Anda di halaman 1dari 31

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL

KANAK-KANAK (SHV 4193)

TUGASAN

PEMBENTANGAN

03 MAC 2010

PENULISAN ILMIAH

TAJUK

GAYA DAN KAEDAH PENGAJARAN GURU


PRASEKOLAH DALAM SAINS AWAL

NAMA

NOR FADZNI BT AZMI


MAIMUNAH BT JOHARI
NOOR FADHILAH BT RAZALI
ROSHIDAYANI BT ROHIM
NORHAMIZAH BT A.WAHAB

FAKULTI

SENI DAN MUZIK

JABATAN

TEKNIK DAN VOKASIONAL

TEMPAT

DEWAN KULIAH TAMAN BERNAM 1

SEMAKAN

EN ENCIK KAMARUL AZMAN B. ABD.SALAM

26 MAC 2010

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


FAKULTI SENI DAN MUZIK
PROGRAM : PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP (AT 31)
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
( SHV 4193 )

TAJUK :
GAYA DAN KAEDAH PENGAJARAN GURU PRASEKOLAH
DALAM SAINS AWAL
SEMESTER 2 SESI : 2009/2010
HARI/MASA KULIAH : 8.00-11.00 MALAM
KUMPULAN : A
DISEDIAKAN OLEH :
NOR FADZNI BT AZMI
MAIMUNAH BT JOHARI
NOOR FADHILAH BT RAZALI
ROSHIDAYANI BT ROHIM
NORHAMIZAH BT A.WAHAB

(D 20071029767)
(D 20071029789)
(D 20071029790)
(D 20071029803)
(D 20071029821)

SEMESTER : 6
DISEDIAKAN UNTUK :
ENCIK KAMARUL AZMAN B. ABD.SALAM

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
ISI KANDUNGAN
PERKARA

HALAMAN

PENGHARGAAN
1.0

PENGENALAN

2.0

DEFINISI PENGAJARAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH

DAN SAINS AWAL


3.0

GAYA DAN KAEDAH PENGAJARAN GURU PRASEKOLAH

4.0

KAJIAN-KAJIAN YANG TERDAPAT DI


DALAM NEGARA BERKAITAN PENGAJARAN GURU
PRASEKOLAH

13

5.0

ASPEK PENGAJARAN SAINS AWAL OLEH GURU PRASEKOLAH

6.0

5.1 PENGENALAN

18

5.2 SAINS PRASEKOLAH

19

5.3 TUJUAN DAN MATLAMAT

21

5.4 PENDEKATAN PENGAJARAN

22

PENUTUP

26

BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

PENGHARGAAN

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
Assalamualaikum wbt,
Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah izin dan rahmatnya, kami telah
berjaya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Di sebalik kejayaan kami
terdapat beberapa pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
semasa kajian dijalankan sehinggalah saya selesai menyiapkan tugasan ini.
Oleh itu, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi penghargaan
kepada pihak yang terbabit.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada dan Encik Kamarul
Azman B. Abd. Salam selaku pensyarah Asuhan dan Pendidikan Awal Kanakkanak (SHV 4193) yang telah banyak memberi bimbingan , teguran dan
membantu di dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa bimbingan beliau
tentunya kajian ini tidak dapat dijalankan dengan baik dan teratur.
Sekalung budi juga buat ibubapa dan rakan-rakan kumpulan yang selama
ini tidak jemu-jemu memberi segala bentuk pengorbanan , kewangan , nasihat
dan tunjuk ajar untuk memastikan hasrat murni ini tercapai.Tanpa sokongan dari
semua pihak tidak bermaknalah hasil kerja ini. Sesungguhnya kejayaan ini
hanyalah sebagai titik permulaan untuk perjalanan yang masih panjang.
Sekian terima kasih.

1.0 PENDAHULUAN

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
Menurut Shahizan dan Ahmad Shahabudin (2006) program prasekolah di
Malaysia adalah kanak-kanak yang berumur tujuh tahun kebiasaannya
menerima pendidikan dan asuhan di rumah. Sebilangan daripada mereka
berpeluang mendapat didikan tambahan di institusi-institusi prasekolah. Institusiinstitusi ini dikelolakan oleh beberapa badan tertentu seperti Kemas, Felda,
Pertiwi, Darul- Arqam, Polis Diraja Malaysia, Persatuan Tadika Malaysia dan
tadika-tadika persendirian. Semua institusi prasekolah ini mempunyai tujuan dan
rancangannya tersendiri selaras dengan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia
iaitu menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur
antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek
yang perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif
sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.
Namun, pada masa kini kerajaan telah mewajibkan pendidikan prasekolah
secara beransur-ansur oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Hal ini kerana
keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah
aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan
intelektual. Penekanan serius ini khususnya terhadap kanak-kanak yang berusia
antara 56 tahun. Mereka telah diberi pilihan sama ada mendapatkan pendidikan
prasekolah annex di sekolah-sekolah rendah kerajaan atau lain-lain institusi
pendidikan prasekolah. Bagi melahirkan generasi masa hadapan yang
cemerlang,

guru-guru

pendidikan

prasekolah

ini

seharusnya

komited,

berdedikasi, berkebolehan dan mempunyai sikap kasih atau altruistik terhadap


kanak-kanak.

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
Namun bagi memastikan objektif ini tercapai setiap guru perlu memainkan
peranan yang penting supaya kanak-kanak mengalami perkembangan menuju
arah dan aspirasi yang dijangkakan. Oleh itu, persediaan dan pengalaman awal
kanak-kanak memerlukan pembelajaran yang terancang, menarik dan relevan
dengan perkembangan semasa serta dapat memenuhi keperluan individu kanakkanak. Guru kepada kanak-kanak pada peringkat awal perlu lebih kreatif dan
fleksibel

dalam

pengajaran

mereka.

Mereka

harus

peka

pada

tahap

perkembangan dan ciri-ciri peribadi setiap kanak-kanak dan mengubahsuai


teknik pengajaran mereka mengikut keperluan kanak-kanak tersebut.
Hal ini bertujuan agar para guru boleh mengguna dan menterjemahkan
kurikulum mengikut kesesuaian peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan
minat murid. Untuk keberkesanan pendidikan awal kanak-kanak kurikulum perlu
dirancang dan di struktur mengikut titik permulaan pembelajaran kanak-kanak
mengikut apa yang mereka tahu dan boleh buat, melalui bahan atau kandungan
dan aktiviti pembelajaran yang sepadan dengan tahap dan keperluan kanakkanak, merancang aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang
kepada pengajaran dan pembelajaran di luar dan di dalam bilik darjah (Huraian
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003).

2.0

DEFINISI PENGAJARAN PRASEKOLAH DAN SAINS AWAL

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
Menurut Shahizan dan Ahmad Shahabudin (2006) pendidikan prasekolah adalah
satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang
berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke
Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil
Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran
meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah
yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang
berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan
terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi
pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.
Menurut Lee Shok Mee (1994) Sains merupakan sebuah proses
pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang
daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu atau
maklumat. Seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula
dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan
daripadanya. Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya
dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan
mengapa sesuatu perkara terjadi. Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil
ahli sains.
Pada peringkat sains awal, guru menyediakan peluang pembelajaran
sains dengan cara menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai,
menggalakkan kanak-kanak memerhati, mencuba, bertanya

soalan dan

menyelesaikan masalah, mengubahsuai dan membuat perkaitan antara satu

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
sebab dengan sebab musabab. Kanak-kanak juga mendapat pembelajaran
melalui pengalaman dan membuat rumusan saintifik daripada pengalaman.
Kepelbagaian pendekatan, teknik dan kaedah pengajaran prasekolah
dalam sains awal penting bagi mencapai

pembelajaran yang terancang,

menyeluruh dan mampu menarik minat murid kerana

menurut kajian,

pembelajaran yang pertama inilah yang akan menjadi asas kepada pengetahuan
sedia ada yang bakal mereka ada dalam minda bawah sedar.

3.0 GAYA DAN KAEDAH PENGAJARAN GURU PRASEKOLAH


Gaya dan kaedah pengajaran di dalam kelas amat penting dalam memastikan
perancangan program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanak-kanak
secara menyeluruh. Bagaimanapun apa jua perancangan yang dibuat, aktiviti itu
haruslah selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif pengalaman yang
sesuai (Rohaty & Abu Bakar Nordin, 1989). Pelbagai gaya dan kaedah
pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains awal di
peringkat prasekolah yang memerlukan guru berperanan dalam merangsang
pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan bagi
pendidikan prasekolah adalah melalui teknik belajar dalam bermain. Pendekatan
belajar sambil bermain ini adalah memerlukan satu pendekatan yang terancang
dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam
suasana yang mengembirakan dan dapat merangsang pemikiran kanak-kanak.
Menurut teori Carr, bermain adalah penting kepada kanak-kanak kerana melalui

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
bermain menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat
masing-masing (Kraus,1990). Dari aspek psikoanalisis pula, menurut Freud
bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan
mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk
berurusan dengan realiti sebenar (Kraus, 1990).
Terdapat banyak contoh aktviti bermain. Antara aktiviti yang boleh
dianggap sebagai main atau bermain adalah main drama, menyanyi, berlakon
dan bercerita. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung
rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor
halus dan kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak akan berasa seronok,
gembira dan aktif untuk melaksanakan aktiviti yang dijalankan. Ini membolehkan
kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih
selamat, lebih yakin dan boleh berdikari. Selain itu, dapat memudahkan guru
menyampaikan maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Berk,
1995; Mccune & Zanes, 2001; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Murata
& Maeda, 2002; Santrock, 2003)
Pengajaran dan pembelajaran guru juga boleh melibatkan kaedah
pendidikan elektronik terutamanya penggunaan alat bantuan pengajaran
berbantukan komputer (PBK). PBK merupakan satu kaedah yang sesuai untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ini kerana semua ciri-ciri multimedia
seperti teks, grafik, audio, video dan animasi yang interaktif terdapat dalam
perisian PBK yang sekaligus dapat meningkatkan pemahaman kanak-kanak
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan PBK ini bukan

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
sahaja boleh menarik minat kanak-kanak malah turut membantu guru memberi
tumpuan yang lebih terhadap setiap murid. Selain itu, PBK juga membabitkan
penggunaan banyak deria dan dimensi kecerdasan di kalangan kanak-kanak. Ini
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.
Tambahan pula, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains di
peringkat prasekolah memerlukan guru yang berperanan merangsang pemikiran
aktif dan kreatif kanak-kanak. Untuk merangsang pemikiran sedemikian, guruguru perlu merangka persekitaran pembelajaran dan memahami tahap
kebolehan kanak-kanak supaya sesuai dengan topik dan aktiviti sains. Sains di
peringkat prasekolah adalah dunia sebenar dan pengalaman harian. Ini secara
tidak langsung kanak-kanak dapat menghubungkaitkan sains yang dipelajari
dengan pengalaman harian mereka. Melalui penggunaan PBK, guru-guru dapat
menarik minat kanak-kanak yang secara semulajadinya sukakan benda-benda
yang menarik. Perisian PBK yang dilengkapi dengan arahan-arahan secara teks
dan audio yang jelas dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Ia juga mempunyai
objektif yang jelas, sesuai dengan tahap dan kemahiran kanak-kanak, interaktif,
dan mempunyai grafik-grafik yang menarik dan pelbagai.
Pada peringkat prasekolah, guru-guru juga perlu memahami aras
pemikiran

kanak-kanak.

Pemikiran

kanak-kanak

didapati

masih

belum

berkembang seperti orang dewasa (Rohaty & Abu Bakar Nordin, 1989). Pada
peringkat ini terdapat beberapa perkara pokok menjadi perbezaan besar di
antara pemikiran orang dewasa dengan kanak-kanak. Jadi, apabila guru
memberikan penerangan atau berbincang dengan kanak-kanak, jangan

10

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
menganggap mereka itu orang-orang dewasa yang kecil. Oleh itu, guru-guru
perlu menggunakan bahasa yang jelas, suara yang lembut dan menimbulkan
suasana yang menarik semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila
memberikan

penerangan

kepada

kanak-kanak,

guru-guru

seharusnya

mengeluarkan buah fikiran yang dapat diberikan contoh-contoh yang konkrit.


Umpamanya, guru-guru mahu menerangkan bahawa kanak-kanak mesti
berhati-hati apabila makan. Sebab-sebab yang dijelaskan pada kanak-kanak
sepatutnya berkait dengan perkara yang mereka sendiri alami seperti tidak
tercekik, lebih sedap makanan itu, tidak sakit perut dan muka tidak buruk
dipandang orang . Semua keadaan ini dapat didemonstrasikan pada kanakkanak.

Melalui

sebab-sebab

yang

diterangkan

dan

demonstrasi

yang

ditunjukkan, kanak-kanak akan lebih memahami apa yang guru sampaikan


dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, guru-guru juga perlu mempunyai kemahiran yang kreatif dalam
menyediakan bahan-bahan pengajaran. Amabile (1992) misalnya menyifatkan
institusi sekolah merupakan tempat paling penting untuk memupuk alam kreativiti
di kalangan kanak-kanak, khususnya dalam konteks prasekolah. Ini bertujuan
supaya bahan-bahan yang digunakan dapat mewujudkan suasana seperti
kegembiraan, kesedihan, kekecewaan yang tidak dapat dinyatakan dengan katakata. Kreativiti yang dilaksanakan oleh guru perlu menarik minat kanak-kanak
untuk belajar. Misalnya belajar huruf melalui muzik yang keberkesannya lebih
berkesan kepada kanak-kanak.

11

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
Dalam pendidikan sains prasekolah pula, guru-guru perlu mencari kaedah
yang mudah dan paling sesuai. Ini untuk memudahkan guru menyampaikan
maklumat apa yang perlu dan kanak-kanak dapat menerima maklumat tersebut
melalui cara yang lebih praktikal dan mudah difahami. Contohnya menggunakan
alat bantu mengajar (ABM) ketika mengajar, menggunakan video dan audio dan
membawa bahan-bahan sebenar untuk ditunjukkan kepada kanak-kanak. Bagi
aktiviti misalnya guru menggunakan bongkah yang terdiri daripada pelbagai
bentuk dan warna. Kanak-kanak mengatur bongkah mengikut warna dan
menamakan warna itu dan memberikan beberapa bongkah yang sama warna
seperti yang dikehendaki oleh guru (Shahizan & Ahmad Shahabudin, 2006) .
Guru-guru prasekolah juga boleh merangka aktiviti secara berkumpulan.
Berbagai-bagai kegiatan dapat dijalankan untuk membangkitkan minat kanakkanak terhadap pembelajaran. Aktiviti kumpulan ini lazimnya meliputi berbagaibagai kegiatan yang berjalan serentak. Oleh itu guru-guru yang mengendalikan
kelas perlu fokus dan berusaha mendapatkan perhatian kanak-kanak dalam satu
jangka masa yang agak lama. Selain itu, guru-guru juga seharusnya peka
kepada kanak-kanak yang perangainya bukan sahaja berubah-ubah tetapi juga
berbagai-bagai (Rohaty & Abu Bakar Nordin, 2004). Jadi, aktiviti kumpulan yang
besar lebih sesuai dilakukan dalam masa sependek yang boleh.
Misalnya, apabila sesuatu cerita itu dibacakan atau disampaikan secara
lisan guru mungkin boleh menyertakan aktiviti - aktiviti seperti meminta kanakkanak melibatkan diri secara aktif semasa cerita dijalankan, membunyikan bunyibunyi yang terdapat dalam cerita dan bertepuk tangan pada tempat-tempat

12

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
sesuai. Dalam P&P sains pula, guru boleh menjalankan aktiviti mengumpulkan
biji benih mengikut bentuk, saiz, warna, tekstur dan jenis yang boleh ataupun
tidak boleh di makan. Melalui cara ini, kanak-kanak dapat bekerjasama dalam
kumpulan

untuk

membezakan

bahan-bahan

yang

diberikan

mengikut

pemahaman sendiri. Selain dapat meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi


antara mereka.

4.0 KAJIAN-KAJIAN YANG TERDAPAT DI DALAM NEGARA BERKAITAN


PENGAJARAN GURU PRASEKOLAH
Melalui jurnal pendidikan yang mengetengahkan isu dan masalah Pendidikan
dan kesusasteraan awal kanak-kanak yang ditulis oleh Chew Fong Peng,
Mahzan Arshad, Zahari Ishak dan Lau Sau Cheong mempersoalkan tentang
perkembangan kesusasteraan kanak-kanak. Misran Rokimin (2001) meneliti
sastera kanak-kanak sebagai agen pembangunan yang menjurus kepada
pembangunan diri seseorang manusia itu, sama ada emosi, pemikiran atau
kebahasaannya. Ketiga-tiga aspek ini akan terus berkembang, yakni semakin
banyak karya sastera yang dibacanya, semakin bertambah perkembangan
berlaku dalam diri kanak-kanak itu.
Misran Rokimin (2001) juga meneliti aspek yang menjadi kerisauan ialah
perkembangan awal kesusasteraan kanak-kanak dalam masyarkat adalah tidak
selaras dengan proses tumbesaran kanak-kanak tersebut. Dahulunya kanakkanak didendangkan dalam bentuk nyanyian, atau irama yang dinyanyikan ketika
kanak-kanak itu bermain, namun sebaliknya kini mereka tidak lagi didodoikan

13

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
dengan irama dan puisi tersebut oleh ibu bapa atau pengasuh. Masa dan
perubahan corak hidup masyarakat telah mengikis tradisi secara lisan dalam
masyarakat dan menukarkan bentuk dan sifat hubungan antara sastera dengan
kanak-kanak. Hari ini, tempat sastera telah diambil alih oleh sastera tulisan.
Salah satu kaedah yang lazim digunakan untuk merangsang dan
memupuk minat kanak-kanak melalui pembacaan karya-karya sastera adalah
dengan kaedah bercerita (Shahrun Nizal Mohd Nor, 2007). Kaedah bercerita ini
sememangnya dipraktikkan dalam pendidikan awal kanak-kanak, dengan
mengambil contoh kaedah pembelajaran yang dilakukan di pusat didikan kanakkanak, khususnya di peringkat prasekolah.
Terdapat banyak kekangan dalam pendidikan awal kesusasteraan ini
kepada kanak-kanak jenis buku yang perlu dibaca oleh kanak-kanak, malahan
buku teks tidak boleh membina tabiat membaca sepanjang hayat, kerana
matlamatnya lebih bersifat fungsional, manakala buku bacaan tambahan adalah
untuk membina kemahiran tertentu dan bersifat terkawal. Oleh yang demikian,
elemen penulisan yang bebas tidak digalakkan, melainkan program bacaan di
sekolah yang menekankan penggunaan bahan bacaan sastera dalam program
sastera merentasi kurikulum atau sastera dalam pengajaran bahasa. Dari segi
lain, berlakunya kesilapan tanggapan bagi sesetengah ibu bapa ataupun guru
(Othman Puteh, 2000), lantaran itu kriteria pemilihan buku kanak-kanak itu lebih
didasari kriteria dan kehendak orang dewasa. Kesan daripada perkara ini,
terhasillah karya, kritikan dan penilaian cerita kanak-kanak yang kurang atau

14

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
tidak memberi pertimbangan yang wajar dari segi mengisi keperluan kanakkanak itu sendiri.
Kajian yang dijalankan oleh Pullen dan Justice (2003) pula menekankan
peranan prasekolah. Bagi mereka, salah satu faktor penunjuk bagi pencapaian
pembacaan murid di sekolah ialah bilangan jam mereka dibacakan buku semasa
di prasekolah. Walau bagaimanapun, kajian Sperling dan Head (2002)
mendapati tiada perhubungan di antara tahap pembacaan dengan jumlah
bacaan di prasekolah. Hal ini, berlaku mungkin disebabkan masa untuk kanakkanak meluangkan masa di sudut bacaan kurang dan buku-buku tidak digunakan
dengan

berkesan

dalam

pembelajaran

dan

pengajaran

yang

boleh

menyebabkan kanak-kanak biasa dengan buku tertentu seterusnya berminat


terhadap buku tersebut bagi mendorong mereka untuk memotivasikan diri
membaca buku tersebut. Oleh itu, Sperling dan Head (2002) mencadangkan
supaya guru-guru membacakan buku setiap hari, iaitu lima kali seminggu kepada
kanak-kanak. Namun mereka mendapati bahawa tidak ada seorang guru pun
yang berbuat demikian. Adalah dipercayai kekurangan aktiviti pembacaan buku
oleh guru ini memberi kesan kepada tahap bacaan walaupun terdapat banyak
buku di bilik darjah.
Pembacaan yang diikuti dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
bahan bacaan tersebut akan menanam minat kanak-kanak terhadap bahan
bacaan. Pernyataan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Morrow Mcquillan
& Au (2001) terhadap bilik darjah dua menunjukkan bukti yang kuat bagaimana
akses kepada buku di dalam bilik darjah disertai aktiviti kesusasteraan yang

15

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
dibimbing oleh guru telah membawa kepada peningkatan pembacaan serta
peningkatan tahap pembacaan kanak-kanak. Jelaslah jumlah buku yang
mencukupi di bilik darjah sahaja tidak menjamin tahap pembacaan meningkat;
aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahan bacaan tersebut perlu diadakan agar
dapat menanam minat kanak-kanak terhadap bahan bacaan tersebut.
Brabham dan Murray (2006) telah membuat kajian membandingkan
bacaan literasi untuk kanak-kanak tadika apabila 12 orang guru membacakan
sepuluh buah buku bacaan kuat huruf, penekanan makna atau fonemik dan
menggunakan latihan kendiri dengan buku abjad menggunakan rakaman atau
penggunan cakera padat (CDROM) dalam jangka masa empat minggu.
Pengkaji telah mengajar 5 daripada 12 guru untuk membaca buku dengan
menekankan fonemik mewakili abjad dan lima orang lagi memfokuskan makna
perkataan dalam buku yang dibaca. Dalam setiap makna atau kumpulan yang
menekankan fonemik, guru mempunyai kanak-kanak yang menggunakan satu
daripada buku abjad ABC , berpusatkan penggunaan komputer dengan animasi
perisian cakera padat, atau berpusatkan pendengaran rakaman audio dan
cetakan. Sejumlah 152 kanak-kanak berjaya menghabiskan pra dan pasca
mengukur pengetahuan perbendaharaan kata dalam buku abjad, nama huruf,
fonetik berasaskan bacaan, dan mengenal fonem. Dapatan untuk mengenal
fonem menunjukkan hubungan yang signifikan antara jenis penekanan arahan
dan latihan media. Penekanan fonem digabungkan dengan latihan membaca
buku abjad sambil mendengar petikan menggunakan rakaman audio merupakan
cara pengajaran fonem yang lebih berkesan berbanding gabungan yang lain.

16

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
Statistik turut menunjukkan hubungan yang semakin meningkat daripada pra ke
pasca berdasarkan gabungan tersebut; buku abjad merupakan bahan yang amat
berguna untuk permulaan arahan literasi.
Dapatan ini mirip dengan kajian Loh Siew Lee (2004) di Malaysia yang
mendapati bahawa apabila teknik bercerita dalam bahasa Inggeris dilaksanakan,
kanak-kanak prasekolah berpandangan positif terhadap bahasa Inggeris di mana
sebahagian besar dari mereka dapat menguasai, berkomunikasi dan berminat
dalam bahasa Inggeris setelah guru menggunakan teknik bercerita dalam
pengajaran. Kajian yang lebih komprehensif dilakukan oleh Rio Sumarni
Shariffudin, Abdul Hafidz Haji Omar, dan Dayang Hajjah Tiawa Awang Haji
Hamid (2007) untuk mengenal pasti masalah pembelajaran membaca yang
dihadapi dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, membangunkan sebuah
perisian membaca dan menilai keberkesanan pembelajaran berbantukan
komputer terhadap pembelajaran membaca. Penyelidikan ini menggunakan
model sistem reka bentuk pengajaran ADDLE (Gordon & Zemke, 2000), iaitu
gabungan antara pendekatan penyelidikan kualitatif dan kuantitatif dalam satu
reka bentuk dengan menumpukan kepada pendekatan kualitatif sebagai satu
paradigma yang dominan.
Kepentingan kajian tindakan kepada para guru mendapat sumber maklumat
penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid,
keadaan murid dan suasana dalam bilik darjah dan sebagainya. Guru juga
dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan dan dapat
mempelbagaikan teknik pengajaran, memudahkan pencapaian kefahaman

17

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
pelajar sekaligus memahami dan memperbaiki amalan sendiri. Selain itu, guru
dapat meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih
aktif dan efektif. Kajian ini juga mendapati bahawa dapat menyediakan guru
sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima
perubahan dan membuat penilaian terhadap kurikulum dan ko-kurikulum.

5.0

ASPEK PENGAJARAN SAINS AWAL OLEH GURU PRASEKOLAH


5.1

Pengenalan

Kanak-kanak

sememangnya

berminat

mempelajari

perkara

yang

berhubung dengan kehidupan mereka. Bagi mereka dunia ini penuh


dengan pelbagai peristiwa dan benda yang menarik dan penuh dengan
misteri yang perlu diterokai dan difikirkan. Sains bagi kanak-kanak
bermula apabila mereka sedar mereka dapat belajar berhubung dengan
alam kehidupan melalui tindakan dan perlakuan mereka sendiri seperti
meniup belon atau buih sabun dan sebagainya.
Menurut Rohani Abdullah (2004) sains adalah cara kita berfikir dan
melihat dunia persekitaran kita. Sains adalah suatu proses eksperimen
yang berterusan dan mencuba jawapan terhadap kejadian dan tindak
balas yang berlaku di dalam persekitaran. Pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat
membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling.
Justeru, pendedahan awal dalam sains amat penting bagi membolehkan

18

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
kanak-kanak membina rasa tanggungjawab, prihatin serta hormat pada
alam sekitar.
Program

pendidikan

sains

prasekolah

seharusnya

memberi

peluang kepada kanak-kanak untuk menguasai kemahiran saintifik yang


diperlukan bagi mengkaji dan memahami alam. Selain itu, pengalaman
dalam sains juga seharusnya dapat membantu kanak-kanak membina
sikap dan minat yang positif dalam diri mereka.

5.2

Sains Prasekolah

Tabika-tabika kemas di seluruh Negara. Komponen perkembangan


kognitif terkandung dalam kurikulum ini di mana mata pelajaran Sains
turut terkandung sebagai satu komponen yang wajib diajar. Guru-guru
tabika kemas ini sebelum berkhidmat hanya diberi latihan selama 6 bulan
iaitu Kursus Asas Prasekolah. Guru-guru yang berkelulusan SPM ini tidak
didedahkan secara khusus kepada pengajaran Sains. Hakikatnya juga
guru-guru berkelulusan diploma hanya mengambil satu kertas kursus
yang berkaitan dengan Sains memerlukan bermacam-macam disiplin dan
kaedah untuk mengendalikannya, maka mengaplikasikan disiplin dan
kaedah sains ini perlu dilaksanakan sepenuhnya.
Sains adalah cabang ilmu pengetahuan yang mempunyai banyak
ciri dan perbezaan berbanding dengan disiplin ilmu yang lain. Sains
bermatlamat untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman
terhadap fenomena alam semulajadi. Guru yang tidak memahami dan

19

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
berpersepsi negatif akan menggagalkan proses pembelajaran di dalam
kelas. Pelaksanaan kurikulum merupakan satu proses yang kompleks.
Di samping itu, perubahan akan menimbulkan masalah. Oleh itu,
situasi ini perlu difahami agar tindakan berkesan dapat diambil untuk
mengatasinya. Sifat ingin tahu akan menjuruskan minat kanak-kanak
mencuba dan mengeksperimenkan sesuatu benda. Semakin banyak
mereka mencuba, semakin banyak mereka mempelajari sains. Pusat
perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan berusaha ke arah itu
di mana dalam Kurikulum Kebangsaan Prasekolah sudah memasukkan
pembelajaran awalan sains dalam perkembangan kognitif. Penerokaan
adalah aspek penting dalam proses saintifik. Melalui penerokaan, kanakkanak dapat mengembangkan kemahiran seperti membuat pencerapan,
mengelas dan membina soalan interaksi mereka dengan alam sekitar
membantu dalam membina kefahaman konseptual saintifik di samping
membentuk sikap dan sifat dalam sains antaranya keinginan untuk tahu,
tabah dan jujur.
Kepercayaan guru tentang sains sering mempengaruhi keputusan
dan tindakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains.
Dapatan-dapatan kajian menunjukkan peranan guru adalah penting dalam
usaha memupuk dan menanam sikap yang sesuai terhadap Sains. Kajian
turut menunjukkan sikap guru yang negatif atau neutral terhadap Sains
akan dapat dirasai dan menjadi ikutan murid-murid. Selain itu, sikap
kepercayaan serta nilai yang dihayati guru turut mempengaruhi corak

20

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
pengajaran dan meninggalkan kesan terhadap pembelajaran, kepuasan
dan keseronokan

serta perkembangan murid-murid. Memahami cara

guru membina kefahaman yang mencorak pengajaran mereka dalam


Sains

mempunyai

implikasi

kepada

pencapaian

matlamat

yang

dirancangkan dalam pendidikan Sains. Keyakinan guru boleh dibina


melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan mereka secara aktif. Antara
langkah yang boleh diambil ialah dengan memberi peluang dan masa
untuk membolehkan guru-guru menilai dan membuat refleksi terhadap
kepercayaan mereka tentang Sains dan pengajaran Sains dan keserasian
sistem kepercayaan tersebut dengan kurikulum yang perlu mereka
laksanakan. (Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003).

5.3

Tujuan Dan Matlamat

Menurut Zurida et. al (2008), pendedahan awal kanak-kanak ke atas


Sains adalah penting bagi perkembangan konsep-konsep saintifik serta
perkembangan intelek yang lain. Selain itu, beliau juga mengatakan
bahawa pendapat terkini menyarankan supaya pengalaman Sains
seharusnya dimulakan pada peringkat yang lebih awal lagi. Matlamat
pendidikan Sains untuk kanak-kanak dapat dilihat dari aspek kemahiran
dan pengetahuan. Aspek pengetahuan ditentukan oleh guru dengan
mengenal pasti perkara-perkara yang perlu dan penting untuk diketahui
bagi kanak-kanak dan berfungsi dalam persekitarannya

serta menarik

minat mereka.

21

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
Selain itu, beliau mencadangkan matlamat program pendidikan Sains
untuk kanak-kanak adalah untuk membolehkan kanak-kanak menjana
idea, masalah dan soalan serta menghubungkan objek dengan peristiwa
dan mengenal pasti persamaan dan perbezaan. Matlamat ini memberi
implikasi pendekatan hands-on dalam pengajaran Sains dengan member
ruang dan peluang messing about. Antara tujuan pendidikan Sains
adalah untuk membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan
kemahiran membaca kanak-kanak, memberi peluang kepada kanakkanak bagi mengkaji hubungan kesan dan akibat, membantu kanak-kanak
menguasai kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan sistematik
dalam membuat penakulan dan juga dapat membantu kanak-kanak
membina dan menghayati sikap dan nilai murni.

5. 4

Pendekatan Pengajaran

Mengajar

subjek

Sains

pada

peringkat

prasekolah

memerlukan

pendekatan yang berbeza daripada yang digunakan pada peringkat


rendah ataupun menengah. Pengajaran dalam mata pelajaran ini adalah
melibatkan kedua-dua proses dan isi kandungan atau konsep-konsep
Sains. Pada peringkat awal, tumpuan kepada Sains adalah lebih pada
komponen proses. Komponen ini memberi fokus ke atas cara yang
digunakan bagi mendapatkan pengetahuan saintifik. Justeru, kanak-kanak
memerlukan pengalaman yang membolehkan mereka mengumpul,
menyusun dan menilai pengetahuan sains.

22

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
Menurut Rohani et. al, (2004)

pada peringkat awal pengajaran

Sains, guru menyediakan peluang pembelajaran Sains dengan cara


menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai, menggalakkan
kanak-kanak memerhati, mencuba, bertanya soalan dan menyelesaikan
masalah, mendapat pembelajaran melalui pengalaman, mengubahsuai
dan membuat perkaitan antara sesuatu dengan sebab musabab,
membuat

rumusan

saintifik

daripada

pengalaman,

mengaitkan

pengalaman sebenar dengan konsep seperti memasak air sehingga


cerek berbunyi dikaitkan dengan konsep air mendidih.
Menurut Shahizan dan Ahmad Shahabudin (2006) Sains bagi
kanak-kanak melibatkan mereka secara aktif dalam aktiviti-aktiviti
penerokaan
membolehkan

dan

penyiasatan.

kanak-kanak

Aktiviti-aktiviti

meneroka,

pembelajaran

membuat

penemuan

ini
dan

membina kesedaran berhubung alam di sekeliling mereka serta


fenomena-fenomena semulajadi. Sains bagi mereka termasuklah melihat
pergerakan haiwan, tumbuhan, air dan pasir, bermain dengan blok binaan
dan melihat pergerakan kereta permainan dan putaran roda, membuat
eksperimen

serta

mencuba

dan

bertanya

soalan.

Kanak-kanak

memulakan penerokaan dengan membuat percerapan yang mungkin


akan mencetuskan tekaan saintifik dan membuat ramalan, seterusnya
mereka akan merekodkan pemerhatian yang dilakukan.

23

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
Menurut Shahizan dan Ahmad Shahabudin ( 2006 ) contoh aktiviti aktiviti
sains yang dijalankan di peringkat prasekolah iaitu :
1) Permainan air
Aktiviti-aktiviti yang

terancang

membolehkan

kanak-kanak

meneroka

beberapa konsep yang berkaitan dengan air. Ia memberi peluang kepada


kanak-kanak menjalankan eksperimen dengan menggunakan bahan-bahan
dan peralatan seperti bekas-bekas daripada pelbagai bentuk dan saiz,
bahan-bahan yang dapat tenggelam ataupun timbul, bahan yang larut dalam
air, melihat kesan pewarna, membuat buih sabun dan membuat pelbagai
bentuk daripada buih sabun.
2) Permainan pasir
Kanak-kanak boleh diajak berbincang berhubung saiz dan bentuk pasir serta
teksturnya dan membina sand castle daripada pasir. Pasir boleh dipindahkan
daripada satu bekas ke bekas yang lain yang mempunyai bentuk yang
berbeza. Kanak-kanak juga boleh mencampurkan pasir dengan air dan
melihat kesan membina bentuk dengan pasir kering dan pasir basah.
3) Bahan-bahan sentuhan
Aktiviti ini memerlukan guru menyediakan bahan-bahan yang dimasukkan
dalam karung atau beg kain bagi memudahkan kanak-kanak menyentuh
bahan-bahan yang terdapat di dalam beg berkenaan. Kanak-kanak perlu
menerangkan apa yang dapat dirasai melalui sentuhan dan cuba meneka
bahan yang terkandung di dalam bekas berkenaan. Melalui aktiviti ini, kanakkanak dapat mempelajari konsep ataupun perkataan seperti lembut, keras,
panjang, licin, kasar dan sebagainya bagi menerangkan rasa sentuhan.
4) Aktiviti pendengaran

24

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
Kanak-kanak diminta menerangkan bunyi yang mereka dengar dan
menamakan sumbernya. Keupayaan kanak-kanak membezakan bunyi ini
dapat dipertingkatkan melalui pelajaran muzik yang mana kanak-kanak
diminta menyatakan sama ada bunyi itu tinggi ataupun rendah, kuat ataupun
perlahan dan panjang ataupun pendek.
5) Manik-manik berwarna
Aktiviti ini dilakukan bagi membolehkan kanak-kanak memperolehi pelbagai
kemahiran. Kanak-kanak belajar mengenali warna, bentuk dan saiz manikmanik. Mereka boleh merangkaikan manik-manik mengikut susunan yang
telah ditetapkan oleh guru itu sama ada dari segi perbezaan warna, saiz dan
sebagainya.

6.0 PENUTUP
Menurut Shahizan dan Ahmad Shahabudin (2006) gaya dan juga kaedah
pengajaran guru prasekolah sememangnya amat penting dalam menyampaikan
ilmu kepada kanak-kanak prasekolah kerana kanak-kanak tersebut tidak sama
pemikirannya dengan murid-murid yang berada pada tahap umur yang lebih
tinggi. Oleh yang demikian, para guru prasekolah perlulah memainkan peranan
masing-masing dalam menyampaikan pengetahuan kepada mereka agar segala
ilmu tadi dapat diserap dengan lebih baik.

25

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
Menurut Rohani et. al, (2004)

bagi Sains awal pula, guru prasekolah

mestilah tahu bagaimana untuk menjadikan P&P dalam mata pelajaran terbabit
menjadi seronok supaya kanak-kanak prasekolah berminat untuk mempelajari
mata pelajaran terbabit. Para guru juga perlulah menyampaikan setiap
kandungan mata pelajaran secara tepat namun dengan cara yang mudah untuk
difahami oleh murid-murid pada peringkat ini kerana cara penerimaan mereka
terhadap maklumat yang disampaikan adalah berbeza dengan murid-murid yang
lebih tinggi tahap umurnya.
Tadika-tadika perlu meningkatkan program 3M, iaitu menulis, membaca,
mengira atas tuntutan ibu bapa. Pengajaran 3M ini dilaksanakan dalam bentuk
formal. Penyelidikan membuktikan bahawa sedikit sahaja kanak-kanak membaca
pada umur lima tahun, dan umur mental enam setengah tahun perlu untuk
pembacaan yang menegaskan kefahaman. Pakar-pakar kajimata memberi
amaran, mata kanak-kanak belum begitu matang atau boleh berfungsi dengan
cekapnya bagi mengenal cetakan dan angka-angka, walaupun pada umur enam
tahun. Permulaan awal dalam mengajar 3M kerap membawa akibat-akibat buruk
jika kegagalan berlaku. Misalnya,keyakinan kendiri dan minat serta motivasi
pada peringkat-peringkat selanjutnya serta kerosakan fisiologi kerana pada masa
prasekolah kanak-kanak itu lebih memusatkan perhatian kepada penggunaan
otot-ototnya yang kasar.
Kepentingan kepada pengajaran 3M mendorong pendidik di tadika
menggunakan kaedah formal mengajar dan mengetepikan umur permainan yang
telah dianggap media utama pembelajaran dan pengajaran di tadika. Mendesak

26

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
kanak-kanak

memperoleh

kemahuan-kemahuan

tertentu

adalah

amat

bertentangan dengan perkembangan semula jadi kanak-kanak. Kanak-kanak


sebenarnya amat memerlukan banyak aktiviti tidak formal dan proses
pembelajaran beransur-ansur berdasarkan tahap motor-deria yang dilalui kanakkanak.
Cabaran kepada pendidikan prasekolah adalah kesan-kesan pendidikan
prasekolah yang masih belum mencapai kata sepakat tentang kesahannya.
Beberapa kajian di Amerika Syarikat (Headstart) menunjukkan, kanak-kanak
yang memasuki tadika tidak dapat mengekalkan pencapaian kognitif mereka di
sekolah rendah. Ada pula pendapat mengatakan kanak-kanak yang mempunyai
pengalaman belajar di tadika tidak berdisiplin dalam bilik darjah kerana telah
mengalami pembelajaran yang serupa di tadika. Sebaliknya kanak-kanak yang
tidak berpengalaman tadika, mengikuti pengajaran guru dengan berhati-hati.
Ada pula yang membidas pendidikan prasekolah atau tadika itu sebagai
percubaan untuk menggantikan fungsi rumah dan keluarga. Bagi Moore, tadika
itu bukanlah pilihan kepada institusi keluarga tetapi bersifat komplementari
kepada peranan keluarga. Tadika sepatutnya meneguhkan fungsi ibu bapa
bukannya membawa perpecahan sistem kekeluargaan. Kasih sayang keibuan
atau kebapaan jarang-jarang boleh digantikan dengan kasih-sayang pembimbing
atau guru tadika. Bagaimanapun penyokong-penyokong pendidikan prasekolah
mengatakan, tadika bukanlah bertujuan memperkecilkan peranan ibu bapa,
sebaliknya

memperkayakan

perkembangan

kanak-kanak.

Demikianlah

cadangan yang diharapkan supaya membantu pendidikan prasekolah.

27

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)

BIBLIOGRAFI.
Amabile. (1992).Pendidik Kreatif Srbagai Teras Transformasi.Diperoleh pada
Februar 20 daripada http://eprints.utm.my/2286/1/PENDIDIK_KREATIF_
SEBAGAI_TERAS_TRANSFORMASI.pdf
Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune & Zanes, 2001;
Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003.Kepentingan Bermain Dalam
Pendidikan Prasekolah.Diperolehi pada Februari 25 daripada http://
www.scribd.com/doc/4007899/Kepentingan-Bermain-Dalam-PendidikanPrasekolah
Brabham, E. G., & Murray, B. A. (2006). Reading alphabet book in kindergarten:

28

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
Effect of instructional emphasis and media practice. Journal of Research
in Childhood Education, 20(3), 219 -229.
Chew Fong Peng, Mahzan Arshad, Zahari Ishak, Loh Sau Chong. Pendidikan
Awal Kanak-Kanak. Jurnal Pendidikan.
Gordon, J., & Zemke, R. (2000). The attack of ISD. Training Magazine, 3 7(4),
42-53.
Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia
(2003).(On-line).Diperoleh pada Februari 6 daripada http://ms. Wikipedia
.org/wiki/Prasekolah.
Kraus . (1990).Kepentingan Bermain dalam Pendidikan Prasekolah.Diperoleh
pada 13 Februari pada http://www.scribd.com/doc/4007899/Kepentingan
-Bermain-Dalam-Pendidikan-Prasekolah
Loh Shok Mee. (1994). Asas Pengajaran Sains Sekolah Rendah. Kuala Lumpur :
Percetakan Season Sdn.Bhd.
Loh Siew Lee. (2004). Tinjauan Pengajaran Guru-guru Bahasa Inggeris
Menggunakan Teknik Bercerita di kalangan kanak-kanak Prasekolah
Kebangsaan Daerah Bentong. Projek Sarjana. Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya.

Misran Rokimin. (2001). Sastera kanak-kanak dan remaja sebagai agen


pembangunan.Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja.
26-27 April. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Morrow Mcquilan & Au. (2001). Literacy development in the early years: Helping
children read and write (5th ed.). Boston: Pearson.
Othman Puteh. (2000). Sastera Kanak-kanak dan Remaja dalam Konteks
PendidikanEra Globalisasi. Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak
dan Remaja, 7-8 November. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Perisian Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) Untuk Pelajar Prasekolah Di

29

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
Bawah Tajuk Mengenal Haiwan.Diperoleh pada Februari 25 daripada
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/FARRAHWAHILDA
AP010074D2006TTP.pdfPullen, P. C., & Justice, M. L. (2003). Enhancing phonological awareness, print
awareness, and oral language skills in preschool children. Invention in
School and Clinic, 34(2), 87-98.
Rohani & Distributors Sdn.Bhd i et al. (2004) Panduan Kurikulum Prasekolah,
Kuala Lumpur: PTS Publication.
Rio Sumarni Shariffudin, Abdul Hafidz Haji Omar, & Dayang Hajjah Tiawa Awang
Haji Hamid. (2007). Reka Bentuk dan Keberkesanan Perisian Multimedia
Membaca-faham Berasaskan Gambaran Visual bagi Kanak-kanak
Prasekolah.Dimuat turun pads 16 Disember, 2007, daripada
http://eprints.utm.my/2344/1
Rohaty & Abu Bakar Nordin, 1989. Pendidikan prasekolah. Fajar bakti Sdn. Bhd.
Rohaty Mohd Masjud dan Abu Bakar Nordin, (2004) Pendidikan Prasekolah.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sains.(On-line).Diperoleh pada februari 25 daripada http://ms.wikipedia. org/ wiki/
Sains.

Shahizan Hassan dan Ahmad Shahabudin Che Noh, (2006). Panduan


Merancang Aktiviti Prasekolah .PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Shahrun Nizal Mohd Nor. (2007, April 18). Berkongsi Ilmu dengan Dr. Margaret
Read MacDonald. Berita Harian, h1m. 6.
Sperling, R. A., & Head, D. M. (2002). Reading attitudes and literacy skills in
prekindergarten children. Early Childhood Education, 29(4), 233-236.
Teori pembelajaran dan pengajaran. (On-line). Diperoleh pada Februari 5

30

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK (SHV 4193)
daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran dan pengajaran.
Zurida Ismail, Sharifah Norhaidah Syed Idros, Maznah Ali (2008), Pendidikan
Sains Prasekolah, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd

31

Anda mungkin juga menyukai