Anda di halaman 1dari 9

15.

JURNAL REFLEKTIF
Pertemuan 1
Tarikh : 7 Januari 2012
Masa : 7.30 9.30 pagi
Aktiviti : Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa
Jadual Pertemuan penggal pertama.
Pendaftaran ahli kelab hoki Sekolah.
Masalah :
Pemilihan Ahli Jawatankuasa Pasukan Hoki merupakan perjumpaan pertama bagi tahun
2012. Aktiviti ini merupakan perkara penting agar sesuatu pasukan dpat diorganisasikan dengan
baik dan teratur. Untuk Jawatan Pengerusi hingga Bendahari, Guru penasihat meminta agar
dikhususkan untuk Tahun 6, memandangkan mereka akan melangkah ke sekolah menengah pada
tahun hadapan.
Masalah timbul apabila terdapat beberapa murid Tahun 5 mempertikaikan perkara ini dan
menggangap ianya tidak adil untuk ahli pasukan. Bagi murid Tahun 4 pula yang baru menyertai
aktiviti kokurikulum agak termangu-mangu kerana mereka tidak mengetahui berkaitan
kokurikulum sewaktu berada di Tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3)

Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan.:
Sebagai guru penasihat, kami memberi pejelasan bahawa guru penasihat berbuat
demikian kerana kami berharap segala jawatan ini akan memberi nilai dalam penglibatan murid
Tahun 6 semasa di sekolah rendah. Selain itu rasional pemilihan murid Tahun 6 adalah kerana
mereka lebih arif berkaitan permainan hoki, malah pernah menyertai pertandingan dan mewakili
sekolah semasa di Tahun 5. Murid Tahun 5 diminta untuk lebih bekerjasama dan bertoleransi
memandangkan mereka juga akan melalui situasi yang sama pada tahun hadapan.
Bagi murid Tahun 4 pula, kami menasihatkan mereka agar belajar menyesuaikan diri
dengan aktiviti kokurikulum sekolah dan giat mempelajari kemahiran hoki yang akan diajarkan.
Setiap ahli pasukan diarahkan untuk menghadiri setiap perjumpaan kokurikulum yang akan
diadakan. Setiap ahli mendapat Takwim Jadual Kokurikulum dan Takwim aktiviti hoki untuk
sepanjang penggal pertama persekolahan

JURNAL REFLEKTIF
Pertemuan 2
Tarikh : 7 Januari 2012
Masa : 7.30 9.30 pagi
Tempat : Bilik Darjah
Aktiviti : Pembelajaran di dalam kelas
Memperkenalkan murid-murid peralatan permainan hoki dan kemahiran asas hoki
Masalah :
Pada pertemuan kedua ini, murid-murid diperkenalkan kepada peralatan permainan hoki
dan kemahiran yang akan dipelajari. Peralatan permainan hoki seperti bilah kayu hoki, pakaian,
bola hoki, saiz padang dan kemahiran asas permainan hoki. Bagi murid - murid Tahun 4, ianya
merupakan suatu perkara baru dan mereka amat berminat untuk mengetahuinya. Namun bagi
murid Tahun 5 dan 6. Penerangan ini seperti membosankan kerana mereka telah
mempelajarinaya ketika Tahun 4 dan 5.

Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan.
Sebagai guru penasihat, saya meminta mereka agar memberikan tumpuan kerana
walaupun mereka pernah mempelajarinya, aktiviti ini merupakan ulangan yang akan memberikan
mereka kefahaman yang lebih berkaitan permainan hoki. Mengetahui tidak bererti
mereka memahaminya dengan baik dan menguasai kemahiran permainan hoki.


JURNAL REFLEKTIF
Pertemuan 3
Tarikh : 5 Februari 2012
Masa : 7.30 9.30 pagi
Tempat : Padang sekolah
Aktiviti : Meperkenalkan permainan hoki
1. Cara memegang bilah kayu hoki.
2. Kemahiran mengawal bola.
3. Mengelecek.
Permainan Keep It Up: Bertujuan memperbaiki kawalan bola
Masalah :
Bagi aktiviti 1 dan 2, aktiviti ini agak mudah dijalankan. Murid-murid Tahun 4
khususnya memberikan tumpuan yang baik, namun agak sukar dilakukan kerana tangan mereka
agak kaku ketika memegang kayu hoki. Hal yang demikian menyebabkan mereka sukar
mengawal bola dengan baik. Aktiviti mengelecek juga amat sukar bagi mereka untuk
mengelecek di garis lurus dan menggunakan Skitel. Malah kayu hoki juga sering terlepas dari
genggaman kerana saiz tapak tangan mereka agak kecil agak sukar memegang kayu hoki.

Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan.
Para jurulatih terpaksa memperuntukkan masa yang agak lama untuk murid Tahun 4
melakukan setiap aktiviti. Perincian aktiviti ini telah diterangkan dalam Contoh Sesi Latihan
Permainan Hoki. Saya menggalakkan mereka agar mempunyai kayu hoki sendiri dirumah dan
berlatih dengan kerap bagi bagi memperbaiki kawalan bola. Bagi murid tahun 5 dan 6,
kelihatannya mereka dapat menguasai dengan baik dan mampu bermain Permainan Keep it Up
dengan baik.

JURNAL REFLEKTIF
Pertemuan 4
Tarikh : 11 Februari 2012
Masa : 7.30 9.30 pagi
Tempat : Padang sekolah
Aktiviti : Memukul dan menahan
Permainan 1 : Hitting game
Permainan 2 : Pukulan berhalangan
Masalah :
Dalam Permainan Hitting Game Pemain diberi jarak dan diminta memukul melintasi
jarak. Pemain yang memukul paling kemas dikira pemenang. Masalah yang dikenalpasti ialah
hanya beberapa orang murid sahaja dapat memukul dengan kemas melintasi jarak. Kebanyakan
pukulan kurang kemas malah ada yang tidak melintasi jarak ditetapkan.
Dalam Permainan Pukulan Berhalangan pula, pemain di kehendaki memukul bola hingga
menjatuhkan skitel. Namun apabila pululan kurang kemas, tidak akan mengenai skitel. Pemain
juga perlu memulul dengan kemas dan tepat agar lawan dapat menahan.
Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan
Bagi pemain yang tidak dapat memukul dengan kemas dan melintasi jarak, mereka perlu
mengulangi aktiviti sehingga Berjaya. Begitu juga dalam Permainan Pukulan berhalangan.
Jurulatih menangani masalah ini dengan mengadakan latih tubi sehingga Berjaya bagi mengatasi
kelemahan murid.


JURNAL REFLEKTIF
Pertemuan 5
Tarikh : 18 Februari 2012
Masa : 7.30 9.30 pagi
Tempat : Padang sekolah
Aktiviti : Menolak
Teknik menolak
Jenis Tolakkan
1. Tolakkan kilas
Permainan : Permainan Monyet
Masalah :
Murid-murid diajar konsep tolakan yang asas, kemudian barulah kepada beberapa jenis tolakan.
Namun tumpuan diberikan kepada Tolakan Kilas. Bagaimanapun pelajar sering melakukan
beberapa kesilapan seperti jarak kaki terlalu rapat, badan terlalu tegak dan bola terlalu jauh dari
kaki kiri apabila menolak.

Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan
Untuk mengatasi masalah ini jurulatih perlu memberi tumpuan kepada setiap murid
semasa mereka melakukan tolakan. Malah mereka juga perlu mengulangi kemahiran tolakan
dalam jumlah ulangan yang banyak agar kemahiran tolakan mereka bertambah baik.
JURNAL REFLEKTIF
Pertemuan 6
Tarikh : 2 Mac 2012
Masa : 7.30 9.30 pagi
Tempat : Padang sekolah
Aktiviti : Menguis


Permainan : Permainan kuis jarak jauh (pertandingan kecil)
Masalah :
Menguis merupakan kemahiran yang agak sukar dalam permainan hoki. Terdapat
pelbagai kemahiran menguis. Namun tumpuan lebih diberikan kepada asas penguasaan
kemahiran menguis, menguis ke sasaran dan menguis tinggi.
Masalah yang sering berlaku pada pemain ialah mereka tidak dapat menukarkan berat
badan dari kaki kanan ke kaki kiri dan posisi badan terlalu tegak. Sekiranya kesalahan ini tidak
di perbaiki, pemain agak sukar menguasai asas menguis dengan sempurna.

Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan
Pada peringkat awal, jurulatih terpaksa membuat demontrasi kemahiran menguis.
Kesalahan yang di lakukan oleh setiap pelajar perlu diperbaiki. Setelah murid menguasai teknik
menguis, mereka di ajar teknik menguis ke sasaran secara berulang kali. Latihan ini bertujuan
melatih pemain membuat kuisan dengan tepat.
Bagi Pertandingan kecil, pula pemain diberi 5 percubaan menguis dalam jarak yang
berlainan. Permainan ini ternyata dapat meningkatkan sasaran kuisan.

JURNAL REFLEKTIF
Pertemuan 7
Tarikh : 10 Mac 2012
Masa : 7.30 9.30 pagi
Tempat : Padang sekolah
Aktiviti : Menceduk , menghantar dan menerima
Masalah : Masa tidak mencukupi untuk mengajar semua kemahiran ini dengan baik
Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan
Para jurulatih berbincang dan bersetuju untuk mengajar semua kemahiran secara ringkas. Ini
bertujuan semua kemahiran dapat diajar dalam masa yang ditetapkan. Kemahiran ini akan di ajar
dengan terperinci pada sesi kokurikulum pada penggal kedua.

