Anda di halaman 1dari 9

LEMPAR CAKERA

1.Pendahuluan
Sejak acara lempar cakera diperkenalkan pada zaman Greek purba, acara ini telah
mengalami banyak perubahan terutama dari aspek peraturan dan gaya lemparan
cakera. Dari lemparan cara berdiri di atas "pedestal" dalam pentas bulat, cara
melempar yang mengamalkan teknik seperti "melangkah dan lempar", gaya
melempar 900, gaya rotasi atau berpusing dan lempar dan pelbagai gaya
lemparanlain telah diperkenalkan olehjaguh-jaguh dunia pada era yang tertentu.
Pengajaran kemahiran melempar cakera biasanya ditangguhkan oleh guru di sekolah
rendah sehingga pelajamya masuk ke sekolah menengah. Ini disebabkan
perkembangan dan kesediaan jasmani kebanyakan pelajar di sekolah rendah
dianggap belum lagi bersedia untuk menguasai kemahiran melempar cakera.
Memang benar bahawa para pelajar lebih mudah mempelajari acara Iontar peluru
daripada acara lempar cakera. Saiz, bentuk dan berat cakera menjadikan alat ini
tidak mudah dikawal. Lagipun, cara pegangan yang biasa diamalkan ketika bersedia
untuk melempar adalah terdedah kepada tarikan graviti. Oleh sebab itu, cara
pegangan cakera adalah dianggap sangat penting bermula dari masa hayunan awal
sehingga pelemparannya.
PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA
Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh
yang boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter
dan peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke
kawasan sektor yang bersudut 40 di hadapan bulatan.
Selain daripada keperluan fzikal seperti kekuatan, kuasa, koordinasi dan ritma yang
seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera, faktor-faktor mekanikal juga perlu
diambil perhatian untuk keberkesanan tindakan melempar cakera.
Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan
sudut pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk
cakera ketika ia bergerak di udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak
dalam bentuk "bulan purnama" apabila dilempar, sudah pasti rintangan udara yang
penuh ke atas muka cakera akan memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan.
Sebaliknya, cakera yang dapat digerakan secara "memotong udara" akan kurang
rintangan udara dan mungkin terus terapung di udara dan bergerak lebih jauh.
Ketika memberi demonstrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi
badan, guru hendaklah menarik perhatian pelajarnya kepada turutan tindakan
bahagian badan. lni dapat membantu mereka memahami as as pengumpulan daya
dan peranan bahagian badan seperti kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan
melempar cakera.
KESELAMATAN LATIHAN MELEMPAR CAKERA
Guru yang mengajar berkewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka
menjalani latihan melempar cakera. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini
berlaku, guru hendaklah tegaskan kepada pelajarnya tentang langkahlangkah
keselamatan ketika menjalani latihan dan pentingnya semua pelajar mematuhinya.
Berikut adalah beberapa panduan untuk menjaga keselamatan pelajar yang
menjalani pelajaran melempar cakera.
(a) Pelajar menjalani latihan melempar di kawasan yang ditetapkan guru.
(b) Pelajar menunggu gilirannya di tempat yang selamat dan tidak
menunggu di keliling atau berhampiran bulatan lemparan di mana pelajar lain sedang
membuat percubaan.
(c) Pelajar yang bersedia untuk melempar hendaklah terlebih dahulu memastikan
tiada sesiapa di belakangnya dekat bulatan atau di hadapannya dalam kawasan
pendaratan ketika dia memulakan lemparannya.
(d) Amalkan prinsip keselamatan iaitu "semua melempar, semua memungut" jika
latihan berkumpulan diamalkan. oleh pelajar.
(e) Cakera hendaklah dipungut dan dibawa semula ke tempat mula melempar oleh
pelajar. Tidak dibenarkan pelajar membaling cakera kepada peserta yang menunggu
gilirannya.
