyarakat dapat berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni ini.
Seni dan falsafah menjadi faktor terpenting dalam masyarakat. Ia saling memerlukan. Memang benar
apabila seni dikatakan sebagai agen perubahan masyarakat. Perkembangan seni yang berlaku dalam
sesuatu masyarakat itu juga sebenarnya adalah hasil hubungan dan kepentingan bersama.