Anda di halaman 1dari 36

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA KEDAH

KERJA KURSUS PROJEK
GURU DAN CABARAN SEMASA
EDU 3093







NAMA PELAJAR : NUR ADILLA BT MUHAMMAD
NO IC : 910313-03-5072
NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAZLIE BIN MOHD ZAIN
NO. IC : 910222-03-5413
NAMA PELAJAR : ABDUL FATTAH BIN MAT NANG
NO IC : 910127-11-5247
KUMP. KULIAH : PISMP MATEMATIK SEM 8 (PEND. RENDAH)
KURSUS : GURU DAN CABARAN SEMASA
KOD SUBJEK : EDU 3093
NAMA PENSYARAH : EN AZIZAN B BAKAR
TARIKH HANTAR : 7 SEPTEMBER 2014
ISI KANDUNGAN
Biodata
Penghargaan
Tugasan 2
Ahli Pertama
o Tugasan 1
o Tugasan 3
Ahli kedua
o Tugasan 1
o Tugasan 3
Ahli Ketiga
o Tugasan 1
o Tugasan 3
Rujukan
Lampiran


BIODATA



NAMA : NUR ADILLA BT MUHAMMAD
KELAS : 8 PISMP
(MATEMATIK-PENDIDIKAN RENDAH)
ALAMAT : 1173-A, JALAN DATOLUNDANG, 15200
KOTA BHARU, KELANTAN
TARIKH LAHIR : 13 MAC 1991
NO.KAD PENGENALAN : 910313-03-5072
AMBILAN : JANUARI 2011
NO TELEFON : 014-5171973


BIODATA



NAMA : MOHAMAD FAZLIE BIN MOHD ZAIN
KELAS : 8 PISMP
(MATEMATIK-PENDIDIKAN RENDAH)
ALAMAT : KAMPUNG BAGAN ATAS, 16600
PULAI CHONDONG, MACHANG, KELANTAN
TARIKH LAHIR : 22 FEBRUARI 1991
NO.KAD PENGENALAN : 910222-03-5413
AMBILAN : JANUARI 2011
NO TELEFON : 0134701447



BIODATA



NAMA : ABDUL FATTAH BIN MAT NANG
KELAS : 8 PISMP
(MATEMATIK-PENDIDIKAN RENDAH)
ALAMAT : A-1511,KG PADANG NENAS,MENGABANG
TELIPOT,21030 K.TERENGGANU,TERENGGANU.
TARIKH LAHIR : 27 JANUARI 1991
NO.KAD PENGENALAN : 910127-11-5247
AMBILAN : JANUARI 2011
NO TELEFON : 013-9647921

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim.
Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpahan rahmat serta
nikmat masa , nyawa, tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada
pensyarah tercinta kami, Encik Azizan Bin Bakar kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripada beliau membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa kami yang memberi motivasi kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sehingga kami berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan dan perkongsian ilmu sepanjang menyiapkan tugasan ini. Mereka
membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada
mereka.
Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Sekian, terima
kasih.







TUGASAN 2
(PERBENTANGAN
KUMPULAN)



NUR ADILLA BT
MUHAMMAD
910313-03-5072

TUGASAN 1
TUGASAN 3


TUGASAN 1
ARTIKEL: STRES GURU MEMBIMBANGKAN AKIBAT BANYAK PERUBAHAN DAN
BEBANAN TUGAS YANG KETERLALUAN NUTP
Berdasarkan artikel yang dibaca dalam Utusan Online yang bertajuk Stres guru
membimbangkan- Akibat banyak perubahan dan bebanan tugas yang keterlaluan-
NUTP, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah mendakwa
bahawa guru-guru di Malaysia mempunyai tahap stress yang tinggi dan
membimbangkan akibat bebanan tugas yang semakin meningkat kini. Kenyataan itu
disokong lagi dengan kenyataan presidennya, Ismail Nihat yang mengatakan bahawa
guru-guru kini terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang
pendidikan sehingga wujudya beban yang keterlaluan ke atas mereka. Hal ini berlaku
berikutan perubahan yang terjadi dalam pemegangan jawatan pegawai di Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau di peringkat
kementerian itu sendiri dalam memberikan idea dan tugasan baharu kepada guru-guru
untuk dipikul di bawah pimpinan mereka. Di samping itu, bebanan ini semakin
bertambah kerana bilangan antara guru dengan murid yang tidak seimbang di mana
jumlah murid adalah lebih ramai berbanding guru. Presiden NUTP juga menyenaraikan
beberapa faktorfaktor yang menyebabkan stres dalam kalangan guru iaitu harapan ibu
bapa yang terlalu tinggi, masalah disiplin pelajar, serta pelajar-pelajar lebih cerdik
berbanding guru ekoran akses pendidikan yang semakin canggih dan meluas.
Sehubungan dengan itu, pihak mereka juga akan bekerjasama dengan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menjalankan satu kajian khas mengenai tahap
sebenar stres dalam kalangan guru dan set soalan telah disediakan untuk menjayakan
kajian tersebut. Kajian ini sangat penting kerana dapat membantu kerajaan untuk
meneliti dan mencari langkah-langkah penyelesaian yang sesuai bagi menangani stres
dalam kalangan guru.
Berdasarkan isu di atas, saya mendapati bahawa hampir kesemua guru di
Malaysia mengalami tahap stres yang sangat tinggi dalam bidang tugas mereka di
sekolah. Berdasarkan isu yang dipilih, melalui tajuknya sahaja saya sudah mendapat
gambaran bahawa kerjaya atau profesion keguruan ini sebenarnya bukanlah satu
profesion yang mudah, tetapi sangat mencabar kerana banyak cabaran dan
tanggungjawab yang perlu dipikul oleh guru setiap hari. Perubahan-perubahan yang
berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia banyak memberikan tekanan kepada
guru-guru kerana mereka terpaksa belajar dan mengkaji sistem pendidikan baharu
yang diperkenalkan oleh pihak atasan mereka. Noor Hamizah Abu Bakar dalam Siti
Jamilah (2012), menyatakan hasil kajian mendapati guru berada di kedudukan keempat
dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal
selepas polis, pegawai penjara, dan jururawat. Laporan berkenaan masalah dan salah
laku guru di dada-dada akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan daripada kegagalan
guru-guru berkenaan menguruskan stres dalam diri.
Selain itu, stres kerja yang tinggi dalam kalangan guru telah mengakibatkan
permasalahan-permasalahan yang serius yang berhubungkait dengan faktor-faktor
seperti gangguan emosi, perubahan dalam tingkah laku dan burn out yang
menghalang mereka dari melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih
berkesan. Kajian oleh Cooper dan Kelly (1993) di United Kingdom menyatakan terdapat
empat punca stres dalam kalangan guru iaitu beban kerja, perhubungan antara guru,
staf dan pengurus, pengurusan sumber, serta memenuhi kehendak Jabatan Pelajaran.
Kajian oleh Carr (1994) di Australia Selatan pula menunjukkan terdapat tiga punca stres
iaitu kekurangan sokongan dan tolak ansur dari Jabatan Pelajaran, memenuhi bebanan
kerja yang semakin bertambah, dan harapan tinggi daripada pengurus sekolah.
Isu tekanan emosi dalam kalangan guru ini banyak memberikan implikasi kepada
saya sebagai seorang bakal guru. Antara implikasinya adalah saya mula sedar bahawa
kerjaya sebagai guru ini bukannya mudah tetapi sangat mencabar mental dan fizikal
kerana guru terpaksa menghadapi pelbagai pihak dalam kerjaya mereka terutamanya
pihak atasan dan ibu bapa yang terlalu mengharapkan pencapaian akademik yang
tinggi bagi anak-anak mereka. Sekiranya saya tidak mempunyai mental dan fizikal yang
kuat, maka saya akan tenggelam dan hanyut dalam tekanan yang akan dihadapi nanti.
Oleh yang demikian, saya perlulah mempersiapkan diri saya agar mempunyai
ketahanan mental dan fizikal yang kuat supaya dapat menangkis segala cabaran yang
mendatang serta dapat menghadapinya dengan tenang.
Selain itu, implikasi isu ini ke atas diri saya ialah saya dapat mengetahui punca-
punca berlakunya stres dalam diri guru. Antaranya ialah tekanan daripada ibu bapa dan
pihak sekolah, masalah disiplin murid, dan bebanan tugas. Dengan mengetahui punca-
punca stres ini, saya akan cuba memperlengkapkan diri saya dengan cara mencari
langkah-langkah bagi mengurangkan stres tersebut. Maka, saya akan cuba mengambil
langkah bijak dengan mencari penyelesaian masalah tekanan emosi dengan membuat
rujukan melalui buku-buku ilmiah, laman sesawang serta bertanya dengan guru atau
mereka yang berpengalaman dalam bidang keguruan ini agar dapat membantu saya
mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Implikasi lain pula ialah saya juga dapat mengetahui isu-isu berkaitan dengan
masalah salah laku dalam kalangan guru. Hal ini penting kerana berdasarkan paparan
masalah salah laku guru yang dipaparkan di akhbar dan berita, saya dapat menjadikan
contoh tersebut sebagai satu batasan atau pengajaran agar tidak melakukan perkara
tersebut apabila bergelar guru nanti. Hal ini kerana masalah yang berkaitan dengan
guru ini cepat tersebar di media massa dan menjadi perbualan umum. Maka, dengan
mengambil tahu isu-isu berkaitan salah laku dalam kalangan guru, saya dapat
menjadikannya sempadan buat diri saya.
Sehubungan dengan itu, saya yakin bahawa pihak pentadbiran sekolah
memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu guru yang menghadapi
masalah tekanan emosi. Cadangan saya ialah pihak pentadbiran sekolah perlulah
mengagihkan tugas secara adil dan sama rata antara guru-guru di sekolah. Walaupun
seseorang guru itu dilihat sangat berkaliber dan komited, mereka tidak seharusnya
diberikan banyak jawatan dan peranan di sekolah sehinggakan menimbulkan stres
dalam diri mereka. Pihak pentadbiran sekolah perlulah bertimbang rasa supaya guru-
guru lain juga diberikan tanggungjawab supaya pentadbiran lebih adil, sistematik dan
cekap.
Selain itu, pihak pentadbiran sekolah juga bolehlah mengadakan satu mesyuarat
guru sebulan sekali bagi mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh guru.
Berdasarkan hasil perbincangan mesyuarat, pihak pentadbiran sekolah bolehlah
berbincang bersama-sama dengan guru lain cara mengatasi masalah tersebut. Setiap
cadangan perlulah diambil kira dan kepimpinan demokratik adalah yang jalan yang
terbaik bagi mengatasi masalah tersebut.
Bagi guru yang mengalami masalah tekanan emosi yang kronik, pihak
pentadbiran sekolah perlulah membantunya dengan cara merujuk kes ini kepada
kaunselor sekolah. Sekiranya masalah masih tidak dapat diselesaikan, guru tersebut
bolehlah dirujukkan kepada pakar kaunseling ataupun pakar psikologi agar masalah
yang dihadapi itu dapat diselesaikan dengan segera.
Kesimpulannya, isu-isu yang berkaitan dengan masalah tekanan emosi guru
perlu diambil berat kerana ianya berkait rapat dengan keberkesanan pelaksanaan tugas
serta kecekapan kerja di sekolah. Tanpa mengambil langkah penyelesaian yang betul
dan berkesan, maka ianya akan mempengaruhi mental guru tersebut dan menjurus
kepada masalah salah laku dalam kalangan guru. Oleh itu, setiap bakal guru perlulah
peka dengan masalah dan isu tekanan emosi dalam kalangan guru agar dapat
mempersiapkan diri secara fizikal dan mental sebelum melangkah masuk ke dalam
dunia keguruan ini.


