Anda di halaman 1dari 3

Salah anggapan (misconception) merupakan satu masalah yang utama dalam proses

pengajaran dan pembelajaran matematik. Menurut Sabri, Tengku Zawawi dan Aziz (2006)
sekiranya salah anggapan murid tidak dibetulkan atau dipulihkan, ia akan menyekat
perkembangan logik matematik bagi murid. Oleh yang demikian, pemahaman terhadap konsep
matematik sangat penting untuk dikuasai oleh murid supaya dapat mengikuti rentak dan kaedah
pengajaran guru.

























Kajian tindakan merupakan salah satu kaedah mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang
telah dikenal pasti. Kajian tindakan yang dijalankan bermatlamat untuk menyelesaikan masalah
kekeliruan murid Tahun 3 Berlian di Sekolah Kebangsaan Bandar Tangkak terhadap salah satu
kemahiran dalam operasi asas matematik iaitu penolakan dengan mengumpul semula.

Tinjauan awal berkaitan kemahiran menolak dengan mengumpul semula telah dilakukan
dalam kelas terbabit dan pengkaji mendapati terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat
menjawab secara tepat soalan berkaitan tolak dengan mengumpul semula dalam lingkungan
10000.

Pengkaji juga membuat tinjauan lebih lanjut bagaimana murid menjawab soalan tolak
dengan mengumpul semula hanya dengan menghafal algoritma bentuk lazim tanpa mengetahui
konsep yang membawa maksud tolak dengan mengumpul semula. Bukti permasalahan menjadi
lebih kritikal apabila murid tidak dapat memahami dengan baik maksud tolak dengan
mengumpul semula.


Pengkaji telah menjalankan ujian pra berkaitan dengan soalan operasi tolak bagi
mengenal pasti jenis dan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh murid. Hasil ujian tersebut,
pengkaji mendapati peserta kajian melakukan banyak kesalahan dalam soalan tolak mengumpul
semula berbanding soalan tolak tanpa mengumpul semula.

Pengkaji membina satu sesi rawatan berbantukan bahan bantu mengajar yang dikenali
sebagai wang contoh bagi membantu murid Tahun 3 Berlian yang bermasalah lebih memahami
konsep tolak dengan mengumpul semula secara tepat.

Pengkaji menggunakan pemerhatian dan analisis dokumen bagi mendapatkan data secara
tepat terhadap masalah peserta kajian yang dipilih. Penggunakan wang contoh diperkenalkan
untuk memberikan peluang dan ruang kepada pengkaji untuk membuat pertimbangan terhadap
isu pengajaran murid, seterusnya menghasilkan satu bentuk kajian, melaksanakan kajian, dan
menganalisis data murid serta membuat refleksi penambahbaikan agar dapat mempertingkatkan
kemampuan murid menolak dengan mengumpul semula