FASA PERGERAKAN MELEMPAR CAKERA
Secara umumnya, melempar cakera terdiri daripada fasa pergerakan yang berikut:
(a) Fasa persediaan termasuk pegangan cakera
(b) Fasa hayunan awalan
(c) Fasa lemparan
(d) Fasa ikut lajak dan pemulihan
TEKNIK MEMEGANG CAKERA
Salah satu faktor yang mempengaruhi pergerakan cakera di udara adalah cara alat
itu dipegang ketika ianya dilempar oleh seseorang pelempar. Oleh itu, teknik
memegang cakera hendaklah dianggap penting dalam keseluruhan proses
melempar cakera. Para pelajar perlu membiasakan dirinya dengan teknik yang betul
melalui latihtubi yang sesuai mengikut kemampuannya.
Cara memegang cakera hendaklah selamat, selesa dan sesuai dengan bidang tapak
tangan pelajar. Guru seharusnya mengingatkan para pelajar bahawa alat ini
dipegang dan tidak digenggam dengan jari-jari yang dibengkokkan. Para pelajar cuba
membayangkan cara mereka memegang sebuah buku di sisi badannya.
Tekapkan tapak tangan kanan (bagi yang melempar dengan tangan kanan) ke atas
muka cakera di mana ruas hujung jari yang bengkok melekap kepada bahagian
simpai logam. Ibu jari reha t atas muka cakera. J ari-jari itu direnggangkan agak
sarna jaraknya. lni adalah cara asas memegang cakera
TEKNIK MELEMPAR CAKERA
Umumnya, terdapat dua kaedah asas untuk melempar cakera, iaitu Gaya Berdiri dan
Gaya Berpusing. Berdasarkan dua gaya ini, telah dicipta beberapa gaya lai:yang
merupakan variasi oleh ahli-ahli sukan dalam bidang lempar cakera.
Melempar cakera dari Gaya Berdiri
Gaya Berpusing dan melempar
6.1 Teknik Gaya Berdiri
Teknik ini juga dikenali sebagai Gaya 90.
Fasa 1: Persediaan
(a) Pelajar berdiri dengan gay a menghalakan bahu kirinya(tangan bebas) ke arah
kawasan cakera rnendarat. Pastikan gaya lakuan berdiri ini adalah selesa. Kaki
berjarak seluas bidang bahu. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki
kiri ..
(b) Cakera dipegang dalam tangan,kanan. Badan direndahkan.
Fasa 2: Hayunan Awalan
(a ) Untuk memulakan hayunan ke belakang, cakera terlebih dahulu digerakkan
rnenyilang badan ke depan bahu kiri. Pada ketika ini, tangan kiri memberi sokongan
kepada cakera., Lihat juga fasa 1.
(b) Cakera dihayun ke beiakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan
dihayun ke depan sernula dekat bahu kiri. Berat badan berubah dari kaki kiri ke kaki
kananmengikut rentakhayunan.
(c) Semasa hayunan ke belakang, pelajar rendahkan badannya sedikit (bengkokkan
lutut) dan badannya juga mengilas ke belakang sambil berpaksi di atas hujung kaki.
Gaya Berdiri atau Gaya 90
Fasa 3: Pelemparan
(a) Ekoran dari hayunan ke belakang yang terakhir.
6.2 Teknik Gaya Berpusing dan Melempar
Teknik ini sukar bagi para pelajar yang lemah koordinasinya dan yang masih belum
menguasai kemahiran asas melempar dengan gaya berdiri. Bagi para pelajar yang
telah mahir dengan gaya berdiri, teknik gaya berpusing badan atau rotasi boleh
diperkenalkan melalui latihan yang beransur maju.
Dalam gaya rotasi ini, momentum dan daya melempar dikumpulkan ketika peserta
memulakan hayunan awalannya, berpusing dan tindakan melempar di saat-saat
akhir.
Fasa persediaan
Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangkan kawasan
pendaratan cakera. Teknik memegang cakera adalah seperti untuk gay a berdiri.
Kaki berjarak seluas bidang bahu.
