Anda di halaman 1dari 13

TEMA HARI GURU 2014

GURU
Merangkumi
semua warga
pendidik
PENCETUS
Peranan untuk
menimbulkan
ilham / idea
KREATIVITI
Penghasilan idea,
kebolehan
mencipta,
pencetusan idea
baru, berdaya
kreatif
PENJANA
merujuk kepada
guru sebagai
penggerak atau
perantara
INOVASI
Pengaplikasian
kreativiti,
pembaharuan,
modifikasi,
kaedah dan
sistem bagi
menghasilkan
produk baru atau
perkhidmatan
yang lebih baik
Modal insan berfikiran kritis dan kreatif
Perkembangan sahsiah murid yang holistik
Membangunakan Kemahiran Abad
Ke-21 dalam PPPM 2013-1025
Melahirkan generasi berpengetahuan, berkemahiran,
kritis, kreatif dan inovatif
Mendukung Hasrat Falsafah
Pendidikan Negara
Sentiasa Kreatif dan inovatif, mempunyai keterampilan yang tinggi dari
segi personaliti.
Berfikiran luas dan strategik serta mampu mencetuskan ledakan ilmu.
Guru Penggerak
Agen Perubahan
Melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan diri dalam
persekitaran global dan keupayaan warga pendidik menyediakan peluang kepada
murid belajar lebih bermakna, boleh menyelesaikan masalah dan berfikir kreatif.
Membudayakan Inovasi Dalam
Gelombang Transformasi Pendidikan
Pesaing yang boleh berfikir kritis, kreatif dan inovatif
penggerak generasi yang intelek dan berdaya saing.
Bersaing Dalam Dunia Dan
Ekonomi Global
DISOKONG OLEH :
TEMA HARI GURU 2012 : GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
Setiap tahun, sambutan hari guru disambut dengan tema tertentu yang mengandungi
makna tersendiri. Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi telah dipilih sebagai tema
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-43 bagi tahun 2014. Pemilihan tema ini
bersesuaian dengan era kini yang bukan sahaja memerlukan guru berpengetahuan bahkan
juga memiliki ciri kreatif dan inovatif untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran
efektif seterusnya melahirkan produk yang berkualiti. Natijahnya, hasrat kerajaan melalui Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) akan tercapai. Guru seharusnya telah bersedia
dengan ilmu pengetahuan yang luas mencakupi pelbagai bidang dan perlu berani melakukan
perubahan ke arah kreativiti serta inovasi bersesuaian dengan tema sambutan kali ini.
Hakikatnya hasrat kerajaan ini mula direalisasikan sejak tercetusnya idea mantan Perdana
Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir yang mewujudkan senario wawasan 2020. Sejak itu
Kementerian Pendidikan mula memainkan langkah demi langkah yang wajar untuk menjayakan
hasrat wawasan 2020 hingga tercetusnya idea transformasi pendidikan kini. Rentetan dari
wawasan 2020, sejak tahun 1993 lagi tema hari guru telah mula mengharapkan inovasi berlaku
dalam sistem pendidikan negara. Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan, Guru
Berkesan Pendidikan Cemerlang, Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan, Guru
Penjana Transformasi Pendidikan Negara dan Guru Inovatif Melonjakkan Tranformasi
Pendidikan Negara merupakan beberapa tema yang menekankan kepentingan inovasi dalam
pendidikan. Jadual 1 dibawah menjelaskan maksud tema Hari Guru Tahun 2014.
Jadual 1: Maksud Tema Hari Guru 2014
Istilah Definisi
Guru
Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti
dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta
pemdukung kepada pembangunan pendidikan negara.
Pencetus
Merujuk kepada maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham atau idea
atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea
kepada kreativiti dalam melahiran generasi intelek
Kreativiti Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses
pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.
Penjana Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting
dalam proses transformasi ke arah keberhasilan
Inovasi Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah
dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan
yang lebih baik, bermakna dan bernilai.
