Anda di halaman 1dari 9

Asal usul sejarah

SETIAP tahun, apabila Disember ditinggalkan, muncul Januari yang


menandakan bermulanya tahun baru. Semua ini sudah ditempuhi manusia sejak
beratus-ratus tahun lalu iaitu apabila kalendar pertama wujud.
Namun, masih ramai yang tidak tahu sejarah dan perkembangan kalendar. Ini
mungkin kerana topik ini bukanlah sesuatu yang penting untuk diambil tahu,
lebih-lebih lagi penetapan tarikh adalah perkara rutin dalam kehidupan harian.
Sehubungan itu, sisipan RONA cuba mengimbau sejarah perkembangan
kalendar dan peranannya dalam kehidupan manusia sempena kedatangan 2012.
Namun, sebelum memahami mengenai kalendar atau takwim ini, definisi
kalendar itu perlu diketahui. Secara umumnya, kalendar atau takwim adalah satu
sistem pengiraan masa menggunakan hari dan bulan.
Tarikh sesuatu hari itu biasanya ditentukan berpandukan kepada objek
astronomi seperti matahari atau bulan. Takwim juga adalah satu objek nyata
yang menjelaskan sistem itu.
Takwim atau kalendar boleh dibahagikan mengikut objek astronomi Kalendar
Suria (Solar), Kalendar Qamari atau Lunar (Bulan) serta Kalendar Lunisolar
(bulan dan matahari). Kalendar Suria adalah berpandukan matahari semata-
mata, iaitu mengikut perubahan musim. Contohnya, Kalendar Gregorian dan
Kalendar Julian.
Kalendar Lunar atau Qamari berpandukan bulan semata-mata iaitu mengikut
fasa bulan. Contohnya ialah Takwim Hijrah manakala Kalendar Lunisolar pula
mengikut kedua-dua bulan dan matahari - contohnya Kalendar Cina.
Dilaporkan, kalendar pertama yang wujud di dunia ini adalah kira-kira 4,000
tahun Sebelum Masihi oleh masyarakat Mesir purba. Orang-orang Mesir purba
menggunakan kalendar dengan 12 bulan 30 hari, untuk jumlah 360 hari untuk
setiap tahun dicampur lima hari tambahan pada akhir tahun. Manakala minggu
bagi setiap bulan adalah tiga minggu sepuluh hari.
Penentuan kalendar Mesir ini berdasarkan kiraan tahun solar iaitu 3,651/4 hari,
namun tidak mempunyai hari lompat setiap empat tahun untuk mengambil kira
hari pecahan (cara yang kita lakukan sekarang dalam kalendar Gregorian),
mereka membiarkan hari satu perempat terkumpul.
Bermaksud, ada tahun yang mempunyai hari yang lebih berbanding tahun yang
lain mengikut pilihan mereka. Mereka tidak meletakkan Hari Lompat pada bulan
tertentu, sebaliknya dipilih dalam mana-mana bulan yang disukai dengan syarat
setiap empat tahun sekali.
Dalam sistem kalendar kini, hampir semua negara mengikut kaedah sama iaitu
merujuk kepada kalendar Gregorian yang diubah berdasarkan kalendar Julian
yang mana 97 tahun daripada setiap 400 tahun menyelitkan 29 hari pada
Februari.
Jika ditanya kaedah atau kalendar mana paling sempurna, setiap satu
mempunyai perbezaan mengikut saat, minit, jam atau hari. Malah dikatakan
Gregorian yang digunakan secara meluas memerlukan perubahan dalam
tempoh beberapa ratus tahun akan datang.
Kalendar Gregorian
TAHUN Gregorian bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember.
Tahun Gregorian ada 365 hari pada tahun biasa dan 366 hari dalam tahun
lompat yang memberi panjang purata 365,2425 hari.
Ini adalah sangat dekat dengan purata 76 tahun kalendar Islam (berdasarkan
masa purata antara ekuinoks musim bunga berturut-turut yang kini 365,2424 hari
dan meningkat sedikit).
Kalendar Gregorian ini dicadangkan oleh doktor Aloysius Lilius, dari Napoli, Itali
dan kemudian mula digunakan Pope Gregory XIII pada 24 Februari 1582.
Kalendar ini dicipta kerana Kalendar Julian dinilai kurang tepat, berikutan
permulaan musim bunga lebih awal bukan lagi 21 Mac seperti yang dipraktikkan.
Pada awalnya, tidak semua negara mahu menggunakan kalendar ini. Britain
mula menerima pakai kalendar ini pada 25 Mac 1752 manakala Russia
menggunakannya pada 1918.
Kalendar Islam
KALENDAR Islam atau dikenali sebagai takwim Hijrah atau Takwim Islam pula
adalah Kalendar Lunar digunakan di kebanyakan negara Islam untuk
menentukan hari kebesaran Islam.
Kalendar ini berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.
Dalam takwim Hijrah, ada 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal,
Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal,
Zulkaedah dan Zulhijah. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi
lazimnya tidak dalam turutan yang tetap.
Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula selepas anak bulan
(hilal) kelihatan ketika matahari terbenam. Jika hilal tidak kelihatan selepas 29
hari pada bulan itu, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu
terang apabila bulan terbenam, maka, hari itu dikira sebagai hari yang ke-30.
Pencerapan atau rukyah itu haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan
dan mengakuinya di hadapan pemimpin negara.
Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Kab
ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah SAW. Peristiwa ketika pemerintahan
Khalifah Umar al-Khattab adalah titik tolak perubahan takwim hijrah yang mana
Khalifah Umar mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20
Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai
permulaan tahun Islam.
Dalam perbincangan itu, pendapat 'Ali ibn Abi Talib diterima dengan
mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad SAW dari
Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam. Mereka juga bersetuju
dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam
sejarah Islam.
Orang Arab menganggap permulaan hari ialah selepas jatuh matahari dan
berterusan sehingga jatuh matahari berikutnya, oleh itu malam mendahului siang.
Tetapi hari menurut syarak yang diberi definisi oleh fuqaha' dimulai dengan terbit
fajar sadiq sehingga jatuh matahari. Pada zaman sekarang, menurut orang
Eropah, hari dimulai pada tengah malam dan berterusan sehingga tengah malam
berikutnya.
Kalendar Cina
KALENDAR Cina pula mengikut kalendar lunisolar, iaitu sama jenis dengan
takwim Ibrani dan kalendar Hindu, yang menggabungkan unsur takwim qamari
dengan kalendar solar.
Di negara China sekarang, kalendar Gregorian digunakan untuk kebanyakan
kegiatan harian, namun kalendar Cina masih digunakan untuk menanda
perayaan orang Cina tradisi seperti Tahun Baru Cina, perayaan Duan Wu dan
Perayaan Kuih Bulan.
Sesetengah masyarakat Cina di seluruh dunia percaya dalam bidang astrologi.
Mereka menggunakan kalendar ini untuk memilih tarikh sesuai melangsungkan
perkahwinan atau merasmikan pembukaan bangunan baru.
Oleh kerana setiap bulan mengikuti satu kitaran bulan, kalendar ini juga
digunakan untuk menentukan fasa kitaran bulan. Di China, kalendar tradisional
ini dikenali sebagai kalendar pertanian manakala kalendar Gregorian dikenali
sebagai kalendar umum atau kalendar Barat.
Kalendar Julian
KALENDAR Julian diperkenalkan pada tahun 46 SM oleh Julius Caesar dan
mula digunakan pada tahun 45 SM. Kalendar ini dipilih selepas perundingan
dengan ahli astronomi Sosigenes dari Iskandariah. Ia direka bentuk hampir
menyamai tahun tropika yang digunakan sejak zaman Hipparchus lagi.
Tahun Julian merangkumi 365 hari yang dibahagikan kepada 12 bulan dengan
satu hari lompat ditambah pada bulan Februari setiap empat tahun. Oleh itu,
tahun Julian mempunyai 365.25 hari setiap tahun pada puratanya.
Kalendar ini masih digunakan dalam abad ke-20 di sesetengah negara dan
masih terus digunakan oleh kebanyakan gereja Ortodoks hingga hari ini.
Kalendar ini digantikan dengan kalendar Gregorian kerana terlalu banyak tarikh
lompat yang menyebabkan kekeliruan.
INFO
Orang Arab menamakan lima bulan dengan nama musim walaupun ia tidak lagi
tepat seperti dialami sekarang. Contohnya, Ramadan yang berasal daripada al-
Ramada' bermaksud sangat panas, tidak selalunya jatuh pada musim panas.
Begitu juga dua Jamad (Jamadilula/Jamadilawal dan Jamadilakhir) tidak
selalunya jatuh pada musim sejuk walaupun Jamad bermaksud beku.
Muharam pula dinamakan demikian kerana salah satu bulan yang diharamkan
berperang. Manakala Safar pula ertinya kosong, kerana isi negeri menjadi
kosong disebabkan penduduknya keluar berperang selepas Muharam.
Rabiulawal dan Rabiulakhir dinamakan demikian kerana kedua-duanya jatuh
pada musim bunga (Rabi') waktu nama itu diberikan. Rejab pula ertinya bulan
yang dihormati kerana mereka menghormatinya dengan meninggalkan
peperangan. Sehubungan itu, ia termasuk di dalam salah satu bulan haram.
Syaaban (bercabang) pula mendapat namanya kerana kabilah-kabilah Arab
berpecah dan bercabang untuk berperang selepas duduk diam pada bulan Rejab.
Dinamakan bulan Syawal kerana pada bulan itu unta mengangkat ekornya
kerana hendak mengawan, berasal daripada akar kata syala (mengangkat).
Zulkaedah ertinya duduk, iaitu bulan yang mereka duduk di rumah tanpa
peperangan. Zulhijjah pula diambil namanya daripada perkataan hajj (bulan Haji).
Perbezaan jarak antara tahun Hijrah dengan tahun Masihi ialah 622 tahun, tetapi
jarak perbezaan ini semakin berkurangan sedikit demi sedikit. Ini kerana setahun
Hijrah qamariyah mengandungi 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat.
Sedangkan setahun Masihi shamsiyah mengandungi 365 hari, 6 jam, 9 minit dan
9.5 saat dan perbezaan keduanya ialah 10, 11 atau 12 hari dalam setahun, iaitu
terpulang sama ada salah satu atau kedua-duanya tahun kabisah. Dengan
kiraan ini jelaslah bahawa setiap 33 tahun Hijriyah lebih kurang sama dengan 32
tahun Masihi. Oleh itu tahun Hijrah dan tahun Masihi akan bertemu atau sama
harinya pada setiap lebih kurang 33 tahun sekali.
Kalendar sudah pupus
Kalendar Aztec
Takwim Maya
Takwim Positivist
Kalendar Gregorian pertama kali digunakan di Itali, Poland, Portugal dan
Sepanyol pada 1582.
Kalendar Gregorian mempunyai pusingan 400 tahun dan menariknya 29
Februari 2008 jatuh pada Jumaat, hari sama pada 29 Februari 2408.
Orang Arab sebelum Islam menggunakan tahun Qamariyah sejak zaman dulu.
Namun, mereka hanya merekodkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku
pada masa itu. Umpamanya, tarikh pembinaan Kaabah pada zaman Nabi
Ibrahim dan Isma'il pada 1855 SM. Manakala tahun Gajah iaitu tahun yang
paling masyhur bersamaan dengan tahun 571 M.
Selepas wujudnya negara Islam, tahun Qamariyah masih diteruskan tetapi tidak
ditetapkan tahun-tahunnya. Oleh itu, kaum muslimin memberi nama tahun-tahun
itu dengan nama peristiwa besar yang terjadi. Antaranya ialah tahun pertama
(Tahun al-Izn) iaitu izin hijrah dari Makkah ke Madinah, tahun kedua (Tahun al-
Amr) iaitu tahun diperintahkan memerangi kaum musyrikin. Akhirnya tahun
kesepuluh yang dikenali sebagai tahun al-Wada' iaitu tahun haji al-Wada' atau
haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
- BERITA MINGGU


http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/info-terkini/12047-asal-usul-
kalendar.html
post 18.09.2014





Beberapa tokoh kalender Bali
I Ketut Bangbang Gede Rawi (alm) dan putra-putranya
I Wayan Gina
Kebek Sukarsa
I Made Bija
Pujian babadbali.com kepada tokoh-tokoh di atas. Masih ada yang lainnya, tetapi
karena sempitnya pengetahuan kami masih belum tertuang dalam kelir ini,
mohon informasi dari para semeton semuanya. Usaha mereka merupakan pelita
dalam temaramnya budaya Bali. Jaminan keajegan melalui kotak-kotak
berangka merah dan hitam sarat dan melimpah informasi sungguh pasti dapat
merenangi waktu tanpa khawatir tersendat, selama kalender Bali tetap diminati.
Terimakasih juga kepada perusahaan-perusahaan yang memperkenalkan
produk dan usaha mereka melalui pencetakan kalender Bali melalui berbagai
percetakan, mari kita dorong bersama ambang ketinggian budaya kita, agar tidak
direndahkan siapapun.

I K Bangbang G Rawi I Wayan Gina K Kebek Sukarsa


I Made Bija dan pu










WEDNESDAY, OCTOBER 27, 2010
Umar Al-Khayyam pencipta kalendar
UMAR Al-Khayyam adalah ilmuwan yang terkenal dalam bidang matematik,
astronomi, falsafah, perubatan, dan turut dikenali sebagai seorang penyair yang
hebat pada zamannya.

Nama sebenar beliau ialah Ghayyathuddin Abu Al-Fath Umar bin Ibrahim Al
Khayyam atau Al-Khayya.

Beliau dilahirkan pada 1040 Masihi dan gelaran Al-Khayyam yang bermakna
khemah dikatakan diberi kerana bapanya seorang pembuat khemah.

Umar Al-Khayyam seorang berpengetahuan luas, sangat pintar dan menghafal
banyak hadis Rasulullah SAW.

Beliau banyak mengarang buku ringkasan mengenai alam tabii, menulis risalah
mengenai alam semesta dan syariah serta sebuah kitab besar dalam bidang
aljebra yang boleh menyelesaikan masalah tingkatan kedua dengan cara
geometri dan algebra.

Beliau menyusun kaedah penting ilmu pengiraan dan cara untuk
menyelesaikannya sehingga menjadikan kitabnya, Maqalat fi al-Jabr wa al-
Muqabila dianggap sebagai penemuan terbaru dalam ilmu algebra.

Beliau pernah diarahkan Sultan Saljuq-Malikshah Jalal al-Din bekerja di balai
cerap dan ditugaskan menentukan kalendar solat yang tepat.

Umar Khayyam berjaya memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat
dan dinamakan Al-Tarikh-al- Jalali.

Selain itu, beliau juga menyumbang dalam bidang lain seperti pembangunan
kaedah menentukan graviti dan dalam bidang metafizik, beliau menulis tiga
buku.

Namanya turut menyerlah sebagai penyair terkemuka apabila hasil puisinya
Ruba'iyyat Al-Khayyam dalam bahasa Parsi diterjemahkan ke bahasa Inggeris
oleh Edward Fitzgerald.

Ruba'iyyat Al-Khayyam adalah keratan puisi empat bait, bait ketiga bebas
daripada ikatan bait manakala tiga bait yang lain pula terikat.

Manuskrip puisi itu mempunyai pengaruh sastera yang besar dengan tema dan
makna yang tersembunyi serta penuh falsafah yang dikagumi.

Umar Al-Khayyam adalah pencinta ilmu dan sentiasa berusaha menambah
pengetahuan, selain menyumbang ke arah pengembangan ilmu dalam pelbagai
bidang.

Tidak hairanlah jika 30 risalah ilmiah dan empat bukunya dalam bidang
matematik, masing-masing tiga buku metafizik dan fizik serta masing-masing
satu buku mengenai algebra dan geometri, menjadi rujukan hingga hari ini.

Sumbangannya dalam pembangunan ilmu matematik dan geometri memberi
faedah besar kepada pengembangan ilmu pengetahuan dan menjadi sumber
rujukan masyarakat Eropah.

Umar Al-Khayyam menghembuskan nafas terakhir ketika mengerjakan solat
selepas membaca kitab Al-Shifa', karangan Ibnu Sina.

Kecintaannya kepada pengetahuan menjadikan tuntutan ilmu satu bidang tanpa
batasan Al-Khayyam. Beliau adalah ilmuwan yang dikenang kerana jasanya
dalam bidang ilmu, kebudayaan, pembangunan dan kecemerlangan.

POSTED BY CINDAI
http://tokoh1038.blogspot.com/2010/10/umar-al-khayyam-pencipta-kalendar.html

Anda mungkin juga menyukai