Anda di halaman 1dari 2

Nota Sains Tingkatan 1[Bab 7 - Haba (Heat)]

Haba Sebagai Suatu Bentuk Tenaga


Haba (heat) adalah suatu bentuk tenaga (energy) yang mengalir dari (flows from) kawasan
suhu tinggi (high temperature) ke kawasan lain yang mana suhunya adalah lebih rendah
(low temperature).

Haba boleh bergerak melalui pepejal (solid), cecair (liquid), gas, dan juga vakum (vacuum).

Unit SI bagi haba adalah Joule (J).

Matahari (sun) adalah sumber utama (main source) tenaga haba.

Pembakaran bahan api dan makanan membebaskan sejumlah besar haba.

Elektrik (electricity) juga menjadi tenaga haba dengan penggunaan peralatan (appliances)
seperti seterika elektrik, pemanas pembakar dan ketuhar.

Beberapa tindak balas kimia juga mengeluarkan banyak haba.


Haba dan Suhu

Suhu adalah kuantiti fizikal (physical quantity) yang merujuk kepada darjah kepanasan atau
kesejukan sesuatu jirim (matter).

Unit SI untuk suhu adalah darjah Celsius (simbol: C). Alatan yang digunakan untuk
mengukur suhu adalah termometer/jangkasuhu (thermometer).

Semakin panas badan seseorang, maka semakin tinggi suhunya. Manakala semakin sejuk
badan seseorang, semakin rendah suhunya.

Suhu dan haba adalah dua perkara yang berbeza. Walau bagaimanapun, kedua-duanya
adalah saling berkaitan (interrelated).

Haba adalah suatu bentuk tenaga (energy). Apabila suatu objek dipanaskan, tenaga haba
dalam objek tesebut menyebabkan suhu meningkat (temperature to rise).

Jumlah tenaga yang dibekalkan akan mempengaruhi kenaikan suhu objek tersebut.

Semakin banyak tenaga yang terkandung di dalam sesuatu objek, semakin tinggi suhu objek
tersebut.

Muatan/kapasiti haba (heat capacity) adalah kuantiti tenaga haba yang terkandung dalam
sesuatu jirim. Sifat-sifatnya adalah:
bergantung kepada jenis isipadu, jisim isipadu dan suhu jirim.
pada suhu yang sama, suatu jirim yang besar mempunyai lebih banyak kandungan
haba.
dengan jumlah isipadu yang sama, jirim yang lebih panas mempunyai kandungan
haba yang lebih tinggi.


Pengembangan dan Pengecutan Jirim
Jirim (matter) menyerap (absorbs) haba apabila dipanaskan dan menyingkirkan (expels)
haba apabila disejukkan.

Isipadu (volume) jirim berubah apabila ianya dipanaskan (heated) atau disejukkan (cooled).

Apabila dipanaskan:
Zarah (particles) jirim menyerap tenaga haba (heat energy) untuk menukarkannya
kepada tenaga kinetik. Tenaga kinetik (kinetic energy) menyebabkan zarah bergetar
(vibrate) dengan lebih cepat.
Getaran ini menyebabkan zarah-zarah bergerak menjauhi antara satu sama lain.
Dengan sebab itu, saiz dan isipadu jirim akan meningkat.

Apabila disejukkan:
Zarah jirim kurang bergetar dan kelajuannya juga berkurangan.
Jarak antara zarah-zarah adalah mengurang. Ini bermakna bahawa saiz dan isipadu
jirim juga turut berkurangan.