Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA


PERSARAAN GURU BESAR
SEK. KEB. SUNGAI BEDAUN

Bil Acara Teks Catatan
1 Memulakan
Majlis
Pergi Berdua ke Pekan Pontian,
Kemudian beraya di Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Melayang merbah di hujung muara,
Bersama helang terbang ke Pekan,
Awal bismillah pembuka bicara,
Majlis gemilang kita raikan.

Yang Bersusaha
i. .....
ii.
iii.
iv. .
v. .
vi. .
vii.

Yang Dikasihi rakan-rakan guru serta hadirin dan
hadirat yang dihormati sakalian.

Assalamualikum warahmatullahitaala
wabarakatuh dan salam sejahtera.

Seroja sebatang tumbang di pekan,
Kedengaran di Perlis kuat terperi,
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis bertambah seri.


Selamat Datang Ke majlis Makan Malam Sempena
meraikan persaraan Yang Berusaha Pn. Hjh
Sinduri Bt Hj Jali (Guru Besar SKSB).

Syukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah
dan kurniaNya dapat kita bersama-sama
berkumpul dalam Majlis yang penuh barakah ini.


Bacaan Doa Bunga kaca cantik tersemat,
Disanggul gadis bunga melati,
Doa dibaca memohon rahmat,
Semoga majlis sentiasa diberkati.

Bagi merafakan kesyukuran kita kepada Allah
SWT, majlis dengan ini mempersilakan,

Al-Fadil Ustaz Sahrum Bin Samlan bagi
memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan.

Amin ya Rabbalalamin.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas
bacaan doa itu tadi.


Ucapan Wakil
Guru
Hadirin dan hadirat yang dihormati sakalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Setiap perpisahan pasti ada kenangan
Yang patah kan tumbuh
Yang hilang kan berganti
Namun kenangan pasti terpahat dihati..
Begitulah rentetan perjalanan,
Walau sukar ditelan namun hidup perlu
diteruskan jua.


Tanpa membuang masa, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan
.
Wakil guru untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Tamat ucapan
wakil guru
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
. Di atas ucapan itu tadi.

Ucapan wakil
PIBG
Seterusnya, majlis mempersilakan
wakil dari PIBG
sek. Keb. Sungai Bedaun untuk menyampaikan
ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
.. wakil PIBG SKSB di
atas ucapan beliau itu tadi.


ucapan
Pengarah /
wakil
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sakalian

Bukan rumput sebarang rumput
Rumput penghias tepi halaman,
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon memberi ucapan

Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan
(pengarah
atau wakil JPWPL) untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih ..
diatas ucapan itu tadi.


Ucapan Guru
Besar
Sidang Hadirin Yang saya hormati sakalian.


Suria memancar cerlang gaharu
Berbayang biasan di hujung jeti,
Majlis dirai buatmu guru,
hargai jasa menabur bakti.

Tidak lengkap majlis kita pada mala mini
sekiranya tidak mendengar sepatah dua kata
daripada orang yang kita raikan mala mini.

Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan yang diraikan Pn. Hjh. Sinduri Bt
Hj. Jali Guru Besar Sek. Keb. Sungai Bedaun
untuk menyapaikan ucapan beliau. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
yang diraikan Pn. Hjh. Sinduri Bt Hj. Jali (GB
SKSB) diatas ucapan beliau itu tadi.

Acara
Memotong
kek.

Bagi meneruskan majlis kita pada hari ini, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan
..

..
Untuk ucara memotong kek.

Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian,
Pn Hjh Sinduri Bt Hj Jali merupakan Anak
Merdeka di mana beliau dilahirkan pada tanggal
31 Ogos .

Kek ini merupakan satu simbolik dan penghargaan
kepada beliau sempena merayakan hari lahir
beliau dan meraikan persaraan beliau dalam

arena pendidikan.

Segala hilai tawa, senyum dan kata-kata beliau
pasti akan dirindui oleh semua warga SKSB.


Terima kasih kepada

1.
2.
3.
4.

Diatas kesudian menyempunakan acara memotong
kek itu tadi.


Acara
Penyampaian
Hadiah dan
Cenderamata

Seterusnya, tibalah kita ke acara penyampaian
hadiah dan cenderamata daripada guru-guru
kepada yang diraikan Pn. Hjh Sinduri Bt Haji
Jali. (GB SKSB)

Dengan ini majlis mempersilakan yang diraikan
Pn. Hjh Sinduri Bt Haji Jali. (GB SKSB) untuk
tampil ke pentas bagi menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah.
MmmnbQ
Majlis mempersilakan

1.
2.
3.
4.
5.


(dipersilakan kepada individu-individu yang ingin

menyampaiakan hadiah )

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Tayangan
Slide
Hadirin dan hadirat yang dihormati sakalian,

Pn Hjh Sinduri Bt Hj Jali,
Merupakan seorang wanita berhati waja,
Pelbagai dugaan datang namun beliau tetap
tempuhi juga.

Insan yang cekal ini telah banyak memberikan
inspirasi kepada semua anak didiknya
Tidak kira dari kecil hingga dewasa.
Mengenali beliau adalah satu anugerah yang tidak
terhingga.
Dalam senyum tawa beliau ada tegasnya.

Saya percaya Kita pasti akan merasakan
kehilangan beliau.


Sebelum kita ke acara makan malam,
Marilah bersama-sama melihat tayangan slaid 3D
album sekitar majlis yang telah berlangsung pada
pagi tadi.

Acara makan Tibalah kita ke acara makan malam
Dengan ini majlis mempersilakan semua tetamu
jemputan serta hadirin dan hadirat untuk
menjamu selera.

Dipersilakan



Penutup
Buah cemara jatuh berderai,
Jatuh berderai di atas para,
Hasrat hati tak mahu bercerai,

Namun kita di hujung acara

Di kuala perlis mengail ikan,
Ikan kelisa di dalam perigi,
Tirai majlis kami labuhkan,
Di lain masa berjumpa lagi


Saya Muhammad Rosli B. Yusoff mewakili semua
ahli Jawatankuasa majlis serta warga SKSB ingin
memohon maaf andainya terlanjur kata, terkasar
bahasa serta terdapat kekurangan dalam majlis
ini.

Ikan puyu di dalam kolah,
Hati-hati terkena mata,
Jika ada silap dan salah,
Jari di susun maaf dipinta.


Selamat Bersara Kepada Yg. Diraikan Pn. Hjh
Sinduri Bt HJ Jali dan insyaallah panjang Umur
berjumpa Lagi.

Sekian, wabillahhi taufik wal hidayah
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai