Anda di halaman 1dari 3

Hubungan Etnik (UW00102)

UW 00102
HUBUNGAN ETNIK




MODUL PROGRAM PENSISWAZHAN GURU (PPG)
PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA




MOHD SOHAIMI ESA
DAYU SANSALU
BUDI ANTO MOHD TAMRING








Hubungan Etnik (UW00102)

PRAKATA

Kursus Hubungan Etnik telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(sebelumnya Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) di Institusi Pengajian Tinggi Awam
dan Swasta sejak tahun 2007. Di Universiti Malaysia Sabah (UMS), kursus ini dijadikan
sebagai kursus wajib universiti bersama-sama dengan Tamadun Islam dan Asia (TITAS) dan
Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK). Kursus Hubungan Etnik wajib diambil oleh pelajar
di peringkat ijazah sarjanamuda dan juga pelajar di peringkat Diploma.
Pada dasarnya, kursus ini memfokuskan perbincangan tentang usaha mengekalkan
keharmonian melalui integrasi kebangsaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai etnik dan budaya. Perbincangannya ditumpukan kepada sejarah dan latar belakang
masyarakat Malaysia yang berbilang etnik, konsep-konsep asas hubungan etnik yang
berkaitan dengan masyarakat, budaya dan perpaduan, sejarah perkembangan hubungan
etnik, serta cabaran terhadap permuafakatan sosial di Malaysia seperti pendidikan, agama
dan ekonomi. Di samping itu, perlembagaan Malaysia dalam konteks hubungan etnik dan
usaha mewujudkan bangsa Malaysia menurut acuan masyarakat negara ini turut diberikan
perhatian.

Pada dasarnya, modul ini dihasilkan dengan merujuk terutamanya buku teks, Shamsul Amri
Baharuddin, ketua editor, Modul Hubungan Etnik, edisi kedua (2012) agar silibusnya
mengikut kehendak Kementerian Pendidikan dan Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Justeru itu, modul ini dihasilkan sebagai supplementary dengan dipermudahkan
dan diringkaskan daripada buku teks tersebut.
Dalam usaha menjayakan modul ini, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih, khususnya
kepada Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, serta Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS.
Begitu juga, ucapan terima kasih kami kepada semua pensyarah yang mengajar kursus
Hubungan Etnik di PPIB, khususnya Dr. Nordi Achie, Hajjah Siti Aidah Hj. Lukin, Nordin
Moen, Yusten Karulus dan Sharifah Damia Sharif Adam. Ucapan ini ditujukan sebagai tanda
terima kasih kami kerana sesetengah bahan pengajaran dalam modul ini hasil kerja bersama
rakan-rakan yang mengajar kursus ini.
Semoga modul ini dapat dijadikan panduan kepada pelajar yang mengambil kursus
Hubungan Etnik dalam Program Pensiswazahan Guru di UMS. Kami mengalu-alukan
sebarang maklum balas dan cadangan untuk menambahbaikan modul ini. Harapan kami
agar modul ini dapat membantu para pelajar dalam proses pembelajaran mereka.
Semoga maju jaya.

Mohd Sohaimi Esa
Dayu Sansalu
Budi Anto Mohd Tamring
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa
Universiti Malaysia Sabah


Hubungan Etnik (UW00102)




ISI KANDUNGAN

Prakata i
Isi Kandungan ii
Pengenalan Modul 1
Unit 1 Kesepaduan dalam Kepelbagaian 4
Unit 2 Potret Hubungan Etnik 15
Unit 3 Kemakmuran Ekonomi Merentasi Etnik 25
Unit 4 Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik 32
Unit 5 Pemuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia 55
Unit 6 Agama Dalam Konteks Perpaduan Etnik 73
Unit 7 Dari Segregasi ke Integrasi 84
Unit 8 Pendidikan Payung Perpaduan Etnik 92
Unit 9 Pengalaman Harian: Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonian 105

Penutup 111
Lampiran 112

Anda mungkin juga menyukai