Anda di halaman 1dari 6

LAMPIRAN I

SISTEM PERTANDINGAN
A. Pengenalan
Sistem pertandingan bermaksud bentuk atau jenis pertandingan yang akan dijalankan.
Dalam menentukan sistem pertandingan, pihak penganjur perlu terlebih dahulu
mengenal pasti : -

1.1 Bilangan peserta atau jumlah pasukan yang mengambil bahagian.
1.2 Kemudahan gelanggang atau padang yang akan digunakan.
1.3 Masa pertandingan yang diperuntukkan.
1.4 Jumlah pegawai yang disediakan seperti hakim, penjaga masa dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, sistem pertandingan yang dipilih adalah bergantung kepada budi
bicara penganjur dan rancangan aktiviti tahunan kelab.

B. Sistem Pertandingan

1. Sistem Pertandingan Kalah Mati

1.1 Pasukan yang kalah akan tersingkir.
1.2 Mudah diuruskan jika dalam nombor genap seperti 2,4,6,8,10,


Contoh : Jika 2 pasukan yang bertanding.

1
JOHAN
2

Contoh : Jika 4 pasukan yang bertanding.

1

2
JOHAN
3

4








Contoh : Jika 8 pasukan yang bertanding.

1

2

3

4

JOHAN
5

6


7

8
Selain dari bilangan gandaan di atas, terdapat pasukan yang akan menunggu atau
bye.
Bye (menunggu) hanya terdapat pada pusingan pertama sahaja. Tiada bye pada
pusingan seterusnya.

Jadual Pasukan Menunggu (bye) Pertandingan Kalah Mati

Jumlah
Pasukan
Ganda 2 Bye Jumlah
Pasukan
Ganda 2 Bye
2 2 0 18 32 14
3 4 1 19 32 13
4 4 0 20 32 12
5 8 3 21 32 11
6 8 2 22 32 10
7 8 1 23 32 9
8 8 0 24 32 8
9 16 7 25 32 7
10 16 6 26 32 6
11 16 5 27 32 5
12 16 4 28 32 4
13 16 3 29 32 3
14 16 2 30 32 2
15 16 1 31 32 1
16 16 0 32 32 0
17 32 15 33 64 31
Contoh :

Jika bilangan pasukan yang mengambil bahagian adalah genap seperti 6 pasukan,
langkah-langkah berikut perlu diambil.

1. Kenal pasti bilangan bye. Kalau 6, bye adalah 2 pasukan. (Gandaan 8 tolak 6
adalah 2).
2. Bahagikan 6 pasukan kepada 2 kumpulan, 3 atas dan 3 bawah.
3. Oleh kerana ada 2 bye, letakkan 1 bye di atas dan 1 bye di bawah.
















Contoh :

Jika bilangan pasukan yang mengambil bahagian adalah ganjil seperti 9 pasukan,
langkah-langkah berikut perlu diambil.

1. Kenal pasti bilangan bye. Kalau 9 pasukan, bye adalah 7 pasukan. (Gandaan 16
tolak 9 adalah 7).
2. Bahagikan 9 pasukan kepada 2 kumpulan, bilangan pasukan di atas kurang daripada di
bawah iaitu 4 pasukan di atas dan 5 pasukan di bawah.
3. Oleh kerana bilangan bye adalah ganjil, jadi bilangan bye di atas adalah lebih
daripada bilangan bye di bawah.












1
2
3
4
5
6
JOHAN
1 bye


2 bye
3 bye


4 bye

5 bye

6
7
8 bye


9 bye

JOHAN



Menempatkan Pasukan / Pemain Seeded

Terdapat beberapa peraturan yang perlu diikuti di dalam menentukan kedudukan pasukan
atau pemain seeded dalam sesuatu pertandingan.
a. Seeded hendaklah diletakkan dalam pusingan awal.
b. Penempatan pasukan atau pemain seeded hendaklah simetrikal.
c. Sekiranya jumlah pemain atau pasukan seeded itu adalah satu angka ganjil, maka
seeded yang selebihnya hendaklah letak di dalam kumpulan separuh di bawah.
d. Andainya hanya terdapat 2 seeded, maka kedudukannya satu pasukan di atas sekali
dalam kumpulan atas, dan satu lagi terletak di bawah sekali dalam kumpulan bawah.
e. Jika terdapat 4 seeded, maka aturan berikut boleh diikuti :-

.seeded 1 letak di atas sekali dalam kumpulan atas.

.seeded 2 letak di bawah sekali dalam kumpulan bawah.

.seeded 3 letak di bahagian atas kumpulan bawah.

.seeded 4 letak di bahagian bawah kumpulan atas.

Perhatian :

Kebiasaannya seeded adalah terdiri daripada pasukan atau pemain terkenal atau terhandal.
Oleh itu sekiranya ada johan atau naib johan pertandingan tahun sebelumnya, maka
sewajarnya kedua-dua pasukan atau pemain tersebut diasingkan menjadi seeded 1 dan
seeded 2. Tujuannya supaya mereka tidak bertanding di peringkat awal.

Sekiranya terdapat tempat bye, keutamaan hendaklah diberi kepada pasukan atau pemain
seeded.

2. Sistem Pertandingan Liga

Formula yang digunakan untuk mengira jumlah perlawanan :
N (N -1)
2 N = Jumlah pasukan yang mengambil bahagian.
Contoh :
Jika terdapat 4 pasukan(merah, hijau, biru, kuning) yang mengambil bahagian
N (N -1) = 4 (4 -1) = 4 x 3 = 6 perlawanan
2 2 2






2.1 Jadual Perlawanan :

No.
Perlawanan
Tarikh Masa Perlawanan
1 3.4.2011 25 minit Merah lawan Hijau
2 3.4.2011 25 minit Biru lawan Kuning
3 4.4.2011 25 minit Merah lawan Kuning
4 4.4.2011 25 minit Hijau lawan Biru
5 5.4.2011 25 minit Hijau lawan Kuning
6 5.4.2011 25 minit Merah lawan Biru

2.2 Carta keputusan

Pasukan Merah Hijau Biru Kuning Mata
Kedudukan

Merah
0 3
(0)
1 - 3
(0)
3 2
(3)
3 3
Hijau
3 0
(3)

3 2
(3)
2 2
(1)
7 1
Biru
3 1
(3)
2 3
(0)

2 2
(1)
4 2
Kuning
2 3
(0)
2 2
(1)
2 2
(1)
2 4


Peruntukan Mata : Kalah = 0 mata, Seri = 1 mata, Menang = 3 mata

3. Sistem Pertandingan Separa Liga

Contoh :

Jika 6 pasukan mengambil bahagian. Kesemua pasukan akan diundi kepada dua
kumpulan, iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.
Kesemua pasukan akan bertanding dalam kumpulan masing-masing pada
PUSINGAN AWAL.

KUMPULAN A KUMPULAN B
Pasukan A1 Pasukan B1
Pasukan A2 Pasukan B2
Pasukan A3 Pasukan B3





KUMPULAN A

Pasukan A1 A2 A3 Mata Kedudukan
A1
0 3
(0)
1 - 3
(0)
0 KETIGA
A2
3 0
(3)

3 2
(3)
6 JOHAN
A3
3 1
(3)
2 3
(0)
3
NAIB
JOHAN

KUMPULAN B

Pasukan B1 B2 B3 Mata Kedudukan
B1
0 3
(0)
1 - 3
(0)
0 KETIGA
B2
3 0
(3)
3 2
(3)
6 JOHAN
B3
3 1
(3)
2 3
(0)

3
NAIB
JOHAN


PERINGKAT SEPARUH AKHIR

JOHAN KUMPULAN A

NAIB JOHAN KUMPULAN B
JOHAN
JOHAN KUMPULAN B

NAIB JOHAN KUMPULAN A


a. Di akhir pusingan awal, JOHAN KUMPULAN A (Pasukan mendapat mata tertinggi)
akan bermain dengan NAIB JOHAN KUMPULAN B (Pasukan yang mendapat mata
kedua tertinggi).
b. Seterusnya JOHAN KUMPULAN B akan bermain dengan NAIB JOHAN KUMPULAN
A. Peringkat ini dipanggil PERINGKAT SEPARUH AKHIR.
c. Pemenang kedua-dua peringkat separuh akhir ini akan bermain untuk menentukan
JOHAN dan NAIB JOHAN kejohanan.

Anda mungkin juga menyukai