Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Bola Jaring
Nama : RAJALETCHUME A/P UDAYA SOORIAN
Kumpulan : Pengajian Tamil
Angka giliran : 2013272340011
No.Matrik kad : PSM(SN)/117/12/11
No. kad pengenalan : 910719-06-5474

Terlebih dahulu, ingin saya mengucapkan rasa syukur kepada Tuhan kerana
saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberi walaupun terdapat banyak
kekangan dan cabaran yang dilalui sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Cik. Joyce
iaitu pensyarah bagi subjek bola jaring telah memberikan tugasan berkaitan dengan
rancangan pengajaran harian. Saya dikehendaki menyiapkannya secara berkumpulan
yang terdiri daripada dua orang.rakan saya iaitu Sanggitha dan Vishveni. Setelah
berjaya menyiapkan tugasan ini, saya berasa amat gembira dan berpuas hati kerana
telah banyak input-input dan ilmu yang berguna telah saya peroleh melalui tugasan ini.
Selain itu, melalui tugasan ini telah banyak pengetahuan mengenai aktiviti asas
kemahira bola jaring disamping itu menitikberatkan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai telah dapat saya ketahui dengan lebih mendalam lagi.
Saya telah membuat jadual untuk menyiapkan tugasan ini supaya tugasan dapat
disiapkan dengan lebih cepat kerana tempoh masa yang diberikan untuk menyiapkan
tugasan ini adalah sebulan sahaja. Pada masa yang sama, banyak kerja kursus lain
yang perlu disiapkan dan dihantar pada minggu yang sama. Saya dan rakan-rakan
telah mengagihkan tugasan mengikut undian. Dengan cara ini, tugasan dapat disiapkan
dengan mudah dan cepat. Saya telah mendapatkan rujukan iaitu daripada buku teknik-
teknik dalam permainan bola jaring dan panduan mengajar permainan bola jaring. Apa
yang saya lakukan ialah mengkaji dan meneliti serta menganalisis maklumat-maklumat
yang dirasakan sesuai bagi dimuatkan di dalam tugasan ini. Selain itu, saya turut
berbincang bersama ahli kumpulan dan pensyarah bagi mengatasi kekeliruan yang
timbul semasa menyiapkan tugasan. Setelah semua maklumat diperolehi dan dirasakan
lengkap, maka terhasilnya kerja kursus ini.
Setelah menyiapkan kerja kursus , kami dikehendaki untuk membentangkan dan
menjalankan akitiviti rancangan pengajaran harian kami dihadapan rakan-rakan dan
pensyarah bola jaring Cik. Joyce. Berbagai teguran dan maklumbalas mengenai
rancangan pengajaran harian telah saya terima. Segala teguran dan tunjuk ajar
daripada pensyarah Cik. Joyce, saya dan rakan-rakan menjadikan ia sebagai panduan
dan membetulkan kembali bahagian yang ditegur.
Selepas itu, kumpulan saya dikehendaki menjalankan pengajaran mikro
mengikut rancangan pengajara harian yang telah saya dan rakan-rakan siapkan. Pada
hari tersebut, keadaan sedikit kelam kabut. Dimana kami merupakan kumpulan kelima
yang melakukan pengajaran mikro. Semasa saya mengajar, saya merasakan ilmu
yang ada tidak mencukupi untuk dikongsikan kepada rakan-rakan. Saya mula
menyedari bahawa bukan senang untuk mengajar. Tanpa perancangan yang rapi dan
tersusun, maka perjalanan kelas pada hari tersebut akan bertukar menjadi kelam kabut.
Pelbagai perkara baharu telah saya pelajari. Antaranya, mengenai cara pengajaran
yang berkesan. Banyak input-input yang berguna dan penting telah saya perolehi
melalui kerja kursus berasaskan ilmu ini. Terdapat berbagai variasi permainan dan
teknik yang boleh diajar kepada murid-murid. kesesuaian bagi setiap aktiviti adalah
penting bagi menarik minat murid-murid untuk mempelajari sesuatu aktiviti.
Apabila kumpulan saya membuat rancangan pengajaran harian, saya mendapat
langkah dua dalam perkembangan iaitu bagaimana mengelak dan mengawal bola.
Aktiviti ini perlu membuat dengan secara individu dan berpasangan. Semasa aktiviti itu,
saya dapat pelbagai kekuatan dan kelemahan.
Kekuatan yang saya menunjukkan dalam aktiviti ini adalah saya dapat tunjukkan
dengan baik untuk membaling bola antaran sisi. Oleh kerana ini pelajar-pelajar saya
juga membaling bola antaran sisi dengan tepat. Antara kelemahan yang saya
mengalami adalah semasa aktiviti berpasangan pelajar-pelajar tidak mengambil tempat
dengan segera. Ini kerana mereka memilih kawan untuk menjadikan pasangan untuk
membaling bola antaran sisi. Walaupun saya tetapkan berpasangan tetapi mereka suka
untuk pilih sendiri. Hal ini menyebabkan aktiviti bermula lambat.
Disini saya dapat mempelajari kawalan kelas amat penting bagi melicinkan
pengajaran. Tanpa adanya disiplin dan kerjasama yang diberikan oleh murid-murid,
maka aktiviti yang dijalankan pasti akan menghadapi banyak masalah. Selain daripada
itu, saya dapat mempelajari tentang ketegasan dan suara guru juga memainkan
peranan yang penting semasa mengajar. Ini adalah kerana, kedua-dua aspek ini akan
membantu guru menyampaikan pengajarannya dengan baik dan berkesan. Segala
arahan yang hendak diberikan akan diikuti dengan baik oleh murid-murid.
Kesimpulannya, tugasan ini telah banyak mendatangkan manfaat yang berguna
kepada saya bukan sahaja sebagai seorang pelajar malahan sebagai seorang bakal
pendidik. Melalui pengajaran mikro ini saya dapat mempelajari dan menguasai teknik
elak dan kawal dengan baik dan kreativiti yang tinggi dalam menjadikan sesuatu
pembelajaran itu menarik dan berkesan. Segala ilmu pengetahuan dan pengajaran
adalah amat bermakna. Harapan saya agar ilmu pengetahuan yang diperoleh dapat
saya aplikasikan ketika mengajar anak murid dan juga anak saya sendiri di sekolah
pada masa yang akan datang.