Fasa 1,2: Hayunan Awalan
Badan direndahkan semasa melakukan hayunan awalan. Hayunan dilakukan seperti
yang diterangkan dalam gaya berdiri. Beri perhatian kepada kilasan badan yang luas
julatnya mengikut hayunan tangan yang memegang cakera.
Fasa 3-7: Rotasi atau Berpusing
(a) Apabila selesai hayunan terakhir, pelajar mengilaskan badannya ke kiri dengan
berpaksi atas bebola kaki kiri. Badan berpusing dengan kaki kanan melangkah ke
arah lawan jam sehingga pelajar berhadapan dengan kawasan pendaratan.
(b) Selesai sahaja langkah ini, kaki kiri pula melangkah ke belakang disusuli
pusingan badan sambil peserta berpaksi di atas bebola kaki kanan. Sebaik sahaja
kaki kiri mencecah tanah (selesai tindakan berpusing), kaki kanan terus bergerak ke
depan diikuti pusingan badan.
Latihan Ansur Maju
Latihan 1
Tujuan:mengawal cakera semasa hayunan dan memutar cakera ketika
melepaskannya.
(a) Berdiri dengan kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit.
(b) Hayun cakera berulang kali ke depan dan ke belakang di sisi badan. Ingajangan
menggenggam cakera. Pegang seperti yang diterangkan sebelum E-.
(c) Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan lepaskan
cakera supaya ia bergolek di atas tepinya (sampai logam) secara lurus ke depan. Di
saat-saat akhir melepaskan cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah
dan telunjuk.
Latihan 2
Tujuan: Latihan fasa akhir dalam lemparan cakera.
(a) Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijaralkkan.
Pegang cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan.
(b) Hayun cakera ke belakang dengan tangan Iurus dan badan mengilas ke kanan.
Ketika melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki.
(c) Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan
kedua-dua belah kaki dan melempar cakera ke kawasan pendaratan
Latihan 3
Tujuan: Latihan berpusing selepas menghayun cakera.
(a) Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan
sedikit. Hayun cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri.
(b) Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan, badan berpusing ke arah
lawan jam (ke sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang.
(c) Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri yang berpasangan
(d) Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.
(e) Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan
memusingkan badan sebagai pand uan ked ud ukan kaki. Buat latihan dengan
pergerakan yang perlahan dan kemudian beransur laju.
Nota:
Pada peringkat awal, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan lemparan
dan tanpa memegang cakera.
Latihan 4
Tujuan: Simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk
melempar.
(a) Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan
dan hayunkan cakera.
(b) Hayun cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan
badan ke depan bulatan.
(c) Apabila kaki kiri mencecah tanah di bahagian depan dalam bulatan, kaki kanan
berpaksi dan pengilasan badan disempumakan sehingga badan menghadap ke
kawasan lemparan.
(d) Apabila cakera sampai ke aras bahu, ia dilempar ke depan.Pada ketika lemparan,
pastikan kaki kanan menolak kuat atas tanah.
JENIS DAN BENTUK CAKERA
Cakera untuk acara rasmi hendaklah diperbuat daripada kayu atau bahanbahan
sejenis yang sesuai. Di sekeliling cakera itu dibalutkan dengan simpai atau "rim"
logam (besi atau tembaga) dan di tengah-tengah muka cakera ada piring bulat
logam. Ada juga jenis cakera yang tiada piring bulat logam tersebut. Bagaimanapun,
bahagian tengah cakera itu hendaklah rata dan ukuran serta berat cakera hendaklah
mengikut spesifkasi yang ditetapkan oleh IAAF (Persekutuan Olahraga Amatur
Antarabangsa).
Terdapat juga jenis cakera yang diperbuat daripada bahan getah dan plastik.
Jenis cakera ini walaupun menepati spesifkasi yang rasmi, ia hanya sesuai untuk
latihan dan tidak untuk pertandingan rasmi.
Cakera untuk acara lelaki beratnya adalah 2 kg. manakala untuk wanita adalah 1 kg.
Untuk maklumat yang lebih terperinci ten tang perbezaan aspekaspek yang lain an
tara cakera untuk lelaki dan untuk wanita, sila rujuk kepada buku panduan rasmi
IAAF atau KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia).
KAWASAN LEMPARAN CAKERA
Jika dibandingkan dengan kawasan lontaran peluru, kawasan lemparan caker.-
seakan-akansama bentuk dengannya. Hanya yang berbeza adalah sudut kawasan -
sektor dan saiz bulatan balingan. Sila lihat gambar rajah yang diberi tentang kawasan
le.mparan cakera dan bandingkannya dengan bulatan untuk lontar peluru.
Mengikut rasmi demi keselamatan para pegawai, penonton dan peserta yang
menunggu gilirannya, semua lemparan cakera mesti dibuat dan satu kurungan
keselamatan. Kurungan ini sebenamya satu pagar berbentuk "C" yang dibina khas
untuk keselamatan bagi acara lempar cakera dan membaling tukul besi.
Ketika seseorang peserta membuat percubaannya, pihak lain seperti pegawai teknik
dan peserta lain yang menunggu gilirannya hendaklah berada di belakang kurungan
atau pagar keselamatan tersebut demi keselamatan.
Di peringkat sekolah, kemudahan kurungan keselamatan ini biasanya tidak
disediakan baik semasa latihan mahu pun pada hari pertandingan cakera 01 yang
demikian, guru seharusnya menegaskan langkah keselamatan semasa acara ini
dijalankan.
CARA MENGUKUR JARAK LEMPARAN CAKERA
Kaedah rnengukur jarak lernparan yang dilakukan oleh seseorang pelempar cakera
adalah sama dengan cara rnengukur jarak pencapaian dalam acara melontar peluru.
Bagi setiap lernparan yang sah, jarak lemparan akan diukur dengan mengambil kira
kesan terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan pendaratan sehingga garis
bulatan di bahagian depan. Sila lihat gambar rajah yang diberi. Pita ukur hendaklah
dalam keadaan lurus dari kesan cakera sehingga titik atau tandaap pusat bulatan
lemparan ketika jarak lernparan diukur. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan
garis bulatan di bahagian depan bulatan lemparan akan rnenunjukkan jarak
lemparan.
PERATURAN ASAS ACARA LEMPAR CAKERA
(a) Cakera mestilah dilempar dari bulatan. Peserta hendakiah memuIakan
Iemparannya dari perdirian yang statik (tidak bergerak) dalam bulatan.
(b) Lemparan seseorang peserta dikira batal sekiranya peserta, sesudah memasuki
bulatan dan memulakan pergerakan untuk melempar, tersentuh sebarang bahagian
badannya di kawasan Iuar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan (top edge of
the circle) atau terlepas cakera dari pegangannya ketika membuat percubaan.
(c) Bagi Iemparan yang sah, cakera hendakiah mendarat atau jatuh supaya bekas
(kesan)nya di dalam kawasan pendaratan yang ditandakan oleh dua garis sektor.
(d) Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum cakera itu menyentuh tanah.
Ia mesti tinggalkan bulatan dari bahagian belakang bulatan dalam keadaan berdiri.
(e) Untuk mendapat pegangan yang baik peserta dibenarkan menggunakan bahan-
bahan pelekat seperti "resin" atau bahan-bahan sejenis dengannya di bahagian
tangan sahaja. Sarung tangan tidak boleh digunakan.
(f) Jika Iebih daripada Iapan orang peserta mengambil bahagian, setiap peserta
dibenarkan melakukan tiga percubaan. Daripada tiga percubaan itu, Iapan peserta
yang terbaik lemparannya akan membuat tiga Iagi percubaan untuk menen tukan
pemenang. Sekiranya ber Iaku seri di tempat kelapan, keputusan itu dibiarkan dan
peserta-peserta berkenaan akan bersama-sama dengan yang layak membuat tiga
percubaan itu. Sekiranyahanya Iapan atau kurang orang yang mengambil bahagian,
setiap peserta akan membuat enam percubaan.

Anda mungkin juga menyukai