Sumber : Portal Kementerian Pendidikan Malaysi ( http://www.moe.gov.my)
Sehubungan itu, tema tahun ini telah menghuraikan bahawa transformasi
pendidikan adalah ke arah membangunkan modal insan yang mempunyai kemahiran abad ke-
21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang
holistik dan seimbang seperti yang terkandung dalam PPPM 20132015. Kemahiran abad ke-
21 telah diterapkan dalam sukatan pelajaran terkini yang dikenali sebagai Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang
mempunyai ciri-ciri untuk menghasilkan modal insan yang berkembang secara holistik dan
mampu memenuhi pasaran tenaga kerja masa hadapan. Malah tema hari guru pada tahun
2012 juga menyatakan guru yang berinovasi adalah guru yang mampu untuk menghasilkan
sesuatu yang baharu yang dapat meningkatkan hasil proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) sebagai produk atau perkhidmatan yang baharu. Produk ini pula mampu dibawa ke
pasaran seperti yang dinyatakan oleh John Adair (2011). Bagi menjayakan harapan tersebut,
guru harus meningkatkan keberkesanan proses (PdP). Noriati A. Rashid (2013),
mencadangkan kaedah permainan sebagai usaha untuk menarik minat murid menguasai
sesuatu pengetahuan tanpa disedari di samping, murid boleh diuji dengan menggunakan
borang grafik untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, guru boleh mendorong pembelajaran
aktif menggunakan audio visual dan penggunaan peralatan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK). Komitmen yang ditunjukkan diharap dapat mengubah persepsi dunia
pendidikan ke arah melahirkan generasi yang lebih kreatif dan boleh menyelesaikan masalah
serta berkemahiran tinggi.
Menyedari hakikat ini, tema hari guru 2014 ini menyingkap hasrat sistem pendidikan
Malaysia yang ingin memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya agar menjadi
generasi gemilang iaitu berpengetahuan dan berkemahiran, pemikiran kritis, kreatif dan inovatif,
kemahiran memimpin, memiliki sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional. Hal ini sangat
relevan dalam PPPM yang terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi negara. Ini merupakan unsur pembangunan
modal insan yang seimbang agar negara dapat memiliki modal insan beasaskan acuan kita
sendiri. Guru mempunyai satu lagi tanggungjawab berat, apabila dalam menghasilkan generasi
muda yang berpotensi dengan kemahiran pelbagai dan dapat membentuk ciri-ciri keperibadian
agar selari dengan FPK ini. Ibarat kata pepatah, di mana bumi berpijak, di situ langit dijunjung,
kita tidak mahu modal insan yang cemerlang dalam dunia pekerjaan sahaja tetapi mempunyai
imej dan sentiasa berpegang kepada nilai-nilai murni yang menjadi amalan masyarakat.
Justeru, guru menjadi role model yang utama, nadi penggerak yang relevan untuk menyuntik
sahsiah yang tinggi dan terpuji di samping sebagai pencetus kepada kreativiti dan penjana
inovasi. Oleh itu, guru perlu mempunyai idea kreatif dan inovatif dalam menjana idea.
Menurut Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia (1994), ciri-ciri orang yang
mempunyai sifat kreativiti dan inovasi adalah sentiasa mencari idea dan kaedah baharu dalam
menyelesaikan masalah. Orang yang paling dekat untuk menghasilkannya adalah guru. Guru
memainkan peranan penting sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa kreatif dan
inovatif, mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, pemikiran luas dan strategik
serta berupaya mencetuskan ledakan ilmu yang dapat diterapkan kepada murid bagi
membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu untuk mencipta ilmu baharu yang
bertaraf dunia. Tema hari guru 2012 telah menjelaskan peranan guru yang inovatif ini.
Peningkatan profesionalisme dan kualiti guru terus diutamakan bagi mencapai matlamat PPPM.
Untuk tujuan ini, Kementerian akan memantapkan latihan guru di Institut Pendidik Guru (IPG)
yang setiap kursus yang disediakan akan menekankan unsur-unsur kreativiti dan inovasi. Selain
itu, Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang telah bermula mensasarkan 60 peratus guru
siswazah sekolah rendah dan 90 peratus guru siswazah sekolah menengah pada tahun 2015
dan sentiasa menyokong guru-guru yang ingin menyambung pengajian. Di sampin itu, pelbagai
inisiatif lain yang ditawarkan iaitu memberi pengiktirafan kepada usaha guru yang berinovasi,
membuka peluang kenaikan pangkat, dan menganugerahkan Tawaran Baru Guru Besar.
Usaha-usaha ini adalah sokongan yang ditunjukkan oleh kerajaan agar guru sentiasa berusaha
melakukan perubahan dalam PdP mereka agar dapat melahirkan modal insan yang kreatif dan
inovatif.
Membudayakan inovasi merupakan agenda berterusan dalam gelombang transformasi
pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan dalam
persekitaran yang kompetetif secara global. Keupayaan warga pendidikan menyediakan
peluang kepada murid bagi mendapat pengalaman pembelajaran lebih bermakna, pengalaman
pembelajaran dalam menyelesaikan masalah, kreatiiviti dan pemikiran kritikal dilihat mampu
meningkatkan kemahiran murid yang dapat berfikir secara kritis dan kreatif dalam konteks
akademik dan persekitaran kehidupan sebenar. Peranan ini sebenarnya telah dijelaskan dalam
tema pada tahun 2012 sebelum ini. Guru beinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara
dalam melaksanakan PdP, sebaliknya sentiasa berfikir luar dari kebiasaan untuk mencari
kaedah dan pendekatan yang lebih berkesan. Dalam ucapan Menteri Pendidikan pada
sambutan Hari Guru tahun tersebut, beliau memerihalkan tentang keupayaan dan kebolehan
guru menyediakan murid-murid untuk mengharungi globalisasi dan cabaran alaf baru dengan
menjadi seorang yang berinovasi. Antaranya ialah menyediakan diri dengan kemahiran alaf
baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti
yang tinggi. Bagi menjayakan hasrat tema hari guru tahun 2014 ini, Dalam teks ucapan
perasmian YAB Tan Sri Dato Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, selaku Menteri Pendidikan
Malaysia menyatakan pelbagai usaha dilakukan untuk menggalakkan pembudayaan inovasi
dalam kalangan warga pendidik. Pihak kerajaan telah mula berusaha mentranformasikan
sistem pendidikan negara menerusi PPPM yang memberi penekanan terhadap elemen kreativiti
dan inovasi. Selaras dengan itu, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah dilaksanakan di
sekolah yang merangkumi tujuh elemen iaitu kurukulum, pedagogi, pentaksiran, sumber,
sokongan masyarakat, ko-kurikulum dan bina upaya guru. KBAT di bilik darjah telah
diperkukuhkan melalui program i-Think iaitu satu program yang membantu pihak sekolah
memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam
menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif dalam
kalangan murid. Ucapan Menteri pendidikan Malaysia pada sambutan hari guru yang lalu jelas
menunjukkan hasrat PPPM yang ingin melahirkan para pencipta generasi masa depan
Malaysia yang hebat dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.
Pandangan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya pada sambutan Hari Guru 2012
juga menyatakan guru yang berinovasi sentiasa memikirkan apakah cabaran yang bakal
dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, dan apakah
ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di
dunia nyata. Dunia dan ekonomi yang bersifat global hari ini memerlukan pesaing yang mampu
berfikir dengan lebih kritis, kreatif dan inovatif. Justeru, peranan guru sebagai penggerak
generasi yang intelek dan berdaya saing perlu menghasilkan kualiti pengajaran yang gemilang
dengan memperkukuh amalan terbaik dalam pendidikan. Sesuai dengan keadaan tersebut,
guru sepatutnya telah mempunyai ciri-ciri seorang yang berinovasi agar dapat menjadi
pencetus kreativiti dan penjana inovasi kepada para pelajar. Sehubungan itu, pihak kerajaan
sentiasa berada dibelakang guru, menyokong dan membantu guru membudayakan kreativiti
dan inovasi dalam kalangan pelajar. Usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan adalah
melambangkan hasrat negara yang benar-benar ingin memastikan agar tujuan transformasi
PPPM dapat berada dilandasan yang tepat serta difahami oleh semua warga pendidik khasnya
dan rakyat umumnya.
Rumusannya, inovasi adalah nilai yang penting yang perlu ada dalam diri setiap guru.
Era globalisasi dunia dan transformasi pendidikan dalam negara memerlukan para guru
sebagai agen perubahan dan agen penggerak untuk melaksanakan perubahan dalam
kepelbagaian aspek pendidikan. Peranan guru adalah inovator penting dalam usaha melahirkan
generasi memenuhi ciri-ciri modal insan holistik yang sejajar dengan perkembangan peringkat
glogal dan memiliki peribadi unggul, menjunjung budaya bangsa dan negara. Guru perlu sedar
bahawa bidang pendidikan akan ketinggalan sekiranya tidak mengikut perkembangan arus
perdana. Di samping itu, amalan reflektif dan penyelidikan tindakan wajar menjadi amalan para
guru dalam menyuburkan nilai-nilai inovasi dalam profesionalisme keguruan. Pendekatan guru
sebagai penyelidik akan memberi ruang kepada guru untuk merancang sendiri inovasi
seterusnya memerhati dan menilai sendiri tindakan yang dilaksanakan. Hal ini akan memberi
hasil kepada proses PdP akan mencetuskan kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar.

















Disiplin
Di Bilik Darjah

Bilik Darjah
Konduksif
Komunikasi dan
Interaksi
TEORI
KEPIMPINAN
GURU
TEORI TRAIT
TEORI
TINGKAH
LAKU
TEORI
SITUASI
Isu-Isu
Pengurusan
Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah ialah satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah
bilik darjah, serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Menurut Ee Ah Meng (1997),
penyusunan fizikal bilik darjah merangkumi aspek penyusunan kerusi dan meja serta
penjaminan cukupnya cahaya dan udara untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Pengurusan bilik darjah juga melibatkan penyediaan persekitaran sosioemosi yang sihat.
Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam
pelajaran. Menurut Lemlech (1988), beliau mengatakan pengurusan bilik darjah sebagai
orkestra dalam bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum penyelenggaraan
prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan kepentingan penyusunan suasana
bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta
tanggungjawab guru. Manakala menurut Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik
darah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian pelajar berbanding dengan polisi
sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama di antara guru dan masyarakat. Di dalam
mengurus bilik darjah seseorang guru berperanan besar bagi memastikan suasana bilik
darjahnya bersifat kondusif dan selesa sesuai untuk dijalankan proses pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Ee Ah Meng (1995), peranan guru adalah begitu rumit. Guru perlu
mewujudkan suasana yang penuh kemesraan dan dan kasih sayang di dalam bilik darjah agar
dapat menangani isu-isu semasa dalam bilik darjah.

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu aktiviti yang terdapat
dalam pengurusan bilik darjah yang efektif. Isu utama yang dihadapi oleh guru semasa
menjalankan proses ialah masalah didiplin. Masalah disiplin sering berlaku kerana setiap
pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek, jasmani, rohani
dan sosioekonomi yang berbeza. Seperti yang kita sedia maklum, apabila tingkah laku
bermasalah atau disiplin wujud dalam bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran akan
terjejas. Secara amnya, merujuk Ee Ah Meng (1997), antara jenis salah laku di bilik darjah
seperti melawan guru, buli, mengganggu pembelajaran, berbahasa kesat , berkasar dengan
murid lain dan lain-lain. Masalah ini sering berpunca dari diri murid sendiri, kaedah serta bahan
pengajaran yang tidak mampu menarik minat murid, keadaan fizikal bilik darjah yang terlalu
panas atau terlalu sesak, suasana sosioemosi yang kurang sihat, masalah kesihatan murid,
kualiti guru, persekitaran sekolah, keluarga, dan rakan sebaya. Oleh itu menjadi
tanggungjawab guru untuk membentuk sikap, nilai dan akhlak murid melalui pembentukan
disiplin kendiri yang baik.
Perwatakan dan sahsiah guru juga merupakan salah satu faktor dalam masalah disiplin
ini. Guru yang kurang berpengalaman dan kurang tegas atas disiplin bilik darjah tidak akan
mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada murid-murid. Murid-murid yang nakal
sering menimbulkan masalah dengan tujuan untuk membuli guru yang kurang tegas. Sifat-sifat
guru yang disukai murid ialah mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat, mempunyai
badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik, mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi
daripada kebanyakan orang, mempunyai sifat kreatif, imaginasi dan ikhtiar, mempunyai suara
dan tingkahlaku yang beradab, bertata tertib, bertimbang rasa, mempunyai simpati dan
bijaksana dalam menghadapi masalah, sabar, jujur dan ikhlas, tegas, menepati masa dan
berkebolehan mengurus, mempunyai sikap yang positif dan menggalakkan, memberi bimbingan
yang demokratik dan menjaga status ikhtisas perguruan. Teori Situasi Hersey dan Blanchard
menjelaskan terdapat empat gaya kepimpinan yang boleh membantu guru menangani masalah
disiplin dalam bilik darjah iaitu memberitahu, menjual, mengambil bahagian dan menurunkan
tanggungjawab. Maksudnya di sini, guru boleh memberi hukuman kepada murid berdasarkan
kepada situasi salah laku tersebut tetapi seorang pemimpin yang berkesan boleh menggunakan
kaedah lain untuk menyelesaikan masalah disiplin yang dihadapi. Antara cara yang boleh
diaplikasikan ialah, memastikan semua murid memenuhi masa mereka dengan tugasan yang
berfaedah dengan memberikan kerja tambahan kepada murid-murid yang cerdas dan layanan
individu kepada murid yang lemah. Selain itu, guru harus menghormati murid-murid seperti
manusia biasa. Layanan baik yang diberikan akan merapatkan hubungan guru dan murid lalu
boleh menjauhkan diri mereka daripada menimbulkan masalah disiplin. Pujian hendaklah
diberikan kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik, ini kerana perasaan berjaya
dan diiktiraf akan dapat mengurangkan masalah disiplin. Guru juga harus bersifat adil, tegas
dan tekal ketika menyelesaikan masalah disiplin agar dapat memelihara penghormatan murid
kepada gur. Guru yang dihormati biasanya disegani murid-murid. Dalam keadaan ini, masalah
disiplin tidak mungkin timbul. Langkah-langkah yang dicadangkan tersebut merupakan
sebahagian dari ciri-ciri kepimpinan yang menggunakan teori kepimpinan situasi.
Persekitaran bilik darjah yang konduksif merupakan elemen penting bagi memastikan
murid dapat belajar dengan selesa dan selamat. Antara cabaran yang harus dihadapi oleh guru
adalah kesukaran menyediakan fizikal yang konduksif diakibatkan kekurangan bilik darjah serta
prasarana yang disediakan Mengikut laporan utusan online yang bertajuk Masalah kekurangan
bilik darjah selesai tahun depan menyatakan masih terdapat sekolah-sekolah yang perlu
menjalankan dua sesi kerana kekurang bilik darjah. Ini bermakna murid-murid perlu berkongsi
bilik darjah mereka. Keadaan ini akan mengakibatkan keceriaan kelas sukar dikekalkan. Selain
itu, terdapat juga masalah kerosakan yang berlaku di dalam kelas yang mungkin boleh
menyebabkan kecederaan kepada pelajar. Masalah lain yang dihadapi di dalam bilik darjah
ialah suasana bilik darjah yang kurang selesa. Keadaan bilik darjah yang tidak terurus, kerusi
meja yang banyak dan nampak berselerak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan
elektrik tidak ada atau sudah tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar
menyebabkan mereka gelisah. Oleh sebab itu, mereka tidak dapat menumpukan perhatian
kepada pelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran
dan pembelajaran. Namun begitu, keadaan sebegini tidak harus membantutkan kreativiti
seorang guru. Guru yang berinovasi dan mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi mampu
menyediakan persekitaran pembelajaran paling konduksif dan memberi ruang seluas-luasnya
kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir. Seorang guru mampu menjadi pengurus
bilik darjah yang baik merupakan guru yang hebat. Guru juga merancang persekitaran bilik
darjah dan rutin harian bagi tempoh satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran
fizikal bilik darjah mestilah menarik dan kondusif. Usah dipandang remeh soal lampu atau kipas
yang tidak berfungsi, kerana ia sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan murid untuk
menerima pelajaran. Begitu juga dengan hiasan bilik darjah dan soal kebersihan perlu diberi
perhatian. Dan lebih penting ialah susunan atau susun atur bilik darjah mestilah sesuai kerana
ia akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru.
Kecekapan guru dalam mengurus penggunaan rutin di dalam bilik darjah akan menjamin
kelancaran aktiviti-aktiviti seperti menanda jadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik
darjah, mengeluar dan menyimpan bahan bantu mengajar, mengutip dan memulangkan buku
latihan, mengutip yuran, menyediakan berbagai rekod, menguruskan Skim Pinjaman Buku
Teks, Rancangan Makan Tambahan dan sebagainya. Dengan adanya rutin ini, segala aktiviti di
dalam bilik darjah akan dijalankan dengan lebih teratur. Proses pembelajaran tidak akan
terganggu dan proses pengajaran akan dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Pemimpin
guru yang berkesan ini dikatakan mempunyai amalan teori kepimpinan trait (tret) iaitu memiliki
karakter, peribadi dan kemahiran memimpin yang berkesan yang boleh menggunakan potensi
diri untuk mengetengahkan sebarang masalah tetapi dapat diselesaikan dengan menggunakan
sumber dan potensi yang dimiliki ketika itu. Guru yang bijak akan menggabungkan sifat
semulajadi yang ada pada diri dengan kemahiran baharu lalu menggunakan prasarana sedia
ada untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang lebih konduksif. Antara amalan yang boleh
dipraktikan ialah menyediakan rutin bilik darjah yang lebih sistematik seperti menyediakan jadua
tugasan, peraturan bilik darjah dan amalan penyimpan rekod anekdot dalam kelas. Menurut Ee
Ah Meng (1997), amalan rutin di dalam bilik darjah akan menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti
seperti menanda jadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah dan aktiviti
kebersihan dan keceriaan akan menjamin kelancaran pengurusan bilik darjah.
Isu komunikasi berkesan merupakan asas kepada pengurusan bilik darjah yang baik.
Kemahiran berkomunikasi berkesan memberikan peluang kepada guru bersikap mesra dan
menikmati interaksi dengan murid-muridnya. Murid akan dapat merasakan dirinya dihargai dan
disayangi oleh guru. Hal ini juga membolehkan guru menyampaikan odjektif pengajarannya
dengan jelas. Masalah gangguan atau halangan dalam komunikasi antara pelajar dengan guru
juga berlaku mungkin disebabkan suasana kelas yang bising menyebabkan pelajar sukar
mendengar pelajaran yang disampaikan. Terdapat juga pelajar yang kurang berminat terhadap
sesuatu subjek telah menyebabkan pelajar itu mempunyai pemikiran tertutup terhadap subjek
tersebut. Pelajar enggan mendengar pengajaran guru dan mengehadkan aktiviti pembelajaran
terhadap subjek tersebut. Contohnya pelajar itu tidak suka kepasa subjek Sains. Guru sains
mempunyai masalah kerana terpaksa menanamkan minat kepada setiap pelajar untuk
mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu masalah bahasa juga
menyumbang masalah komunikasi. Contohnya seorang guru Melayu mengajar di sekolah
kebanyakan pelajarnya majoriti Cina atau India. Pelajar tersebut tidak dapat memahami bahasa
Melayu yang digunakan oleh guru dengan sepenuhnya. Pembelajaran dan pengajaran juga
tidak dapat berlangsung dengan efektif sekiranya terdapat masalah dalam cara mewujudkan
interaksi yang berkesan dalam bilik darjah. Interaksi boleh berlaku antara objek atau organisma
yang tidak bertindak balas. Sebagai contoh, bila guru berkomunikasi secara lisan atau melalui
media, interaksi berlaku. Seorang pelajar berkomunikasi bersama guru manakala dia hanya
berinteraksi dengan sebuah komputer. Pelajar mengalami masalah takut untuk berbincang
dalam bilik darjah atau pun mereka tidak berminat dengan topik perbincangan guru. Selain itu
guru tidak dapat memadankan bahan bahan pelajaran yang sesuai dengan umur kognitif para
pelajar. Guru terlalu mengikut sukatan pelajaran dan mengabaikan tahap pembelajaran Masteri.
