Anda di halaman 1dari 2

Pengasingan parkir kenderaan bermotor dan basikal adalah penting bagi

memastikan keselamatan dan kelancaran trafik. Namun begitu, terdapat sesetengah


sekolah yang tidak memandang serius akan perkara ini. Sebagai contoh, pihak sekolah tidak
menyediakan tempat parkir motorsikal menyebabkan pengguna motorsikal terpaksa
meletakkan motorsikalnya di tempat yang tidak sepatutnya seperti di sebelah kereta guru, di
kaki lima dan di parkir basikal murid. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan
kepada murid- murid yang suka bermain dan berlari di kaki lima. Perkara ini tidak sepatutnya
berlaku kerana walaupun tidak ramai warga sekolah yang menggunakan motorsikal, pihak
sekolah wajib menyediakan satu parkir motorsikal yang berlainan dengan parkir kereta dan
parkir basikal.

Gambar 1 Gambar menunjukkan motorsikal yang diparkir di kaki lima berdekatan dewan
utama.

Gambar 2 Gambar menunjukkan motorsikal pekerja sekolah diparkir begitu dekat dengan
kereta guru.

Anda mungkin juga menyukai