Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM-PROGRAM YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH

Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang cemerlang pencapaian akademiknya,


SJK (T) Ladang Henrietta menjalankan pelbagai program untuk para pelajar
terutamanya bagi pelajar-pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR.
Program Klinikal diadakan pada waktu tengah hari iaitu selepas waktu persekolahan.
Program ini diadakan untuk semua mata pelajaran peperiksaan dan bertujuan untuk
memantau prestasi pelajar-pelajar agar pelajar-pelajar yang lemah dapat dikenal pasti.
Pada waktu pagi pula iaitu seawal 7.00 pagi hingga 7.30 pagi, Program Kelas Intensif
diadakan. Program ini juga turut diadakan pada hari Sabtu pada pukul 8.00 pagi hingga
10.00 pagi. Kelas malam turut diadakan untuk membantu meningkatkan pencapaian
akademik para pelajar. Kelas ini juga bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang
tidak berkemampuan untuk menghadiri kelas tuisyen. Bahan-bahan latihan yang
mencukupi dibekalkan untuk pelajar-pelajar agar mereka memperoleh latihan yang
mencukupi sebelum menduduki peperiksaan. Ceramah teknik menjawab soalan
peperiksaan UPSR turut diadakan untuk membantu para pelajar meningkatkan
keyakinan diri sebelum menduduki peperiksaan dan seterusnya meningkatkan prestasi
mereka dalam peperiksaan. pada waktu cuti penggal pula, kelas tambahan berfokus
diadakan untuk pelajar-pelajar agar para pelajar tidak mengabaikan pelajarn mereka
semasa cuti.
Seperti yang diketahui umum, Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara kita.
Justeru itu, amatlah penting untuk kita sebagai rakyat Malaysia fasih bertutur dalam
bahasa ini kerana ia melambangkan identity negara kita. SJK (T) Ladang Henrietta
yang menyahut seruan ini mengadakan pelbagai program untuk meningkatkan
pencapaian para pelajar dalam Bahasa Melayu dan juga untuk meningkatkan
penguasaan dan kefasihan mereka dalam bahasa tersebut. Salah satu program yang
diadakan ialah Program Minggu Bahasa Melayu. Bengkel mata pelajaran, kem bina
kendiri, pameran sudut pelajar dan pertandingan bercerita diadakan sepanjang
Program Minggu Bahasa ini. Panitia Bahasa Melayu sekolah ini turut mengadakan
aktiviti menghafal dan membacakan kata kerja. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk
Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Panitia Bahasa Inggeris sekolah ini mengadakan aktiviti Mastering Vocabulary untuk
meningkatkan penguasaan kosa kata para pelajar dalam Bahasa Inggeris. SJK (T)
Ladang Henrietta juga tidak mengabaikan pencapaian para pelajar dalam Bahasa
Tamil. Panitia Bahasa Tamil sekolah ini mengambil inisiatif dengan mengadakan aktiviti
menghafal dan membacakan seiyul (peribahasa) kepada guru-guru.
SJK (T) Ladang Henrietta turut member perhatian terhadap kemahiran kraf tangan
dalam kalangan pelajar dan juga penglibatan mereka dalam aktiviti sukan yang
merupakan aktiviti luar bilik darjah. Sistem pendidikan di negara kita bermatlamat untuk
melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.
Pertandingan projek kumpulan anjuran panitia Kemahiran Hidup diadakan untuk
meningkatkan kemahiran kraf tangan sekali gus meningkatkan kebolehan mereka
dalam mereka cipta bahan. Bengkel penggunaan alat kemahiran hidup juga diadakan
untuk mendedahkan mereka kepada teknik-teknik penggunaan alat kemahiran hidup
dan meningkatkan kebolehan mereka menggunakan alat-alat tersebut. Dalam usaha
untuk menggalakkan para pelajar untuk bergiat aktif dalam sukan, sekolah ini
mengadakan acara merentas desa dan kejohanan sukan tahunan. Malahan, program
latihan juga diadakan di sebelah petang untuk permainan seperti hoki, bola jarring,
badminton dan juga olahraga. Ia bertujuan untuk menarik minat para pelajar untuk
menyertainya seterusnya mewakili sekolah untuk pertandingan. Bukan itu sahaja,
perlawanan persahabatan juga diadakan di peringkat sekolah untuk memilih pelajar-
pelajar yang berbakat dan mempunyai potensi untuk menyertai pasukan sekolah.
SJK (T) Ladang Henrietta mengambil inisiatif untuk meningkatkan pencapaian dan
potensi para pelajar dari segi akademik dan bukan akademik. Hal ini bertujuan untuk
melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sahsiah sejajar dengan isi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Anda mungkin juga menyukai