Anda di halaman 1dari 5

UJIAN SEGAK Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia

( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.

Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum boleh membantu
murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti
kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan
bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian
yang standard dapat diukur.

SEGAK mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang
untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian
ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.

Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian yang dijalankan
secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid mengamal
gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

MATLAMAT
Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan
mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.

OBJEKTIF
Murid dapat :
1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;
2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;
3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;
4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan
aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

PROSEDUR

Semua murid perlu menjalani ujianujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan ini.
Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, keupayaan murid dan mengambilkira
peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma.

Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga
mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan
membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka. Ujian ini mesti dilengkapkan
mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut;


Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian
ini.Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini perlu
dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh
menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan yang sama

Konsep Dan Definisi Penilaian & Pengukuran
1) Pengenalan
Penilaian adalah sebahgian proses P&P untuk mengesan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid
Penilaian sangat perlu dilaksanakan bagi merealisasikan FPK
Penilaian mata pelajaran PJ termasuk dalam kategori PKS bersifat formatif
2) Definisi Ujian
Instrumen (alat) yang digunakan untuk mengukur sesuatu yang spesifik atau
mengumpul maklumat
Ujian boleh dilaksanakan dalam beberapa kaedah seperti soalan bercetak,
soalan lisan, bateri ujian, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak
dan rekod anekdot.
3) Definisi Pengukuran
Proses mengumpul maklumat untuk digunakan bagi membuat keputusan.
Ditadbirkan dalam bentuk ujian bagi mendapat skor atau maklumat.
Boleh juga ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada
ujian
4) Definisi Penilaian
Suatu proses untuk menganalisis dan mentafsir data yang dikumpul
Interpretasi ke atas skor ujian
Biasanya dinyatakan dalam bentuk kualiti, kebaikan, merit atau nilai
5) Dua Jenis Penilaian
Formatif
Berterusan dalam proses P&P
Kelemahan dan kekuatan murid diketahui untuk tindakan susulan
Sumatif
Penilaian pada akhir penggal
Pencapaian murid digunakan untuk membuat pilihan
6) Tujuan Penilaian
Menilai prestasi setiap murid
Menentukan status semasa (Kirkendal, Grubel & Johnson 1987)
Pemberian gred
Mengecualikan pelajar daripada sesuatu aktiviti
Maklum balas untuk meningkatkan prestasi
Menempatkan individu dalam kumpulan
Menentukan aktiviti tertentu
Membekal maklumat untuk kajian
Memilih wakil sekolah
Memotivasikan murid
Menilai P&P
7) Prinsip Pengukuran & Penilaian
Pengukuran & penilaian lebih berkesan sekiranya dilakukan penuh bermakna.
Menepati objektif dan matlamat PJ
Meningkatkan kualiti kaedah pengajaran
Teknik pengukuran & penilaian bersifat objektif (kuantitatif) dan subjektif (kualitatif)
Dilaksanakan oleh personel terlatih
Murid menjalani latihan dan mengetahui prosedur lebih awal
Maklumat diproses menggunakan rujukan kriteria dan norma
8) Contoh Bateri Ujian Kecergasan Berasaskan Kesihatan
Komponen Kecergasan Bateri Ujian Kumpulan Sasaran
Daya tahan kardiovaskular Cooper
(larian/berjalan 12 minit)
Tahun 1 hingga Tkn 5
Kekuatan Otot Bangkit tubi berperingkat Tkn 3 hingga Tkn 5
Daya tahan otot Tekan tubi Tahun 4 hingga Tkn 5
Kelenturan Duduk jangkau Tahun 1 hingga Tkn 5
Komposisi badan Ukuran lilitan badan Tahun 1 hingga Tkn 5
9) Contoh Bateri Ujian Kecergasan Berasaskan Perlakuan Motor
Komponen
Kecergasan
Bateri Ujian Kumpulan Sasaran
Kelajuan Lari pecut 30m Tahun 3 hingga 6
Imbangan Dirian bangau Tahun 4 hingga Tkn 5
Ketangkasan Lompat kuadron
Illinois
Tahun 1 hingga kn 5
Tahun 1 hinga Tkn 5
Kuasa Lompat jauh berdiri
Lontar bola keranjang
Tahun 1 hingga Tkn 5
Tahun 1 hingga Tkn 5
Masa tindak balas Nelson Choice-Response-
Movement
Tahun 4 hingga Tkn 5
Kordinasi Menggelecek bola dengan tangan
Menggelecek bola dengan kaki
Tahun 1 hingga 5
10) Contoh Bateri Ujian Kemahiran Sukan
Badminton: Ujian French short-serve (Scott et. Al 1941)
Bola Keranjang (AAHPERD Basketball Skill Test 1984)
Bola sepak (Yeagley, 1972)
Bola Tampar (Ujian servis bola tampar Beumbach, 1967)

Anda mungkin juga menyukai