Anda di halaman 1dari 3

HUBUNGAN ETNIK (WAJ3106) PPG SEMESTER 3

2012

2


REFLEKSI SEBELUM
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang saya
merakamkan setinggi kesyukuran ke Hadrat Ilahi kerana memberikan kesihatan dan
ketabahan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Selawat dan salam
kepada Nabi junjungan penyudah segala nabi serta ahli keluarga dan para sahabat
baginda yang tercinta dan mereka yang menuruti mereka itu dari semasa hingga ke
semasa hingga hari kiamat.
Setelah mendapat tugasan ini melalui pensyarah iaitu Encik Rhozisham Abd.
Rashid iaitu pensyarah Hubungan Etnik, saya membacanya dengan teliti tugasan
yang diberikan. Tugasan itu berkaitan dengan keunikan sosiobudaya seperti sejarah
asal usul dan sistem sosial.
Pada mulanya saya agak keliru juga dengan tugasan yang diberikan tetapi
apabila mendapat penerangan daripda Encik Rhozisham saya dan kawan-kawan
mendapat penjelasan yang jelas untuk melaksanakan tugasan ini. Saya dah ahli
kumpulan saya sama-sama berbincang untuk pembahagian tugas bagi menjawab
dan mencari jawapan.
Saya sangat beruntung kerana mempunyai kawan-kawan yang saling
bekerjasama antara satu sama yang lain. Saya akan cuba untuk melaksanakan
tugasan ini dengan sebaik mungkin.


REFLEKSI SEMASA
Semasa melaksanakan tugasan ini, saya cuba untuk mencari pelbagai
rujukan sama ada dari internet, buku dan juga majalah. Namun pelbagai kekangan
juga yang saya hadapi semasa menyiapkan tugasan ini seperti kekurangan sumber
rujukan dan sumber informasi dan ilmu yang lebih mendalam dalam bidang ini.
HUBUNGAN ETNIK (WAJ3106) PPG SEMESTER 3
2012

2

Saya berusaha mencari pelbagai sumber rujukan dengan perkongsian rakan
sekelas dan mencari buku-buku yang berkaitan dengan tugasan yang berkaitan
dengan tajuk ini. Saya juga membuat perbincangan bersama ahli kumpulan saya
iaitu Rosliana bt Bakar dan Liana Yong San Khoon. Kami berbincang melalui
Facebook di mana masing-masing mengemukakan pandangan dan juga idea yang
boleh dikongsi bersama.
Banyak ilmu dan pengetahuan yang saya pelajari mengenai masyarakat
Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian bangsa dan juga. budaya dengan lebih
mendalam. Dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, banyak ilmu serta
pengetahuan baru yang saya dapat dipelajari. Contohnya kepelbagaian bangsa
seperti yang kita ketahui dimana Negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang
berbilang kaum.
Pendekatan kerajaan sekarang untuk memastikan kaum lain juga boleh
memegang ekonomi dengan meningkatkan penguasaan orang kaum Melayu dalam
bidang ekonomi supaya orang Melayu tidak terus membiarkan orang-orang Cina
menguasai ekonomi Negara kita. Tanpa adanya perpaduan yang kita kecapi ini
kemungkinan besar Negara kita tidak akan membangun dengan pesat seperti ini.

REFLEKSI SELEPAS

Sebagai warga pendidik, penghasilan kerja kursus ini telah memberikan
banyak input berguna tentang peranan guru di mana perpaduan dalam kalangan
pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan
negara kita pada masa sekarang dan akan datang. Ini adalah untuk mengelakkan
berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969
yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa
ramai masyarakat. Negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli kumpulan saya. Akhir
sekali, saya sangat bersyukur dengan tugasan ini dan saya berharap dapat
HUBUNGAN ETNIK (WAJ3106) PPG SEMESTER 3
2012

2

menggunakan ilmu ini sebaik mungkin untuk anak murid saya kelak yang mana kita
perlu lebih menyelami kepelbagaian etnik di negara kita dan seterusnya sebagai
pendidik, saya harus mencurahkan segala ilmu yang dipelajari dalam mendidik anak
bangsa yang pelbagai kaum.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Rhozisham Abd.
Rasyid di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan. Tidak lupa juga kepada
kawan-kawan dan ahli kumpulan di atas kerjasama yang diberikan sepanjang
menyiapkan kerja kursus ini. Setelah menempuh pelbagai halangan dan rintangan,
akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.. Saya juga
bersyukur kerana sedikit sebanyak pemahaman dan pengetahuan saya mengenai
Hubungan Etnik ini bertambah dan ianya pasti amat berguna kepada saya suatu
hari nanti. .

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai