Anda di halaman 1dari 5

Update perkembangan dan perancangan 2014:

1. Pertandingan "Kekal No Lama"


Sesiapa yang kekal no lama (buat port in) dari telco lain
ke toneexcel dari 1/1/14 hingga 31/12/14 dan minimum
jumlah topup keseluruhan dalam setahun adalah RM300,
maka nama mereka layak dalam cabutan bertuah yang
akan diadakan besar kemungkinan pada January 2015.

Hadiah Pertama : Proton Preve 1.6 Auto
Hadiah Kedua : Proton Persona 1.6 Auto
Hadiah Ketiga : Motorsikal SYM 200CC
Hadiah Saguhati : 10 unit 16Gb Ipad-Wifi Model.

Bukan itu sahaja, sekiranya anda adalah pemenang
cabutan bertuah tersebut, maka penaja anda secara
automatik akan memenangi hadiah dibawah ini. Hadiah
untuk penaja pemenang diatas adalah:

Hadiah Pertama : Cash sebanyak RM 25,000.00
Hadiah Kedua : Cash sebanyak RM 15,000.00
Hadiah Ketiga : Cash sebanyak RM 5,000.00
Hadiah Saguhati : 10 Cash sebanyak RM 1,000.00

Jadi jika anda menaja rakan2 baru, jangan lupa untuk
menerangkan kelebihan jika mereka mengekalkan no
lama dan peluang untuk memenangi cabutan bertuah ini.
Tapi ingat, jangan paksa sesiapa pun untuk mengekalkan
no lama, cuma terangkan peluang ini sahaja.

2. Bila topup dapat extra kredit.
Mulai 10.1.2014 sehingga kesuatu tarikh yang akan
diberitahu, jika anda
topup RM30 dapat kredit RM40
topup RM50 dapat kredit RM70

Siapa nak bagi banyak ni, puas untuk anda bersembang
dengan tunetalk, dan mendapat lebih nilai kredit. Bolehlah
kita share kelebihan toneexcel ini kepada lebih ramai
orang lain.

3. Sendiri topup, pun dapat komisyen - Cash Back.
Mulai 1.3.2014 kita sendiri topup dapat komsiyen
sebanyak 3% yang akan dibank in kan setiap 21hb. Yang
ini tak pernah mana-mana syarikat telco dalam dunia
buat, anda topup kredit, 21hb depannya anda dapat cash
sebanyak 3% yang akan dimasukkan kedalam bank anda.
Tahniah ToneExcel !


4. Placement dalam geneology tidak boleh diubah.
Mulai 24/1/2, placement didalam geonology tidak boleh
diubah lagi. Maksudnya kalau kita tersalah IDP semasa
pendaftaran, maka ia tidak akan boleh diubah lagi. Kalau
masih mahu downline tersebut register bawah kita,
maknanya kena beli simkad lagi satu lah jawabnya dan
register semula.


5. Update dari DEC
Mulai 1/1/2014 waktu DEC beroperasi adalah seperti
berikut:

Waktu yang boleh anda SMS pendaftaran rakan baru
adalah :
Bila-bila masa sahaja.

Waktu Pendaftaran di registerkan (key in):
Setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah
malam.
* Purata yang di daftarkan pada bulan Jan 2014 adalah
1,380 pendaftaran dalam sehari.
* Purata pendaftaran yang salah, (tanpa no simkad, tanpa
IC, tanpa alamat, tanpa no IDP) adalah 320 SMS setiap
hari.
* Purata menghantar SMS lebih dari sekali adalah 285
sehari.

Waktu Menjawab panggilan talipon.
Hari Isnin - Jumaat dari jam 10 pagi - 6 petang.
Hari Sabtu - dari jam 10 pagi - 2 petang.
Hari Ahad dan Public Holiday - Off phone. Jangan call
DEC, confirm tak jawab.

Talian yang dibuka untuk pertanyaan adalah:
03-7770 9183
01115 08 1515
01115 09 1515
01115 12 1515
* Peringatan: Pertanyaan yang sepatutnya diajukan
kepada DEC hanyalah berkenaan dengan pendaftaran
sahaja. Ini contoh2 soalan yang akan dilayan secepat
mungkin. Seperti:
a. No simkad adalah 80XXXXXX, tolong checkkan
samada DEC ada terima atau tidak, sebab saya hantar
lama tapi tiada reply.
b. No simkad saya adalah 80XXXXXX, minta tolong
checkkan kenapa port in saya tak berjaya.

* Peringatan: Pertanyaan yang tak sepatutnya di tanya
kepada DEC.
a. Ini DEC ke, tolong checkkan komisyen saya kenapa tak
masuk.
b. Tolong betulkan IC pendaftaran saya, semalam saya
salah bagikan IC.
c. Ini DEC, kenapa saya cal HQ banyak kali tak dapat?
d. Saya buat port in, tapi tak kekal, awak kata salah IC tak
sama, kenapa DEC tak boleh betul kan dekat telco lama
saya ke, bagi sama?
e. DEC ni makan gaji buta ke? saya hantar pendataran
12.30 mlm tadi, sampai pagi ni tak registerkan lagi?

* Data statistik untuk bulan January 2014 (sehingga
24.1.2014 - Jumaat)
a. Purata panggilan talipon yang diterima oleh DEC
adalah 690 panggilan sehari.
b. Purata pertanyaan yang tiada sangkut paut dengan
DEC adalah 550

Panggilan-panggilan seperti ini, dan SMS pendaftaran
yang tidak lengkap merupakan penyebab pendaftaran
menjadi lambat. Kerana staff DEC (seramai 15 orang),
merekalah yang nak key in, mereka lah yang nak check
dan tapis samaada SMS anda betul atau tidak, ikut format
SMS atau tidak, dan merekalah yang nak jawab talipon
dan menyelesaikan masalah pendaftaran anda.

6. Sistem check status pendaftaran.
Mulai Mac 2014, saya akan menyiapkan satu sistem
dimana anda boleh check status pendaftaran melalui
website dan juga melalui SMS. Dengan sistem ini anda
tidak perlu lagi nak call DEC untuk mengetahui status
pendaftaran anda.

7. Satu bandar satu cawangan ToneExcel.
Pembukaan cawangan2 ToneExcel yang berobjektifkan
"Satu bandar satu cawangan" akan disambung semula
program penubuhannya pada bulan Febuary 2014.

Sekian Update dari saya.
Terima kasih kembali.

Mazelan Abas