JURNAL REFLEKTIF
Pertemuan 8
Tarikh : 31 Mac 2012
Masa : 7.30 9.30 pagi
Tempat : Padang sekolah
Aktiviti : Mengelak aktif dan pasif. Permainan Drill Seluruh padang.
Masalah : Murid Tahun 4 masih lagi tidak menguasai pelbagai kemahiran hoki. Oleh itu
mereka tidak dapat menjalankan permainan ini dengan baik.
Cara Mengatasi dan Kaedah Penambahbaikan
Pada penggal kedua nanti, murid tahun akan di ajar dengan lebih terperinci. Ketika Murid
Tahun 5 dan 6 diminta membantu murid Tahun 4 untuk menguasai kemahiran.

JURNAL REFLEKTIF
Setelah memasuki pertemuan ke 9 hingga pertemuan ke 20 guru peltih dan pembimbing
akan lebih menumpukan persiapan bagi menghadapi pertandingan peringkat zon yang mana
latihan secara intensif akan dijalankan. Pelajar-pelajar yang terpilih untuk mewakili sekolah akan
diajar dan dilatih dari segi aspek kecergasan fizikal dan kemahiran teknikal.
Memasuki fasa persediaan pertandingan, tumpuan haruslah diselaraskan kearah
penyediaan latihan yang intensif dan berkala mengikut turutan bagi mempertingkatkan stamina
dan kemahiran para pelatih permainan hoki. Dalam bab latihan fasa pertandingan diperjelaskan
dengan lebih terperinci tentang jeda latihan dan kekerapan ulangan yang diperlukan dari minggu
ke 12 hingga minggu ke 20. Secara jelasnya disini, penumpuan kepada fasa latihan adalah perlu
dalam usaha kita membentuk pemain dan menyediakan mereka menjelang fasa pertandingan
yang perlu menjadi keutamaan.

16. REFLEKSI
Kegiatan ko-kurikulum adalah satu bentuk tranformasi bagi membentuk keterampilan
pelajar. Pembinaan ahlak, kecergasan fizikal dan pelbagai nilai murni yang lain dapat dibentuk
melalui kegiatan ko-kurikulum. Perancangan pihak Kementerian dalam mewujudkan Program 1
pelajar 1 sukan adalah bertujuan membentuk jati diri para pelajar. Aspek ini adalah pemangkin
dalam memebntuk sasiah dan jati diri yang lebih mulia dan terpuji jika pelajar dibentuk mengikut
acuan yang diterapkan.
Kaedah pembelajaran dan pengajaran adalah aspek yang penting dalam sesuatu proses
melahirkan pelajar yang mempunyai nilai-nilai murni yang terpuji. Mencergaskan badan
seterusnya akan mencergaskan minda mereka. Penekanan dan penumpuan yang betul akan
membentuk para pelajar mengikut acuan yang betul. Kesimpulannya kokurikulum ialah satu
saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian
besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran
dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan samada melalui badan beruniform, persatuan,
kelab, sukan dan permainan. Gerak kerja kokurikulum diasaskan atas kepercayaan bahawa:
Semua murid mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan.
Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri dan rakan sebaya.
Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental
(intelek) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani.
Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan masyarakat.
Masyarakat juga bertanggungjawab dalam mendidik murid.

Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah aktiviti itu dapat memenuhkan masa
lapang. Mereka tiada masa untuk terlibat dengan gejala sosial. Mereka sentiasa sibuk dengan
aktiviti di sekolah. Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan berlatih
setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada
berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha,
bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi,
mereka akan belajar menjadi ketua. Ahli jawatankuasa juga belajar menguruskan aktiviti
persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang
demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk
disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin
susah untuk berjaya. Sebagai contoh, apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, kita
mesti menepati masa. Jika terlewat, kita akan rugi. Hal ini kerana masa latihan itu sudah
dibazirkan. Dengan menepati masa, kita sudah mematuhi disiplin. Oleh itu, kita akan menjadi
lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.
Tambahan pula, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum.
Kita boleh menjadi ahli kelab sukan seperti pasukan bola sepak dan pasukan bola tampar. Untuk
menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Sekurang-kurangnya
latihan itu dijalankan tiga kali seminggu. Dengan latihan itu kita akan menjadi cergas. Kita akan
mengeluarkan peluh. Badan kita akan menjadi sihat dan kuat. Kita tidak akan mudah sakit.
Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan
dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang berbangsa
Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul.
Mereka boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan
hubungan sesama mereka.
Oleh itu, dengan kegiatan kokurikulum, perpaduan kaum dapat
diwujudkan. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak
sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar
menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan
kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai