Anda di halaman 1dari 22

INTERAKSI 5

JENIS PENILAIAN BAHASA


- UJIAN FORMATIF
o Penilaian formatif merupakan satu bahan yang dibina oleh guru untuk
menguji sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah
diajar. Oleh itu, skop pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
terhad dan tidak luas.
o Penilaian ini dapat dijalankan secara formal dan tidak formal. Contoh
penilaian secara formal ialah ujian yang dikenali sebagai ujian kertas-
pensel . pada kebiasaannya, ujian ini dijalankan selepas beberapa unit
kemahiran selesai diajar. Keputusan ujian ini akan dimasukkan dalam
borang prestasi dan seterusnya keputusan tersebut digunakan untuk
melaksanakan tindakan susulan sama ada murid tersebut termasuk dalam
kumpulan sederhana, cerdas atau lemah.
o Penilaian secara tidak formal pula dijalankan melalui pemerhatian,
bersoaljawab, latihan congkak dan memeriksa hasil kerja murid melalui
aktiviti yang dilaksanakan dalam pembelajaran dan pengajaran harian.
Penilaian ini dijalankan tanpa merancang secara tersusun terlebih dahulu
apa yang hendak diuji.
o
- SUMATIF
o Penilaian sumatif boleh didefinisikan sebagai bahan atau alat ujian yang
dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran yang diajar dalam
jangka masa yang panjang meliputi satu penggal pembelajaran, satu
tahun pembelajaran atau satu tempoh pembelajaran yang telah
ditentukan. Ini membawa makna bahawa pembelajaran tersebut
merangkumi banyak topik kemahiran.
Tujuan penilaian ini diadakan adalah untuk mengesan tahap penguasaan
dan pemahaman murid dalam kelas terhadap unit kemahiran yang telah
diajar dan untuk mendapatkan satu maklumat mengenai tahap
perbandingan pencapaian murid antara kelas. Hal ini demikian kerana jika
terdapat kelas yang secara puratanya, semua murid dalam kelas tersebut
mendapat markah yang cemerlang maka cara pembelajaran yang
digunakan dalam kelas tersebut dapat diaplikasikan dalam kelas di mana
hampir kesemua muridnya berada pada tahap yang lemah. Oleh itu,
penilaian ini dijalankan secara formal dalam bentuk peperiksaan seperti
peperiksaan semester dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR).
o Keputusan ujian yang dijalankan akan direkodkan sebagai bukti terhadap
pencapaian yang dimiliki oleh pelajar. Keputusan ini juga akan digunakan
untuk menyusunkan kembali murid mengikut tahap kemampuan mereka.
Selain itu, hasil daripada penilaian ini juga dapat membantu guru dalam
merancang aktiviti yang berkesan untuk membantu murid yang lemah
bagi membolehkan mereka mendapat tahap penguasaan yang sama
dengan murid yang cerdas.

- UJIAN KEFASIHAN,
- Ujian ini bertujuan untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui
dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian ini tidak berdasarkan
sesuatu kandungan atau isi pelajaran tetapi menilai kebolehan umum seseorang
terhadap bahasa yang dipelajari. Ujian ini penting untuk mengukur kebolehan
berbahasa seseorang.
- Kebolehan berbahasa amat penting bagi memudahkan murid tersebut
berkomunikasi dengan orang lain untuk tujuan kepentingan dirinya mahupun
pihak lain.
o
- KEMAJUAN
o Ujian jenis ini adalah ujian ringkas yang dibina oleh guru selepas
beberapa kemahiran dalam sesuatu topik yang telah selesai diajar. Hal ini
juga dapat membantu guru mengetahui dengan lebih jelas tentang
kemajuan seseorang murid terhadap kemahiran atau topik yang telah
diajar.
o Ujian secara tidak formal boleh dijalankan untuk mendapatkan maklumat
pencapaian murid seperti aktiviti soaljawab secara lisan.
o
- UJIAN BAKAT
- Ujian jenis ini adalah khusus untuk mengetahui prestasi seseorang murid dalam
pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya. Ujian ini
selalunya melibatkan data-data bahasa yang artifikal iaitu mengandungi unsur
fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.
- Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk menilai bakat seseorang ialah
melalui aktiviti pengajaran seperti syarahan, pidato, pantun dan teater pembaca.

- PENCAPAIAN
- Ujian ini juga bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah menguasai
kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka. Ujian ini
dijalankan secara formal kerana kemahiran yang diuji adalah luas serta
memerlukan masa yang lama. Keputusan ujian ini bukan sahaja direkodkan
tetapi keputusan tersebut juga digunakan menentukan kedudukan murid-murid
dalam kumpulan masing-masing.
- Soalan yang diajukan dalam ujian jenis ini mestilah berkaitan dengan isi
pelajaran yang telah diajar sahaja. Ia juga bertujuan untuk menentukan
penempatan jenis sekolah, jurusan atau kumpulan-kumpulan tertentu murid.
Dalam pengajaran bahasa, ujian ini diberikan untuk mengasingkan calon-calon
mengikut kebolehan mereka dan ini adalah semata-mata untuk tujuan strategi
dan perancangan pengajaran guru agar lebih berkesan.
o



















INTERAKSI 6
KAEDAH PENILAIAN BAHASA
- PENGENALAN
- Penilaian amat penting dijalankan di sekolah bagi mengesan kemajuan murid
dari semasa ke semasa. Penilaian yang dibuat mestilah mengambil kira aspek
perbezaan individu dari segi mental, emosi dan juga kecerdasan agar kualiti
penilaian yang dilaksanakan dapat ditingkatkan. Oleh itu, murid yang mempunyai
prestasi cemerlang dapat diberikan latihan susulan bagi memaksimumkan lagi
kebolehan yang dia ada manakala bagi murid yang lemah, tindakan pemulihan
dapat dilaksanakan bagi membolehkan murid tersebut mampu meningkatkan
daya fikir dan bakat seperti rakannya yang lain. Kaedah penilaian bahasa dapat
dijalankan dengan pelbagai cara seperti penilaian melalui kontrak pembelajaran,
penilaian melalui portfolio, penilaian melalui pemerhatian, penilaian melalui soal
jawab, penilaian melalui projek dan penilaian melalui kertas kerja.
PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO

Portfolio pada umumnya merupakan folder atau file atau yang mengandungi bahan-
bahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau
menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif bagi seseorang individu
tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. Portfolio merupakan satu kaedah
yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam
satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri Portfolio
Portfolio mempunyai beberapa ciri yang membezakannya dengan kaedah penilaian
bahasa yang lain. Ciri-ciri portfolio yang pertama ialah dokumentasi berstruktur yang
memerlukan pelaksanaan, perancangan dan penilaian yang teliti. Selain itu, proses
pembelajarannya dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan
mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari
fakta dari peringkat awal hingga akhir. Portfolio juga menggalakkan pembelajaran
secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak. Disamping
itu, portfolio juha mempunyai kandungan yang terdiri daripada maklumat secara urutan
dan bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.
Jenis Portfolio
Portfolio terdiri daripada tiga jenis iaitu portfolio kerja harian, portfolio hasil
terbaik dan portfolio dokumen.
Porfolio kerja harian merupakan bahan yang dikumpul untuk menghasilkan
tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan. Contohnya, proses
pengembangan idea yang dijalankan secara harian untuk menghasilkan
sepasang baju kurung yang menggambungkan beberapa jenis jahitan.
Portfolio hasil terbaik pula merupakan bahan yang dipilih bersumberkan hasil
terbaik daripada portfolio kerja harian. Ini bermakna portfolio hasil terbaik
bergantung sepenuhnya terhadap dokumen-dokumen yang terdapat dalam
portfolio kerja harian. Hal ini mengambarkan bahawa portfolio hasil terbaik
berbentuk sumatif.
Portfolio dokumen iaitu hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul
bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.

Penilaian Portfolio
o Penilaian portfolio memberi fokus utama kepada proses dan tidak
memberatkan kepada hasil. Penilaian berbentuk lebih terbuka dan
seimbang turut digunakan supaya murid boleh belajar untuk menilai diri
sendiri..
o Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang
boleh dinilai melalui bukti-bukti lain. Bagi mendapatkan maklumat yang
lebih tepat. proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya
dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa
mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.
o
Kepentingan Portfolio
Setiap kaedah mempunyai keegunaan tersendiri berbanding kaedah lain.
Portfolio juga mempunyai beberapa kepentingan. Antaranya ialah membolehkan
guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat
penilaian secara holistik dan dapat menggalakkan pelajar untuk mengawal dan
memantau perkembangan pelajar
Selain itu, porfolio juga penting untuk membolehkan guru memantau
perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta
perkembangan.dan turut mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod
pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar
pencapaian hasil kerja pelajar. Akhir sekali, penilaian melalui portfolio
membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan
melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama,
ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.
Perancangan Portfolio
Sebelum membuat portfolio, beberapa perkara perlu diambil kira. Perkara
pertama ialah guru mesti menentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan
jenis portfolio yang dikehendaki. Hal ini memudahkan guru untuk mendapatkan
maklumat yang lebih terperinci dan sah.
Selepas itu, guru mesti mengenalpasti isi kandungan portfolio seperti berapa
banyak bukti yang diperlukan untuk dijadikan bahan bagi mengesahkan
maklumat mengenai pencapaian pembelajaran pelajar.
Seterusnya, guru memilih satu langkah atau sistem mengenai pengedalian isi
kandungan portfolio tersebut .langkah yang terakhir sekali, ialah menentukan
penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan,
kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.
Kesimpulannya, jika semua langkah tadi dapat dilaksanakan secara teratur dan
bersungguh-sungguh , maklumat yang diperoleh merupakan maklumat yang
dapat menerangkan perkembangan pembelajaran kanak-kanak.

Cara Membina Portfolio
Terdapat tiga peringkat semasa membina portfolio. Peringkat pertama ialah kita
perlu menghuraikan terlebih dahulu tujuan portfolio. Antara perkara yang perlu
dihuraikan ialah instrumen portfolio dan menyemak huraian tujuan dan
diselaraskan dengan objektif kurikulum serta peta perkembangan pembelajaran
pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.
Pada peringkat yang kedua pula, ialah menentukan isi portfolio. Dalam peringkat
ini, aktiviti dan jenis pembelajaran perlu dihuraikan agar murid-murid memahami
apa yang perlu dilakukan oleh mereka. Selain itu, penyemakan terhadap bukti
atau sumber pembelajaran dengan menggunakan peta perkembangan
pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran perlu dilaksanakan
bagi memastikan maklumat tersebut benar-benar sah. Guru juga mesti
memastikan bahawa kriteria yang dibina atau dijadikan sebagai syarat portfolio
tidak memihak kepada sesuatu jantina atau kumpulan. Seterusnya, penyemakan
terhadap huraian fokus dan kriteria penilaian mengikut tujuan portfolio, peta
perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang juga dilaksanakan.
Langkah yang terakhir ialah menentukan kaedah membuat anggaran dan
laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran
pelajar. Hal ini meliputi menghuraikan kaedah membuat anggaran dan laporan
tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar
serta menyemak huraian keadah membuat anggaran dan laporan mengikut
tujuan dan kumpulan sasaran.
Jika sekiranya, semua langkah ini dilaksanakan secara terperinci dan berkesan
maka portfolio ini dapat dijadikan sebagai instrument penilaian yang paling baik
dan berkesan untuk mengesan perkembangan dan tahap pencapaian murid



MENGUMPUL MAKLUMAT
Mengumpul maklumat merupakan tugas pelajar untuk memenuhi kriteria tugasan
portfolio yang telah diberi kepada mereka. Terdapat pelbagai cara pelajar untuk
mengumpul maklumat. Antaranya ialah melalui temu bual, lawatan dan
penyelidikan serta rujukan daripada pelbagai bahan cetak dan teknologi
maklumat. Kesemua maklumat yang dikumpul mestilah mempunyai bahan bukti
yang mengatakan bahawa maklumat tersebut daripada bahan atau pihak yang
boleh dipercayai. Bahan bukti tersebut boleh berbentuk tulisan atau dokumentasi
gambar.
Selepas itu, kesemua maklumat ini akan dipendahkan ke dalam komputer bagi
tujuan dokumentasi atau untuk kandungan fail.
MEREKOD PENILAIAN PORTFOLIO
Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala
berkadar dan menggunakan kaedah senarai semak.

PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
Pengenalan
Penilaian melalui pemerhatian merupakan salah satu lagi kaedah penilaian yang
boleh dilakukan untuk mendapat maklum balas terhadap keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini meliputi aspek kognitif, afektif, faktor-
faktor bahan dan persekitaran serta psikomotor. Terdapat pelbagai cara untuk
menjalankan kaedah penilaian melalui pemerhatian. Pemerhatian boleh berlaku
antara guru dan pelajar atau pelajar dengan pelajar. Maklumat yang diperoleh
melalui pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan Senarai Semak,
Rekod Anekdot ataupun Rekod Profil.


Pelaksanaan Proses pemerhatian
Terdapat tiga perkara yang perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian
iaitu kualiti pemerhatian, bentuk perancangan dan rekod pemerhatian.
Kualiti Pemerhatian
Kualiti pemerhatian menjelaskan ciri-ciri seorang guru yang baik dalam membuat
pemerhatian supaya pemerhatian yang dilakukan mempunyai kualiti yang tinggi.
Ciri yang pertama ialah guru mestilah mempunyai pengetahuan mendalam
dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya. Hal ini penting
agar guru tersebut dapat memberi alasan yang kukuh atau jawapan yang boleh
diterima akal ketika disoal mengenai pemberian markah terhadap pelajar. Guru
perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan dan
pembelajaran.
Kepekaan guru akan memberi impak terhadap markah pelajar tersebut. Di
samping itu, guru juga mesti yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan
yang diambil terutama sekali terhadap pemberian markah pelajar. Sikap ini amat
penting supaya semua individu berpuas hati terhadap markah yang mereka
peroleh. Sikap ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil
terhadap sesuatu perkara merupakan tunjang dalam semua kejayaan. Jika guru
tersebut tidak bersikap adil, keadaan akan bertambah teruk dan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat diukur dengan tepat.

BENTUK PERANCANGAN
Perancangan merupakan perkara yang paling penting dalam menjayakan
sesuatu matlamat atau objektif. Oleh itu, penilaian melalui pemerhatian juga
mengandungi bentuk perancangan yang tersendidri. Perancangan yang
dilakukan mestilah rapi dan tersusun mengenai ujian pemerhatian yang akan
dilakukan. Antara perkara yang perlu dirancang secara rapi ialah penyediaan
alat yang releven dengan jenis pemerhatian serta menentukan kaedah untuk
mentadbirnya.
Selain itu, teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor juga perlu
ditentukan agar maklumat yang didapati tidak tercicir dan dapat
didokumentasikan dengan segera.Merangka tindakan susulan yang akan
dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian adalah
amat penting bagi membaiki kelemahan dan meningkatkan kualiti pemerhatian
yang dilakukan.

MEREKOD PENILAIAN PEMERHATIAN
Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara
tersusun dari segi pendekatan, menajalankan tugas, cara merekod dapatan atau
rumusan dan tidakan susulan yang akan diambil.
Pendekatan merupakan kaedah individu atau berkumpulan semasa
menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara
pelaksanaan perlu direkod dengan jelas.
Menjalankan tugasan pula membawa maksud cara individu mengendalikan
tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
Cara merekodkan dapatan dan rumusan mengenai dapatan dan rumusan
hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
Tindakan susulan pula merupakan rekod tindakkan susulan melalui hasil yang
akan dicapai.





JENIS PEMERHATIAN
Pemerhatian boleh dilakukan mengikut tujuan dan aspek yang hendak
diperhatikan atau dinilai.oleh itu, terdapat tiga jenis pemerhatian yang boleh
dilakukan oleh guru iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian
dan tanggapan, memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran
terbuka dan memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang.
Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan
bermaksud guru tersebut hanya melaporkan apa saja yang dilihat dan tafsiran
bukan untuk penilaian semasa tetapi untuk membuat hipotesis yang diperolehi
selepas menemu bual individu yang berkenaan. Jenis pemerhatian ini walaupun
hanya membuat tafsiran berdasarkan apa yang dilihat tetapi penilaian tidak
dibuat secara terus dan markah yang diberikan masih boleh diubah selepas sesi
menemu bual dijalankan.
Jenis yang kedua iaitu memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara
berfikiran terbuka bermaksud menilai bukan pada satu aspek sahaja tetapi
meliputi aspek kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang merupakan penilaian
dalam bentuk sekuen iaitu penilaian secara berperingkat. Keadaan ini akan
memberi dapatan yang berkesan dan bermakna mengenai perkembangan
proses terhadap sesuatu tugasan yang dilaksanakan.

STRATEGI PELAKSANAAN
Pemerhatian dapat dijalankan mengikut pelbagai strategik yang dirasakan dapat
membantu menjayakan pelaksanaan pemerhatian yang dilakukan. Antara
strategik yang boleh dilaksanakan ialah pelaksanaan secara berterusan
mengikut keperluan yang telah dikenalpasti atau dirancang, menggunakan
senarai semak, melakukantindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian,
memastikan bahawa jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan
kaedah dan keperluan, maklum balas mestilah diperolehi daripada guru dan
pelajar dan akhir sekali membuat refleksi tentang pengalaman bahan
dikategorikan sebagai pemerhatian.
FUNGSI PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN.

Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif
pelajar.
Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai
maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

- PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN






INTERAKSI 7
KAEDAH PENILAIAN BAHASA
- PENILAIAN MELALUI KONTRAK
- PENILAIAN MELALUI SOAL JAWAB













INTERAKSI 8
KAEDAH PENILAIAN BAHASA
- PENILAIAN MELALUI PROJEK
- PENILAIAN MELALUI KERTAS KERJA













INTERAKSI 9
PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA
- PENILAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN
BERTUTUR
- PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA
- PENILAIAN KEMAHIRAN MANULIS











INTERAKSI 10
- FORUM
- DEBAT
- PIDATO
- PANTUN
- SAJAK
- CERAMAH
- SYARAHAN










INTERAKSI 11
PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN
- DEFINISI
- CIRI













INTERAKSI 12
PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK
- BROSUR
- IKLAN
- POSTER
- WEB
- POWER POINT











INTERAKSI 13
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

- RASIONAL
- CIRI-CIRI
- PRINSIP
- ASPEK PENILAIAN











INTERAKSI 14
PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
- INSTRUMENT
- PENGGREDAN
- PROSEDUR PELAKSANAAN
- RUMUSAN












INTERAKSI 15
PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN
- DEFINISI
- CIRI
- PELAKSANAAN