Ini ialah kerana bahan pembelajaran terlalu sukar, pelajar tidak dapat menyertai dalam proses
interaksi yang efektif dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Rumusannya, guru tidak
harus mengamalkan jenis komunikasi yang bersifat sehala. Komunikasi yang diamalkan oleh
guru ialah komunikasi yang terbuka dan bersifat dua hala. Dengan cara komunikasi begini,
anda akan menggalakkan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Teori kepimpinan tingkah laku boleh digunakan untuk menyelesaikan isu ini. Dapatan
kajian oleh Kurt Lewin, Ronald Lippit dan Robert K.White dari Universiti Lowa mengatakan
terdapat tiga gaya kepimpinan tingkah laku gaya epimpinan autokratik, demokratik dan laissez-
faire. Ke semua gaya kepimpinan boleh diamalkan oleh guru semasa bekerja untuk
menimbulkan kesan-kesan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan.merupakan amalan
gaya kepimpinan yang boleh menyelesaikan masalah komunikasi dalam bilik darjah. Namun
begitu amalan gaya kepimpinan demokratik amat digalakkan kerana guru begini dapat
mengajar murid untuk mendengar dan memahami pendapat dan perasaan individu lain. Murid-
murid akan menjadi lebih sabar dan bertoleransi. Antara cara-cara yang boleh diamalkan ialah
menggalakkan penglibatan murid dengan mengelolakan aktiviti. Aktiviti dalam bilik darjah jelas
akan mewujudkan interaksi antara murid dengan murid serta guru dengan murid.
Kesimpulannya, Masalah masalah yang dihadapi di dalam bilik darjah perlulah
dikenalpasti oleh guru supaya proses pembelajaran dan pengajaran yang berterusan dapat
dinikmati dan dihargai oleh pelajar. Masalah displin pelajar perlulah ditangani sebaik mungkin
untuk melahirkan insan yang cemerlang akademik, rohani, jasmani dan inteleknya. Masalah
keadaan di bilik darjah yang tidak selesa dan peralatan yang tidak mencuupi boleh ditangani
dengan baik oleh guru.Terdapat pelbagai cara, teori dan kemahiran yang boleh digunakan
untuk mendapatkan pengurusan bilik darjah. kemahiran komunikasi dan interaksi yang
berkesan perlu diamalkan untuk PdP yang berkesan. Jadilah guru yang mengajar dan mendidik
pelajar ilmu tanpa mengira penat lelah dan jemu demi masa depan negara, agama dan bangsa.
setiap guru adalah pemimpin dalam ruang lingkup yang tersendiri dan setiap guru
bertanggungjawab terhadap para pelajar yang berada dibawahnya. Terdapat banyak teori yang
berkaitan kepimpinan. Namun begitu pemimpin berkesan dikatakan mempunyai dua perkara
penting iaitu memiliki karakter dan kemahiran memimpin yang berkesan.

Anda mungkin juga menyukai