Anda di halaman 1dari 1

Rumusan

Pembelajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kerap berhadapan dengan


masalah murid yang berbeza latar belakar kebolehnya. Sebagai seorang guru, guru perlu
bijak memainkan peranan untuk menentukan pendekatan yang sangat sesuai dengan
menggunakan strategi dan teknik yang sesuai semasa pembelajaran dan pembelajaran
dilakukan. Teknik, pendekatan serta strategi perlu selari dengan kebolehan murid agar murid
lebih dapat memahami isi kandungan dan konsep pelajaran yang dipelajari,
Kerja kursus ini telah memberikan pengalaman mengajar yang baik bagi tajuk
nombor, pecahan, perpuluhan dan peratus. Ia meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan
perkembangan konsep kanak-kanak, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pembinaan
bahan bantu mengajar untuk topik-topik ini.
enurut teori Konstruktivisme pula, pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan
pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat
dengan pengetahuan sedia ada.Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan
perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar
akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Teori
pembelajaran konstruktivisme berasas kepada penglibatan akti! pelajar dalam
menyelesaikan masalah dan pemikiran kritikal tentang aktiviti pembelajaran di mana ianya
relevan dan menarik. Pelajar membina pengetahuan sendiri dengan menjana idea dan
pendekatan berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman.
Tugasan ini telah memberikan pendedahan kepada saya tentang penggunaan resos
dalam PdP serta penyediaan "ancangan Pengajaran #arian$"P#% mengikut !ormat yang
betul. Sebagai seorang guru, penyediaan resos dan "P# yang sesuai dan betul sangat
penting kerana seorang guru perlulah sentiasa menyiapkan diri dan bersedia untuk
menyampaikan isi pelajaran kepada murid-murid. &adi, seorang guru perlu sentiasa
berusaha untuk memberikan pengajaran yang terbaik kepada murid-muridnya.
19

Anda mungkin juga menyukai