Anda di halaman 1dari 5

Warga tua merupakan golongan yang perlu dihormati oleh generasi muda masa ini.

Huraikan
peranan ibu bapa untuk memupuk sikap menghormati warga tua dalam kalangan anak-anak.
Pendahuluan
Setiap ibu bapa pasti ingin memiliki permata hati yang baik akhlaknya iaitu bagi kita orang Islam
anak yang soleh dan solehah. Anugerah anak yang mempunyai sahsiah yang terpuji kepada ibu
bapa menjanjikan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Beruntunglah ibu bapa yang mempunyai
anak yang baik budi pekertinya. Hal ini demikian kerana anak yang soleh dan solehah
membayangkan ibu bapa telah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah
dengan penuh berkesan. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud .. Apabila mati seseorang
manusia itu, maka terputuslah amalan-amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah,
ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang mendoakan untuknya. Dalam konteks ini, anak-
anak yang soleh akan sentiasa menyenangkan hati kedua ibu bapanya semasa mereka hidup dan
mendoakan kesejahteraan mereka walaupun di alam barzakh. Anak diibaratkan kain putih. Ibu
bapalah yang bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berakhlak
mulia. Nilai murni menghormati warga tua wajar diterapkan dalam diri anak-anak seawal usia
mereka setahun jagung lagi kerana peribahasa ada menyebut melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Persoalan yang bermain di benak fikiran kita, apakah peranan ibu bapa untuk
memupuk sikap menghormati warga tua dalam kalangan anak-anak?
Dalam mengharungi arus kemodenan yang berpaksikan sains dan teknologi kini, anak-anak muda sibuk
mengejar kemewahan dan prestij hidup. Tuntutan ini telah menyebabkan anak-anak semakin mengabaikan
ibu bapa yang memerlukan kasih sayang mereka. Seterusnya, muda-mudi kini seolah-olah kacang
lupakan kulitnyaapabila tidak menghormati golongan yang sudah masak dengan senario dunia ini. Oleh
itu, peranan ibu bapa amat penting untuk menerapkan nilai-nilai murni yang berkualiti terhadap anak-anak
ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya supaya anak-anak dapat menilai yang mana kaca dan
yang mana permata.

Menunjukkkan suri teladan yang baik
Peranan pertama yang wajar dilaksanakan oleh ibu bapa untuk memupuk sikap menghormati
warga tua dalam kalangan anak-anak ialah menunjukkan contoh teladan yang baik. Ibu bapa
seharusnya menjadi qudwah hasanah atau suri teladan kepada anak-anak dengan menghormati
warga tua. Hal ini demikia kerana, anak-anak lebih mudah terikut dengan perbuatan dan sikap
ibu bapa mereka, bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sebagai contoh,
ibu bapa tidak meninggikan suara ketika bercakap dengan warga tua sebaliknya bercakap
dengan nada yang rendah dan penuh lemah lembut. Dalam konteks ini, anak-anak akan
mencontohi sikap ibu bapa tersebut dan dijadikan amalan dalam kehidupan. Ibu bapa hendaklah
selalu beringat bahawa setiap gerak geri mereka sentiasa diperhatikan oleh anak-anak. Sekiranya
ibu bapa tidak menunjukkan contoh yang baik iaitu tidak menghormati warga tua,
berkemungkinan besar anak-anak akan terikut dengan perangai tersebut dan tidak mustahil suatu
hari nanti mereka tidak menghormati ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa hendaklah sentiasa
menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak mereka dengan menghormati warga tua
supaya mereka menjadi individu yang berakhlak mulia.
Ibu bapa juga harus berperanan menunjukkan contoh terbaik terhadap anak-anak dan mengamalkan
setiap ajaran mengenai menghormati warga tua yang telah diterapkan oleh mereka.(peranan
2) Senario ini penting supaya anak-anak tidakmemulangkan paku buah keras jika mereka ditegur oleh ibu
bapa.(Kesan peranan 2) Ibu bapa perlu menzahirkan teladan yang hakiki terhadap anak-anak supaya
dapat diaplikasikan oleh anak-anak.(huraian 1) Tamsilnya, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang
berhemah terhadap datuk dan nenek supaya anak-anak tahu bahawa mereka juga perlu bersikap
sedemikian setelah berkeluarga nanti.(huraian 2) Maka, ibu bapa perlu menghayati peribahasa bagaimana
acuan begitulah kuihnya agar dapat mencorak sahsiah diri yang cemerlang dalam diri anak-anak.(huraian
3) Ibu bapa perlu menjadi bahan rujukan yang dapat memberikan 1001 teladan kepada anak-anak.(huraian
4) Jelaslah, ibu bapa perlu mengambil tindakan awal dengan menunjukkan contoh yang baik sebelum
anak-anak meniti arus globalisasi.(kesimpulan kecil)

sejak kecil
Peranan seterusnya yang wajar dilaksanakan oleh ibu bapa untuk memupuk sikap menghormati
warga tua dalam kalangan anak-anak ialah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak.
Ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak dan mendidik mereka mengamalkan adab terhadap
warga tua. Sebagai contoh, ibu bapa mendidik anak mereka menundukkan badan ketika
berjalan di hadapan warga tua. Ibu bapa juga mengajar anak mereka supaya tidak bercakap
kasar dengan warga tua dan menggunakan panggilan nama yang seeloknya. Selaras dengan
itu, ibu bapa juga hendaklah sentiasa mendidik anak-anak supaya mendengar nasihat warga tua
kerana mereka terlebih dahulu makan garam daripada kita. Dalam hal ini, warga tua mempunyai
banyak pengalaman dalam kehidupan baik pengalaman manis mahupun pahit. Oleh itu, ibu bapa
sewajarnya menggesa anak mereka menjadikan pengalaman warga tua tersebut sebagai satu
pengajaran untuk menjalani kehidupan. Jelaslah, ibu bapa memainkan peranan penting dalam
memupuk sikap menghormati warga tua dalam kalangan anak-anak dengan cara menerapkan
nilai-nilai murni dalam diri mereka.
mereka tidak seharusnya melawan cakap orang tua sebaliknya bersifat empati dan mendengar
rintihan warga tua - mereka dapat mengasihi dan menjaga keperluan warga tua dengan baik.
Didikan agama
Ibu bapa perlu memberi penekanan konsep hormat-menghormati antara satu sama lain menerusi
kaca mata agama.( peranan 1) Apabila konsep ini dapat diasimilasikan oleh anak-anak dalam kehidupan
harian, secara semula jadi mereka akan menghormati sesiapa sahaja termasuklah golongan tua yang
semakin sensitif.(Kesan peranan 1) Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak
mereka seperti memberi salam kepada warga tua, bersopan santun, berbicara dengan nada yang sesuai
dan sebagainya.(Huraian 1) Hal ini dapat mengelakkan warga tua daripada terguris atau tersinggung
dengan sikap kurang sopan golongan muda.(kesan huraian 1) Pokoknya, kelompok muda perlu menjaga
tatatertib ketika berhadapan dengan golongan yang lebih dahulu makan garam. (huraian 2) Ironinya, ibu
bapa berhak menegur anak-anak jika mereka bersikap kurang sopan semasa berinteraksi dengan warga
tua.(huraian 3) Hal ini dapat menyirnakan sisi negatif dalam diri anak-anak.(Kesan huraian
3) Sesunguhnya, peranan ibu bapa dalam mencorak sikap anak-anak sejak kecil terhadap warga tua
sangat penting supaya kelak tidak mencurahkan air ke daun keladi.(kesimpulan kecil)
dengan didikan agama yang cukup anak-anak akan sedar bahawa menghormati orang
yang lebih tua adalah sebahagian daripada tuntutan agama - akan belajar menghormati
orang yang lebih tua daripada mereka
Selain itu, didikan agama juga perlu untuk melahirkan individu yang penyayang.
Ibu bapa juga harus mengajar anak-anak mereka mendalami ilmu agama dan
mendekatkan diri kepada Tuhan. Contoh amalan yang boleh diajar kepada anak-anak
adalah menunaikan solat fardhu, membaca Al-Quran dan berzikir. Amalan-amalan ini
akan melembutkan hati dan mententeramkan jiwa serta melahirkan anak-anak yang
bersahsiah mulia. Sifat ini yang akan menjadi darah daging dalam diri anak-anak dan
mendorong mereka untuk berperilaku baik seterusnya sentiasa menyayangi keluarga.
Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi didikan agama yang secukupnya amat penting dalam
melahirkan individu penyayang.
Mengalakkan anak-anak menyertai kempen menghargai warga tua
Mengalakkan anak-anak menyertai kempen menghargai warga tua- untuk menyemai
kesedaran generasi muda tentang pentingnya menghargai warga tua. Kempen "Yang Tua
Dihormati, Yang Muda Disayangi"-1 Oktober setiap tahun - sambutan Hari Warga Emas
Peringkat Kebangsaan - akan timbul perasaan simpati, kasih sayang dan hormat golongan
tua.
Di samping itu, ibu bapa perlu mengambil inisiatif dengan membawa anak-anak melawat ke rumah
orang-orang tua ataupun melibatkan diri dalam program kemasyarakatan.(peranan 3) Sebagai contoh,
ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak menyertai program lawatan ke rumah orang-orang tua yang
dianjurkan oleh badan kokurikulum sekolah seperti kempen Sayangilah Warga Tua. (huraian
1) Pendekatan ini akan memupuk kesedaran dalam diri anak-anak supaya dapat menyaksikan dengan mata
dan telinga sendiri tentang kehidupan yang dialami oleh golongan warga tua yang telah diabaikan oleh
keluarga sendiri. Hakikatnya berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.(Kesan
huraian 1) Melalui tindakan yang dilakukan oleh ibu bapa ini, sudah tergambar kasih sayang yang
mendalam terhadap warga tua dan memberi pengajaran agar anak-anak mereka tidak menyisihkan mereka
setelah tua kelak. Tindakan ini juga dapat membentuk interaksi sosial yang baik antara anak-anak dengan
warga tua di samping ikatan kekeluargaan dapat dijalin erat. (kesan peranan 3) Tegasnya, elemen ini
penting untuk menyemai nilai kasih sayang dalam diri anak-anak supaya mereka lebih menghargai warga
tua yang sebatang kara.(kesimpulan kecil)
Budaya kunjung-mengunjung keluarga
Ibu bapa boleh membawa anak-anak berkunjung ke rumah sanak-saudara yang
pangkatnya lebih tua - mendidik anak-anak supaya mengamalkan sikap hormat-
menghormati
Budaya kunjung-mengunjung keluarga perlu diamalkan - bukan sahaja pada hari raya -
menunjukkan contoh kepada anak-anak bahawa ibu bapa mestilah diutamakan-dapat
mengeratkan hubungan antara remaja dan warga tua - warga tua akan berasa terhibur
apabila anak dan cucu mereka pulang menziarahi mereka - remaja akan sedar/belajar
memahami kepayahan serta kesunyian warga tua.
Ibu bapa mengadakan Hari Keluarga - mengundang ibu bapa yang merupakan Datuk dan
Nenek kepada anak-anak untuk sama-sama bermesra pada Hari tersebut -anak-anak dapat
belajar bagaimana untuk memenangi hati dan menghormati warga tua - secara tidak
langsung, mereka akan mengamalkan sikap begini apabila mereka sudah dewasa.-
menggalakkan anak-anak meraikan sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa - remaja
menghargai dan meraikan ibu bapa dengan membawa mereka berjalan/beri hadiah.

Memberi kasih dengan meluangkan masa dengan anak
Ibu bapa perlu meluangkan masa secukupnya dengan anak-anak - curahkan kasih sayang
- kesannya anak-anak akan menyayangi serta menghormati ibu bapa serta generasi tua
yang lain - sebaliknya jika ibu bapa mengabaikan anak-anak, tidak mustahil satu hari
nanti mereka akan diabaikan
Selain itu, peranan ibu bapa untuk memupuk sikap menghormati warga tua dalam kalangan anak-
anak adalah dengan menasihati anak-anak supaya sentiasa menghormati warga tua. Hal ini
demikian kerana, ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan mereka dan berhak
menasihati anak-anak supaya tidak bersikap kurang ajar terhadap warga tua. Sebagai contoh, ibu
bapa menasihati dan menegur anak mereka yang bercakap tidak sopan dengan warga tua. Dalam
hal ini, ibu bapa hendaklah menegur anak-anak mereka dengan cara yang elok iaitu dengan penuh
lemah lembut. Hal ini demikian kerana anak-anak berkemungkinan besar akan memberontak
sekiranya ditegur dengan cara yang kasar seperti dirotan dan dimarahi dengan teruk. Apabila ibu
bapa menasihati anak-anak supaya menghormati warga tua sudah pasti anak-anak akan
mendengar nasihat tersebut kerana warga tua juga mempunyai hati dan perasaan malah hati
mereka juga mudah terusik lantaran faktor usia yang kian lanjut. Ibu bapa juga seyogianya
menasihati anak mereka dan mengingatkan anak mereka bahawa suatu hari mereka juga akan
menjadi warga tua. Dalam hal ini, akan timbul kesedaran dalam diri mereka untuk menghormati
warga tua. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memainkan peranan yang penting
dalam memupuk sikap menghormati warga tua dalam kalangan anak-anak dengan cara
menasihati mereka.

Penutup
Secara deduktifnya, ibu bapa hendaklah sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam
menerapkan sikap menghormati warga tua dalam diri anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana
ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan akhlak anak-anak mereka. Namun
begitu, kita tidak boleh menunding jari kepada sebelah pihak sahaja. Oleh itu, semua pihak
hendaklah bekerjasama ibarat serumpun bagai serai, selubang bagai tebu dalam mendidik anak-
anak supaya sentiasa menghormati warga tua. Sikap sesetengah pihak yang bersikap ibarat enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing wajar dielakkan manakala golongan sasaran
pula perlu melakukan anjakan paradigma agar segala inisiatif yang dilaksanakan tidak
menjadi seperti anjing menyalak bukit. Jelaslah, penerapan nilai menghormati warga tua ini amat
penting bagi melahirkan individu yang cemerlang akhlaknya. Ingatlah sekalian bangsaku, anak-
anak atau remaja pada hari ini merupakan cerminan bangsa dan negara pada masa akan datang.
Obligasi melestarikan hasrat ini perlu diambil berat oleh ibu bapa demi kemashalatan bangsa, masyarakat
dan negara. Walaupun arus globalisasi menuntut kesibukan masyarakat, pengabaian ibu bapa terhadap
anak-anak tidak seharusnya terjadi kerana ibu dan bapa bertanggungjawab dalam menghasilkan anak-anak
yang berkualiti. Anak yang mengenang jasa pasti akan menjadi kebanggaan warga tua. Jadi, marilah kita
berfikir di luar kotak tetapi masih dalam ruang lingkup yang benar, pembelaan warga tua harus diberi
penekanan lebih-lebih lagi oleh golongan ibu bapa. Nilai-nilai moral juga perlu diperkasakan supaya muda-
mudi tahu menghormati golongan yang tua daripada mereka. Sesunguhnya, pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara.

Soalan : Warga tua merupakan golongan yang perlu dihormati oleh generasi muda pada masa ini. Huraikan peranan
ibu bapa untuk memupuk sikap-sikap menghormati warga tua dalam kalangan anak-anak. Huraikan peranan ibu
bapa untuk memupuk sikap-sikap menghormati waga tua dalam kalangan anak-anak
Kaji Soalan :
Tema : Menghormati warga tua
Fokus : Peranan ibu bapa untuk memupuk sikap menghormati warga tua dalam kalangan anak-anak.
Alangkah murninya jika ibu bapa yang berkemampuan sedia mengambil warga tua sebatang kara yang
terperangkap dalam kesunyian untuk dijadikan datuk angkat atau nenek angkat kepada anak-anak
mereka.(peranan 4) Jika ibu bapa melakukan tindakan tersebut, terpancarlah naluri kasih sayang yang kuat
terhadap warga tua. (kesan peranan 4) Hal ini jelas kerana ibu bapa semestinya menunjukkan kewajipan seorang
anak yang mithali kepada ibu dan bapa meskipun terhadap individu yang tiada pertalian darah. (huraian 1) Dalam hal
ini, ibu bapa mesti berperanan sebagai anak angkat yang baik, begitu juga anak-anak diasuh untuk berperanan
sebagai cucu angkat yang ikhlas mencurahkan rasa kasih dan sayang terhadap warga tua.(huraian 2) Paling utama,
ibu bapa perlu sentiasa mesra dan tidak mengambil kesempatan terhadap individu yang telah diiktirafkan seperti ibu
bapa sendiri.(huraian 3) Hakikatnya, tidak bergunalah kekayaan dan kemewahan yang ada jika kita sendiri tidak
mampu membela nasib golongan sebatang kara ini.(kesimpulan kecil)