Anda di halaman 1dari 1

LATAR BELAKANG KRAF TRADISIONAL

DEFINISI KRAF TRADISIONAL


Maksud Kraf
Keluaran kraf tangan ~ bererti apa-apa keluaran
artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan
atau tradisional dan terhasil daripada sesuatu proses
yang bergantung semata-mata atau sebahagian kepada
kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang,
walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai
reka bentuk pada atau di mana-mana bahagian. (Akta
222 - Akta Perbadanan Kemajuan Kraf tangan
Malaysia 1979)
Kraf juga merupakan barangan yang dihasilkan
dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan
dengan atau tanpa menggunakan kemahiran tangan,
dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau
peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau
tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha.

Makna Tradisional
Menurut atau merupakan tradisi yang diturunkan dari
satu generasi ke satu generasi.

Makna Kraf Tradisional
Satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam
menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu
generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar,
batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing,
perhiasan diri dan lain-lain lagi.
Merupakan warisan bangsa; pusaka tinggalan
nenek moyang suatu masa dahulu.
Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-
unsur budaya.
Dilihat melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan
warnanya.
Dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan
tertentu.
Bahan yang digunakan adalah tidak terhad.
Asalnya dihasilkan untuk kegunaan harian atau
untuk sesuatu kerohanian.
Tukang pandai Melayu terus berusaha mencipta bukan
sahaja menghasilkan barang untuk tujuan kegunaan
tetapi juga penghasilan bahan yang indah untuk
berbagai-bagai tujuan.
Terhasil daripada pengamatan dan pemikiran
penciptaannya yang dijelmakan melalui impian,
seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara
manusia dan alam.
Ciri-ciri seni Islam ~ Dilihat melalui ragam hias
seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan
unsur geometri, di samping penggunaan ayat-ayat
daripada al-Quran dan rupa geometri.


Pembuatan kraf ~ apa yang dihasilkan oleh masyarakat
peribumi merupakan warisan yang menampakkan susur
galur daripada zaman batu lagi.
Mengingatkan tentang identiti dan jati diri sesebuah
negara bangsa.
Dihasilkan berdasarkan alam persekitaran; berkait
dengan alam Melayu.
Sumber yang digunakan dalam proses pembuatan
adalah yang mudah didapati di sekeliling.
Diberi pengiktirafan dan salah satu komponen dalam
Warisan Seni Budaya Kebangsaan; budaya
kebangsaan merupakan lambang dan harga diri
sesebuah negara bangsa.
Mengenal dan menghayati kebudayaan sendiri bererti
mengenal dan mencintai diri, bangsa dan negara
sendiri.
Perlu dihidupkan dan diperkenalkan serta dihargai
oleh generasi muda agar ia tetap kekal dan tidak
mati ditelan zaman.
Mempunyai nilai estetik yang tinggi dan
keistimewaanya sama taraf dengan seni budaya
tamadun luar.
Seni budaya bangsa ini dapat diperkenalkan, dikenali
dan dipraktikkan oleh generasi muda sekarang
khasnya murid sekolah.

Anda mungkin juga menyukai