Hasrat Malaysia untuk berbaik baik dan mengadakan kerjasama dengan negara negara jiran tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini, iaitu ASA dan MAPHILINDO gagal dan tidak dapat bertahan lama. Usaha ini akhirnya berhasil dengan termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan Persatuan Negara Negara Asia Teenager atau lebih dikenali sebagai ASEAN.
Antara matlamat pembentukan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian, memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa. Keanggotaan ASEAN pada ketika itu terdiri daripada lima buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Jumlah anggotanya bertambah menjadi sepuluh apabila kesemua negara di Asia Tenggara menjadi ahli. Negara negara berkenaan ialah Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea. Negara Papua New Guinea telah dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan dalam Zon Asia Tenggara.
Kerjasama antara negara anggota ASEAN semakin teguh hingga ke hari ini dan bagi memastikan perjalanannya yang lancar, struktur pentadbiran ASEAN dibentuk.
Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam ASEAN ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat dalam menjalinkan kerjasama serantau. Jika dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyank rancangan yang berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama.
Dalam Mesyuarat Menteri Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan November 1971, satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka sepakat mengisytiharkan negara negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali atau lebih dikenali sebagai Zone of Peace, Free and Nuetrality (ZOPFAN). Tujuan utama penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kstabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersetongkol dengan mana mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa kuasa besar.
Walau bagaimanapun, konsep ZOPFAN ini teruji apabila Vietnam menceroboh Kampuchea pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk. Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan mesyuarat ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.
Dalam mesyuarat pada tahun 1984, Menteri Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pebuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuclear. Pengisytiharan ini menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara negara anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN.
Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun, perkembangan ke arah kerjasama ekonomi ini agak perlahan. Negara negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Acheh (Indonesia). Kerjasama ekonomi ASEAN cuba difikirkan melaui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992.
Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea ini yang telah dikemukakan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asian Economic Caucus (EAEC). Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara negara maju terutamanya Amerika Syarikat. Tetapi, usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secar tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 ini merujuk pada kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara negara timur iaitu China, Jepun dan Korea. Menteri Menteri Luar negara negara ini dijemput menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan.
Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan Menteri Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan. Contohnya, pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia.
Kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan. Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan kerjasama dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.
Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau melalui dasar berbaik baik dengan negara jiran. Ini jelas kelihatan melalui peranan Malaysia dalam pertubuhan ASA, MAPHILINDO dan ASEAN.
DASAR LUAR MALAYSIA : OIC Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
OIC yang beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi, ditubuhkan pada tahun 1971 daripada idea Tunku Abdul Rahman. Semasa ditubuhkan, ahlinya terdiri daripada 57 buah negara dengan tiga buah negara lagi sebagai pemerhati. Matlamat utama penubuhannya adalah untuk mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang dan bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam. Matlamatnya juga adalah untuk mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam serta bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari.
Pertubuhan ini banyak memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang mengahadapi masalah seperti menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan. Bantuan dalam bentuk kewangan juga diberikan kepada negara-negara Islam yang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad. OIC juga telah menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi memberikan perkhidmatan kewangan kepada negara anggota.
Malaysia telah memainkan peranan penting dalam pertubuhan ini apabila Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. Malaysia telah menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran Iraq. Di samping itu, Malaysia juga memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel.
Malaysia pernah menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003, di samping menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam pada tahun 2002. Tawaran biasiswa juga diberikan kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Malaysia juga telah mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.
Sebagai negara anggota OIC, Malaysia juga telah medapat faedah berupa pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. OIC juga telah memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM. Selain itu, Malaysia telah mendapat penghormatan daripada negara anggota yang lain kerana amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara negara Islam.
Dasar Luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan dan keamanan serantau dunia telah meninggalkan kesan positif kepada Malaysia. Ketokohan para pemimpin Malaysia jelas terbayang melalui dasar luar yang diamalkan. Dasar luar yang dinamik ini perlu agar Malaysia juga harus mampu menangani cabaran ini dengan mengadakan perubahan yang pesat dan pantas di dalam negeri melalui dasar negara yang inovatif agar terus dapat bersaing pada peringkat antarabangsa.
