Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH TERTUTUP PERINGKAT

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR TAHUN 2014



BENDAHARI

Pada 20 Ogos 2014, satu kejohanan Bola Sepak sebelah tertutup peringkat IPGK Raja
Melewar telah dijalankan di padang Astaka, IPGK Raja Melewar. Antara objektif pelaksanaan
kejohanan bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran secara berkumpulan dan menerapkan
nilai kerjasama antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Selain itu, memberi peluang
kepada para pelajar untuk melaksanakan perancangan yang dirancang dengan kaedah yang
bersesuaian dan dapat mengenalpasti kebaikan dan kelemahan melalui pertandingan yang
dijalankan. Sebelum bermulanya kejohanan ini saya telah dilantik sebagai bendahari untuk
kejohanan bola sepak untuk unit PJSK. Sebelum pertandingan ini bermula saya telah
mengambil alih tugas sebagai bendahari dan menunaikan tanggungjawab saya dengan baik.
Secara keseluruhanya ,tugasan sebagai bendahari adalah berkaitan dengan pengurusan
kewanga, maka sebelum terlaksananya Kejohanan Pertandingan Bola Jaring dan Bola Sepak
anjuran PISMP Unit PJK SK dan PJ SJKT Sem 3, tugasan saya adalah mendapatkan sumber
kewangan dan merancang anggaran perbelanjaan supaya segala aktiviti yang dirancang akan
berjalan dengan lancar. Punca kepada sumber kewangan ini diperoleh melalui bahagian
kewangan dari kedua-dua unit melalui kutipa yuran kepada setiap pelajar. Peruntukan yang
diterima oleh kami adalah dalam bentuk tunai, dimana saya sebagai bendahari mendapat
peruntukan melalui wang tunai sahaja. Peruntukan bagi setiap orang pelajar adalah sebanyak
RM 10.00 seorang bagi aktiviti dan program yang dijalankan dalam kawasan padang IPG
Kampus Raja Melewar. Maka sepanjang program dilangsungkan peruntukan keseluruhan yang
akan diterima oleh saya secara keseluruhanya berjumlah RM270.00
Tugas seterunya adalah membuat anggaran perbelanjaan untuk kejohanan ini. Semasa
mengadakan minit mesyuarat saya telah menunjukkan draf perbelanjaan bagi pertandingan
bola sepak. Saya telah membuat perancangan awal untuk memperuntukkan RM 150 untuk beli
hadiah kepada para pemenang, dan pengadil, RM 100.00 untuk makanan sarapan pagi dan
makanan tengahari dan RM 50.00 untuk hal-hal lain seperti untuk Photostat buku program,
membeli minyak untukpengurusan padang bola sepak. Tugas seterusnya adalah bekerjasama
dengan ahli jawatankuasa lain terutamanya dengan ajk pendaftaran untuk memastikan
penyertaan ahli adalah mencukupi dan mencadangkan untuk mengutip yuran penyertaan
daripada setiap pasukan. Saya telah berbincang dalam mensyuarat untuk mengutip sebanyak
RM20.00 dari setiap penyertaan. Wang penyertaan akan digunakan dalam pertandingan ini.
Semasa kejohanan ini berlangsung saya sebagai bendahari sepanjang program ini
berlangsung saya menjaga dan menguruskan harta benda bagi kejohanan dengan baik. Saya
menyediakan laporan wang masuk dan keluar setiap kali mesyuarat. Di samping itu, saya juga
telah memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangan bagi
perlaksanaan kejohanan bola sepak iaitu semasa mengagihkan duit untuk makanan pada hari
pertandingan. Saya telah mengagihkan duit dengan tepat mengikut keperluanya iaitu untuk
sarapan pagi dan makanan tengahari untuk para peserta, pensyarah serta untuk pihak
penganjur.
Saya juga telah menyelaras perbelanjaan semua jawatankuasa kecil mengikut perancangan
yang mereka catatkan mengikut keperluan untuk pertandingan. Semasa pertandingan juga
saya telah memastikan wang diterima dan dikeluarkan mengikut prosedur dan menyemak bil-bil
tuntutan dan mengesahkannya untuk pembayaran. Selepas tamat pertandingan di Padang IPG
Kampus Raja Melewar, tugasan pada peringkat ini adalah menilai keberkesanan tugas
jawatankuasa yang dijalankan dengan lebih berkesan. Pada akhir pertandingan saya telah
melaporkan kedudukan kewangan dalam mesyuarat AJK. Saya juga telah mengeluarkan resit
bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat semasa dan selepas perlawanan dijalankan.
Saya juga telah menyediakan penyata kewangan untuk postmortem bagi membentangkan
wang keluar dan wang masuk sepanjang pertandingan ini dijalankan. Saya juga telah membuat
dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas
kebetulannya.







Laporan Perbelanjaan Pertandingan Bola Sepak

Sebelum pertandingan bola sepak dilangsungkan, saya telah mengutip yuran RM10
bagi seorang dalam kelas saya. Melalui kutipan itu saya mendapat RM130.

Kebanyakan wang ini digunakan untuk menyediakan membeli medal kepada pemenang
dan hadiah kepada pengadil. Jadual berikut menunjukkan perbelanjaan pertandingan;

Bil. PERKARA KUANTITI JUMLAH
1. Hadiah 30 buah RM 148.00
2. Photostat 1 gulung RM 10.30
3. Minyak Hitam 1 buah tong RM 20.00
4. Ais (minuman disediakan) 1 pax RM 3.00
5. Makanan dan minumaan 13 orang RM 100.00
JUMLAH RM 281.00

Selepas semua perbelanjaan, baki duit melalui kutipan yuran dari peserta sebanyak
RM89.00 telah dimasukkan ke dalam akaun kelas.




Disediakan oleh,

____________________
( )
Setiausaha Pertandingan Bola Sepak
IPG Kampus Raja Melewar, Seremban.