Anda di halaman 1dari 15

1

KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH


KRP3013
TAJUK TUGASAN


KUMPULAN
UPSI-B35
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
HAPSAH BT MUNJIAT D 20102042640 019-6914501

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF. MADYA DR. AMIR HASAN DAWI
TARIKH SERAH: 2 MEI 2012
TUGASAN 1

KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

2







ISI KANDUNGAN

Pendahuluan 3
Refleksi Unit 3....4-5
Refleksi Unit 5....6-7
Refleksi Unit 7.8-9
Refleksi Unit 910-11
Refleksi Unit 1112-13
Rumusan14
Rujukan 15






KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

3



PENDAHULUAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Pendidikan merupakan aspek utama dalam kehidupan seorang manusia untuk
menjadikan kita sebagai insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia serta dapat
membantu dalam memajukan eknomi keluarga , masyarakat dan negara amnya.
Sebagai seorang Islam terutamanya, menuntut ilmu tidak ada batasnya
sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w: Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang
lahad.
Begitu jualah dengan ayat pertama yang diturunkan kepada Rasullullah s.a.w yang
bermaksud:Bacalah dengan nama Tuhan kamu yang menekankan betapa pentingnya
pendidikan kepada seluruh umat manusia untuk membentuk keperibadian unggul, jati diti
yang baik dan menjadi manusia yang mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat.
Kepentingan pendidikan menjadi agenda utama negara dan pelbagai usaha telah
dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan segala perancangan bagi mengukuhkan
sistem pendidikan di negara ini berjalan dengan baik.
Menurut Hassan Langgunung di dalam bukunya yang bertajuk Pendidikan Islam dan
peralihan Paradigma, menjelaskan bahawa pendidikan bukanlah sekadar pengajaran
pengetahuan aau kemahirankemahiran pemikiran dan teknik seperti halnya pandangan
ekonomi tetapi dalam masa yang sama juga pendidikan adalah proses pengembangan
spitual, fizikal, pemikiran, intelektual, emosi dan akhlak yang akan berfungsi sepenuhnya
untuk menjadikan individu agar dapat memberi sumbangan berkesan dalam kehidupan
mereka.
1

Di dalam tugasan ini akan dibincangkan dengan lebih jelas tentang corak pendidikan
meliputi matlamat pendidikan negara, reka bentuk kurikulum termasuk KLSR, KBSR dan
KSSR, pengorganisasian kurikulum di sekolah rendah serta mata pelajaran yang dipelajari
di sekolah rendah serta elemen yang diterapkan dalam melaksanakan segala perancangan
yang telah dihasratkan oleh kerajaan selama ini.


1
Husan Abdul Wahab, Majalah Pendidik, Widad Publication Sdn.Bhd., 2005,hlm.91.
KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

4

REFLEKSI UNIT PELAJARAN
TAJUK
UNIT 3 - MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit


Dalam unit ini membincangkan tentang matlamat kurikulum sekolah rendah secara umum,
kurikulum pendidikan sebelum penjajahan Inggeris, semasa penjajahan Inggeris dan juga
matlamat kurikulum pendidikan selepas merdeka. Perbincangan juga menekankan
tentang matlamat KBSR dan KSSR dalam pembentukan kurikulum sekolah rendah di
Malaysia.
Matlamat kurikulum sekolah rendah adalah berbeza daripada sebuah negara dengan
negara yang lain. Begitu juga di Malaysia. Kurikulum pendidikan di Malaysia adalah
bercorak tradisional manakala semasa penjajahan Inggeris pendidikan formal telah
mengenalkan sekolah venakular sebagai memenuhi dasar pecah dan perintah Inggeris.
Matlamat kurikulum selepas merdeka berpandukan kepada Ordinan Pelajaran 1952 untuk
membina sebuah negara yang bersatu padu, beroreientasikan negara kita sendiri dan
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sistem pendidikan mengalami
perubahan daripada KLSR kepada KBSR dan juga KSSR.
Melalui perbincangan ini juga, dinyatakan dengan jelas matlamat KBSR iaitu untuk
mencapai matlamat perkembangan individu yang menyeluruh. Matlamat yang ingin
dicapai di dalam KBSR dapat dilihat melalui mata pelajaran yang dipelajari oleh murid-
murid. Dinyatakan juga dengan jelas objektif KBSR seperti menguasai Bahasa Melayu
dan kemahiran asas 3M.
Matlamat KSSR juga dinyatakan dengan jelas iaitu melahirkan insan yang seimbang,
berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan
teknologi perkembangan fizikal dan estetika, ketrampilan diri, kemanusiaan serta
kerohanian, sikap dan nilai.



KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

5

2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep Penjelasan
1. Empat tonggak
pendidikan
UNESCO
Belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk
hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi.
2. Matlamat
pendidikan
Suatu jangkaan tingkah laku bersifat menyeluruh yang
diharpakan akan diperoleh di akhir suatu proses pendidikan.
3.

Matlamat kurikulum Matlamat kurikulum adalah selaras dengan matlamat pendidikan.
4.

Pendidikan asas Membaca, menulis dan mengira.
5.

Matlamat dan
objektif
Matlamat adalah hasrat jangka panjang manakala objektif adalah
hasrat yang lebih konkrit melalui langkah-langkah tertentu dan
dalam jangka masa yang lebih pendek.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
profesionalisme keguruan anda.


Melalui perbincangan ini, saya lebih memahami perbezaan antara matlamat dan objektif
dalam pendidikan. Pemahaman saya tentang matlamat pendidikan sebelum dan semasa
penjajahan Inggeris serta selepas kemerdekaan lebih jelas dan sistematik.
Sebagai guru, saya adakalanya keliru tentang matlamat dan objektif sistem pendidikan di
negara kita ini. Melalui pembacaan berulang kali ini, saya mengharapkan agar diri saya lebih
mudah untuk mengingati dan mempraktikkan apa yang telah saya pelajari ini. Matlamat
KSSR adalah pemurniaan daripada matlamat KBSR dan merupakan penambahbaikan yang
amat berguna jika guru-guru lebih memahami tajuk perbincangan dalam unit ini.
Namun sebagai manusia biasa juga dan hanya mengajar di sebuah sekolah yang rata-
ratanya murid-murid berada di dalam tahap sederhana adakalanya agak sukar bagi saya
merealisasikan segala objektif yang ingin dicapai oleh sistem pendidikan yang sentiasa
berubah ini dalam kadar tertinggi. Namun saya sedar sebagai pelaksana dasar, usaha
kerajaan ini amat baik dan perlu diteruskan.
KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

6

REFLEKSI UNIT PELAJARAN
TAJUK
UNIT 5 - MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Dalam unit ini, perbincangan meliputi asas-asas penentuan mata pelajaran dan mata
pelajaran mata pelajaran yang terdapat di dalam KBSR dan KSSR.
Penentuan sesuatu mata pelajaran bergantung kepada kurikulum yang telah ditetapkan. Di
Malaysia , mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah adalah ke arah mencapai matlamat
KBS atau KSSR seterusnya mencapai hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Mata pelajaran dalam KBSR dapat dikategorikan kepada tiga yang utama iaitu mata
pelajaran teras, wajib dan tambahan.
Mata pelajaran teras ialah mata pelajaran yang mesti dipelajari oleh semua murid
dan menjadi asas utama pendidikan murid di sekolah rendah- Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sains Matematik, Pendidikan Islam , Moral, Kajian Tempatan.
Mata pelajaran wajib pula kategori mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua
murid-Pendidikan Jasmani, Kesihatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni, Muzik.
Manakala mata pelajaran tambahan pula diajar bagi murid yang berminat-Bahasa
Arab, Tamil dan China.
Mata pelajaran dalam KSSR pula dibahagikan kepada Tahap 1 dan 2. Tahap 1
dikelompokkan kepada tiga iaitu :
Modul Teras Asas Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam Moral,
Pendidikan Jasmani, Kesihatan dan Matematik.
Modul Teras Tema- Seni Visual dan Muzik, Dunia Sains dan Teknologi dan Malaysia
Negaraku.
Modul Elektif Bahasa Arab, China, Tamil, Iban dan Kadazandusun.
Bagi Tahap 2 pula, mata pelajaran dalam KSSR berteraskan 6 tunjang iaitu Komunikasi;
Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Kerohanian, Sikap dan Nilai dan
Kemanusiaan. Dalam unit ini juga diterangkan secara terperinci mata pelajaran yang
terkandung dalam KSSR.

KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

7

2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan
penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Modul Mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikenal
pasti untuk dikuasai oleh murid serta diorganisasikan secara
modular dan bersifat kendiri-lengkap.
2. Literasi Berbahasa Kemahiran asas mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
3.

Dimensi instrinsik
dan dimensi sosial
Keperluan individu dan keperluan sosial
4.

Mata Pelajaran Teras
Tahap 2 KSSR
Mata pelajaran yang akan diajar diklasifikasikan mengikut lima
tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Sains dan Teknologi,
Perkembangan Fizikal dan Estetika; Kerohanian, Sikap dan
Nilai serta tunjang Kemanusiaan.
5.

Mata Pelajaran
Elektif Tahap 2
KSSR
Mata pelajaran yang diajar mengikut tunjang Komunikasi dan
contoh mata pelajaran seperti Bahasa Arab, Tamil, China , Iban
dan Kadazandusun.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
profesionalisme keguruan anda.

Mendalami bacaan dalam unit 5 ini, memberikan saya lebih kefahaman tentang mata
pelajaran-mata pelajaran yang perlu diajar dalam KBSR dan juga KSSR. Pengetahuan dan
pengalaman ini akan digunakan dengan baik apabila saya mengajar dalam KSSR bagi
Tahap 2 nanti. Sekarang ini saya mengajar dalam mata pelajaran Matematik Tahun 2 dan
setelah menelaah unit ini, saya mula memahami corak kurikulum yang akan saya hadapi
nanti apabila saya mula mengajar dalam Tahap 2 KSSR.
Bukan mudah merealisasikan segala yang dihasratkan oleh kerajaan dalam perubahan
dunia pendidikan ini. Bagi saya sebagai guru dalam abad 90-an berdepan dengan
perubahan teknologi pendidikan yang merentasi kurikulum pendidikan membuatkan saya
perlu peka dan berusaha untuk merubah pemikiran dan cara kerja seiring dengan
perubahan yang diinginkan.


KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

8

REFLEKSI UNIT PELAJARAN
TAJUK
UNIT 7 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Pengajaran dan pembelajaran adalah aktiviti yang berkait dan berlaku dalam waktu yang
sama. Jika tiada guru (pengajaran) maka tiadalah murid (pembelajaran). Pembelajaran
berlaku apabila seseorang individu terlibat dalam penyelesaian masalah.
Dalam pengajaran, terdapat dua aliran falsafah pendidikan iaitu Falsafah Pendidikan
Tradisional dan Falsafah Pendidikan Kontemporari. Selain dari itu, dari segi ilmu juga
terdapat dua perspektif iaitu perspektif objektivis (melaksanakan kaedah deduktif dalam
pengajaran) dan perspektif konstruktivis (melaksanakan kaedah induktif).
Dalam pembelajaran pula, dalam unit ini hanya membincangkan empat teori dan model iaitu
behaviourisme, konstruktivisme, pembelajaran berasaskan pengalaman dan pelbagai
kecerdasan.
Proses pengajaran dan pembelajaran merangkumi tiga fasa iaitu fasa sebelum pengajaran,
semasa pengajaran dan selepas pengajaran. Pengajaran yang berkesan ialah pengajaran
yang berupaya mencapai objektif yang telah ditetapkan yang diajar secara kelas,
berkumpulan ataupun secara individu.
Selepas berlakunya pengajaran dan pembelajaran, penilaian formatif diperlukan bagi
mengesan dan mengenalpasti tahap pencapaian dan penguasaan murid. Jika terdapat
murid lewat menguasai aktiviti pemulihan perlu dilaksana. Perkembangan intelek individu
murid tidak sama dan ia memerlukan guru memikirkan strategi yang berbeza. Bagi murid
yang mempunyai penguasaan dan kemahiran yang tinggi, kelas pengayaan diperlukan
untuk memperkembangkan penguasaan murid ke tahap yang lebih tinggi.
Unit ini juga menerangkan tentang kelas bercantum yang wujud di sekolah-sekolah kurang
murid (SKM). Ia diwujudkan apabila bilangan murid dalam tahun persekolahan adalah
kurang dari 15 orang. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi kelas tersebut adalah
berbeza, justeru guru perlu memastikan aktiviti yang dijalankan berkesan bagi semua murid.



KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

9

2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan
penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Kaedah kelas Kaedah di mana guru mengadakan aktiviti pengajaran dengan
mengawal pembelajaran semua murid di dalam sebuah kelas
2. Kaedah kumpulan Dua atau lebih murid akan disatukan secara bersama dalam
satu kumpulan dan melakukan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran secara bersama bagi mencapai matlamat
pembelajaran yang sama
3.

Kaedah individu Kaedah di mana guru mengadakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ke atas individu murid atas beberapa sebab
seperti kerja individu
4.

Pemulihan Pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid
yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam
menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan
mengira.
5.

Pengayaan Kelas yang mengandungi aktiviti tambahan pada aras
kesukaran yang lebih tinggi kepada sekumpulan murid yang
mempunyai penguasaan kecekapan dan kemahiran yang
tinggi, selain daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang biasa

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
profesionalisme keguruan anda.

Dalam unit ini, saya dapat mendalami kemahiran dan teknik pengajaran saya agar para
pelajar dapat manfaat dalam pembelajarannya. Kepelbagaian cadangan dan kaedah
pengajaran memberikan saya cetusan idea-idea. Sebagai guru, saya amat menyedari tugas
yang terpaksa saya laksanakan ini adalah begitu berat sekali. Amanah yang
dipertanggungjawabkan kepada saya dan seluruh guru di Malaysia ini perlu direalisasikan
menjelang Malaysia ke arah negara maju 2020.


KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

10

REFLEKSI UNIT PELAJARAN
TAJUK
UNIT 9 BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Perbincangan yang terdapat dalam unit 9 ini antara lain menerangkan tentang bahan
pengajaran dan pembelajaran yang boleh dikategorikan mengikut jenis dan cara
penggunaannya. Jenis-jenis bahan pengajaran dan pembelajaran termasuklah bahan
bercetak, CD-ROM dan DVD ROM , internet , bahan siaran radio dan televisyen , relia ,
replika dan sebagainya. Penerangan lanjut bagi setiap jenis bahan pengajaran dan
pembelajaran turut dihuraikan dengan memberi contoh dan cara-cara menggunakannya
dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui contoh-contoh hyang diberi akan dapat
memberikan idea untuk guru menggunakannya dalam topik-topik yang difikirkan sesuai.
Unit 9 ini seterusnya membincangkan rasional penggunaan bahan dalam pengajaran dan
pembelajaran dengan merujuk kepada teori-teori pembelajaran. Penggunaan bahan
pengajaran dan pembelajaran tanpa merujuk kepada teori pembelajaran memungkinkan
objektif pembelajaran tidak tercapai kerana ia melibatkan pelbagai perkara yang harus
diambil kira sama ada dri pihak guru mahu pun murid.
Penerangan dalam unit 9 ini turut menekan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab
dalam pengurusan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Melalui empowerment yang
diberi kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab ini maka penggunaan bahan pengajaran
dan pembelajaran akan lebih terurus, teratur dan digunakan semaksimum mungkin.

2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Bahan pengajaran Bahan-bahan yang digunakan oleh guru bagi melaksana
pengajaran sesuatu tajuk atau topik tertentu
2. Bahan pembelajaran Bahan-bahan yang digunakan oleh murid dalam setiap aktiviti
atau proses pembelajaran mereka bersama guru di dalam
kelas.
3.

Bahan bercetak Merujuk kepada bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
contohnya modul , buku teks , buku latihan dan aktiviti, buku
KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

11

sumber, buku rujukan dan sebagainya.
4.

Dokumen standard
kandungan (DSK)
Pernyataan saintifik tentang perkara-perkara yang murid perlu
ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan,
merangkumi aspek-aspek pengetahuan, kemahiran dan nikai.
5.

Dokumen standard
pembelajaran (DSP)
Satu penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan
6. Modul Mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah
dikenal pasti untuk kuasai oleh murid serta diorganisasi secara
modular dan bersifat kendiri lengkap (self-contained)

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
profesionalisme keguruan anda.

Perbincangan dalam unit ini memberi ruang pengetahuan saya tentang penggunaan bahan-
bahan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang terbukti menjadi satu cara terbaik
yang dapat digunakan oleh terhadap murid-murid dalam meningkat pencapaian dalam mata
pelajaran. Adalah lebih tepat jika dikatakan dengan jenis bahan yang sesuai untuk topik-
topik yang tertentu akan dapat meningkatkan pemahaman murid dalam pembelajaran.
Selain dari itu ianya turut menjadi daya penarik kepada murid untuk mengikuti pengajaran
yang disampaikan oleh guru apatah lagi jika guru-guru sangat kreatif dengan menggunakan
pelbagai jenis bahan pengajaran dan pembelajaran. Tidak keterlaluan jika dikatakan
penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran sangat penting kerana memberi
keuntungan sama ada kepada guru dalam segi peningkatan profesionalisme mahu pun
murid dari segi pencapaian dan keseronokan untuk belajar.









KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

12

REFLEKSI UNIT PELAJARAN
TAJUK
UNIT 11 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Perkembangan kurikulum di negara kita telah mengalami beberapa perubahan. Mulai tahun
1982, KBSR telah menggantikan KLSR secara berperingkat-peringkat. Kemudian mulai
2011 pula KSSR telah diperkenalkan bagi mempertingkatkan standard pembelajaran. Dalam
KSSR murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Sehubungan
dengan itu, pentaksiran dan penilaian perlu terus dilakukan ke atas murid-murid sekolah
rendah.
Pentaksiran ialah proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi
nilai kepada maklumat dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke
atas maklumat yang bertujuan untuk tindakan susulan ke arah peningkatan prestasi.
Manakala penilaian ialah proses mentaksir perubahan tingkahlaku berdasarkan data
kuantitatif dan data kualitatif. Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian
formatif dan sumatif. Penialain formatif dijalankan bagi mengesan tahap penguasaan dan
kemajuan murid untuk membaiki kelemahannya serta merta. Penilaian sumatif pula
dijalankan secara formal seperti Peperikasaan Pertengahan Tahun.
Dasar KSSR telah mengenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) yang merupakan
pentaksiran yang dikendalikan oleh sekolah yang melibatkan peringkat perancangan,
pembinaan, pentadbiran, peperiksaan dan laporan oleh guru di sekolah. Dalam PBS guru
berperanan sebagai fasilitator, pemerhati, pengumpul makluamat, memberi maklum balas
dan memperbaiki.
Beberapa kaedah pengumpulan bukti PBS juga telah dicadangkan iaitu kaedah cerapan,
ujian, tugasan atau pentaksiran prestasi juga pentaksiran kendiri, rakan sebaya dan kerja
berkumpulan. Dalam PBS petunjuk Standard Prestasi berasaskan kategori tertentu seperti
Band 1, Band 2 hinggalah Band 6 berdasarkan mata pelajaran.





KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

13

2. Pilih konsep-konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan
1. Menaakul Kemahiran berfikir dengan teliti bagi pencarian maklumat dan
membuat inferensi daripada pemerhatian, fakta atau andaian
2. Pemulihan Proses/usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau
membetulkan sesuatu yang tidak betul
3.

Pentaksiran Integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi
maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan
membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke
atas maklumat
4.

Portfolio Koleksi hasil kerja pelajar yang terdiri daripada pelbagai bahan
dan sumber yang releven dengan objektif mata pelajaran
5.

Standard prestasi Pernyataan generik tenang aras pencapaian pelajar dalam
sesuatu mata pelajaran, yang ditulis secara holistik berasaskan
DSK dan DSP untuk pentaksiran

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
profesionalisme keguruan anda.

Di dalam unit 11 ini, apa yang saya fahami adalah perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran ( P&P ) yang dirancang dan disusun secara sistemetik akan membantu
matlamat dan objektif P&P tercapai secara berkualiti. Manakala pentaksiran dan penilaian
akan menentukan keberhasilannya.
Sebagai guru, saya kira pengetahuan ini amat berharga kepada saya kerana kesibukan di
sekolah membuatkan saya sendiri lupa kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan
konsep, corak kurikulum dan sebagainya. Hanya melalui kehadiran di dalam kursus
terutamanya untuk KSSR pada tahun lepas banyak mengingatkan kembali kepada
perubahan yang telah berlaku dalam sistem pendidikan hari ini.
Sebagai guru, saya akan cuba melaksanakan segala pengetahuan ini dengan mengajar
bersungguh-sungguh agar segala hasrat kerajaan yang ingin menjadikan pendidikan di
Malaysia bertaraf dunia tercapai. Insyaallah.


KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

14

RUMUSAN
Bagi menentukan hala tuju pendidikan di Malaysia, Falsafah Pendidikan Negara
menyatakan:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Perubahan dasar dalam pendidikan negara daripada Kurikulum Lama Sekolah Rendah
kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1983) dan diganti dengan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah(1993) serta diikuti dengan KSSR yang dilaksanakan keseluruhannya di
sekolah rendah pada tahun 2011 telah menampakkan kesungguhan usaha kerajaan untuk
mengubah sistem pendidikan negara ke arah pendidikan globalisasi.
Sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam sistem pendidikan negara ini, para
pendidik haruslah memainkan peranan dan bersatu-padu menggembleng tenaga bagi
merealisasikan hasrat kerajaan dalam transformasi pendidikan ini.










KRP3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

15

RUJUKAN
Ee Ah Meng. 1996. Pendidikan Di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan,Guru dan Sekolah, Shah
Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Ishak Saat. 2007. Ilmu Sejarah, Antara Tradisi dan Moden, Shah Alam: Karisma Publications
Sdn. Bhd.

Ikhsan Othman. Norila Md Salleh. Abdul Talib Mohamed Hashim.Mohmad Noor Mohmad
Taib. Abu Bakar. Zaini Abdullah.2011. KRP Kurikulum dan Pengajaran Sekolah
Rendah. Tanjung Malim: Pusat Pendidikan Luar.

Mohd. Kamal Kamaruddin.2011. Pengajian Malaysia dan Kenegaraan, Kuala Lumpur:
Global Mediastreet Sdn.Bhd.

Pendidik.2006. Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Agenda Berterusan
Kementerian Pelajaran.Hlm. 15-19. Ampang, Selangor: Widad Publication Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai