Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN KEMANDIRIAN POKOK CENGAL

Taman Botani Putrajaya merupakan taman botani yang terbesar di Malaysia


di mana ianya meliputi kawasan sebanyak 92 hektar. Taman ini bertujuan untuk
menjalankan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan, penyelidikan, pendidikan serta
rekreasi (aktiviti yang paling popular adalah berbasikal).
Dalam pemuliharaan ex situ ini, tumbuhan yang dikaji oleh kumpulan kami
ialah Pokok Cengal. Nama saintifik bagi pokok cengal adalah Neobalanocarpus
heimii. Ia berasal dari keluarga Dipterocarpaceae. Sehingga setakat ini, pokok
cengal merupakan genus monotypic, di mana hanya terdapat satu spesies dalam
genus Neobalanocarpus. Kawasan taburan semula jadi bagi pokok ini adalah di
Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand.
Di Malaysia, pokok cengal boleh didapati di kawasan hutan tanah pamah
yang mempunyai ketinggian kurang dari 1000 meter terutama di kawasan yang
mempunyai saliran air yang baik. Salah satu ciri-ciri pokok cengal adalah
terdapatnya bintik-bintik hitam pada permukaan daun. Ia merupakan sejenis bunga
angiosperma di mana daunnya berbentuk elips, mirip pisau pembedah, bunga
biseksual yang mempunyai kelopak yang berwarna jingga-kuning dan buahnya
seperti kacang. Semasa sampai musim matang, buah-buahannya mula menukar
warna dari hijau ke perang. Semasa percambahan, buah akan berpecah kepada tiga
lembah yang sama.
Pokok cengal merupakan sejenis pokok kayu keras yang berkualiti dan
popular. Menurut pihak berkenaan dari Taman Botani, pokok cengal juga merupakan
kayu yang termahal di Malaysia. Biasanya, kayu pokok ini digunakan dalam kerja
pembinaan, contohnya bot, tiang, jambatan, landasan kereta api dan banyak lagi. Ia
juga tahan dari serangan anai-anai kerana terdapat sejenis bahan awet semula jadi
yang melindungi kayu teras ini. Kayu gubal, teras serta kulit pokok cengal
mempunyai sejenis damar yang dikenali sebagai damar penak dan boleh digunakan
dalam pembuatan varnis.
Jika dilihat dari segi status pemuliharaan, pokok cengal telah berada pada
tahap yang terjejas. Hal ini disebabkan berlakunya pembalakan secara besar-
besaran bagi mendapat kayu yang berharga tersebut. Malah, pertumbuhannya
sangat perlahan. Biasanya, di bawah keadaan optimum, pokok-pokok hanya akan
mencapai diameter anggaran 64cm dalam 75 tahun. Bagi memastikan kemandirian
pokok cengal, beberapa langkah perlu dititik berat. Salah satu langkah ialah pokok
cengal telahpun diklasifikasi sebagai kayu yang dilindungi oleh Jabatan Hutan
Negara.
Di samping itu, benih bagi pokok cengal sangat sensitif kepada kekeringan
dan tidak boleh disimpan lama. Kebelakangan ini, satu percubaan di Malaysia telah
menunjukkan bahawa apabila kandungan kelembapan biji benih dikeringkan dari 50%
kepada 40%, percambahannya akan menurun dari kira-kira 100% kepada kurang
daripada 80%. Benih yang kering di bawah 10% kandungan kelembapan hilang daya
maju sepenuhnya. Dengan ini, bijih benih pokok cengal perlu dipastikan agar
sentiasa berada dalam keaadaan yang lembap. Oleh disebabkan biji benih pokok
cengal tidak mempunyai kedormanan, maka rawatan awal tidak perlukan. Sementara
itu, buah pokok cengal yang mempunyai kandungan kelembapan yang sangat tinggi
harus diangkut dalam beg terbuka atau beg yang longgar dilipat. Hal ini
membolehkan pengaliran udara berlaku. Beg-beg tersebut tidak harus disusun tetapi
perlu dilindungi daripada kekeringan dan cahaya matahari langsung.
Daripada pengalaman pembiakan di pusat jagaan, anak pokok cengal tidak
dapat menerima teduh padat ataupun keadaan berlorek. Mereka sering
dimusnahkan oleh serangga. Segala percubaan seperti penanaman dalam terbuka,
keadaan cahaya semulajadi, bersama dengan getah telah pun gagal. Kadang-kala,
pokok-pokok besar Cengal pula berongga di bahagian tengahnya dan teruk diserang
dan dijangkiti oleh kulat (Fomes spp.) Kulat tersebut masuk ke dalam pokok melalui
cabang-cabang pokok yang patah atau luka yang lain. Akhirnya, kayu yang dijangkiti
akan menukar kepada warna yang gelap dan rosak.
Mujurlah di Malaysia kita, penanaman di kawasan hutan sekunder telah
dijalankan dengan jayanya. Adalah penting bahawa anak pokok diteduhkan dengan
cahaya yang sederhaan bagi pertumbuhan selanjutnya. Percambahan bagi biji
bernih pokok cengal adalah pesat dan peratus percambahan biji benih segar
biasanya sangat tinggi.
Secara kesimpulannya, pembalakan haram merupakan ancaman terbesar
yang mengakibatkan pokok cengal semakin jarang dijumpai. Dengan itu, pihak
berkuasa perlulah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat agar dapat
membanteraskan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab.



RUJUKAN
Pokok Cengal. (n.d.). Retrieved September 16, 2014, from
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Cengal

Zainura66. (2012, Jun 15). Cengal-Neobalanocarpus-heimii. (n.d.). Retrieved
September 16, 2014, from http://wannura.wordpress.com/2012/06/15/cengal-
neobalanocarpus-heimii/

Neobalanocarpus-heimii. (n.d.). Retrieved September 16, 2014, from
http://www.worldagroforestry.org/treedb2/AFTPDFS/Neobalanocarpus_heimii.pdf

Neobalanocarpus-heimii. (n.d.). Retrieved September 16, 2014, from
http://sl.ku.dk/rapporter/seed-leaflets/filer/neobalanocarpus-heimii-70-int.pdf

Chengal-Neobalanocarpus-heimii. (n.d.). Retrieved September 16, 2014, from
http://www.rainforestjournal.com/chengal-neobalanocarpus-heimii/

Putrajaya Botanical Garden (Taman Botani). Retrieved September 17, 2014, from
http://www.tourism.gov.my/en/es/places/states-of-malaysia/putrajaya/putrajaya-
botanical-garden-taman-botani

Chengal. (n.d.). Retrieved September 18, 2014, from
http://woodwizard.my/report.asp?ItemID=22

Neobalanocarpus. (n.d.). Retrieved September 18, 2014, from
http://en.wikipedia.org/wiki/Neobalanocarpus



LAMPIRAN













Gambar 1 : Pokok Cengal.














Gambar 2 : Bintik-bintik hitam pada daun
pokok cengal.













Gambar 3 dan 4 : Ranting-ranting pokok cengal.













Gambar 5 : Damar dalam pokok cengal
yang digunakan dalam pembuatan varnis.

Retrieved from
http://www.rainforestjournal.com/chengal-
neobalanocarpus-heimii/


Gambar 6 : Pokok Cengal

Anda mungkin juga menyukai