Anda di halaman 1dari 21

Akibat Zalim Kaumnya

Hijrah Sahabat Ke Habsyah


Dibawah Raja Adilnya
Hilanglah Segala Resah

Datang Penduduk Madinah
Berbaiah Nabi Di Aqabah
Berikrar Memegang Panah
Menjaga Walaupun Rebah


Tiba Pertolongan Allah
Rasul Diperintah Hijrah
Negeri Yang Kan Terserlah
Beraja Nabi Pemurah

Cintanya Pada Sahabat
Dahulu Hijrah Mereka
Baginda Yang Paling Lambat
Bersama As-Siddiq Yang Peka


Saidina Ali Yang Muda
Tidur Di Tempat Baginda
Musyrikin Quraisy Bernoda
Mahu Menikam Didada


Kuasa Allah Yang Abadi
Lindungi Nabi Dikasihi
Kejahatan Tiada Terjadi
Terkena Hembusan Nabi

Maka Nabi Berhijrah
Menuju Madinah Menanti
Jalannya Berlawanan Arah
Jabal Thur Nabi Bersembunyi

Datanglah Tentera Allah
Merpati Dan Labah-Labah
Membuat Sarang Terserlah
Lindungi Nabi Yang Tabah

Para Musuh Buru Jejak
Berhenti Di Depan Gua
Cemas Abu Bakar Berganjak
Dibimbangi Nabi Jua



Para Musuh Hilang Jejaknya
Pulangnya Dengan Kecewa
Itu Nabi Yang Dijaganya
Sekelian Makhluk Yang Ada

Wahai Saudara Yang Resah
Tidakkah Merasa Malu
Pada Merpati Labah-Labah
Nabi Dijaga Selalu

Panas Mentari Memancar
Berjalan Merentas Gunung
Gelisah Sahabat Terpancar
Dari Jauh Sering Merenung

Suraqah Dengan Kudanya
Pantasnya Menuju Nabi
Seratus Unta Tawarannya
Malangnya Rebah Ke Bumi

Menyeru Ia Pada Nabi
Tolong Selamatkan Dirinya
Memohon Maaf Berjanji
Berdoa Nabi Padanya


Di Quba Baginda Berehat
Maka Masjid Telah Berdiri
Disitu Islam Terpahat
Barakahnya Hingga Kini

Penduduk Madinah Terdengar
Suara Laungan Gembira
Purnama Telah Menyinar
Bumi Madinah Ceria

Mengalir Air Mata Suci
Gembira Tiada Terperi
Menanti Nabi Dikasihi
Indah Memancar Berdiri


Yang Buta Dapat Melihat
Yang Lumpuh Dapat Berjalan
Lantaran Cahaya Rahmat
Indahnya Bagaikan Bulan

Sungguh Hebat Pengorbanan
Hilang Segala Kemewahan
Isteri Syahid Kelaparan
Engkau Tetap Senyum Menawan


Hijrahmu Kerana Cintamu
Demi Menyelamatkan Umat
Tiada Pun Kesalahanmu
Hanya Syaitan Dendam Kesumat




Ya Rasul Salam Cinta Kami,
Ya Rasul Permata Kami
Ya Rasul Salam Rindu Kami
Ya Rasul Syafaatkan Kami.



Ya HabibaLlah Ya Allah, Ya
RasulaLlah, Ya Allah,
Himpunkan Kami Bersama, Nabi Kami
Yang Mulia

Ya HabibaLlah Ya Allah, Ya
RasulaLlah, Ya Allah,
Himpunkan Kami Bersama, Nabi Kami
Yang Mulia