Anda di halaman 1dari 28

PENGENALAN

Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia


yang sangat bernilai. Ianya telah direkabentuk dan dibina oleh orang
kebanyakan yang menampakkan betapa mahir dan kreatifnya mereka
dalam bidang seni bina. Ia memaparkan kebijaksanaan dalam
penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa,
mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.

Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka
orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada
kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh
dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi
tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan
pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah. Ruang dalaman
mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah
yang tersangat minima
Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan
budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti
Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam, Cina dan
Barat.

Faktor cuaca memainkan peranan dalam rekabentuk asas
bangunan. Kekerapan hujan mengakibatkan rekabentuk
atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir.
Kepanasan cuaca juga menyumbang kepada rekabentuk
yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang banyak,
berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angin
dibahagian bawah rumah. Tidak cukup dengan itu, lubang
angin dibahagian atas tingkap dan bumbung juga telah
direka untuk keselesaan secara maksima.



Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar
dalam membentuk seni bina rumah Melayu. Misalnya kehadiran
Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke
kiblat. Definisi ruang juga diatur dan diubah aras mengikut
kegunaan adat resam bertandang, kenduri dan aktiviti keluarga

Kehadiran penjajah Barat telah memberi alternatif baru kepada
teknik seni bina Melayu. Sebagai contoh, zink dan atap genting
telah mengambil alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen telah
mengambil tempat kayu sebagai tiang, tangga dan dinding, paku
menggantikan pasak kayu dan akar sebagai penghubung/
pengikat. Pengaruh ini boleh dilihat secara positif dan negatif
oleh umum, iaitu pertembungan dua unsur; praktikal dan seni



RUMAH-RUMAH TRADISIONAL DI
PANTAI BARAT SEMENJ. MALYSIA
Di bahagian utara pantai barat Semenanjung Malaysia iaitu di Perlis,
Kedah, Pulau Pinang dan Perak, rumah bumbung panjang amat terkenal.
Bumbungnya agak tinggi dan curam dan lazimnya mempunyai tiga
bahagian rumah iaitu serambi, ibu rumah dan dapur.

Rumah Negeri Sembilan juga bercirikan bumbung panjang tetapi ia
merupakan satu-satunya rumah di Semenanjung Malaysia yang
mempunyai bumbung yang melengkok ke atas seperti tanduk kerbau.
Seperti juga rumah Melaka, bumbungnya turut dikenali sebagai
bumbung panjang tetapi yang membezakannya ialah tangga batu di
bahagian anjung rumah berkenaan.

Selain bumbung panjang terdapat rumah yang digelar rumah bumbung
lima dipercayai mempunyai pengaruh British dan Belanda yang terkenal
di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor begitu juga rumah bumbung
Perak yang dikenali juga sebagai bumbung potongan Belanda.



RUMAH-RUMAH TRADISIONAL DI PANTAI
TIMUR SEMNJ. MALYSIA

Di pantai timur Semenanjung Malaysia, rumah-rumahnya banyak
dipengaruhi oleh masyarakat awal yang menetap di kawasan itu iaitu
masyarakat Thailand dan Kemboja. Ini kerana pada abad ke-2
sehingga ke-16 kebanyakan kawasan di Terengganu dan Kelantan
termasuk Patani di bahagian selatan Thailand merupakan jajahan
Melayu Langkasuka.

Jika rumah-rumah di pantai barat Semenanjung Malaysia dilihat
berdasarkan bumbung, di pantai timur pula ia dilihat berdasarkan
tiang-tiang yang dibina untuk menyokong ibu rumah. Ibu rumah yang
kecil digelar rumah bujang atau rumah tiang enam manakala ibu
rumah yang lebih besar digelar rumah serambi atau pun rumah tiang
dua belas.

Bumbung rumah-rumah berkenaan selalunya diperbuat daripada
genting yang digelar singhorra sempena nama sebuah bandar di
Songkhla, selatan Thailand. Rumah Pahang pula tidak banyak beza
dengan rumah-rumah di kawasan pantai barat kerana dikatakan
rumah yang awal, dibina oleh masyarakat Bugis yang berhijrah dari
pantai barat.


RUMAH TRADISIONAL DI SABAH DAN
SARAWAK
1.Rumah-rumah tradisional di Sabah.

Sabah -pelbagai suku kaum & dipengaruhi oleh
kepercayaan mistik msing2. C: Rumah panjang untuk suku
Rungus dan Murut mempunyai ruang seakan bilik untuk
keluarga dan ruang bagi upacara tradisi.
Rumah Bajau di Kota Belud dan Rumah Banggi di Pulau
Balambangan, rumah buluh di Tambunan dan Rumah
Lotud di kawasan Tuaran.

2.Rumah-rumah tradisional di Sarawak.

Rumah panjang suku kaum Iban, Melanau, Orang Ulu &
Bidayuh. Kebanyakan rumah dekat sungai-laluan utama
masyarakat. Rumah panjang berkenaan mempunyai
bilik-bilik untuk keluarga yang berjumlah antara 20
sehingga 80 bilik. Setiap rumah panjang boleh
menempatkan antara 200 hingga 800 orang.


KONSEP DAN FUNGSI
RUMAH
Setiap ruang mempunyai makna dan fungsinya. Diperingkat awal,rumah
ibu shj yg dibina tetapi bila ahli keluarga bertambah,ruang rumah juga
bertambah.
3 ruang formal, aktif &ruang pasif. Ruang formal- tuan rumah terima
tetamu: serambi,selasar dan tamu. R aktif: bahagian belakang - aktiviti
keluarga . R. pasif - ibu rumah & bilik tidur .
Anjung@sorong serambi,rumah ibu,bilik,serambi dalam,
dapur,palantar,@lambur,jemuran dan ruang bawah tanah.
Pengurusan ruang dala rumah melayu adalah memenuhi kehendak
penghuni,masyarakat berdasarkan sosio budaya,ekonomi, dan agama.

REKA BENTUK DAN SENI BINA
ATAP RUMAH

KONSEP KEBANYAKAN RUMAH MELAYU MENERAPKAN YANG BERASASKAN
ALAM SEMULA JADI.

CTH: BANYAK ATAP BERBENTUK CONDONG ATAUPUN BERBENTUK V
SEPERTI GUNUNG ATAU BUKIT.

-BUMBUNG INI BERFUNGSI SEBAGAI PELINDUNG DARI PANAS,HUJAN DAN
TEMPAT BERISTIREHAT

-RUANG ANTARA SILING MERUPAKAN ALAT UNTUK MEMERANGKAP HABA
UNTUK MENGELAKKAN SUHU DI DALAM RUMAH MENJADI PANAS.

ANJUNG
* Ruang biasa digunakn kaum lelaki mjlnkn kerja rumah
spt mengayam pukat, jaring . Anjung jg merupakn tmpt
berehat & berbincang. Falsafah yg hendak
diketengahkn dlm msyrkt Melayu adalah utk
membataskn @membezakn tmpt ant. Kaum lelaki &
wanita.

* Wanita lebih dibhg dalam dan lelaki di luar sesuai
dengan sifat lelaki sbg pelindung. Hal ini menunjukkn
masy Melayu memntingkn adat & tatatertib masy.



RUMAH IBU
Ruang utama- Rumah Ibu menghormati peranan ibu
sebagai pengelola rumah dan penyeri keluarga tetapi
selalunya dikenali sbgai ruang lelaki menandakan lelaki
dianggap sbg ketua dan berada dihadapan untuk
melindungi.

* Ibu juga dianggap mempunyai kdudukan yang mulia dan
harus dihormati. Sesuai dengan nama,fungsinya sbg tmpt
ahli2 keluarga beristirehat dan bersantai bersama. Ini jelas
menunjukkn msyk Melayu mementingkn silaturahim ant.
ahli kelurga agar bahagia dan harmoni.
BILIK TIDUR
Ruang rahsia tuan rumah dan ahli keluarga. Anak lelaki dan
perempuan dipisahkan- mlambangkan masy melayu yang
mgamalkan ajaran Islam dlm kehidupan

Bilik didirikan berdekatan rumah ibu dan dapur bagi
menyenangkan aktiviti harian.

Bilik tidur tidak mnerima tetamu asing menandakn masy
Melayu yang peramah dan mesra ttp ada batasnya






TANGGA
-Dalam seni bina tangga-membezakan status seseorang berdasarkan pangkat dan
darjat bilangan anak tangga
- 5 ke bawah untuk rakyat biasa, 5-7 untuk pembesar , 7 ke atas untuk sultan
-Ini menunjukkan bahawa pada zaman dahulu susunan herarki masyarakat
melayu sangat mementingkan kedudukan.
Tangga tidak disambung terus ke ruang dapur-memberi peluang seseorg yg telah
keluar rumah dan bila pulang ke rumah berhenti sekejap sebelum masuk ke
serambi@dapur. Masyarakat percaya apabila seseorang itu keluar,mahluk halus
akan mengikutinya.

Seni bina tiang rumah melayu juga sama dengan tangga kerana
bilangan batang tiang membezakan taraf atau kedudukan bagi pemilik
rumah tersebut.

Ini adalah contoh pembezaannya:
- 5 ke bawah adalah untuk rakyat biasa.
- 5-7 adalah untuk pembesar.
- 7 adalah untuk sultan.

Pelbagai kelebihan muncul dari keterapungan ini; termasuklah
elak binatang liar, & banjir. Rumah juga lebih sejuk akibat pengudaraan
pada semua bahagian (dari atas, tepi-tepi dan bawah).

ruang kosong di bawah rumah (kolong) tempat sesuai untuk menyimpan
perkakas.

-6 jenis tiang iaitu tiang seri, tiang panjang, tiang serambi, tiang tongkat,
tiang gantung, tiang tambah atau tiang penyokong.

TIANG
BAHAN BINAAN

-Bahan binaan yang digunakan diambil dari sumber alam yang boleh
diperbaharui,-pelbagai jenis kayu-kayan, buluh dan rotan hinggalah
kepada daun-daun pelepah.

-Kerangka atau struktur rumah - menggunakan sistem tebuk tembus
dan pasak yang tidak memerlukan paku-sistem pasang-siap. Maka
rumah itu boleh juga ditanggal-buka dan di pasang semula ditempat
lain.

-Selain itu, cara binaan tanpa paku juga membuatkan rumah lebih
anjal(flexible), sehingga ianya boleh diangkat melalui gotong-
royong orang ramai dan dialih tempat.

-Walaupun rumah yang benar-benar tradisional tidak menggunakan
sebatang paku pun, namun diakui bahawa bagi rumah kayu yang
lebihbaru, ada juga elemen bukan struktur seperti isian dinding yang
memakai paku.
UKIRAN
Seni ukiran tdpt d tangga rumah, dinding beranda
dsbgnya.
Membuktikn masy Melayu kaya dgn seni yg tersendiri.

-Lebih menrapkan falsafah metafora.Kepingan ukiran

-berlubang bukan sahaja perhiasan ttp jg menggalakkn
udara & cahaya masuk utk menceriakan rumah.

-Berunsur corak geometrik @ tumbuhan.Tiada corak fauna
atau binatang selaras dgn larangan agama


Lazimnya dimiliki org kebiasaan
reka bentuk terhad kpd fungsi asas iaitu mengandungi rumah ibu,
rumah dapur dan serambi rumah dapur mempunyai pintu masuk di
sebelah sisi belakang, memudahkan kaum wanita bertandang.
Keseluruhan rumah diperbuat daripada kayu meranti

Rumah ibu mempunyai bumbung dan lantai yang tinggi. Ia turut
menempatkan sebuah ruang terbuka yang luas. Kebiasaan tidak
terdapat bilik di sini, tetapi keluasan ruang ini boleh menempatkan
sehingga dua bilik.





Rumah ibu dihubungkan oleh selang yang lebih terbuka.
Selang mempunyai ketinggian yang sedikit rendah dari
aras rumah ibu dan rumah dapur serta mempunyai dinding.

Rumah dapur menempatkan segala peralatan memasak
dan ruang makan. Ia dihubungkan oleh selang untuk ke
rumah ibu. Di penghujung rumah dapur terdapat pelantar
yang berfungsi sebagai tempat penyediaan makanan dan
ruang meletak hasil yang diperolehi dari kebun atau sungai.






Tampak disebelah kanan dan kiri rumah dapat menyaksikan setiap
bahagian penting rumah iaitu, serambi, rumah ibu, selang, rumah dapur
dan pelantar.

TAMPAK KANAN
TAMPAK KIRI
TAMPAK KANAN TAMPAK KIRI
Hampir keseluruhan rumah ini diperbuat daripada kayu,
kecuali dibahagian rumah dapur yang menggunakan dinding
pelupuh buluh. Atap rumah diperbuat daripada nipah yang
berkecerunan 31 darjah dan 57 darjah.
Rumah ini mempunyai tebar layar yang membolehkan
pengudaraan ke atas atap. Tebar layar dihiasi ukiran mudah
dan ia mempunyai papan pemuka yang bermotif
bunga melitupi di keseluruhan tepi atap.


DAPUR TEBAR LAYAR SERAMBI
Rumah Negeri
Sembilan





Negeri Sembilan mempamerkan secara keseluruhan reka
bentuk bumbung panjang yang bersifat Minangkabau. Ia
mempunyai sifat reka bentuk atap yang bertingkat yang
dialas daun rumbia. Rumah ini mempunyai serambi
hadapan dan anjung yang meneduhkan tangga utama
kemasukan ke Rumah Ibu melalui Serambi. Serambi
dihiasi ukiran kerawang yang bercorak silang-menyilang.
Rekaan tangga adalah ringkas. Tangga diikat atau
dimatikan dengan rekaan kekunci dipapan yang menarik
seperti yang boleh dilihat di dalam gambar.

Rumah ini dihiasi ukiran kayu yang banyak di sekeliling
rumah, lebih-lebih lagi di sekitar Serambi hadapan rumah.
Ukiran adalah bermotifkan silang dan bunga yang agak
bersifat grafik. Bahagian anjung, serambi dan rumah ibu
mempunyai aras yang berbeza.

Rumah ibu mempunyai ruang yang terluas dan tertinggi.
Terdapat bilik di rumah ibu dan tangga menghala ke
loteng. Loteng ini mengambil lebihan ketinggian dan
tingkat atap yang diberi ruang oleh struktur rumah ini.


Rumah ibu bersifat terbuka dan disambung ke rumah
dapur melalui pintu yang menghala ke selang. Selang
tidak berdinding dan merupakan pelantar kepada
sebahagian fungsi dapur. Ianya berperanan sebagai
ruang bersembang untuk kaum wanita. Rumah Negeri
Sembilan ini memaparkan seni kraf kayu yang
menyeluruh hingga sampai ke rumah dapur. Paras
tingkapnya adalah sangat rendah, iaitu direka untuk
paras orang duduk dan bukannya berdiri.

Rumah ini mempunyai serambi yang dihiasi ukiran kerawang yang bercorak
silang-menyilang. Tingkap ruang ini adalah jenis tingkap penuh. Jerejak
berbentuk silinder diletakkan sebagai penghadang tetapi memaksimakan
keterbukaan tingkap tersebut, justeru udara masuk ke dalam rumah. Rekaan
tangga adalah ringkas. Tangga diikat atau dimatikan dengan rekaan papan
kekunci mudah.


TAMPAK KANAN
TAMPAK KIRI
TAMPAK HADAPAN
TAMPAK BELAKANG
TEBAR LAYAR
KERAWANG DAN JEREJAK
Bahagian bawah atap dan dinding rumah ditutup dengan
tebar layar. Tebar layar yang agak besar itu memberikan
identiti yang cukup kuat untuk reka bentuk jenis ini. Tebar
layar ini diukir ringkas dan membenarkan pengaliran
udara masuk ke dalam ruang atap.

LAMPIRAN.
RUMAH PULAU PINANG RUMAH KEDAH RUMAH PERAK
RUMAH MELAKA RUMAH NEGERI SEMBILAN
KESIMPULAN
Masy Melayu terkenal dgn kehalusan pemikiran berasaskan
logik dan akal.
Bentuk dan bahan yg digunakan bgantung kepada falsafah
Spirit of Times
Setiap ruang mpunyai simbolik @ falsafah tertentu yang ingin
diketengahkan.
Islam memainkan peranan penting dlm pmbentukan falsafah
pembinaaan rumah melayu.
Bergantung kepada adat atau kepercayaan masy,bentuk
rumah boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan falsafahnya