TUGASAN 3
TAJUK PILIHAN : Bincangkan implikasi ke atas sesebuah organisasi sekiranya
Peraturan-peraturan Pegawai Awam( Kelakuan dan Tatatertib)
1993 (Pindaan
Berdasarkan tajuk pembentangan keempat iaitu implikasi ke atas sesebuah organisasi
sekiranya Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
(Pindaan 2002) tidak dipatuhi oleh penjawat-penjawat awam, saya telah mendapat
banyak ilmu baharu melalui pembentangan daripada rakan-rakan kumpulan ini.
Antara implikasi tajuk ini ke atas diri saya ialah ia dapat memberi pendedahan
kepada saya betapa pentingnya peraturan-peraturan tersebut. Hal ini kerana, setiap
kehidupan memerlukan peraturan supaya mereka dapat hidup dengan aman dan
sejahtera. Oleh itu, dalam skop yang lebih kecil iaitu penjawat awam, peratutan yang
berkenaan dengan kelakuan dan tatatertib sangat penting untuk menjaga nama baik
sesuatu organisasi tersebut.
Selain itu, kami telah didedahkan dengan peraturan-peraturan pegawai
awam yang melibatkan kelakuan dan tatatertib 1993 serta pindaan pada 2002 dan akta
pendidikan 1996. Sebagai seorang penjawat awam, guru perlu mematuhi peraturan-
peraturan tatakelakuan dan tatatertib. Daripada pengajaran dan pembelajaran ini, saya
telah pun menyedar bahawa pematuhan dan penghayatan tatakelakuan akan
mewujudkaan perkhidmatan keguruan menjadi Bersih, Cekap dan Amanah dan tidak
akan berlaku penyelewengan. Topik ini sangat menarik kerana ia diberi penjelasan
tentang tindakan-tindakan yang boleh dikenakan sekiranya seseorang guru melanggar
peraturan tatakelakuan atau tatatertib sepertimana yang diperuntukkan. Semua guru di
negara ini perlu mematuhi Peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 (Pindahan 2002).
Oleh itu, saya berpendapat pematuhan dan penghayatan tatakelakuan serta
peraturan-peraturan pegawai awam akan mewujudkan perkhidmatan keguruan yang
bersih dan amanah serta tidak berlaku penyelewengan. Mengenai topik Akta
Pendidikan pula,akta ini merupakan asas kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan di
mana perkara-perkara di dalamnya berhubung kait dengan Pendidikan Negara. Akta ini
juga menekankan kepentingan pendidikan untuk semua kaum. Oleh itu, dalam
melahirkan rakyat yang bersepadu dan berjaya mencapai matlamat 1Malaysia, saya
perlu menghayatinya dengan mendalam.
Oleh itu, apabila sesuatu peraturan tidak diikuti ataupun diingkari, maka ia akan
menyumbang masalah kepada pelbagai pihak. Oleh itu, berdasarkan pembentangan
rakan saya, peraturan yang sering dilanggar oleh guru terutamanya ialah ponteng pada
waktu bekerja. Hal ini boleh dianggap serius kerana ia boleh menyebabkan murid
mengalami masalah ketinggalan tajuk yang mereka pelajari mengiku sukatan pelajaran.
Selain itu juga, pihak sekolah terpaksa mencari guru ganti supaya dapat mengisi
kekosongan kelas tersebut. Oleh sebab itu ia telah mengundang masalah kepada guru
lain untuk memasuki kelas guru yang tidak hadir tersebut.
Hal ini telah membuktikan bahawa jika seseorang penjawat awam melanggar
pertaturan tersebut, ia akan mengundang masalah kepada seluruh organisasi tersebut.
Disebabkan itu, apa yang saya dapati ialah sebagai penjawat awam kita perlu sentiasa
mengikuti peraturan yang telah ditetapkan supaya setiap tanggungjawab ataupun
amanah yang perlu kita buat dapat dilaksanakan dengan baik tanpa ada sebarang
kesulitan yang boleh membebankan diri kita sendiri.
Oleh itu, sebagai seorang guru, saya bertanggungjawab ke atas semua
tugas yang dipertanggungjawabkan sama ada di dalam ataupun di luar kelas. Saya
juga dapat mengenali beberapa peraturan yang amat berguna bagi sewaktu menjadi
guru biasa pada tahun hadapan. Guru tidak boleh menggunakan peralatan atau
barang-barang sekolah untuk hal-hal peribadi. Guru juga dilarang sama sekali
melakukan gangguan seksual sama ada secara lisan ataupun bukan lisan. Guru
dilarang melakukan kerja-kerja luar kecuali mendapat kebenaran daripada pihak
pengurusan sekolah. Guru juga perlu mematuhi peraturan berpakaian. Ia amat
berfaedah dan berguna untuk menjadi seorang guru yang profesional. Saya akan
mematuhi semua peraturan bagi menjamin profesion keguruan.
Kesimpulannya ialah, sebagai seorang warga pendidik yang merupakan salah
seorang penjawat awam, saya perlu sentiasa mematuhi setiap peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak kerajaan terutamannya Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM)
supaya saya dapat bekerja dengan lebih efisin dan dapat meningkatkan diri saya ke
arah yang lebih tinggi. Justeru itu, saya perlu sentiasa melaksanakan tanggungjawab
saya dengan lebih baik supaya setiap titik peluh saya berbaloi dengan ganjaran yang
saya terima pada setiap bulan.




MOHAMAD FAZLIE BIN
MOHD ZAIN
910222-03-5413

TUGASAN 1
TUGASAN 3

TUGASAN 1
Tajuk Artikel: Masalah, beban 350,000 guru diberi perhatian.

Rujukan Artikel: http://ilham-murabbi.blogspot.com/




Ulasan Artikel:
Mengambil petikan artikel daripada Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri
Pelajaran menyatakan guru juga sering dibebankan dengan kerja pengkeranian dan
aktiviti kokurikulum yang telah menjejaskan tumpuan mereka di dalam kelas. Petikan ini
menunjukan bahawa tugas guru semakin bertambah dan bukan hanya mengajar di
dalam kelas semata-mata sebaliknya turut dibebani dengan tugasan luar. Peningkatan
beban tugas ini menyebabkan sesetengah guru tertekan dan tidak berupaya menangani
beban yang diberikan.
Imej guru serta sistem pendidikan negara bagaikan tercalar teruk dengan
pelbagai insiden luar jangka menjadikan masyarakat mula menilai dan mempertikaikan
profesionalisme guru di Malaysia. Jika dulu guru hanya menggunakan pendekatan
rotan bagi tujuan mendidik, kini ada pula berani menggunakan kekerasan fizikal atas
alasan sama. Malangnya kekerasan itu berakhir pula dengan tragedi dan guru
dipersalahkan. Masyarakat boleh menyalahkan guru, namun perlu adil membuat
penelitian terperinci sebelum menjatuhkan andaian. Kes sebegini berlaku disebabkan
guru yang berdepan dengan tekanan persekitaran luar biasa yang menjadi punca
tindakan luar kewarasan, ditambah bebanan kerja serta sikap pelajar yang bermasalah.
Sikap masyarakat yang lepas tangan dan seakan memaksa untuk memenuhi
kehendak mereka menjadikan guru seakan ditindas. Masyarakat pula sentiasa
memberikan hukuman dan komen negatif sedangkan kebenaran masih belum terbukti.
Cabaran terbesar guru hari ini berlegar kepada matlamat untuk memuaskan hati ibu
bapa dan masyarakat sedangkan masyarakat bersikap lepas tangan. Malangnya dalam
memastikan usaha itu berjaya, banyak halangan perlu dihadapi, namun tidak semua
memberi sokongan menjadikan tugas guru yang semakin sukar ditambah tekanan
memenuhi standard tugasan, persekitaran, bilik darjah, keluarga dan sebagainya.
Sebaliknya, masyarakat perlu bersama menggembleng usaha dan memberi
ruang privasi kepada guru mencorakkan sendiri tanggungjawab mereka. Dengan cara
ini ia akan membantu guru lebih berdaya saing dan mengurangkan tekanan guru.
Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan
Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Ab Aziz Mohd Yatim, berkata
tekanan terhadap komitmen tugas yang perlu dilaksanakan mengikut standard tertentu
memungkinkan guru bertindak di luar batasan. Menurutnya, guru yang tidak sanggup
lagi menerima tekanan boleh bertindak di luar kawalan termasuk melempiaskan
kemarahan kepada pelajar tanpa disedari. Dulu guru boleh mencorakkan cara
pengajaran sendiri tanpa perlu memberi banyak komitmen terhadap tugasan lain.
Berbanding sekarang, terlampau banyak kerja remeh temeh terpaksa dilakukan
termasuk tugas dokumentasi yang perlu diserahkan kepada pihak tertentu.
Tekanan berlebihan di samping tidak mendapat sokongan persekitaran
menyebabkan segelintir guru akhirnya tertekan. Tekanan ini mereka zahirkan kepada
golongan yang tidak mampu melawan dan kebiasaannya golongan pelajar menjadi
pilihan. Tetapi ramai tidak prihatin terhadap masalah ini dan mebebankan segala
tanggungjawab pada guru. Apatah lagi kebanyakan pelajar hari ini tidak makan saman
menyebabkan guru terpaksa mengambil tindakan luar biasa untuk mengimbangi
keadaan meskipun salah.
Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh
diceburi orang sebarangan kerana hanya mereka yang mempunyai kualiti,
berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat. iltizam dan berjiwa pendidik layak
menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam
mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan kebajikan dan kerjaya harus
diberikan penekanan sewajarnya. Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang
guru mempunyai tiga tugas pokok iaitu tugas profesional, tugas manusiawi, dan tugas
kemasyarakatan (sivic mission). Jika dikaitkan guru dengan kebudayaan, maka tugas
pertama mereka adalah berkaitan dengan logik dan nilai estetika, tugas kedua dan
ketiga berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional dari seorang guru iaitu
meneruskan atau transmisi ilmu pengetahuan, keterampilan dan nilai-nilai lain yang
sejenis yang belum diketahui anak dan seharusnya diketahui oleh anak.
Tugas manusiawi adalah tugas-tugas membantu anak didik agar dapat
memenuhi tugas-tugas utama dan manusia kelak dengan sebaik-baiknya. Tugas-tugas
manusiawi itu adalah transformasi diri, identifikasi diri sendiri dan pengertian tentang diri
sendiri. Usaha membantu kearah ini seharusnya diberikan penekanan terhadap
pengertian bahawa manusia hidup dalam satu unit organik yang diintegrasikan untuk
menjadi produk yang baik dan berguna untuk orang lain. Hal ini menunjukan tugas
pertama dan kedua harus dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu. Guru
seharusnya melalui pendidikan ini dengan tenang dan mampu membantu pelajar untuk
mengembangkan daya berfikir atau intelektual mereka sehingga mampu untuk menjadi
kreatif dalam proses transformasi kebudayaan ke arah keadaban demi memperbaiki
kehidupnya sendiri dan kehidupan masyarakat sekelilingnya.
Sebagai bakal pendidik, saya perlu bersedia dari segenap aspek meliputi
persediaan fizikal, mental dan emosi untuk terjun ke dalam profesion pendidikan yang
penuh cabaran ini. Persediaan dari segi mental wajar dititikberatkan kerana alam
pekerjaan yang sebenar pasti akan menguji tahap kesabaran dan keupayaan mental
untuk menangani beban tugas yang akan diterima. Saya juga perlu memahami dan
menyedari kehendak yang diimpikan dalam sistem pendidikan negara supaya dapat
mencorak dan membuat perancangan yang terperinci untuk mencapai apa yang
dihajati. Sebagai bakal guru juga, saya perlu pandai menyesuaikan diri dan membina
perhubungan yang positif dengan masyarakat kerana masyarakat dan guru merupakan
tunjang kepada perkembangan pendidikan dan saling memerlukan.
Dalam menangani tekanan beban tugas yang berlebihan ini, pihak sekolah juga
mempunyai peranan yang tertentu dalam mencorakkan budaya kerja guru. Sebagai
contoh, tugasan yang diberikan kepada guru mestilah selari dengan keupayaan dan
kepakaran guru supaya hasil kerja dapat dioptimunkan dan guru seronok
melaksanakan kerja yang diberikan dan mereka tidak bekerja dalam keadaan yang
tertekan. Pihak pentadbir sekolah juga perlu bijak dalam membahagikan tugas-tugas di
sekolah supaya pembahagian tugas antara guru dapat dilakukan secara adil dan
saksama tanpa memihak kepada sesiapa dan tidak bersifat pilih kasih. Pihak pentadbir
juga perlu menetapkan matlamat yang jelas terhadap apa yang ingin dicapai dan
perlulah selari dengan keupayaan kakitangan mereka.
Jika ada guru yang bermasalah di sekolah, pihak sekolah perlulah menangani
dengan baik. Sebagai contoh, guru yang bermasalah perlulah diberi sesi kaunseling
oleh mereka yang pakar dan berkemahiran supaya tekanan yang dialami oleh mereka
boleh dikurangkan. Bagi meredakan tekanan yang dialami oleh guru juga, pihak
sekolah mungkin boleh merancang atau mengadakan sesi riadah atau lawatan hujung
minggu sekurang-kurangnya sekali dalam 6 bulan bagi memberi peluang untuk para
guru membebaskan diri daripada beban tugas di sekolah di samping mengeratkan
hubungan antara guru-guru sekolah tersebut.
Kesimpulannya, tekanan mental tidak akan memudaratkan seseorang sekiranya
ditangani dengan hati yang tenang dan relaks. Analogi mudah bagi tekanan mental
ialah pengambilan vitamin. Pada prinsipnya, tekanan mental sama seperti
pengambilan vitamin. Pengambilan vitamin yang seimbang akan meningkatkan sistem
immunisasi individu. Walaupun begitu, pengambilan vitamin yang berlebihan pula akan
mendatangkan kesan sebaliknya. Begitu jugalah dengan tekanan mental kerana
tekanan mental yang optimum akan memajukan seseorang tetapi tekanan mental yang
terlampau akan membebankan dirinya. Ini kerana masa depan negara terletak di
tangan warga pendidik.


TUGASAN 3
REFLEKSI INDIVIDU : MOHAMAD FAZLIE BIN MOHD ZAIN
TAJUK PILIHAN : Bincangkan implikasi ke atas sesebuah organisasi
sekiranya Peraturan-peraturan Pegawai Awam( Kelakuan
dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) tidak dipatuhi oleh
penjawat-penjawat awam.
Berdasarkan pembentangan yang dilakukan oleh rakan sekelas untuk tajuk ini,
banyak ilmu dan perkara baru yang telah saya pelajari. Tajuk ini sememangnya
bersesuaian bagi kami sebagai persediaan kepada kami dalam menempuhi cabaran
berkhidmat dalam bidang pendidikan dan apabila kami bergelar pegawai awam kelak.
Berikut merupakan sedikit perkongsian dan ringkasan terhadap apa yang telah saya
perolehi melalui pembentangan tersebut.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, peraturan bermaksud segala apa yang
telah ditentukan atau ditetapkan dan harus dituruti atau dipatuhi oleh sesiapa yang
berkenaan. Penjawat awam pula boleh ditakrifkan sebagai satu gelaran yang diberikan
kepada mereka yang bekerja dan makan gaji dalam sektor kerajaan dan dalam tugasan
ini ia merangkumi penjawat awam di Malaysia. Mereka ini telah diamanahkan dengan
senarai tugas yang ditetapkan mengikut sasaran kerja dan waktu yang telah digariskan.
Ringkasnya, Peraturan-peraturan Pegawai Awam merujuk kepada arahan ataupun
panduan yang dikenakan kepada pegawai awam yang wajib diikuti dan menjadi satu
kesalahan sekiranya mereka gagal mengikut apa yang ditetapkan di dalam peraturan
tersebut.
Penjawat awam merangkumi satu populasi yang luas dan sudah tentu kita akan
terbayang pelbagai jenis tugas yang tentunya berbeza antara satu jawatan dengan
jawatan yang lain. Semakin tinggi jawatan yang disandang, semakin tinggi pula
imbuhan atau gaji yang bakal diperolehi. Ini sememangnya bersesuaian dengan beban
tugas serta beratnya amanah yang dipikul. Semakin tinggi sesuatu jawatan, semakin
berat amanah yang harus dipikul. Sebagai contoh buruh yang kita lihat begitu perit dan
sengsara dalam mencari sesuap nasi hanya mendapat gaji yang kecil berbanding
seorang Pengarah Urusan atau Pegawai Tinggi. Namun harus diingat, beban tugas
golongan tertingggi ini sebenarnya lebih berat walaupun secara mata kasarnya mereka
seakan bersahaja.
Dalam menjalankan tugas seharian, penjawat awam dibekalkan dengan kuasa
mengikut bidang tugas masing-masing. Sebagai contoh guru mempunyai kuasa di
sekolah terhadap murid-muridnya manakala doktor pula berkuasa di hospital terhadap
para pesakit. Namun begitu, kuasa tersebut perlu dikawal bagi mengelak berlakunya
penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi mahupun
kepentingan tertentu. Ini merangkumi tingkah laku dan tindakan penjawat awam
tersebut. Disebabkan itu mereka perlu menjaga nama baik perkhidmatan awam dengan
tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan peraturan yang telah
ditetapkan.
Salah satu peraturan yang cukup sinonim dalam kalangan penjawat awam
adalah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan
untuk menjadi panduan kepada guru dan kakitangan kerajaan yang lain dalam
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam konteks pendidikan, setiap
guru harus memahami sepenuhnya Peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 yang telah
dibuat pindaannya pada 2002. Peraturan ini merangkumi jenis-jenis kesalahan dan
jenis tindakan yang akan dikenakan terhadap pesalah tersebut.
Peraturan sebegini diwujudkan bagi memastikan para penjawat awam dapat
melaksanakan tugas dengan lebih cekap, beramanah dan bertanggungjawab yang
akan meningkatkan mutu perkhidmatan dan prestasi organisasi mereka. Setiap
penjawat awam perlu meletakkan kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi.
Contoh yang sering diperkatakan adalah Pegawai JPJ meminta bayaran dan
meluluskan lesen memandu tanpa menduduki ujian. Perbuatan sebegini bukan sahaja
tidak bermaruah, malah mencemarkan nama dan imej organisasi tersebut. Peraturan ini
juga akan bertindak menjaga imej perkhidmatan awam.
Sekiranya seseorang penjawat awam itu gagal dalam mematuhi peraturan yang
ditetapkan, secara individunya mereka akan menerima kesan atau impikasi negatif
terhadap mereka. Antara contoh hukuman secara individu yang sering dikenakan ialah
amaran lisan, surat amaran, dibuang kerja dan denda. Selain itu, pesalah juga mungkin
akan diturunkan pangkat, dilucut hak emolumen serta dikenakan penangguhan
pergerakan gaji
Selain kesan terhadap individu itu sendiri, kegagalan penjawat awam mematuhi
peraturan-peraturan yang telah dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) akan memberi implikasi terhadap
organisasi mereka. Pertamanya, timbul persepsi negatif kepada organisasi tersebut.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Itulah perumpamaan yang sesuai
menggambarkan situasi ini. Akibat daripada kegagalan seoarang guru, seluruh sektor
pendidikan dipersalahkan. Peraturan diwujudkan adalah untuk memastikan sesuatu
organisasi sentiasa dapat diurus dan ditadbir dengan berkesan.
Kedua, kegagalan mematuhi peraturan ini akan mengakibatkan kelemahan apa-
apa dasar, rancangan atau keputusan organisasi akan terdedah kepada umum. Setiap
organisasi sudah tentu memiliki perancangan, pelan tindakan dan rahsia-rahsia yang
sulit yang perlu disimpan dengan baik. Selain itu rancangan dan keputusan-keputusan
yang dibuat oleh pentadbir organisasi juga kadangkala wajar dirahsiakan supaya tidak
disabotaj oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.
Ketiga, wujudnya peraturan ini ialah untuk mengelakkan penjawat awam
meletakkan kepentingan individu melebihi kepentingan organisasi. Pada hari ini banyak
cabaran yang perlu ditempuh oleh penjawat awam termasuk kos sara hidup yang
semakin tinggi terutamanya di kawasan-kawasan bandaraya. Kos sara hidup yang
tinggi membuatkan sesetengah penjawat awam mengambil jalan mudah dengan
meletakkan kepentingan individu melebihi kepentingan organisasi supaya mereka
bebas daripada beban yang ditanggung. Hasilnya berlakulah gejala kronisma, korupsi
dan perniagaan ketika waktu kerja yang sudah pasti menguntungkan golongan terbabit.
Kesannya akan mengakibatkan kualiti produk yang dihasilkan rendah. Contoh yang
dapat dilihat dikebanyakkan sekolah adalah guru berniaga ketika waktu persekolahan.
Lebih teruk guru tersebut leka menguruskan perniagaannya sehingga tidak membuat
rancangan pengajaran harian dan terlepas untuk mengajar di kelas. Hasilnya, murid-
murid akan ketinggalan dan perkara yang harus diketahui oleh murid tidak dapat
disampaikan dengan berkesan.
Di peringkat sekolah, pihak sekolah terutama para guru akan terbeban
sekiranya ada antara guru yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan dan
dikenakan tindakan sehingga tidak dapat melaksanakan tugasan yang diamahkan.
Rata-rata guru di sekolah telah memikul beban tugas yang banyak termasuklah jadual
waktu mengajar yang banyak, penyediaan bahan mengajar dan kerja-kerja
pengkeranian. Jika ada guru yang tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan, guru
lain terpaksa mengganti kekosongan tersebut. Hal ini tidak bagus untuk murid kerana
murid tidak dapat mempelajari apa yang sepatutnya kerana guru sebenar telah diganti.
Kesan terburuk bagi gejala ini, murid tidak mencapai tahap yang sepatutnya.
Kesimpulannya, peraturan dicipta bukan untuk dilanggar sebaliknya adalah untuk
dituruti. Kegagalan mematuhi peraturan akan meninggalkan banyak kesan negatif sama
ada untuk pesalah itu sendiri mahupun kepada organisasi tertentu. Peraturan
ditetapkan supaya kita sentiasa berada di landasan yang betul dalam apa jua bidang
yang diceburi dalam meningkatkan mutu kerja dan prestasi organisasi yang kita duduki.





ABDUL FATTAH BIN
MAT NANG
910127-11-5247

TUGASAN 1
TUGASAN 3

TUGASAN 1
ARTIKEL : PELAJAR DITAMPAR GURU MUNGKIN PEKAK















Dasar Kementerian Pelajaran tentu sekali menolak sebarang bentuk deraan
tanpa mengira siapa. Dasar ini juga menjelaskan tiada seorang pun warga pendidik
yang boleh melakukan sesuka hati mereka di sekolah. Pihak Kementerian juga sudah
mempunyai garis panduan berhubung tindakan disiplin.Masalah disiplin sememangnya
boleh menggugat emosi guru. Jika tidak ditangani dengan baik, mudah saja guru
cenderung untuk bertindak di luar emosinya.
Namun begitu bidang perguruan adalah profesion membantu yang amat terdedah
dengan tekanan. Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk
menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa,
kekecewaan dan kebimbangan.Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan
memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran
dan pembelajaran.
Berdasarkan petikan yang dipilih saya percaya guru berkenaan berkemungkinan
mempunyai masalah dalam diri di rumah sehinggakan terbawa-bawa ke sekolah. Dari
sudut guru berkenaan langkah yang diambil adalah salah kerana akta telah
menetapkan guru atau dengan lebih jelas profesion membantu ini tidak boleh sama
sekali mendera atau mencederaka murid , namun begitu sebab utama berlaku perkara
tersebut berkemungkinan adalah bermula dari murid berkenaan sendiri. Jika dilihat
kepada peratus gejala sosial yang kian menular pada zaman kini , kebanyakan masalah
adalah baermula dalam kalangan murid. Maka tidak hairanlah jika punca utama guru
tersebut bertindak demikian adalah kerana kesilapan murid berkenaan yang melakukan
permasalah. Disini jelas menunjukkan ketidak koheren antara guru dan murd
berkenaan timbul.
Tekanan yang dihadapi oleh pihak guru disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara
faktor yang paling ketara ialah ketidakupayaan guru untuk berdaya tindak ke atas isu-
isu pendidikan yang berlaku dalam dunia yang pesat berubah. Ini kerana gelombang
pembangunan pesat yang berlaku di negara ini dan juga seluruh dunia menyaksikan
cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh guru semakin meningkat.
Jika dilihat dari aspek implikasi, implikasi kepada guru berkenaan cukup besar,
yang mana guru merupakan penjawat awam yang berada di sekolah dan berada dalam
linkungan masyarakat setempat maka secara tidak langsung ianya amat mempengaruhi
guru berkenaan. Guru berkenaan ternyata menerima implikasi yang cukup besar
kerana terpaksa menanggung malu dengan perlakuannnya selain dipandang rendah
oleh masyarakat setempat dan rakan sekerja. Dari skop sekolah pula, sekolah
berkenaan akan berkemungkinan dilabel sebagai sekolah bermasalah di peringkat
PPD. Bagi pendapat saya masalah yang peling besar akan timbul adalah buah mulut
masyarakat setempat, yang mana sifat menuduh tanpa usul periksa sering diamal oleh
masyarakat setempat di era globalisasi ini. Maka guru berkenaan berkemungkinan akan
dipulau oleh masyarakat .
Jadi sebagai seorang guru saya merasakan adalah wajar untuk saya menjaga
imej saya sebagai seorang guru. Jika saya menghadapi masalah di luar sekolah
seloknya menjadi etika untuk saya menjaga dan tidak terbawa-bawa masalah
berkenaan ke sekolah. Hal ini kerana sifat tidak sabar dan cepat memberontak akan
membawa kepada masalah tersebut. Untuk menangani masalah ini saya rasa adalah
perlu setiap guru menghadiri kursus-kursus untuk menjaga tekanan emosi bagi
menjaga nama baik profesion keguruan ini.
Maka dalam menangani masalah yang timbul ini pihak sekolah memainkan
perana penting dalam memastikan guru berkenaan boleh dibantu . Antaranya dengan
melalui Kursus-kursus tekanan emosi, kursus-kursus sebegini perlu dilaksanakan untuk
membantu guru-guru yang menghadapi masalah.Selain itu pihak sekolah juga perlu
membuat pakatan bersama PIBG sekolah untuk membantu guru-guru sebegini
menyelsaikan masalah yang dihadapi.
Pihak sekolah juga perlu mengagih setiap tugas denga baik di sekolah supaya
tiada bebanan kerja yang boleh membawa kepada tekanan emosi. Maka pembahgian
tigas yang sistematik dan adil adalah wajar. Sebagai kesimpulan,setiap salah laku dan
tekanan boleh diatasi dengan berfikir dan berbincang terlebih dahulu.



TUGASAN 3
REFLEKSI INDIVIDU : ABDUL FATTAH BIN MAT NANG
TAJUK PILIHAN : Bincangkan implikasi ke atas sesebuah organisasi
sekiranya Peraturan-peraturan Pegawai Awam( Kelakuan
dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) tidak dipatuhi oleh
penjawat-penjawat awam.

Sektor awam masa kini banyak memberi impak kepada orang awam dan negara.
Pelbagai impak positif dapat dilihat melalui kemajuan pembangunan dan ekonomi
negara. Sebagai contoh, kemajuan pembangunan dan ekonomi yang dapat dinikmati
pada hari ini adalah disebabkan keberkesanan sektor awam di mana usaha kakitangan
awam dan jabatan-jabatan kerajaan melaksanakan tugas dengan baik untuk mencapai
prestasi yang membanggakan. Sokongan daripada pihak pemerintah juga merupakan
faktor kejayaan yang dicapai oleh Malaysia kini. Namun, kita tidak dapat lari daripada
persepsi-persepsi negatif yang dilontarkan terhadap sektor awam. Ini berikutan
berlakunya penyakit-penyakit duniawi seperti rasuah, pecah amanah, kes jenayah
termasuh jenayah kolar putih yang dilakukan oleh sebilangan penjawat awam. Selain
daripada itu, berlaku juga kes-kes pencabulan yang dilakukan oleh kakitangan awam
kepada kakitangan awam yang lain dan juga orang awam. Kes-kes seperti inilah yang
menyumbang kepada gejala sosial yang semakin hari semakin merebak ke seluruh
pelosok negara.

Dalam menjaga kriteria dan kredibiliti penjawat awam satu peraturan yang
dikenali sebagai Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993
(Pindaan 2002) telah digubal secara tidak langsung sedikit sebanyak membantu
organisasi untuk melahirkan penjawat-penjawat awam yang memenuhi kriteria yang
bertepatan. Namun terdapat komen-komen negatif terhadap kakitangan yang tidak
memberikan khidmat yang sepatutnya kepada pelanggan. Masalah ini berlaku hampir
setiap hari di mana kakitangan awam yang berurusan dengan orang awam tidak
menunjukkan sopan-santun dan budi bahasa yang elok kepada pelanggan. Dari segi
salahlaku tatatertib penjawat awam juga merupakan punca prestasi perkhidmatan
awam boleh merosot. Contoh salahlaku disiplin yang berlaku di tempat kerja adalah
cuai semasa menjalankan tugas, melanggar peraturan dan prosedur kerja dan tidak
hadir bertugas. Jika berlaku kes salahlaku disiplin seperti ini, bukan sahaja
perkhidmatan awam akan dipersalah malah kakitangan awam tersebut juga akan
dikenakan tindakan tatatertib seperti digantung kerja atau dibuang kerja. Maka perlulah
adanya satu panduan tentang nilai-nilai yang perlu ada pada setiap kakitangan awam,
dan juga etika sebagai rujukan kakitangan untuk menjalankan tugas dengan lancar dan
efisien.

Dari segi implikasi, jika seorang penjawat awam tidak dapat mematuhi peraturan
yang telah dibina maka akan sedikit sebanyak memburukkan persepsi orang awam
terhadap tugas penjawat awam berkenaan dan secara langsung akan mencacatkan
pandangan positif organisasi berkenaa.Hal ini kerana etika dalam perkhidmatan awam
adalah penting dalam menyokong nilai-nilai yang telah diperkenal. Menurut Mok S.S.
(2010), etika boleh ditakrifkan sebagai tanggungjawab dan akibat tingkah laku
seseorang atau profesion terhadap pelanggannya atau masyarakat. Dalam
perkhidmatan awam, satu etika yang dinamakan Etika Perkhidmatan awam telah
diwujudkan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Etika ini bertujuan untuk
memastikan pembangunan yang dirancang untuk rakyat dapat memberi faedah kepada
rakyat seterusnya kepada negara. Sekiranya pelaksanaan rancangan pembangunan
tidak berjalan dengan lancar kerana adanya anggota perkhidmatan awam yang tidak
berdedikasi, maka sia-sia sahaja pihak kerajaan memberikan sejumlah peruntukan
untuk pembangunan negara.

Atas hal yang demikian, etika ini digubal untuk memenuhi permintaan rakyat
yang menginginkan perkhidmatan awam yang bersistematik, cekap dan cemerlang. Di
samping itu, dengan adanya etika ini, negara boleh terhindar daripada ancaman-
ancaman luar yang boleh menjejaskan kestabilan dan keselamatan negara. Apabila
ancaman-ancaman luar, terutamanya dari kawasan serantau, boleh dihindari maka
akan lahirlah satu bangsa yang lebih berdaya tahan dalam mengharungi cabaran
globalisasi, sosial ekonomi dan politik seperti yang terkandung dalam konsep
1Malaysia.

Selain itu, terdapat juga peraturan-peraturan lain seperti etiket sosial dan etika
pakaian ke tempat kerja. Dengan adanya etika-etika ini, penjawat awam akan lebih
berkeyakinan dalam menjalankan tugas di samping berkeyakinan untuk berhadapan
dengan pelanggan. Sebagai contoh, etika pakaian ke tempat kerja memberikan garis
panduan kepada penjawat awam tentang tatacara pemakaian pakaian yang sesuai.
Implikasi kepada sektor awam sekiranya penjawat awam bebas memakai apa-apa jenis
pakaian tanpa adanya panduan, maka akan muncullah berbagai-bagai fesyen pakaian,
masalah kekemasan dan masalah pakaian yang menjolok mata. Dengan adanya etika
pakaian, kakitangan awam akan muncul dengan pakaian yang selesa, sesuai dan
kemas. Apabila berurusan dengan pelanggan, pelanggan akan berasa yakin dengan
kakitangan tersebut dan perkhidmatan yang baik dapat diberi dan diurus dengan lancar.

Berbeza pula dengan perturan yang menetapkan supaya semua penjawat awam
menjaga etika dan adab pula memberi panduan tentang adab-adab seperti adab di
meja makan dan adab berjalan. Seorang kakitangan awam hendaklah memberi imej
yang positif terhadap dirinya terlebih dahulu dalam memberikan persepsi yang positif
terhadap masyarakat. Imej ini juga akan mempengaruhi persepsi positif masyarakat
terhadap kerajaan. Jika kakitangan awam dilihat mempunyai imej yang elegan dan
bersopan-santun, kepercayaan dan keyakinan rakyat untuk berurusan dengan
kakitangan awam dan kerajaan akan meningkat. Perselisihan faham dalam kalangan
masyarakat terhadap kerajaan juga akan berkurang. Sebaliknya, jika kepercayaan dan
keyakinan masyarakat tidak dapat diperoleh, maka akan timbullah rasa tidak puas hati
dan huruhara dalam negara yang tentunya akan menjejaskan keamanan dan kestabilan
negara. Dengan pengenalan etika dalam perkhidmatan awam, anggota-anggota
perkhidmatan dapat meningkatkan prestasi kerja dalam menjalankan tugas-tugas
harian mereka.

Apabila prestasi perkhidmatan dapat ditingkatkan, khidmat kepada orang awam
dapat diberikan dengan cemerlang dan maklum balas daripada orang awam juga akan
menjadi positif. Serentak dengan itu, kepercayaan orang awam kepada kerajaan juga
akan bertambah baik. Disebabkan itu, adalah sangat penting bagi setiap kakitangan
awam untuk mematuhi etika supaya hubungan antara setiap anggota masyarakat akan
menjadi lebih kukuh dan bersatu padu untuk mencapai perpaduan Negara berdasarkan
Rukun Negara. Tambahan lagi, kemakmuran negara yang berbilang kaum dapat
ditingkatkan seterusnya dapat melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan konsep
1Malaysia.

Pentingnya nilai dan etika dalam kehidupan seharian dapat dilihat melalui akibat
buruk yang berlaku di sekeliling. Contoh yang paling mudah adalah suasana di tempat
kerja yang boleh mempengaruhi prestasi seisi warga kerja sekaligus prestasi
organisasi. Jika keseluruhan warga kerja mengamalkan nilai-nilai seperti amanah,
bersih, jujur dan bertanggungjawab, dan etika kerja seperti adil dan saksama, nescaya
tidak akan timbul isu pecah amanah, rasuah dan berat sebelah. Sekaligus, warga kerja
dan organisasi dapat mencapai segala matlamat, program atau projek yang dirancang.
Sebaliknya, jika nilai dan etika kerja ini tidak dipatuhi, maka akan timbul pelbagai
masalah dalam organisasi tersebut yang mana boleh mengakibatkan kejatuhan prestasi
organisasi. Akan timbul isu seperti tidak percaya antara staf dengan pelanggan, staf
dengan staf dan staf dengan pihak pentadbir organisasi. Apabila timbulnya suatu
masalah, masalah ini akan mengakibatkan timbulnya masalah yang lain, dan apabila
terlalu banyak masalah yang timbul, maka akan jatuhlah organisasi tersebut daripada
tempat berdirinya.

Oleh itu, etika sangat penting dalam perkhidmatan awam. Pelbagai etika yang
telah kerajaan perkenalkan bukanlah semata-mata gimik untuk menarik sokongan
rakyat tetapi sebagai satu panduan dalam usaha untuk memperbaik dan mempertingkat
kemajuan negara dari pelbagai segi terutamanya pembangunan dan ekonomi. Selain
itu, tamadun manusia juga dapat dikekalkan, imej organisasi dan negara dapat dijaga
dan prestasi dapat ditingkatkan. Sehubungan dengan itu, masyarakat khususnya
kakitangan di sektor awam haruslah menanam dan memahami dengan mendalam
setiap etika yang telah diperkenal. Untuk mencapai status negara maju dan
merealisasikan Wawasan 2020 bukanlah hanya bergantung kepada pentadbiran
negara semata-mata tetapi setiap golongan masyarakat tanpa mengira kaum, jantina,
darjat dan status pendidikan perlu menyemai dan melaksanakan nilai dan etika demi
kebaikan dan masa depan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

RUJUKAN
Utusan Online. (2005). Stres guru membimbangkan Akibat banyak perubahan dan
bebanan tugas yang keterlaluan NUTP. Retrieved September 27, 2014 from
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0819&pub=Utusan_Mala
ysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#
Siti Jamilah. (2012). Stres di kalangan guru faktor dan cara menangani. Retrieved
September 30, 2014 from http://jamilahmil.blogspot.com/2012/09/stres-di-
kalangan-guru-faktor-dan-cara.html
Tiada nama. (2010). Guru: Stres Kerja. Retrieved September 30, 2014 from http://logik-
guru.blogspot.com/2010/01/stres-kerja.html


LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai