Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
ihan kerana ia adalah satu pendapat baru yang masih belum daapt diterima umum.
Entri ini klik di sini menulis berkaitan dengan kepentingan teori kerjaya. Asas
teori ialah untuk memahami bagaimana seseorang individu berkembang dari segi vo
kasional. Ini akan memberi panduan kepada kaunselor menyelesaikan masalah dan me
ngelakkan kebuntuan supaya dapat maju dengan berkesan dan berpuas hati. setiap
kaunselor, pembantu kaunselor, dan pekerja bimbingan mempunyai beberapa andaian
yang dijadikan panduan sebagai asas tindakannya.
KLASIFIKASI TEORI-TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA
Teori yang diasingkan mengikut ciri-ciri yang sama membantu kita memahami dan me
nggunakannya dengan mudah.Teori -teori kerjaya diklasifikasi mengikut ciri-ciri
berikut :
1. Faktor dan trait
Fokus kategori ini adalah pada trait personal sikap, minat, dan perhubungan
nya dengan trait-trait yang
diperlakukan oleh jawatan itu.
2. Teori Pilihan
Seseorang individu memilih jawatan yang memberi gaji yang lumayan mengikut k
onsep daripada teori pilihan
3. Penekanan Sosiologikal.
Faktor sosiologikal seperti kumpulan dan struktur sosial memberi pengaruh ke
pada perkembangan
vokasional dan pemilihan
4. Penekanan Psikologikal
Perkembangan dan pemilihan bergantung kepada gabungan psikologi seseorang mi
salnya, motivasi,
struktur personaliti dan keperluan.
5. Penekanan Perkembangan
Teori melebihi semua perkembangan yang terdapat pada seseorang selepas beber
apa ketika.
Di sini, dapat kami jelaskan bahawa setiap teori mempunyai ciri-ciri tertentu, n
amun hal ini bukan bermakna seseorang itu menggunakan cuma satu teori sahaja dan
meninggalkan yang lain. Herr dan Cramer mengatakan bahawa kategori ini bukanlah
berasingan, tetapi bergabung memerintah corak manusia yang berlainan, hasilnya
terdapat perangai dan pilihan seperti di atas.
TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER
Pelopor kepada teori ini adalah Donald E.Super. Beliau mencadangkan teorinya bol
eh diberi nama differential, development, social phenomenological psychology. Pe
ndekatan Super menitikberarkan empat unsur utama iaitu peringkat hidup semasamen
cari vokasional, kematangan vokasioanal, pemindahan konsep kendiri vokasioanal d
an corak kerjaya.
Terdapat 5 peringkat perkembangan dalam teori ini :
1. PERINGKAT PERKEMBANGAN
Umur : daripada lahir hingga 14 tahun
Bahagian peringkat perkembangan
* Bahagian fantasi (4-10 tahun)
* Bahagian minat (11-12 tahun)
* Bahagian kebolehan ( 13-14 tahun)
2. PERINGKAT PENEROKAAN
Umur : 15 hingga 24 tahun
Bahagian peringkat penerokaan
* Bahagian tidak tetap (16- 17 tahun)
* Bahagian peralihan ( 18-21 tahun)
* Bahagian percubaan ( 22-24 tahun)
3. PERINGKAT KEMANTAPAN
Umur : 25-44 tahun
Bahagian preingkat kemantapan
* Bahagian percubaan (25-30 tahun)
* Bahagian kestabilan (31-44 tahun)
4. PERINGKAT PERSARAAN
Umur : 45- 64 tahun
5. PERINGKAT MENURUN
Umur : 65 tahun ke atas
Bahagian peringkat penurunan
* Bahagian menurun (65-70 tahun)
TUGAS-TUGAS PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER
Terdapat lima tugas yang telah dikhususkan oleh Donald E.Super iaitu
*Kristalisasi (14-18 tahun)
Dalam masa proses kognitif membentuk satu matlamat umum kerjaya menerusi sumber-
sumber kesedaran, minat, nilai-nilai, dan merancang kerja yang dikehendakinya.
* Pengkhususan (18-21 tahun)
Dalam masa bergerak dari pemilihan cadangan-cadangan kerjaya kepada pemilihan sa
tu kerjaya yang tertentu.
* Perlaksanaan (21-24 tahun)
Dalam masa memenuhi latihan kerjaya yang dibuat dan terus memasuki pekerjaan
* Kestabilan (24-35 tahun)
Dalam masa penetapan pemilihan kerjaya oleh pengalaman bekerjanya yang sebenar d
an menggunakan bakat untuk menunjukkan pemilihan kerjaya itu sebagai suatu yang
paling tepat
* Pengukuhan (35+ tahun)
Dalam masa memperkenalkannya ke dalam kerjaya oleh berlanjutan, status, dan seni
oriti atau kekananan
Teori Pemilihan Kerjaya Holland merupakan hasil kajian Holland terhadap personal
iti yang memfokus kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh Tret dan Faktor. T
eori ini dibentuk berasaskan andaian bahawa minat vokasional adalah satu daripad
a aspek personaliti dan oleh yang demikian deskripsi tentang minat individu juga
menggambarkan personaliti seseorang. Tret-tret personaliti biasanya dikenal pas
ti melalui kecenderungan terhadap matapelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekre
asi, hobi dan kerja, sementara minat vokasional boleh digambarkan sebagai ekspre
si personaliti (dalam Sidek Mohd Noah, 2002)
Teori Holland telah mengketegorikan individu kepada salah satu daripada enam kat
egori yang diberikan oleh Holland berdasarkan pengamatannya terhadap budaya masy
arakat Amerika.
Enam personaliti tersebut ialah RIASEC.
Setiap jenis personaliti terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai desa
kan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarg
a, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal daripada interaksi antara indiv
idu dengan faktor-faktor ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu
dan tidak kepada aktiviti-aktiviti yang lain. Seterusnya, aktiviti-aktiviti ini
kian diminati dan minat ini mendorong kepada pembentukan kumpulan kecekapan tert
entu.
Berdasarkan kepada enam kategori individu tersebut, Holland (Zunker, 1994, Osipo
w, 1973,
Sidek Mohd Noah, 2002) telah mencadangkan enam personaliti individu yang boleh d
ipadankan dengan pekerjaan tertentu, iaitu:
Teori Holland telah memberi sumbangan dan telah diaplikasikan dengan meluas dala
m pelbagai bidang seperti membantu dalam pemilihan kerjaya, penyelidikan dalam s
ains sosial, pendidikan, perniagaan dan perindustrian. Alat-alat ukuran untuk me
ngukur jenis personaliti serta aspek-aspek lain telah dirangka dan diperkenalkan
seperti Vocational Preference Inventory (VPI), Self-Directed Search (SDS), Voca
tional Exploration and Insight Kit (VEIK) dan My Vocational Situation Inventory
(MVS) (Sidek Mohd Noah, 2002).
Teori Perkembangan Kerjaya Trait dan Faktor
Teori Tret Dan Faktor
Teori ini merupakan teori yang tertua tentang pemilihan kerjaya. Ia dikenali den
gan berbagai nama, tetapi yang popular ialah teori Tret dan Faktor (Osipow, 1973
). Teori ini cuba menerangkan proses pemilihan kerjaya dengan berasaskan teori p
erbezaan peribadi individu. Teori ini percaya setiap individu yang wujud di duni
a ini adalah berbeza dan unik. Teori ini mengandaikan bahawa setiap individu mem
punyai corak kemampuannya yang unik, tret-tret tertentu yang dapat diukur dengan
tepat, konsisten dan selaras serta mempunyai hubungan dengan keperluan-keperlua
n asas dalam beberapa jenis pekerjaan. Teori ini bersifat kognatif dengan penggu
nannya dapat mempermudahkan proses pemilihan kerjaya terutama maklumat yang tepa
t tentang diri individu dapat diperolehi.
Teori ini berasaskan jangkaan terhadap penilai bakat dan sikap individu serta ke
perluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan. Parson (dlm. Sidek Mohd Noah) mencada
ngkan bahawa pemilihan kerjaya yang baik perlu melibatkan tiga pekara iaitu kefa
haman yang jelas tentang diri, pengetahuan tentang pekerjaan-pekerjaan dan taaku
lan yang tepat tentang hubungan antara kedua-dua fakta tersebut. Teori ini juga
menegaskan bahawa tugas utama dalam proses membuat pemilihan kerjaya adalah untu
k memadankan individu dengan sesuatu pekerjaan. Dengan cara ini, keperluan indiv
idu akan dipenuhi dan pencapaian kerja yang memuaskan akan terhasil.
Teori Perkembangan Krumboltz, Mitchell dan Gelatt
Teori Krumboltz, Mitchell dan Gelatt
Teori ini lebih cenderung kepada pengaruh kehidupan terhadap pemilihan kerjaya.
Teori ini dikemukan oleh Krumboltz, Mitchell dan Gelatt pada tahun 1975 dan dipe
rbaharu pada tahun 1995 oleh Krumboltz dan Mitchell sahaja (Zunker, 1986). Teori
ini menjelaskan terdapat empat faktor dalam proses pemilihan kerjaya iaitu:
a. Pengaruh baka dan kebolehan individu
b. Persekitaran
c. Pengalaman belajar
d. Kemahiran menjalankan tugas.
Pengaruh baka dan kebolehan individu merupakan sifat yang diwarisi yang mungkin
membataskan peluang pekerjaan individu.
Pengaruh persekitaran dan peristiwa dilihat sebagai faktor yang selalunya di lua
r kawalan individu. Seperti banjir dan bencana alam memberi kesan kepada kondisi
ekonomi yang memberi kesan kepada kerjaya.
Pengalaman belajar meliputi alat-alat pengalaman dalam belajar dan yang mempunya
i hubungan dengan pengalaman berlajar.
Kemahiran dalam menjalankan tugas meliputi satu bentuk kemahiran individu yang t
elah dibangunkan seperti kemahiran menyelesaikan masalah, tabiat kerja, set mind
a, respon emosi dan kognatif. Faktor-faktor ini mampu membantu individu mengenal
i diri sendiri dengan lebih mendalam, mengenalpasti kemahiran sendiri dan meneta
pkan kebolehan individu dalam carrer-entry, contohnya dalam memilih pekerjaan da
n memilih pusat pengajian atau latihan yang bersesuaian.
Teori ini telah diperkenalkan oleh Anne Roe yang merupakan seorang yang terlatih
sebagai ahli psikologi klinikal. Beliau kemudiannya menceburi bidang pembanguna
n kerjaya melalui penyelidikan yang dilakukannya (Osipow, 1973). Teori Roe mengi
ntergrasikan teori personaliti dengan klasifikasi pekerjaan.
Teori ini menumpukan kepada dua bahagian iaitu personaliti dan klasifikasi peker
jaan bertujuan untuk melihat hubungan semua bidang pekerjaan dengan latar belaka
ng keluarga dan pengalaman layanan ibu bapa semasa kanak-kanak. Menurut Roe (Zun
ker, 1986), pengalaman awal kanak-kanak di rumah bersama ibu bapa merupakan asas
kepada pembentukan personaliti dan sikap individu terhadap pemilihan termasukla
h pemilihan kerjaya. Kanak-kanak menjadikan peranan dan tingkah laku ibu bapa se
bagai model peranan dan tauladan.
Teori pemilihan kerjaya Roe menyenaraikan tiga faktor yang mempengaruhi pemilih
an kerjaya individu. Faktor-faktor tersebut ialah ; 1. latar belakang genetik, 2
. pengaruh tenaga psikik serta 3. pengaruh genetik dan hieraki keperluan indivi
du (Sidek Mohd Noah, 2002).
Menurut Roe (dlm. Sidek Mohd Noah, 2002, Osipow, 1973), faktor latar belakang ge
netik mempengaruhi minat, kecerdasan, sikap dan personaliti individu yang akhirn
ya akan mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang. Selain itu, ia turut mempengar
uhi sifat fizikal individu seperti ketinggian, kecantikan dan kecacatan individu
. Individu yang rabun warna sudah tentu tidak sesuai untuk menjadi ahli kimia.
Manakala faktor pengaruh tenaga psikik pula merupakan perkembangan keupayaan kha
s seseorang individu ditentukan oleh ke arah mana tenaga psikik diperkembangkan
di luar kawalan atau tanpa sedar. Arah perkembangan ini pula terlebih dahulu dit
entukan oleh bentuk kepuasan dan kekecewaan yang dialami oleh individu pada zama
n kanak-kanak. Pada peringkat kanak-kanak, keperluan yang paling asas ialah kepe
rluan untuk rasa dimiliki dan ini akan kekal sebagai elemen-elemen tidak disedar
i oleh individu tersebut. Keperluan tidak sedar ini akan membentuk tenaga psikik
dan seterusnya akan mempengaruhi bidang kerjaya individu.
Pengaruh faktor genetik dan perkembangan hieraraki keperluan mempengaruhi pemili
han kerjaya individu. Antara keperluan utama yang dikenal pasti oleh Maslow iala
h keperluan fasiologikal, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan kes
empurnaan kendiri. Apabila keperluan asas telah dipenuhi, keperluan yang lebih t
inggi terbentuk dan keperluan ini akan terus meningkat sehingga mencapai keperlu
an yang paling tinggi iaitu kesempurnaan kendiri. Keperluan yang kuat untuk meme
nuhi sesuatu keperluan merupakan sumber motivasi yang sangat kuat yang akan meng
gerakkan individu.
Roe (Zunker, 1986) telah mengklasifikasikan kerja kepada dua kategori utama iait
u person oriented dan non-person oriented.
TEORI MASLOW :
STAGE 1 :FISIOLOGI
2 :KESELAMATAN
3. KASIH SAYANG
4: HARGAI DIRI
5: SEMPURNA DIRI
Teori Kerjaya Islam ini telah cuba dibangunkan oleh Sidek Mohd Noah (Sidek Mohd
Noah, 2002). Teori ini melihat kerjaya sebagai satu kepentingan material dalam a
ktiviti kehidupan manusia di muka bumi. Tanpa asas kerjaya yang mantap dan kukuh
, mungkin keseimbangan antara fitrah semulajadi manusia sama ada dari segi jasma
ni dan rohani atau antara mental dan emosi akan terganggu. Allah disamping menyu
ruh manusia beribadah kepada-Nya dengan tekun dalam masa yang sama menyeru manus
ia berusaha mencari rezeki yang halal. Bekerjaya adalah sunnah para Rasul terdah
ulu tanpa mengira taraf pekerjaan tetapi yang penting ianya adalah pekerjaan yan
g halal.
Bekerjaya dalam Islam adalah salah satu ibadah dan merupakan amal soleh dengan
syarat pekerjaan itu tidak melibatkan perkara yang haram atau maksiat, ia dilaku
kan dengan niat yang suci mengandungi matlamat dan objektif yang diredai Allah,
dilakukan dengan tekun dan cekap, dilakukan dengan mematuhi piawian syariah Isla
m dan tidak mengabaikan kewajiban ibadah khusus seperti solat dan lain-lain.
Dua elemen asas dalam kerjaya Islam yang tidak dipunyai oleh teori-teori kerjaya
Barat ialah kemantapan rohani dan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman.
Kemantapan rohani dibentuk melalui cara niat yang baik, keazaman yang kuat, kesa
baran yang tinggi, bertawakal kepada Allah dan istiqamah dalam pekerjaan.
Elemen pengetahuan pula menuntut setiap individu yang bekerja mencari ilmu penge
tahuan yang berkaitan kerana ilmu pengetahuan dikaitkan dengan darjat dan kualit
i kerja seseorang. Islam menuntut supaya seseorang itu mengambil berat tentang k
emahiran dan pengetahuan dalam bidang pengurusan agar kerja yang dilakukan itu d
apat dilakukan dengan baik dan sistematik. Setelah memiliki pengetahuan, kemahir
an dan pengalaman individu perlulah tahu tentang cara dan kaedah untuk melaksana
kan pekerjaan itu.
Dalam hal ini individu yang terlibat mestilah mempunyai strategi tertentu di sam
ping kemahiran dalam bidang teknologi agar kerja yang dihasilkan itu berkualiti.
Mengenai faktor-faktor pemilihan kerjaya, pengkaji berpendapat Islam tidak menol
ak faktor-faktor yang telah dikemukakan oleh para pengkaji Barat.
Faktor yang boleh diterima Islam ialah seperti faktor genetik, pendidikan, pembe
lajaran dan persekitaran. Apa yang tidak menjadi pertimbangan para pengkaji Bara
t ialah faktor agama.
Jesteru itu, pemilihan kerjaya Islam meletakkan faktor agama sebagai penentu akh
ir perkembangan dan pemilihan kerjaya individu. Faktor agama menentukan sama ada
sesuatu pekerjaan itu halal, haram dan syubhah. Disamping itu, teori kerjaya Is
lam memberi penekanan yang seimbang antara kejayaan dan kepuasan duniawi dan akh
irat, bukan semata-mata kejayaan di dunia sahaja seperti mana yang ditekankan ol
eh teori kerjaya Barat.