Anda di halaman 1dari 3

PENYERTAAN DAN KONSULTASI MASYARAKAT DALAM PEMBANGUNAN

TENAGA NUKLEAR MALAYSIA


(Public Involvement and Consultation for the Development of Nuclear Energy in
Malaysia)
Penulis: Syahmi@Muhammad Syahmi Bin Jaafar
Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengenalan
Jurnal penyertaan awam didalam kerajaan yang bertajuk "Penyertaan Dan Konsultasi
Masyarakat Dalam Pembangunan Tenaga Nuklear Malaysia" ditulis oleh Muhammad
Syahmi Bin Jaafar membincangkan tentang pembangunan tenaga nuklear di negara.
Pembangunan nuklear adalah penting kerana dapat menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara maju. Walaupun begitu, pihak-pihak berkenaan perlulah
menyampaiakan maklumat -maklumat yang berkaitan untuk meningkatkan kefahaman
dan kesedaran orang awam mengenai sesuatu isu.

Objektif Jurnal
Secara objektifnya jurnal ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang timbul
dalam pembangunan tenaga nuklear di negara. Selain itu ianya juga turut
membincangkan tentang kepentingan penglibatan orang awam terhadap isu-isu yang
berkaitan dengan pembangunan tenaga nuklear di negara.

Tema
Dalam Jurnal ini, penulis mengkaji tentang cabaran yang perlu dilalui dalam
pembangunan tenaga nuklear di negara Malaysia, sejauh mana penglibatan awam ini
boleh dibuat dan pada peringkat manakah penyertaan dan konsulti bermula.
i) Cabaran yang perlu dilalui dalam pembangunan tenaga nuklear di negara Malaysia
Penentangan yang dilakukan oleh orang awam terhadap pembangunan tenaga nuklear
sangat ketara, ini kerana isu yang timbul adalah alam sekitar. Hal ini dikhuatiri berlaku
kerana orang awam takut alam sekitar akan tercemar disebabkan radiasi daripada sisa
bahan radioaktif tersebut.
ii) Sejauh mana penglibatan awam ini boleh dibuat
Penglibatan awam dalam pembangunan tenaga nuklear yang dilakukan adakah setakat
mendapatkan maklumat mengenai kesan impak alam sekitar atau mendapatkan
dokumen pembangunan sesuatu projek yang mempunyai risiko dedahan radioaktif.
iii) Pada peringkat manakah penyertaan dan konsulti bermula
Sesuatu pembangunan atau projek yang akan dijalankan memerlukan penglibatan
awam dalam membuat keputusan. Penglibatan ini haruslah bermula dari peringkat awal
untuk mendapatkan pandangan dari orang awam tentang sesuatu projek yang akan di
bagunkan.

Komen Jurnal
Daripada jurnal yang ditulis, saya dapati penglibatan awam dalam pembangunan
tenaga nuklear di Malaysia adalah sangat penting. Ini kerana ianya adalah sebahagian
daripada hak asasi manusia terhadap pembangunan yang juga menandakan
pengiktirafan tentang hak mereka untuk membuat penentuan. Penglibatan ini perlulah
dari awal lagi iaitu sebelum sesuatu projek itu dijalankan. Pihak yang berkenaan
haruslah menyampaikan maklumat dengan cara yang berkesan dan mudah difahami
berkenaan seseuatu isu bukan hanya memberitahu orang awam apabila sesuatu
pembangunan atau projek itu telah mendapat kelulusan dari semua pihak.
Dalam pembangunan tenaga nuklear ini, isu yang timbul adalah kesan sisa bahan
radioaktif terhadap alam sekitar. Saya berpendapat pihak yang terbabit haruslah
mencari jalan yang paling selamat untuk menghapuskan sisa bahan radioktif ini supaya
tidak mencemarkan alam sekitar kerana alam sekitar adalah milik semua orang. Ini
kerana mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad juga
mengatakan sisa nuklear ini tidak boleh ditanam atau dibuang kelaut,ianya hanya boleh
diproses semula di negara-negara tertentu sahaja.
Kesimpulan
Melalui penglibatan awam terhadap pembangunan tenaga nuklear di Malaysia, maka
segala masalah yang timbul akan dapat diselesaikan. Ini berlaku apabila orang awam
mengetahui kesan positifnya terhadap kemajuan negara seiring dengan negara maju
lain sekaligus dapat mengatasi masalah yang akan timbul dengan cara mengambil tahu
kepentingan orang awam.