Anda di halaman 1dari 19

1

1.0 PENGENALAN
Pendidikan Prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah
mendapat perhatian di semua peringkat masyarakat kerana ia merupakan
pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selain daripada
pendidikan yang diterimanya di rumah. Di Malaysia, program pendidikan
prasekolah adalah satu program pendidikan untuk golongan kanak-kanak
berusia antara 4 hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara
formal di Tahun Satu sekolah rendah (Garis Panduan Kurikulum Prasekolah,
1998)
Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan
keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang
hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai
perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi
perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.
Menurut Caplan 1973, main sebagai penentu panting bagi perkembangan
kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan
intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan
ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman
tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan
kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang
dimainkan dalam bilik darjah teka- teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-
kad bergambar, catur dan sebagainya.
Selain itu, bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia
merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan
kegembiraan dan keseronokkan. Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak
bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan
bermain. Semasa bermain, mereka bebas daripada segala peraturan. Melalui
permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak
2

melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy
bersesuaian dengan pandangan Rubin,Fein, dan Vendenberg (1983).
Dalam membincangkan ciri-ciri bermain, mereka menyebut :
Pertama : main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri berlaku hanya
untuk kepuasan semasa melakukannya.
Kedua : Ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada kebebasan memilih
oleh peserta. (Fergus, 1995,2)
Mengikut Vygotsky (1967), main membantu perkembangan bahasa dan
pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat,
ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan
kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia
sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperoleh proses pemikiran yang tinggi
melalui bermain.
Jerome Singer (Spodek 1987), menganggap imaginative play sebagai
usaha kanak-kanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka dalam
menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan,
kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan
dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif.
Secara ringkasnya aktiviti bermain dapat memberangsangkan
perkembangan bahasa. Dalam konteks main bebas, kanak-kanak dapat melatih
bahasa yang baru dikuasai, mempelbagaikan perbendaharaan kata serta
membenarkan kesalahan dan pembetulan bahasa. Selain itu, aktiviti main yang
berlainan sama ada main sosial atau main kognitif juga akan
memberangsangkan aspek-aspek perkembangan bahasa yang tertentu.



3

1.1 Pendekatan
Pendekatan membawa maksud kaedah iaitu cara-cara atau langkah-langkah
yang diambil bagi memulakan serta melaksanakan tugas bagi mengatasi
masalah.
1.2 Belajar Melalui Bermain
Menurut Mok Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi
Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang
kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura dalam
keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-
kanak. Permaian merupakan saluran yang boleh mengembangkan
perkembangan kanak-kanak ke tahap yang optima.
Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan pengalaman
yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak. Menurut
Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain
adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang
kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan
dan bermakna.
1.3 Proses Pembelajaran
Menurut Kamus Dewan (1970), pembelajaran ialah proses belajar dan
menerima pengetahuan daripada pengajaran guru. Melalui pembelajaran secara
formal, seorang kanak-kanak akan mengguna dan menajamkan deria
penglihatan, pendengaran, rasa hidu dan sentuh. Mereka juga dapat berinteraksi
dengan alam sekitarnya sesuai dengan minat dan daya kreatif mereka.



4

1.4 Prasekolah
Dikenali juga dengan istilah pendidikan awal kanak-kanak termasuk istilah
kindergarten dan nursery. Dalam Kamus Dewan (2002), menyatakan
prasekolah ialah situasi di mana kanak-kanak sebelum memasuki sekolah atau
tadika/tabika.

















5

2.0 PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN
Pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum (2003) adalah satu pendekatan yang terancang dan
berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang
menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain dirancang
supaya penekanannya dalam proses pnp kerana melalui bermain mereka
dengan gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan dan
pembinaan melalui pengalaman langsung secara semulajadi.
Oleh itu, penekanan kepada pendekatan ini, menjadikan proses pnp itu
menggembirakan di samping keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi
memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan motor halus, serta
meningkatkan kemahiran berfikir secara krestif dan inovatif. Pusat
Perkembangan Kurikulum menggariskan ciri-ciri pendekatan belajar sambil
bermain yang menggembirakan, melibatkan penerokaan dan interaksi kanak-
kanak dengan persekitaran, melibatkan percubaan idea kanak-kanak sendiri,
memberi peluang kanak-kanak untuk menumpukan perhatian dan kelonggaran
masa bermain.
Imam Al-Ghazali (Hassan Langgulung) 1979, menitikberatkan bermain
bagi kanak-kanak kerana dengan bermain kanak-kanak boleh mengembangkan
sifat semulajadi mereka disamping menyuburkan tubuh dan menguatkan otot-
otot. Beliau juga menyatakan bermain boleh kegembiraan, kerehatan bagi
kanak-kanak selepas penat belajar. Pelaksanaan pendekatan belajar melalui
bermain hendaklah dijalankan dengan mengambil kira hasil pembelajaran yang
ingin dicapai dan ditentukan.
Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan murid-
murid. Bahan konkrit, benar dan bermakna disediakan untuk menggalakkan
komunikasi dan imaginasi. Dan terpenting sekali ialah, permainan itu menarik
minat dan menggembirakan murid. Melalui pendekatan ini juga akan dapat
mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran dari umum kepada yang lebih
6

spesifik. Ia juga dapat meningkatkan keupayaan kognitif. Selain itu,
bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Pendekatan ini juga
dapat meningkatkan penguasaan kemahiran emosi, mengukuhkan
perkembangan fizikal, menguasai kemahiran manipulasi, menguasai daya reka
cipta serta konstruktif dan diharap kanak-kanak dapat melahir dan menyatakan
perasaan sendiri.
2.1 Kategori Main dan Jenis Main
Main terdiri daripada dua kategori iaitu main sosial dan main kognitif. Main sosial
terdiri daripada main solitari, main pemerhati, main selari, dan main koperatif.
1. Main solitari ( bermain seorang diri )- suka bermain seorang diri dan
jarang bergaul dengan org lain.
2. Main pemerhati Kanak-kanak memerhati kanak-kanak lain tanpa
melibatkan diri secara langsung.
3. Main selari Kanak-kanak main secara berdikari dengan objek yang
sama atau serupa.
4. Main gabungan Kanak-kanak bergabung tenaga dan member
sumbangan masing-masing.
5. Main Koperatif Kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti tersebut diberi
peranan dan objek khusus; mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Bagi kategori main kognitif pula terdiri daripada lima jenis main iaitu:
1. Main fungsian - Kanak-kanak menggunakan tubuh mereka untuk berlari,
melompat atau memanipulasi objek agar dapat belajar mengenai dunia
sekeliling.
2. Main konstruktif Kanak-kanak menggunakan objek-objek untuk
mencipta struktur atau bentuk, misalnya:bermain dengan blok, lego dan
sebagainya.
7

3. Main Fantasi Kanak-kanak mencipta aktiviti baru yang berada di luar
dunia ini berasaskan imaginasi dan daya kreativiti mereka.
4. Main dramatik Kanak-kanak main peranan untuk menjadi seseorang
misalnya menjadi orang dewasa ( doktor, jururawat dan guru) atau haiwan
(harimau, beruang dan buaya).
5. Mainan yang berperaturan Aktiviti di mana kanak-kanak menentukan
atau menggunakan peraturan bagi perjalanan aktiviti main tersebut.

2.2 Main dalam Kurikulum
Dalam dunia pendidikan prasekolah, pendidikan dilaksanakan berdasarkan
kurikulum yang digunapakai. Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya
dari perspektif kurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas
tanpa perancangan tetapi main yang mempunyai unsur seperti :
- Main yang terancang
- Main yang bersturktur
- Main yang fleksibel
- Memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif
Untuk itu dalam perancangan dan pelaksanaan bermain, sambil belajar,
main merupakan perkara penting dalam merealisasikan aktiviti bermain dalam
pendidikan prasekolah, khususnya dalam membantu perkembangan kanak-
kanak dan ianya tidak akan bermakna tanpa perancangan yang teratur. Antara
perancangan adalah pemilihan bahan main sama ada bahan jenis menumpu
atau mencapah. Banyak pendapat yang boleh manjadi panduan kepada
penggunaan bahan main. Antara yang telah disebut oleh Hughes (1999) yang
menyatakan Divergent objects may guide children to numerous approaches,
leading them to appreciate the fact that problem may have multiple solution.
Banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam main. Antaranya
ialah :
8

- Menggalakkan imaginasi
- Memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba
- Menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan sosial
- Membina keyakinan diri
- Berorientasikan proses bukan hasil
Dan lain-lain kebaikan terutama yang banyak melibatkan jenis bahan
seperti , bahan kemahiran, bahan motor kasar, bahan manipulatif, bahan binaan,
bahan peluahan kendiri dan bahan semulajdi. Main bukan sahaja dianggap
penting dewasa ini malah sejak dari dahulu lagi. Tidak hairan jika dalam abad
ke21, main diambil sebagai salah satu dari kaedah pendekatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.
2.3 Trend Ikutan Abad Ke 21
Mengikut trend terkini dalam sistem pendidikan prasekolah, kanak-kanak
telah menjadi topik perbualan penting terutamanya jika isu pendidkan
ditimbulkan. Isu kanak-kanak telah menjadi fokus utama untuk segala pelakuan
pihak-pihak yang tertentu baik ibu bapa mahupun pembuat dasar polisi, individu
perseorangan dan badan tertentu. Trend sebegini telah membawa kepada
kedinamikan perancangan dan pengurusan bilik darjah prasekolah, khususnya
dalam konteks di Malaysia.
Kurikulum Kebangsaan Prasekolah sering dijadikan sebagai panduan
untuk proses pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Malangnya kurikulum
yang menjadi garis panduan untuk proses pembelajaran kanak-kanak tidak
begitu nampak ketara penggunaannya di prasekolah yang wujud di Malaysia
kecuali di prasekolah Annex. Inilah yang menjadi isu kepada ketidakseragaman
amalan pnp dan kurikulum dipelajari oleh kanak-kanak di mana-mana prasekolah
yang wujud. Mahupun wujud perbezaan ini, aktiviti bermain sentiasa dianggap
9

sesuatu yang perlu wujud tidak mengambil kita jenis tadika, bilangan guru
berkelayakan dan lain-lain.
Dalam konteks di Malaysia, program pendidikan prasekolah merupakan
program tidak formal untuk murid berumur antara 4 hingga 6 tahun bertujuan
untuk menyediakan murid dengan kehidupan seharian dan juga persediaan
untuk menghadapi pendidikan formal sekolah rendah. Kurikulum Prasekolah ini
dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai pendekatan terutama bermain
sambil belajar di samping pendekatan bersepadu, dan bertema serta ICT. Garis
panduan yang sedemikian di dalam kurikulum prasekolah kebangsaan
menampilkan satu persamaan iaitu penglibatan aktiviti menyeronokkan. Jelas
sekali pendekatan yang digunapakai menunjukkan keseriusan aktiviti bermain
digunakan oleh guru yang kadang kala sebagai aktiviti yang dianggap banyak
membuang masa kanak-kanak oleh sesetengah pihak.
Kepentingan bermain dalam dunia pendidikan kanak-kanak khususnya di
prasekolah memerlukan orang dewasa sebagai individu yang bertanggungjawab
dalam kehidupan belajar kanak-kanak. Salah satu peranan penting ialah
mewujudkan persekitaran yang penuh kasih sayang dan merangsang minda
serta fizikal kanak-kanak. Oleh itu, adalah penting bagi kita menggunakan
kemahiran yang boleh membantu kanak-kanak untuk melaksanakan
tanggungjawab kita dengan baik.
Seseorang kanak-kanak itu mula menyerap maklumat sejak dia dilahirkan
(Maria Montessori). Maklumat-maklumat itu sebahagian besarnya diperolehi
daripada ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya dalam
pembelajaran awal kanak-kanak mereka, dan peranan mereka sebagai guru
adalah penting. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti bermain kanak-kanak boleh
dihubungkaitkan dengan perkembangan intelek dan emosi kanak-kanak (Singer
1973; Dun dan Wooding 1977). Suatu kajian berskala kecil (Manaf, Norimah,
Sharifah, Wong 2007) yang telah dilakukan oleh sekumpulan pelajar sarjana
pendidikan awal kanak-kanak di bawah penyeliaan penulis telah membuktikan
bahawa penglibatan positif ibu bapa dapat meningkatkan daya kekreatifan
10

kanak-kanak. Begitu juga dalam kajian oleh Swadener dan Hohnson (1989) yang
telah membuktikan pendapat yang sama.



















11

3.0 KEPENTINGAN MAIN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-
KANAK
Terdapat banyak contoh untuk aktiviti bermain.Antara beberapa aktiviti
yang boleh dianggap sebagai main atau bermain ialah main darama, menyanyi,
berlakon, dan bercerita dan lain-lain contoh yang boleh dikategorikan di bawah
definisi main. Drama yang digunapakai sebagai salah satu aktiviti di prasekolah
boleh membina konsep kendiri yang positif kepada kanak-kanak dan
memberikan kepada mereka pengalaman bahawa terdapat jawapan yang betul
atau salah seperti kata McCaslin (2000).
Terdapat banyak kajian terkini ke atas pentingnya bermain di kalangan
kanak-kanak tadika atau prasekolah (Jensen 2000,2001; Shore 1997;Christie
2001;Frost & Wortham 2001). Kajian mereka menyatakan play is a scaffold for
development, a vehicle for increasing neural structures and a means by which all
children practice skills they will need in later life. Banyak lagi kepentingan main
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang berlaku secara
langsung dan tidak langsung. Bahagian berikut ini akan menerangkan
perkembangan yang tertentu.
3.1 Perkembangan Fizikal
Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat
dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus
serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan
gembira sewaktu aktiviti-aktiviti menggunakan bahagian-bahagian anggota
badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan
kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin dan
boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan,
keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat
diperlukan (Berk 1995, Fromberg 2002, Holes & Geiger 2002, McCune & Zanes,
2001, Murata & Maeda 2002, Santrock 2003)

12

3.2 Perkembangan Sosial dan Emosi
Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada
pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial serta emosi kanak-kanak.
Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai
penyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986;
Creasey, Jarvis & Berk 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu
lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan
mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main
dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk
meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan
orang lain, mengawal emosi dan belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh
berkongsi kuasa.
3.3 Perkembangan Kognitif
Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan
pembelajaran kanak-kanak (Kumar & Harizuka,1998; Lieberman 1977). Mereka
telah mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan
sikap (McCune & Zanes 2001 : Smilansky & Shifatya, 1990); kreativiti &
pemikiran divergent (Dansky, 1980; Holmes & Geiger 2002); pengambilan
perspektif (perspective-taking) (Burns & Brainerd, 1979); memori (Jensen, 1999,
2000; Garder 1993)
Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran melibatkan operasi
mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel & Bruner
ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain. Namun, jika main untuk digunakan
sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran ia akan meninggalkan kesan
negatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.



13

4.0 PERANAN GURU DALAM MENGGALAKKAN BERMAIN
Marison 1995 menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu
permainan di pusat-pusat persekolahan, guru memainkan peranan yang penting
untuk mencipta persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan
daya berfikir kanak-kanak.
Menurut Joan Packer Isenberg dan Mary Renck Jalongo (2003), sebagai
langkah awal untuk memastikan aktiviti main dapat digunakan dengan lebih
berkesan, guru-guru perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran
seperti :
- Menyedari bahawa guru prasekolah akan dikelilingi oleh budaya
yang pelbagai dan kemahuan-kemahuan dari pelbagai kumpulan
kanak-kanak.
- Menyedari bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan
keupayaan untuk melakukan pelbagai perkara serentak, membuat
beribu keputusan serta merta setiap hari dan berupaya
menyesuiakan diri secepatnya dan menjadi fleksibel kepada
perubahan.
- Memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman
yang tidak langsung dan menjadikan ianya berguna dan bermakna
serta menyeronokkan kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak
yang mempunyai latar belakang pendidikan yang agak kurang baik
dan juga tidak dapat memenuhi keperluan asas mereka.
- Mengetahui bahawa guru akan memasuki satu profesion yang
kadang kala mempengaruhi emosi dalam bidang yang mencabar
ini terutama dalam hubungan interpersonal. Mereka mungkin akan
berasa cepat letih terutama dari segi minda terhadap pelbagai
program yang direncana dan dilaksanakan serentak.
14

- Harus diingat bahawa guru yang terbaik adalah yang paling cepat
belajar. Kecuali guru itu seorang yang belajar sepanjang hayat di
mana sentiasa mengambil berat terhadap kemajuan dan
perkembangan profesionalisme dan menjadi seorang model pelajar
yang mana kanak-kanak akan contohi dan keberkesanan ini lambat
laun akan berkurangan.

















15

5.0 IMPAK PENDEKATAN BERMAIN SAMBIL BELAJAR
Seperti yang sedia maklum, belajar didefinsikan sebagai memperolehi ilmu
pengetahuan atau kemahiran (Kamus Inggeris Melayu Dewan, 1992). Jadi,
semasa memperolehi pengetahuan, pelbagai pendekatan yang digunakan oleh
guru untuk memantapkan pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah.
Antara pendekatan tersebut adalah pendekatan bermain sambil belajar. Melalui
pendekatan ini, pelbagai impak positif terhadap murid-murid melalui pendekatan
ini. Pendekatan bermain sambil belajar mampu mengukuhan kemahiran konsep-
konsep pembelajaran dari umum ke spesifik (konkrit ke abstrak). Ini adalah
kerana konsep-konsep tersebut dijelaskan oleh guru secara lagsung atau tidak
langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Selain itu, pendekatan ini banyak menumpukan kepada aktiviti pergerakan
kerana murid-murid bermain semasa proses pembelajaran. Jadi, melalui aktiviti
tersebut, murid-murid boleh mengukuhkan perkembangan fizikal disamping
kemahiran pergerakan motor kasar dan motor halus murid-murid. Selain itu,
murid-murid juga boleh menguasai kemahiran manipulatif selain menguasai daya
reka cipta serta konstruktif. Contohnya, murid-murid diminta oleh guru untuk
membina bangunan melalui blok-blok kayu yang disediakan di prasekolah. Jadi,
melalui blok-blok kayu tersebut kanak-kanak boleh menguasai daya reka cipta
hasil bangunan yang dibuat oleh mereka.
Seterusnya, murid-murid boleh melahirkan disamping menyatakan perasaan
melalui pendekatan ini. Semasa aktiviti di lakukan dalam bilik darjah, murid-murid
akan bergerak secara aktif bagi melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan
oleh guru. Jadi, bagi murid-murid yang merasakan aktivit tersebut
menyeronokkan akan menunjukkan perasaan mereka melalui penglibatan
mereka dalam kelas.
Dalam setiap aktiviti yang dijalankan, guru akan memberi peraturan terlebih
dahulu sebelum menjalankan aktiviti.Tujuan disediakan peraturan adalah bagi
mengawal keadaan kelas disamping mengelak kecederaan dan kemalangan
16

semasa menjalankan aktiviti. Secara tidak langsung, peraturan yang disediakan
akan menjadikan murid-murid menjadi lebih berdisiplin serta patuh kepada
arahan yang diberikan. Aktiviti yang dikelolakan oleh guru bukan hanya dalam
bentuk individu sahaja, tetapi turut dijalankan dalam bentuk berkumpulan. Oleh
itu, kebiasaannya guru akan melantik beberapa orang murid sebagai ketua
kumpulan. Melalui perlantikan tersebut, murid-murid boleh belajar kepimpinan
serta bertanggungjawab terhadap amanah yang telah diberikan.
















17

KESIMPULAN
Berdasarkan huraian dalam bab ini, permainan merupakan aktiviti yang
paling penting untuk kanak-kanak prasekolah. Kanak-kanak belajar melalui
permainan kerana permainan merupakan cara semula jadi kanak-kanak
mengenal dunia dan persekitarannya. Ada pelbagai teori tentang tujuan dan
fungsi permainan. Melalui permainan mereka dapat mempelajari peranan-
peranan individu mereka.
Kedua, telah didapati kanak-kanak mempunyai tenaga berlebihan dan kita
dapati kanak-kanak sentiasa bermain sama ada di dalam ataupun di luar tadika.
Menurut teori Cathartic, adalah dipercayai kanak-kanak menggunakan
permainan sebagai cara menghilangkan rasa kekecewaan dan emosi serta
mengurangkan ketegangan. Menurut Piaget pula, permainan merupakan
peranan asimilasi, iaitu kanak-kanak boleh menerima maklumat yang membantu
perkembangan melalui permainan.











18






















19

Anda mungkin juga menyukai