Anda di halaman 1dari 1

12 September 2014

Ybhg. Tuan Haji Abdul Malik b. Hussin


Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Menara Kemajuan
01000 Kangar
Perlis

Tuan,

PERMOHONAN MAKLUMAT SENARAI SEKOLAH AGAMA SWASTA DI NEGERI PERLIS

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.


2. Sukacitanya, kami ingin memohon mendapatkan maklumat senarai sekolah - sekolah agama
swasta di negeri Perlis untuk melaksanakan program berunsurkan keusahawanan sosial.

3. Senarai tersebut diperlukan untuk mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah -
sekolah agama swasta tentang permasalahan yang sedang dihadapi dalam sistem pengurusan
sekolah yang sedia ada. Pihak UniMAP melalui Pusat Pembangunan Keusahawanan, Pengkomersilan
dan Pengurusan Harta Intelek berhasrat untuk membantu memperkasakan sistem pengurusan
pendidikan di sekolah - sekolah tersebut.

3. Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat membantu dalam mendapatkan
maklumat tersebut. Semoga mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan.

Sekian terima kasih.





Prof. Dato Wira Dr. Mohd Salleh bin HJ.Din
Pengarah
Pusat Pembangunan Keusahawanan, Pengkormesilan & Pengurusan Harta Intelek (E-CIP)
Universiti Malaysia Perlis

Anda mungkin juga menyukai