DASAR LUAR MALAYSIA : NAM Pergerakan Negara Negara Berkecuali (NAM)
NAM telah ditubuhkan pada bulan September 1961 semasa kemuncak Perang Dingin. Ahlinya merupakan negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Selatan. Anggotanya terdiri daripada 113 buah negara, manakala 16 buah negara sebagai pemerhati dan 28 buah negara merupakan tetamu jemputan.
Matlamat utama penubuhannya adalah untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok Barat atau blok komunis. Malaysia telah menganggotai pertubuhan ini pada tahun 1970, iaitu selepas berlakunya pertukaran Dasar Luar Malaysia daripada dasar pro-Barat dan antikomunis kepada dasar berbaik-baik dengan semua negara.
Prinsip perjuangan NAM adalah mengelakkan campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara, menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman serta menghormati hak asasi manusia. Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi pada tahun 1987, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membela kepentingan negara-negara yang sedang membangun. Anataranya termasuklah isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika. Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare (Zimbabwe), Malaysia telah menegmukakan cadangan bagi menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan. Pada tahun 1989, Malaysia telah diberikan penghormatan apabila dipilih sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia. Malaysia juga telah dilantik sebagaih ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota. Di samping itu, Malaysia juga telah berjaya menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM yang ke 13 pada tahun 2003. siding kemuncak ini mencatatkan penyertaan tertinggi dengan kehadiran 63 negara ahli, iaitu Timur Leste dan Pulau Catalina. Pada masa yang sama, sidang ini berjaya menganjurkan satu mesyuarat tidak rasmi OIC. Deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha menghidupkan kembali NAM dan pernyataan bersama telah dikeluarkan tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.
DASAR LUAR MALAYSIA : PBB Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
PBB telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945, iaitu selepas Perang Dunia Kedua apabila Liga Bangsa dibubarkan setelah gagal menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua. Ibu pejabat asalnya di San Francisco tetapi pada tahun 1946 berpindah ke New York. Pada awal penubuhannya, PBB dianggotai oleh 51 buah negara sahaja tetapi sehingga tahun 2002 keanggotaanya meningkat kepada 189 buah negara. Malaysia telah menjadi ahli PBB pada tahun 1957, setelah negara kita mencapai kemerdekaan.
Negara anggota PBB harus akur dengan Piagam PBB, iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa. Terdapat empat matlamat Piagam PBB. Pertama, menjamin keamanan dan keselamatan dunia. Kedua, menggalakkan hubungan berbaik- baik antara negara anggota. Ketiga, berkerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Keempat, menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota.
Malaysia telah memainkan peranan penting dalam PBB semasa membantu menyelesaikan konflik antarabangsa. Sejak tahun 1960, Malaysia telah dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo (kini dikenali sebagai Zaire). Pada tahun 1989, sekali lagi Malaysia dipilih untuk mewakili pasukan pengamanan PBB ke Namibia bagi membantu negara itu mncapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengamanan ke Bosnia.
Malaysia juga lantang bersuara di PBB menentang dasar apartheid di Afrika Selatan. Negara kita juga menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua negara.
Dari segi ekonomi, Malaysia juga menjadi ahli Bank Dunia, iaitu bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada bulan Disember 1945. Matlamat penubuhan Bank Dunia ini adalah untuk membantu negara-negara ahli yang sedang membangun terutama dari segi kewangan dalam menyusun semula dan membangunkan ekonomi negara-negara tersebut. Malaysia sebagai ahli memperoleh faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing dan ini diharapkan dapat membasmi kemiskinan di luar bandar selain menyediakan peluang pekerjaan. Malaysia telah menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.
Malaysia juga mengambil pendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Hasil daripada usul Malaysia, satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) pada bulan Jun 1987 dan Perdana Menteri Malaysia telah menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut. Di samping itu, Malaysia juga telah bekerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB. Contohnya, kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian atau Food and Algricultur Organization (FAO), kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health Organization (WHO), dan juga kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations for Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).
Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999. wakl Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan beliau dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. Malaysia juga berpendirian tegas dalam mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.
DASAR LUAR MALAYSIA : Komanwel KOMANWEL
Pertubuhan ini telah dibentuk pada tahun 1931 dan anggotanya terdiri daripada negara bekas jajahan Britain yang telah merdeka. Keanggotaannya terdiri daripada 54 buah negara maju dan juga negara sedang membangun. Sekretariat Komanwel telah ditubuhkan pada tahun 1965 dan beribu pejabat di London.
Matlamat penubuhan Komanwel adalah untuk membina semangat setia kawan di kalangan negara anggota dan mewujudkan kerjasama dalam segala bidang. Selepas mencapai kemerdekaan, negara- negara Komanwel telah membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara dalam bentuk meneykat perjuangan Parti Komunis Malaya. Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia dan New Zealand juga menjanjikan bantuan daripada mereka sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia.
Sebagai negara anggota Komanwel, Malaysia telah mendapat banyak faedah, antaranya termasuklah kerjasama pertahanan. Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel atau Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) diadakan di kalangan negara anggota setiap dua tahun. Mesyuarat ini menyediakan ruang bagi pertemuan ketua-ketua kerajaan untuk membincangkan hal-hal kepentingan bersama. Mesyuarat CHOGM di Malaysia pada tahun 1989 telah mengisytiharkan Deklarasi Langkawi. Malaysia juga dengan lantang bersuara menentang dasar apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia. Begitu juga dari segi perdagangan, eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah. Namun, keistimewaan ini telah dihakis selepas Britain menjadi anggota pertubuhan Kesatuan Eropah (EU). Rancangan Colombo pula menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan. Dalam bidang sukan, Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998
Mercy Malaysia Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari Mercy Malaysia Jenis NGO Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia Penubuhan Pengasas Tan Sri Dr Jemilah Mahmood Diasaskan 16 September 1999 Identiti Orang penting DYMM Sultan Azlan Shah (penaung) Dato' Dr. Ahmad Faizal Perdaus (presiden) Kawasan berkhidmat Seluruh dunia Fokus Kemanusiaan, perubatan Laman sesawang mercy.org.my
sunting
Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (lebih dikenali sebagai MERCY Malaysia) adalah sebuah organisasi bukan untung yang memberi bantuan perubatan, pembangunan kesihatan dan pengurangan risiko bencana yang mampan untuk masyarakat yang memerlukan dalam situasi krisis dan bukan krisis. Sebagai sebuah pertubuhan bukan keuntungan, MERCY Malaysia bergantung semata-mata kepada pembiayaan dan sumbangan daripada organisasi dan individu yang murah hati untuk meneruskan perkhidmatan mereka untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada penerima, sama ada di Malaysia dan luar negara. Pertubuhan ini didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan (1966) di Malaysia, dan ibu pejabat mereka terletak di ibu negara di Kuala Lumpur. Isi kandungan Sejarah Permulaan awal (19992003)[sunting | sunting sumber] MERCY Malaysia telah diasaskan oleh Dr Jemilah Mahmood pada tahun 1999 sebagai tindak balas kepada konflik di Kosovo. Memandangkan tiada pertubuhan yang sedia ada yang boleh menerima beliau sebagai seorang sukarela untuk memberikan perkhidmatan perubatan di sana , beliau dan sekumpulan rakan-rakan mendaftar MERCY Malaysia dengan Pendaftar Pertubuhan dengan objektif untuk memberi bantuan perubatan [1] . Bekerja dengan Helping Hands USA [2] , MERCY Malaysia kemudian menghantar sebanyak lima misi ke Kosova untuk menyediakan penjagaan perubatan bergerak. Pada tahun yang sama , MERCY Malaysia menghantar pasukan bantuan kepada Turki sebagai tindak balas kepada gempa bumi di Izmit. Pada tahun 2000, MERCY Malaysia menyediakan bantuan perubatan kepada Orang Pelarian Dalaman (Internally Displaced Persons) kerana konflik di Maluku, Indonesia. Tahun berikutnya melihat MERCY Malaysia memberi bantuan keperluan perubatan kepada mereka yang terselamat dari gempa bumi di Gujarat. Pada tahun yang sama, MERCY Malaysia memberi bantuan kepada mereka yang terselamat dari banjir di Kemboja [3] di Kampong Cham [4] . Pada bulan Oktober 2001, MERCY Malaysia telah menghantar satu pasukan ke Afghanistan untuk berkhidmat kepada pelarian di kem-kem pelarian. [5]
Pada tahun 2002, MERCY Malaysia terus menyampaikan perubatan dan mengembangkan operasinya di sepanjang jalan. Pertubuhan ini meneruskan kehadirannya di Kabul, [6] dan kemudian memperluaskan operasinya di Afghanistan untuk menjalankan satu-satunya pusat perubatan di Spin Buldak [7] , iaitu satu kawasan terpencil yang terletak kira-kira 100km dari Kandahar. MERCY Malaysia juga melancarkan Tabung Bantuan Kemboja untuk terus menyokong usaha-usaha bantuan akibat banjir di Mekong. [8] Pertubuhan itu juga mula menerima pengiktirafan dan mengumpul dana dan derma yang meningkat daripada pihak luar kerana ia bertindak balas kepada keperluan di Palestin. [9]
Pada tahun 2003, Mercy Malaysia memberi tindakbalas kepada keperluan di Baghdad, Iraq dan menghantar pasukan pertama pada bulan Januari [10] . Pada bulan Februari, MERCY Malaysia melancarkan Tabung Kemanusiaan China dan menghantar satu pasukan sebagai tindakbalas kepada gempa bumi yang menerima magnitud 6.8 skala Richter yang melanda kawasan terpencil di wilayah Xinjiang di barat laut China, berhampiran sempadan dengan Kyrgyzstan dan Tajikistan [11] . Pada bulan April 2003, pasukan MERCY Malaysia disalah-anggap sebagai anasir ganas dan telah diserang di Iraq, di mana Dr Baba Deni dan Dr Jemilah telah cedera dalam kejadian itu [12] . Mei 2003 menyaksikan MERCY Malaysia bertindakbalas kepada rayuan antarabangsa dari Sri Lanka selepas negara itu mengalami banjir dan tanah runtuh yang paling buruk dalam tempoh 60 tahun [13] Satu pasukan terdiri dari enam orang telah dikerahkan ke selatan Sri Lanka untuk memberi bantuan perubatan dan kemanusiaan kritikal kepada mangsa banjir dan tanah runtuh di Ratnapura, yang terletak kira-kira 100km tenggara dari ibu negara di Colombo. Tahun ini ditamatkan dengan misi ke Kerman, Iran berikutan gempa bumi Bam yang berlaku pada 26 Disember 2003 [14] . Sembilan orang - termasuk Dr Bubble, seorang doktor badut - menyediakan sokongan perubatan dan psikososial kepada mangsa gempa bumi, dan telah ditempatkan di bekas Hospital Lapangan Itali di Baravat, 5 km dari Bam. [15]
Titik perubahan (2004) Pada awal tahun 2004, MERCY Malaysia terus bekerja dalam zon konflik, dan melancarkan kempen mengumpul dana dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyediakan beg sekolah untuk kanak-kanak di negara-negara yang dilanda perang seperti Palestin, Afghanistan dan Iraq [16] . MERCY Malaysia memperuntukkan RM1 juta bagi Iraq khususnya dalam bantuan perubatan dan kemanusiaan, dan telah bekerjasama dengan Islamic Relief untuk mengangkut tiga trak bantuan kemanusiaan ke Falluja [17]
MERCY Malaysia juga bertindakbalas kepada rayuan Korea Utara untuk bantuan antarabangsa berikutan perlanggaran kereta api dan letupan di Ryongchon [18] di mana tiga ahli pasukan telah membawa bekalan perubatan bernilai RM50,000. Pada tahun 2004 , pertubuhan ini mula mendapat pengiktirafan yang lebih untuk kerja kemanusiaannya, di mana ia menerima lima pencalonan bagi Anugerah Kemanusiaan NSTP- PwC Young, [19] dan pada bulan Julai, Dr Jemilah Mahmood telah dilantik menjadi presiden pertama Persekutuan Kebangsaan Badan Bukan Kerajaan untuk Bantuan Bencana Malaysia (NFNDRM) [20]
Dalam bulan yang sama, MERCY Malaysia memberi tindakbalas kepada permintaan daripada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memberikan bantuan perubatan kepada pelarian di Sudan [21] . Selepas penilaian awal, MERCY Malaysia memulakan pengumpulan dana untuk Klinik Kesihatan Bersalin dan Kanak-kanak untuk wanita di El-Geneina di Darfur Barat [22] . Di samping itu, MERCY Malaysia juga membina tempat perlindungan untuk saudara-mara pesakit di Hospital El- Geneina, serta membina pusat makan untuk memenuhi keperluan pemakanan pesakit [23] . Sementara itu, dengan kedatangan musim sejuk di Falluja, kerja amal diteruskan dengan penghantaran barang-barang keperluan kepada Orang Buangan Dalam (IDP) di sana, dan MERCY Malaysia juga menyudahkan pembaikan Hospital Ibn Al-Quff dan Hospital Pengajaran Pediatrik Al-Mansoor di Iraq [24] . Satu lagi projek pembinaan semula yang berjaya di Bam, Iran, juga telah dirasmikan. Satu pusat kesihatan yang baru yang dibiayai oleh rakyat dan kerajaan Malaysia, telah direka untuk menampung 130,000 orang di bandar ini dan merawat sehingga 200 pesakit sehari. [25] . Awal Disember 2004 menyaksikan MERCY Malaysia bertindakbalas kepada keperluan kemanusiaan di Filipina untuk membantu mangsa-mangsa ribut tropika yang telah meninggalkan kira-kira 1,000 mati [26] . Gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004 adalah titik perubahan utama untuk MERCY Malaysia. "Kami organisasi antarabangsa pertama tiba (di Aceh) dan ia telah dihebahkan oleh media antarabangsa. Tiba-tiba, orang menyedari wujudnya MERCY Malaysia," sebut Dr Jemilah [27] . Pasukan MERCY Malaysia dihantar ke Aceh [28] dan Sri Lanka [29] , di samping membantu mangsa tsunami di dalam negara di Pulau Pinang, Malaysia [30] . Sebuah buku telah dilancarkan pada tahun 2005, bertajuk "A Time To Heal: A Reflection of Mercy Malaysia's Response to the Indian Ocean Tsunami" [31] untuk memperingati bencana yang melanda pada 26 Dis 2004. Buku tersebut mengimbau pengalaman sukarelawan dan pekerja MERCY Malaysia yang bertugas di Malaysia, wilayah Aceh, Indonesia dan Sri Lanka.
Tempoh Pertumbuhan Mendadak (2005-2007) Awal tahun 2005 telah dipenuhi dengan aktiviti kemanusiaan akibat tsunami, dan MERCY Malaysia sedia mengakui skala bencana telah menjangkaui operasi mereka kepada hadnya [32] . Sokongan orang ramai adalah amat menggalakkan, dan derma mengalir dalam bentuk bantuan kewangan dan juga sumbangan barangan seperti beg mayat [33] dan pakaian. Kutipan barangan derma menjadi tidak terurus pada satu tahap apabila barangan tidak relevan dan tidak boleh digunakan didermakan, dan MERCY Malaysia terpaksa merayu kepada orang ramai supaya tidak melihat organisasi sebagai tempat pembuangan barangan yang tidak diingini [34] . Sebagai sebahagian daripada usaha pembinaan semula bagi mangsa tsunami, MERCY Malaysia telah membina rumah tahan-seismik untuk pelarian dari Kampong Weu Raya dan Sebun Ayu di Lhok Nga, [35] di samping membina semula Pusat Kesihatan Komuniti Meuraxa di Banda Aceh [36] . Pembinaan semula rumah-rumah bagi penduduk Kampong Weu Raya terbukti menjadi satu pengalaman pembelajaran yang baik untuk MERCY Malaysia. Mengenal pasti sempadan sebenar adalah satu tugas yang sukar, penduduk kampung yang terselamat perlu menggaris kembali plot tanah di mana rumah mereka dulu [37] . Apabila pembinaan bermula, pasukan binaan yang terdiri dari 30 penduduk kampung dan 180 pekerja binaan dari Medan berjaya membina pada kadar satu rumah sehari, dengan menggunakan kayu meranti dan konkrit. Walaupun pada asalnya direka seluas 36 meter persegi, setiap unit kemudiannya dibina kepada 52 meter persegi. Ketidakpuasan hati timbul di kalangan penduduk kampung yang mahu rumah-rumah batu atau reka bentuk yang berbeza berbanding NGO lain. Sebagai kampung telah dibina semula pada tapak asal - kira-kira 20 minit dari pusat bandar Banda Aceh di kawasan barat laut pantai - ia terus terdedah kepada bencana pada masa depan. Langkah-langkah persediaan diperlukan, dan laluan melarikan diri dari tsunami telah direka untuk membimbing penduduk kampung ke arah laluan paling cepat untuk lebih selamat ke kawasan tinggi . Secara keseluruhan, MERCY Malaysia berjaya menyiapkan 16 projek pembangunan bernilai RM18.5 juta hasil dana yang dikumpulkan akibat tsunami: Bangunan Program Akademi Jururawat, Fakulti Kedoktoran Universiti Syiah Kuala (Unisyiah) yang ditaja sepenuhnya oleh Petroliam Nasional Bhd. (Petronas). Bangunan ini dinamakan Gedung Petronas. Rumah anak yatim Kayee Kunyit di Aceh Besar yang ditaja oleh Yayasan Shamsuddin Abdul Kadir di bawah Kumpulan Sapura. Pembinaan semula kem pemindahan dalaman (IDP) Desa Weu Raya; rumah penempatan semula Desa Seubun Ayun dan rumah utama Desa Weu Raya. Menyiapkan Pusat Anak Yatim Daruzzahidin di Kuta Baro, rumah anak yatim Babun Najah di Ulee Kareng, dan Pusat Anak Yatim Sukamakmur di Sibreh. Pembinaan Sekolah Menengah Umum Lhoknga, Akademi Perawat Jabatan Kesihatan, Akademi Farmasi Dinas Kesihatan, Pusat Kesihatan Masyarakat Meuraxa dan Pusat Kesihatan Masyarakat Panga, Aceh Jaya. Pada bulan Mac, MERCY Malaysia bertindak balas kepada Sumatera gempa bumi 2005 yang melanda pulau-pulau Nias [38] Bulan Oktober menyaksikan pertubuhan bertindak balas kepada gempa bumi Kashmir 2005 yang melanda Kashmir yang ditadbir Pakistan dikenali sebagai Azad Kashmir, berhampiran bandar Muzaffarabad [39] . Sebuah hospital lapangan adalah ditubuhkan, dan lebih daripada tujuh pasukan telah dihantar untuk berkhidmat dan menyokong lebih 400,000 penduduk [40]
yang terselamat di bandar terpencil di Bagh [41] . MERCY Malaysia turut memberi bantuan ketika banjir melanda Johor, Pahang, Melaka pada 19 Disember 2006 - Januari 2007. 2008 dan seterusnya Pada tahun 2008, Mercy Malaysia juga bertindak balas ke Myanmar untuk membantu mereka yang terselamat dari Taufan Nargis. [42]
Pada 25 Januari 2009, MERCY Malaysia menghantar pasukan pakar perubatan ketujuh ke Semenanjung Gaza. Dr Ahmad Faizal Perdaus menyatakan infrastruktur dan kemudahan kesihatan di Gaza mengalami kerosakan teruk, dan bekalan perubatan dan ubat-ubatan bernilai USD400,000 (USD1 = RM3.62) telah dihantar. [43] . Pada tahun yang sama, MERCY Malaysia menghantar pasukan dua anggota ke Padang, Indonesia untuk bertindak balas terhadap gempa bumi Sumatera Barat. [44]
Pada 3 Ogos 2009, Dato' Dr Ahmad Faizal Mohd. Perdaus mengambil alih jawatan Presiden MERCY Malaysia dari Tan Sri Dr Jemilah Mahmood. [45]
Pada tahun 2010, MERCY Malaysia bekerjasama dengan Merlin UK untuk menghantar bantuan dalam Haiti. Mereka juga bertindak balas secara langsung dalam fasa kecemasan kepada gempa bumi di Chile di samping banjir di Pakistan. Pada tahun 2011, MERCY Malaysia menghantar pasukan ke Somalia , gempa bumi melanda Turki dan juga untuk membantu mereka yang telah terjejas oleh banjir di Thailand. Pada tahun 2012, Mercy Malaysia telah menghantar pasukan ke Rakhine , Myanmar , di mana mereka diedarkan barangan (bukan makanan) dan klinik bergerak ditubuhkan untuk membantu mereka yang terjejas, di samping menghantar bantuan kepada Mindanao, Filipina untuk bertindak balas terhadap mereka yang terjejas oleh Ribut Tropika Washi dan Taufan Bopha. Mereka juga telah menghantar pasukan penilaian mereka untuk membantu pelarian Syria di sana. Untuk menyokong semua aktiviti tersebut, MERCY Malaysia turut melancarkan usaha pertama rasmi dalam pembiayaan mampan di bawah panji-panji Seringgit Sehari. Struktur pentadbiran[sunting | sunting sumber] Dalam mematuhi Akta Pertubuhan, MERCY Malaysia mengemukakan akaunnya kepada juruaudit luar, menerbitkan Laporan Tahunan untuk semakan dan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan untuk semua ahli, biasanya pada bulan Jun setiap tahun. [46]
Struktur dan tadbir urus pertubuhan itu digariskan di dalam Perlembagaan MERCY Malaysia. [47]
Penaung[sunting | sunting sumber] Penaung MERCY Malaysia adalah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah dari Perak. Mengikut Perkara 17 di dalam Perlembagaan, "Seorang Penaung Persatuan, tertakluk kepada persetujuan beliau, hendaklah seorang yang terpilih yang dilantik oleh resolusi Mesyuarat Agung." Lembaga Pemegang Amanah[sunting | sunting sumber] MERCY Malaysia kini mempunyai enam pemegang amanah di Lembaga [48]
Tan Sri Dato 'Ajit Singh, bekas Diplomat Malaysia kini berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah. Mengikut Perkara 16 di dalam Perlembagaan, pemegang amanah diberi kuasa untuk "memastikan tadbir urus yang baik untuk Persatuan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perkara yang berkaitan dengan tadbir urus, kesihatan kewangan, audit dan pengurusan aset Persatuan." Oleh kerana MERCY Malaysia bukan sebuah syarikat berdaftar, keupayaan untuk memperoleh aset dihadkan oleh Akta Pertubuhan. Walau bagaimanapun, dengan peruntukan dalam Perkara 19, yang menggariskan skop Pelaburan Ke Arah Sara Diri, melalui Lembaga Pemegang Amanah, MERCY Malaysia "mempunyai kuasa untuk memiliki tanah, untuk memohon dan mendapatkan tanah, untuk pajakan, mengecas dan menyahcas tanah, mendirikan dan memiliki bangunan di atas tanah yang diperolehi." Majlis Eksekutif Mengikut Perkara 8 di dalam Perlembagaan , Majlis Eksekutif hendaklah terdiri daripada: 1. Seorang Presiden; yang hendaklah menjadi seorang Doktor Perubatan 2. Dua orang Naib Presiden, di mana Naib Presiden I adalah seseorang daripada bidang perubatan dan Naib Presiden II yang bukan dari bidang perubatan; 3. Seorang Setiausaha Kehormat; 4. Seorang Penolong Setiausaha Kehormat; 5. Seorang Bendahari Kehormat; 6. Tiga orang ahli Majlis Biasa di mana sekurang-kurangnya seorang daripadanya hendaklah merupakan seseorang daripada bidang perubatan. Ahli Persatuan[sunting | sunting sumber] Menurut Perkara 6, terdapat dua jenis keahlian yang membolehkan hak mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan; Ahli Biasa dan Ahli Seumur Hidup. Perbezaannya ditakrifkan dalam yuran yang dibayar kepada pertubuhan. Satu lagi jenis keahlian yang boleh didapati adalah Ahli Kehormat. Kategori ini bertujuan memberi penghormatan kepada individu yang secara langsung atau tidak langsung menyumbang kepada objektif pertubuhan, dan pencalonan dibuat oleh Majlis Eksekutif. Ahli Kehormat tidak berhak untuk mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Sekretariat[sunting | sunting sumber] Mengikut Perkara 11, "Persatuan hendaklah mempunyai suatu Sekretariat yang terdiri daripada Pengarah Eksekutif dan beberapa pegawai, semua bekerja di bawah Persatuan sama ada sebagai pekerja tetap atau kontrak. " Sekretariat bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan yang dibuat oleh Majlis Eksekutif, di mana Pengarah Eksekutif melaporkan kepada Majlis Eksekutif secara berkala. Untuk mengelakkan konflik kepentingan, tiada anggota Majlis Eksekutif akan pada masa yang sama bekerja sebagai anggota Sekretariat. Perbezaan ini juga perlu oleh kerana Majlis Eksekutif dilantik oleh ahli Persatuan. Pegawai-pegawai di Sekretariat bekerja di bawah pertubuhan, dan oleh itu hubungan mereka dengan organisasi ditadbir oleh kontrak pekerjaan mereka dan Akta Kerja 1955. Akauntabiliti[sunting | sunting sumber] Pada tahun 2004, MERCY Malaysia mula memaparkan laporan kewangannya kepada orang ramai melalui penerbitan laporan tahunan. [49] Pertubuhan itu juga memenangi Sebutan Khas oleh ACCA Malaysia pada Anugerah Laporan Sosial dan Alam Sekitar (MESRA) untuk Laporan Sosial oleh sebuah NGO, bagi tahun 2006 [50] dan 2007 [51] . Pada tahun 2007, MERCY Malaysia menjadi NGO ketiga di dunia (dan pertama di Asia) untuk mendapatkan pensijilan dari Humanitarian Accountability Partnership (HAP) [52]
Bagi menyelaras bantuan perubatan dan kemanusiaan, MERCY Malaysia telah menggunapakai beberapa kaedah seperti Sphere Standard. Sphere Standard merupakan penentu keperluan minimum mangsa bencana. Ini termasuklah penilaian tahap kesihatan, nutrisi, air, kebersihan serta tempat tinggal. 60 agensi kemanusiaan telah menggunakan pelbagai piawai sejak 10 tahun yang lalu. Piawai penilaian juga dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah serta badan-badan bukan kerajaan. [53]