Anda di halaman 1dari 1

Adat dan Budaya Masyarakat Melayu

Pendahuluan
Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah masyarakat yang terbesar bilangannya di rantau
Nusantara ini. Hal ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas lagi terutamanya di bumi
Malaysia. Kewujudan masyarakat Melayu telah bermula sejak sebelum terbinanya empayar
Kesultanan Melayu Melaka lagi kira-kira 500 tahun\ yang lalu. Ketika ini boleh dikatakan
bahawa masyarakat Melayu adalah antara masyarakat yang tinggi ketamadunannya kerana
dengan wujudnya empayar pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Semenanjung Tanah
Melayu terutamanya di negeri Melaka telah menjalankan kegiatan perdagangan dengan
pedagang-pedagang dari luar negara terutamanya dari Arab, Parsi, India, China dan lain-lain
lagi.

Konsep dan Definisi Budaya
Pengertian budaya secara umum difahami sebagai keseluruhan cara hidup anggota-anggota
masyarakat, yang meliputi berbagai-bagai aspek kehidupan itu, seperti peralatan, teknologi,
pemikiran, nilai, world-view dan sebagainya. Itu juga boleh diteliti dari segi budaya material
dan budaya bukan material. Setiap masyarakat mempunyai budayanya dan budaya itu dengan
jelas menyatakan identiti bagi masyarakat itu. Budaya itu menyatakan secara simbolik bagi
sesuatu masyarakat itu, iaitu segala perlakuan dan penghasilan budaya itu dapat difahami
oleh masyarakat yang mendokong budaya itu. Budaya juga dapat membezakan sesuatu
masyarakat dengan masyarakat yang lain. Budaya sesuatu masyarakat dapat menentukan
keperibadian kebangsaan sesebuah negara. Di Malaysia, budaya Melayu dipersetujui sebagai
teras kebudayaan kebangsaan, namun unsur-unsur budaya kaum lain seperti Cina dan India
turut diambil kira. Secara amnya terdapat beberapa pendapat atau definisi mengenai budaya
yang berbeza-beza mengikut pengkaji. Akan tetapi maksud budaya yang dikemukakan oleh
mereka membawa konotasi yang sama atau serupa maknanya. Kata budaya itu berasal
daripada cantuman bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu iaitu; Budhi (Sanskrit) : kecergasan
fikiran dan akal. Ini bermaksud budaya itu adalah kecergasan akal fikiran seseorang yang
akan menentukan tahap pemikiran mereka dalam menangani sesuatu permasalahan dan
seterusnya mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai