Anda di halaman 1dari 11

1

TEKS PENGACARAAN
MAJLIS ANUGERAH MOTIVASI 2013
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BEDAUN WP. LABUAN.

BIL ATURCARA
(Q)
TEKS PM CATATAN
1 Ketibaan
Tetamu
Kehormat
Tuan-tuan para hadirin yang dihormati
Diumumkan ketibaan yang berbahagia Encik
Eirwan bin Haji Suhaili, Yang Dipertua PIBG
SK Sungai Bedaun.


2 Nyanyian Diminta semua hadirin untuk berdiri tegak
dan bersedia untuk menyanyikan 3 buah
lagu iaitu
- Negaraku
- Maju Sejahtera
- Lagu sekolah

yang diiringi oleh murid-murid 5 Baiduri.


3 Pembuka
Majlis
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang berbahagia En Erwan bin Hj Suhaili,

2

Yang Dipertua PIBG SK Sungai Bedaun,
Yang berusaha En Awat@Cally b. Moguring,
Guru Besar SK Sungai Bedaun, Yang
dihormati Pn Hajjah Sinduri Bt Hj. Jali,
Mantan Guru Besar SK Sungai Bedaun, Ahli
Jawatankuasa PIBG, para guru, ibu bapa,
murid-murid serta hadirin dan hadirat saya
hormati sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
dan salam sejahtera.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan,
Sebelum pulang mengail ikan,
Kehadiran tuan puan kami alu-alukan,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Selamat datang ke Majlis Anugerah
Motivasi, Sek. Keb. Sg. Bedaun bagi tahun
2013.

Syukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan
limpah dan kurniaNya dapat kita berkumpul
di dalam Majlis Anugerah Motivasi Sek.
Keb. Sungai Bedaun bagi tahun 2013 ini.
Sudah Menjadi satu kelaziman bagi Sek.
Keb. Sg. Bedaun untuk mengadakan majlis
seumpama ini bagi meraikan murid-murid
yang telah berjaya menunjukkan
kecemerlangan dalam bidang akademik dan
kokurikulum sepanjang tahun 2013. Semoga
dengan adanya majlis seumpama ini dapat
mendorong anak-anak kita untuk terus
3

berusaha meningkatkan mutu pembelajaran
dan sahsiah di masa akan datang.

4 Bacaan Doa Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi merafakan kesyukuran kita kepada
Allah SWT, majlis dengan ini menjemput
Al-Fadil Ustaz _________________________
bagi memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.

Amin ya Rabbalalamin.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas
bacaan doa itu tadi.


5 Ucapan Alu-
Aluan
Guru Besar.

Bagi meneruskan lagi aturcara kita pada
pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput En Awat@Cally b Moguring,
Guru Besar Sek. Keb. Sungai Bedaun untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih
kepada yang berusaha En Awat@Cally b
Moguring, Guru Besar Sek. Keb. Sungai
Bedaun atas ucapan itu tadi.



4

6 Ucapan
Perasmian
Yang Dipertua
PIBG


Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi,
Duhai pahlawan kesatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Majlis dengan ini mempersilakan Yang
Berbahagia En Erwan bin Hj Suhaili, Yang
Dipertua PIBG untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah
Motivasi 2013, Sek. Keb. Sungai Bedaun.

Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima
kasih kepada Yang Berbahagia En. Erwan bin
Hj Suhaili atas ucapan perasmian itu tadi.


7 Penyampaian
Cenderahati
Kepada
Perasmi
Sebagai tanda terima kasih, pihak sekolah
telah berbesar hati menyampaikan
cenderahati kenang-kenangan kepada Yang
Berbahagia En. Erwan bin Hj Suhaili, YDP
PIBG SK Sungai Bedaun.
Untuk itu, majlis menjemput En
Awat@Cally b Moguring, Guru Besar Sek.
Keb. Sungai Bedaun untuk menyampaikan
cenderahati. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.



5

8 Penyampaian
cenderahati
kepada
Mantan GB


Burung belatuk burung kedidi,
Terbang hinggap di pinggir kali,
Cenderahati tanda pengikat budi,
Sebagai kenangan kekal abadi.

Seterusnya, sebagai tanda penghormatan
dan terima kasih, pihak sekolah ingin
menyampaikan cenderahati kepada Mantan
Guru Besar SK Sungai Bedaun iaitu Pn
Hajjah Sinduri bt Hj Jali.

Dengan itu, saya sekali lagi mempersilakan
Guru Besar SK Sungai Bedaun, En
Awat@Cally Moguring untuk menyampaikan
cenderahati. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru
Besar atas penyampaian cenderahati
sebentar tadi.


9 Persembahan
bercerita
Sebagai pembuka tirai majlis pada pagi ini,
majlis dengan ini menjemput tuan-tuan dan
puan-puan untuk menyaksikan persembahan
bercerita yang akan dipersembahkan oleh
__________________________________________.
Majlis mempersilakan.

Begitulah tadi persembahan bercerita yang
sungguh menghiburkan yang telah
disampaikan oleh adik
___________________________________________.

6

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

10 Penyampaian
Hadiah
Motivasi
Tahap 1
Kini tibalah kita ke acara penyampaian
hadiah bagi kategori hadiah motivasi 2013.

Dengan ini, majlis menjemput En
Awat@Cally b Moguring, Guru besar Sek.
Keb. Sungai Bedaun untuk menyempurnakan
majlis penyampaian hadiah.

Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Daripada tahun 1 Baiduri .
Tempat pertama, dipersilakan adik
.....................Tempat Ke dua adik
.Manakala tempat ke tiga
adik(sehingga tahun 3)


Terima kasih kepada En Awat@Cally b
Moguring,Guru besar Sek. Keb. Sungai
Bedaun atas penyampaian hadiah itu tadi.

Tahniah di ucapkan kepada murid-murid
yang berjaya menunjukkan kecemerlangan
akademik bagi tahun 2013.


11 Persembahan
nyanyian
Marilah bersama-sama kita menyaksikan dan
mendengar persembahan halwa telinga yang
akan disampaikan oleh murid-murid
___________________________________________.


7

Majlis dengan ini mempersilakan.

Tahniah dan syabas diucapakan kepada bakat
cilik atas persembahan mengasyikkan
sebentar tadi.

12 Cabutan
bertuah
Majlis dengan ini berhenti rehat seketika
untuk memberi laluan kepada aktiviti
cabutan bertuah. Dengan ini majlis
diserahkan kepada jawatankuasa cabutan
tiket bertuah untuk mengendalikan majlis.
Dengan segala hormatnya di persilakan.


13 Penyampaian
Hadiah
Motivasi
Tahap 2
Majlis diteruskan lagi dengan acara
penyampaian hadiah motivasi untuk murid-
murid Tahap 2 bagi tahun 2013.
Dengan ini, majlis menjemput
________________________________,
________________________ Sek. Keb. Sungai
Bedaun untuk menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah.

Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Daripada tahun 4 Baiduri .
Tempat pertama, dipersilakan adik
.Tempat Ke dua adik
.Manakala tempat ke tiga
adik(sehingga tahun 6)


Terima kasih kepada

8

______________________________________,
_______________________________________
Sek. Keb. Sungai Bedaun atas penyampaian
hadiah itu tadi.

Tahniah di ucapkan kepada murid-murid
yang berjaya menunjukkan kecemerlangan
akademik bagi tahun 2013.

14 Penyampaian
sijil
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian
sijil pengawas sekolah 2013, pengawas pusat
sumber 2013 dan sijil tamat sekolah rendah
bagi murid tahun 6.

Untuk itu, majlis mempersilakan
.
Untuk menyempurnakan majlis penyampaian
sijil kepada murid-murid yang terlibat.

Bagi sijil pengawas sekolah 2013,
dipersilakan adik.

Bagi sijil pengawas pusat sumber
dipersilakan adik.


Manakala bagi sijil tamat sekolah rendah
bagi murid tahun 6,

Dari tahun 6 Baiduri dipersilakan adik


Tahun 6 Delima dipersilakan adik

9



Tahun 6 Mutiara dipersilakan adik


15 Penyampaian
Hadiah
Anugerah Khas
Seterusnya, adalah penyampaian hadiah
anugerah khas.

Bagi menyempurnakan majlis, majlis
mempersilakan
___________________________________________
Untuk menyampaikan anugerah.

Terima kasih diucapkan kepada
__________________________________________
dan tahniah diucapkan kepada penerima
anugerah khas tahun 2013.

Rosli,
qilah
xtaw
anugera
h khas
ape..li
edit lah
ye
16 Cabutan
bertuah
Majlis dengan ini berhenti rehat seketika
untuk member laluan kepada aktiviti
cabutan bertuah. Dengan ini majlis
diserahkan kepada jawatankuasa cabutan
tiket bertuah untuk mengendalikan majlis.
Dengan segala hormatnya di persilakan.


17 Penutup
/pengumuman
Di sini terdapat 1 pengumuman, dijemput
untuk tetamu kehormat dan guru-guru
untuk menikmati jamuan di
____________________________.





10



27 Penutup Tahniah diucapkan kepada semua penerima
hadiah dan anugerah. Semoga kecemerlangan
mereka dapat diteruskan lagi pada masa
akan datang.

Kapal Labuan berlabuh di sini,
Memunggah beras di pelabuhan abadi,
Singgah sebentar lalu pergi,
Majlis ini tamat di sini,
Tetapi kenangan kekal abadi,
Panjang usia berjumpa lagi.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam hati,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Saya Muhammad Rosli B. Yusoff dan Saya,
Maizattul Aqilah bt Nordin, mewakili semua
warga SKSB ingin memohon maaf andainya
terlanjur kata, terkasar bahasa serta
terdapat kekurangan dalam majlis ini.

Ikan puyu di dalam kolah,
Hati-hati terkena mata,
Jika ada silap dan salah,
Jari di susun maaf dipinta.

Sekian, wabillahhi taufik wal hidayah
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.


11

Anda mungkin juga menyukai