Anda di halaman 1dari 2

KESAN ENAM MINGGU LATIHAN PLIOMETRIK

KE ATAS LOMPATAN MENEGAK DI KALANGAN


PEMAIN BOLA TAMPAR LELAKI REMAJA
Oleh
NG TENG ONG
Projek ini telah diserahkan kepada Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi sebahagian syarat keperluan
untuk ijazah Master Sains
Oktober 2004
Abstrak projek yang dikemukakan kepada Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi sebahagian syarat bagi mendapatkan
ijazah Master Sains
KESAN ENAM MINGGU LATIHAN PLIOMETRIK
KE ATAS LOMPATAN MENEGAK Dl KALANGAN
PEMAIN BOLA TAMPAR LELAKI REMAJA
Oleh
NG TENG ONG
Oktober 2004
Penyelia: Dr. Tengku Fadilah Tengku Kamalden
Fakulti: Pengajian Pendidikan
Kajian eksperimen ini bertujuan untuk menyelidiki keberkesanan program
pliometrik berkhususkan kemahiran bola tampar untuk meningkatkan lompatan
menegak dan mengurangkan masa sentuhan masa. Empat puluh orang (min=15.4 *
1.2 tahun, tinggi = 168.1 k 7.9 sm, berat = 57.4 k 9.1 kg) pemain bola tampar lelaki
remaja telah menyertai kajian ini. Sebelurn mereka dirawak ke dalam kumpulan
eksperimen (n=20) atau kumpulan kawalan (n=20); terlebih dahulu mereka perlu
berjaya mengangkat bebanan (60% daripada berat badan) sebanyak lima ulangan
dalam lima saat dengan menggunakan cara 'cangkung separuh'. Rekabentuk kajian
ini adalah bentuk praujian dan posujian bersertakan kurnpulan kawalan. Intervensi
yang diberi antara dua fasa pengujian adalah program yang menggabungjalinkan
aktiviti pliometrik dan kemahiran merejam dan menghadang. Peserta kumpulan
sksperimen menjalankan program ini dengan kekerapan dua kali seminggu dan
krlangsung untuk selama enam minggu. Manakala peserta kumpulan kawalan
3anya meneruskan aktiviti bola tampar seperti biasa. Pembolehubah bersandar
dah.rn kajian ini adalah ujian lompatan menegak CMJ, DJ dan perolehan masa
sntuhan bumi ketika DJ dijalankan. Perlakuan DJ bagi semua peserta telah
d~rakarnkan video. Ini adalah membolehkan analisis gerakan dijalankan dengan
menggunakan perisian DIGIMAN untuk memperoleh masa sentuhan bumi.
Kesemua lompatan adalah diukur dengan VERTEC. Perbandingan min dalam CMJ,
DJ dan masa sentuhan bumi dianalisis dengan Ujian-t tak bersandar, paras signifikan
ditetapkan pada 0.05. Keputusan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam
min lompatan CMJ dan DJ (P<0.05) di kalangan peserta eksperimen selepas
mengikuti program pliometrik. Di mana CMJ telah meningkat sebanyak 4.3 cm
(7.1 %); manakala DJ meningkat sebanyak 5.3 cm (8.6%.). Masa sentuhan burni pula
dikurangkan sebanyak -1 8.2% selepas mengikuti intervensi program. Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa peningkatan prestasi peserta eksperimen adalah
akibat daripada adaptasi dan penyelarasan neuro-otot. Ini membuktikan modaliti
suaian fizikal ini adalah berkesan untuk meningkatkan ketinggian lompatan serta
mengurangkan masa sentuhan bumi di kalangan atlet bola tampar.

Anda mungkin juga menyukai