Anda di halaman 1dari 29

MALAYSIA DALAM

PERTUBUHAN
ANTARABANGSA
Sebelum mula
pembentangan,
kita lihat video
ini dulu ya
KOMANWEL
Dibentuk pada tahun 1931
Anggotanya negara bekas tanah jajahan
Britain yang merdeka
54 negara maju dan negara sedang
membangun.
Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun
1965 beribu pejabat di London
Matlamat
Faedah Menyertai
Komanwel
Mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negara
Komanwel dalam menyekat perjuangan PKM
Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain , Australia
dan New Zealand yang menjanjikan bantuan sekiranya
Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa
konfrontasi
Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara
Komanwel
Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel(CHOGM)
memberi ruang untuk Malaysia membincangkan hal-hal
kepentingan bersama(setiap dua tahun)
Menganjurkan mesyuarat CHOGM(1989)
Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi yang bersepakat
mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.
Memberi peluang untuk menyuarakan penentangan terhadap
dasar Apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan
hak asasi manusia
Eksport Malaysia ke negara Komanwel terutamanya Britain
dikenakan cukai yang rendah tetapi keistimewaan ini ditarik
balik selepas Britain menjadi anggota pertubuhan Kesatuan
Eropah(EU)
Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa
dalam bidang pendidikan
Berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998.
Ditubuhkan secara rasmi tahun 1945
Ibu pejabat di San Francisco (asal) berpindah ke
New York 1946
Peringkat awal 51 buah anggota
189 buah 2002
Negara anggota perlu akur dengan Piagam PBB iaitu
satu perjanjian antarabangsa yang menggariskan
prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa
Terdapat 4 matlamat Piagam PBB
PERTUBUHAN BANGSA-
BANGSA BERSATU (PBB)
Matlamat Piagam PBB
Menjamin keamanan dan keselamatan dunia
Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara
negara anggota
Bekerjasama menyelesaikan masalah
antarabangsa dan melindungi hak asasi
manusia tanpa mengira bangsa, agama dan
warna kulit
Menjadi pusat bagi mengharmonikan
tindakan negara-negara anggota
PERANAN MALAYSIA DALAM PBB
Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa
Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo(1960) bagi
menamatkan perang saudara
Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia(1989) untuk
membantu negara itu mencapai kemerdekaan
Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran Iraq
Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea
Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia
Malaysia lantang bersuara di PBB menentang Dasar
Apartheid di Afrika Selatan
Menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia
yang menjadi hak milik atau kuasa semua negara

sambungan
Menjadi ahli Bank Dunia
Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah
Hasil daripada usul Malaysia- satu persidangan antarabangsa
diadakan di Vienna(Austria) Jun 1987. Perdana Menteri
Malaysia menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut
Malaysia bekerjasama dan menyertai agensi antarabangsa
PBB kerjasama dalam pengeluaran makanan di bawah
agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian(FAO), kerjasama
dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah
Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) dan kerjasama dalam
bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan
Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa
Bersatu(UNESCO)
Sambungan lagi..
Dipilih menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB tahun
1965, 1989 dan 1999
Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi
Perhimpunan Agung PBB
Beliau juga dilantik sebagai wakil khas PBB untuk
menyelesaikan konflik politik negara Myanmar.
Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin dengan
mengajurkan Persidangan Antarabangsa tentang
Palestin di Kuala Lumpur

Mari lihat video ini
PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM
(OIC)
Ditubuhkan pada tahun 1971 beribu pejabat di Jeddah, Arab
Saudi
Idea Tunku Abdul Rahman
Semasa ditubuhkan 57 buah negara dan tiga negara
sebagai pemerhati
Matlamat :
a) Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala
bidang
b) Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam
c) Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan
antara negara Islam
d) Bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam
dihormati dan tidak dicemari
SUMBANGAN OIC
Memberikan bantuan kepada negara-negara Islam
yang menghadapi masalah spt :-
Menghantar pasukan perubatan ke Lubdan, Bosnia
dan Afghanistan
Bantuan kewangan kepada negara-negara Islam
yang kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad
OIC menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi
memberikan perkhidmatan kewangan kepada
negara anggota
SUMBANGAN MALAYSIA DALAM
OIC
Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC
pertama
Menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-
Iraq
Memberikan sokongan kepada rakyat Palestin berjuang
mendapatkan semula tanah air daripada Israel
Menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003
Menganjurkan persidangan menentang pengganas di
kalangan negara Islam 2002
Tawaran biasiswa kepada para pelajar dari negara OIC untuk
belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara
Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi
Faedah Yang Diperoleh
Daripada OIC
Pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi
melaksanakan projek-projek pembangunan untuk
kepentingan rakyat
OIC memberikan bantuan kepada Malaysia untuk
menubuhkan UIAM
Malaysia mendapat penghormatan daripada
negara-negara anggota kerana amat serius
memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara
Islam
MALAYSIA DALAM
PERTUBUHAN
SERANTAU
PERSATUAN NEGARA-
NEGARA ASIA
TENGGARA (ASEAN)
Peta menunjukkan negara-negara anggota ASEAN
Dtubuhkan pada 8 Ogos 1967 hasil daripada
Deklarasi Bangkok
Matlamat :-
Mengekalkan kestabilan politik dirantau Asia
Tenggara
Membantu antara satu sama lain dalam bidang
ekonomi, sosial dan kebudayaan
Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui
kerjasama dalam bidang pertanian,
perdagangan dan perindusterian.
Memberi kerjasama dan membantu dalam
bentuk latihan dan penyelidikan
Mengadakan perhubungan yang erat dengan
pertubuhan serantau dan antarabangsa


PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIA
DALAM ASEAN
Menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur pada November
1971.
Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN
sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
Tujuan utama ZOPFAN adalah mengekalkan keamanan dan
kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol
dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur bagi
mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar
Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas
Kampuchea.
Turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan
Demokratik Campuran Kampuchea.
Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.
Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan
pelabuhannya untuk mana-mana kapal yang mengangkut
bahan atau senjata nuklear.
Bekerjasama dalam projek perindustrian, contohnya
projek baja urea di Bintulu(Sarawak) serta di Acheh
Menyertai kerjasama ekonomi melalui zon Kawasan
Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang diumumkan
dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura 1992.
Mengemukakan idea mewujudkan Perundingan
Ekonomi Asia Timur (EAEC) bagi memperluaskan
kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan
Korea Selatan.
Idea Dr Mahathir tetapi ditentang oleh Amerika Syarikat
dan negara-negara maju.
Kerjasama secara tidak rasmi tetap diteruskan melalui
konsep ASEAN + 3
Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama ASEAN
+ 3(China,Jepun dan Korea)
Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan
dengan menyertai Pertubuhan Menteri - Menteri
Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan
ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan

Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik
(RECSAM) di Pulau Pinang.
Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan
sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan
kesenian.
Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan
ASEAN.
Mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan
radio.
Menganjurkan Sukan SEA.
Menjalinkan kerjasama menyertai Tahun Melawat
ASEAN 1992.
Pesuruhjaya tinggi tentang orang
pelarian PBB
( UNHCR )
Di tubuhkan pada tahun 1950
Bertanggungjawab untuk memimpin dan
menyelaraskan tindakan antarabangsa bagi
memberikan perlindungan orang pelarian
dan menyelesaikan maslah mereka
Tujuan utama adalah untuk melindungi hak
dan kebajikan orang pelarian
Berusaha untuk memastikan bahawa setiap
orang pelarian berhak untuk mendapatkan
suara dan mencari tempat perlindungan yang
selamat di negara lain
Membantu pelarian kembali ke negara asal
mereka dan menetap di negara yang lain.
RUJUKAN
http://cikgurazak.blogspot.com/2010/03/ma
laysia-dan-hubungan-antarabangsa.html
http://azman-
sharif.blogspot.com/2012/05/peranan-dan-
penglibatan-malaysia-untuk.html
http://adun.johordt.gov.my/index.php/kemela
h/2009/07/07/apa-itu-apartheid



NOOR FATILAH
YUSOP
NITA ANAK
TINGGOM
EVELYNE ANAK
ASIN

Anda mungkin juga menyukai