Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN OLEH :

WAKIL MURID SKKJ



SEMPENA :

HARI GRADUASI TAHUN 6 2013
SK KAMPUNG JAWA

PADA :
8 NOVEMBER 2013

BERTEMPAT DI :
DEWAN CEMERLANG,
SK KAMPUNG JAWA




JEMPUTAN YANG HADIR KE
HARI GRADUASI TAHUN 6 2013
08 NOVEMBER 2013
SEK. KEB. KAMPUNG JAWA
41000 KLANG, SELANGOR

1. Yang Berbahagia Wakil PPD Klang

2. Yang Berusaha Tn. Hj. Syed Sharapudin bin Syed Yahaya
(Guru Besar Sek. Keb. Kampung Jawa)

3. Barisan pentadbiran
Pn. Hjh. Rusnawati bt Wok Ali (GPK Kurikulum)
Pn. Siti Hamidah bt Md Ali (GPK HEM)
En. Ameer Hamzah bin Ibramsah (GPK Ko-Kurikulum)
Pn. Hjh. Laila bt Mohamed Salleh (GPK Petang)

4. Seterusnya barisan guru-guru yang dihormati, ibu bapa dan anak-anak
yang dikasihi sekalian.

HARI GRADUASI TAHUN 6 2013
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAWA,
41000 KLANG, SELANGOR

TEKS UCAPAN
WAKIL MURID
08.11.2013

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Yang Berbahagia Wakil PPD
Yang Berusaha Tuan Haji Syed Sharapudin bin Syed Yahaya, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa
Barisan pentadbir sekolah
Pn. Hjh. Rusnawati bt Wok Ali, Penolong Kanan Kurikulum
Pn. Siti Hamidah bt Md Ali, Penolong Kanan Hak Ehwal Murid
En. Ameer Hamzah bin Ibramsah, Penolong Kanan Ko-kurikulum
Pn. Hjh Laila bt Mohammed Salleh, Penolong Kanan Petang
Seterusnya barisan guru-guru, ibu bapa dan juga rakan-rakan yang dikasihi
sekalian.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kerana memberikan saya ruang dan peluang
untuk menyampaikan ucapan pada majlis Hari Graduasi Tahun 6 2013 ini. Saya
mewakili semua pelajar tahun 6 SK Kampung Jawa tahun 2013 ingin
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada
warga pendidikn SKKJ kerana berjaya menganjurkan majlis ini.

Hadirin sekalian,
Majlis ini diadakan khas untuk kami, murid tahun 6 yang akan menamatkan
pengajian di sekolah ini, sekolah yang kami sayangi ini. Betapa bangganya
kami kerana sebelum kami melangkah keluar meninggalkan sekolah kami telah
diraikan dan diberikan penghormatan dalam majlis yang belum kami rasai
sebelum ini. Majlis Hari Graduasi Tahun 6 ini kelak akan menjadi suatu memori
indah buat kami. Memori ini akan kami sampan baik-baik menjadi lipatan
sejarah. Inilah detik paling indah dan guru-guru yang berwajah berseri-seri.
Oleh itu, saya mewakili semua murid tahun 6 mengucapkan setinggi-tinggi
terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar kami sejak kami tahun
satu hingga tahun enam.
Gurulah yang telah banyak berkorban untuk kami. Guru sanggup berkorban
masa, tenaga bahkan wang ringgit demi melihat kejayaan kami. Guru jugalah
yang menjadi ibu bapa kedua bagi kami.

Hadirin dan rakan-rakan sekalian,
Majlis hari graduasi ini memberikan pengertian yang amat besar kepada murid-
murid tahun 6. Memakai jubbah dan berbaris, kemudian naik ke pentas seorang
demi seorang untuk menerima skrol merupakan pengalaman paling berharga
buat kami. Majlis hari graduasi ini telah menjadi pembakar semangat kami agar
tidak jemu berusaha untuk mencapai kejayan demi kejayaan sehingga kami
benar-benar dapat menjejakkan kaki ke menara gading.

Kami sedar dan kami yakin bahawa untuk mencapai kejayaan yang sebenar
bukanlah satu perkara mudah. Namun, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya. Oleh hal yang demikian, biarlah majlis hari graduasi ini menjadi
titik permulaan kepda kami untuk menyeluk pekasam sehingga ke pangkal
lengan, alang-alang mandi biar basah, alang-alang berdakwat biar hitam, bara
yang digenggam biar sampai jadi arang, agar pada suatu hari nanti kami
menjadi benih yang dicampakkan ke laut menjadi sebuah pulau.

Akhir kata, selaku wakil murid SKKJ tahun 2013 saya mengambil kesempatan
dalam majlis ini untuk memohon maaf kepada semua guru sekiranya sepanjang
kami berada di sekolah ini terdapat kesilapan tutur kata dan tingkah laku yang
tidak disenangi sepanjang bergelar murid. Harapan kami agar guru-guru
sekalian berasa dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T sentiasa.

Sekian. Wabillahitaufik wal hidayah, Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai