Anda di halaman 1dari 4

Majikan disaran sedia peruntukan khas

pekerja
ROMPIN: Majikan di negara ini disaran menyediakan peruntukan khas dalam sistem
pengurusan mereka bagi melahirkan kesedaran mengenai aspek keselamatan dan kesihatan di
kalangan pekerja.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata peruntukan khas seperti
penganjuran seminar, kursus dan penyediaan peralatan kerja yang lebih sempurna wajar
disediakan bagi meningkatkan ciri keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, sekali gus
mengurangkan kadar kemalangan pekerja syarikat.

Beliau berkata, majikan perlu memberi penekanan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan
pekerjaan bagi menjamin pengurusan sumber manusia mampu meningkatkan produktiviti
syarikat.


Amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan pelaksanaan sistem pengurusan sudah
terbukti dapat mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.

Jadi, saya berharap setiap majikan dapat mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam demi
keselamatan pekerja masingmasing, katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan
Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja 2012 di Muadzam Shah dekat
sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menterinya, Senator Datuk Maznah Mazlan dan Ketua Pengarah Jabatan
Keselamatan danKesihatan Pekerjaan (JKKP), Datuk Dr Johari Basri.

Pada majlis sama, Subramaniam turut menyampaikan dua mesin hemodialisis kepada Hospital
Muadzam Shah bernilai RM38,000 setiap satu dan sumbangan kepada empat penerima faedah
Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO).
Sementara itu, Subramaniam berkata, pihaknya sudah menjalankan 10,520 pemeriksaan di
tempat kerja dan 146,580 jentera tahun lalu.

"Daripada jumlah itu, 6,261 notis dikeluarkan kerana kesalahan berkaitan keselamatan dan
kesihatan, 234 dikenakan kompaun dan 183 kes didakwa.









SESB perlu utama keselamatan pekerja
KOTA KINABALU 23 Feb. - Semua kakitangan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) perlu sentiasa mematuhi
prosedur keselamatan yang ditetapkan bagi mengelak berlakunya kemalangan di tempat kerja.
Pengarah Urusannya, Datuk Ir. Baharin Din berkata, pencegahan adalah langkah terbaik kerana kakitangan
organisasi tersebut terutama yang terlibat dengan kerja-kerja pendawaian dan operasi amat terdedah kepada
risiko berbahaya.
"Adalah penting kita mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan kita semasa
menjalankan tugas, terutama tugas yang berbahaya, silap sedikit sahaja nyawa boleh melayang.
"Peringatan ini bertujuan mengelak kejadian tidak diingini menimpa pekerja," katanya semasa berucap pada
perasmian Simposium Keselamatan Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar SESB 2011 di Dewan Serbaguna
SESB, di sini hari ini.
Seramai 60 warga kerja SESB dari seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menyertai simposium itu.
Sebanyak 13 kertas kerja dibentangkan dalam simposium tersebut yang berlangsung selama dua hari bermula
hari ini.
Pembentang kertas kerja itu terdiri daripada wakil Tenaga Nasional Berhad, Petronas Carigali Sdn. Bhd., Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Pejabat Kesihatan Papar dan
Jabatan Alam Sekitar Sabah (JAS).
Baharin berkata, simposium anjuran SESB itu bertujuan memberi penekanan di kalangan kakitangan SESB
mengenai pembangunan budaya keselamatan di tempat kerja.
Katanya, semasa simposium itu para peserta didedahkan dengan pengetahuan pengurusan dan hala tuju
keselamatan dan kesihatan di SESB.
''Justeru, menerusi program seperti ini kesedaran kakitangan SESB terhadap budaya kerja yang sihat dan
selamat dapat ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa," katanya.














Kerajaan perlu wujud sistem lindungi pekerja
asing

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Kerajaan perlu memperkenalkan satu sistem komprehensif yang memberi
keutamaan kepada aspek perlindungan keselamatan terhadap pekerja asing di negara ini.
Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa), Jeffrey Foo berkata, ketika ini tahap keselamatan
dalam kalangan pekerja asing di Malaysia menjadi topik utama negara-negara pembekal, khususnya Indonesia.
Katanya, kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia perlu memikirkan satu sistem yang komprehensif serta
berkesan dalam memberikan perhatian kepada tahap keselamatan pekerja asing di negara ini supaya mampu
menyuntik keyakinan negara-negara pembekal golongan pekerja itu.
"Hari ini saya difahamkan, Indonesia sedang mengkaji semula kemasukan rakyat negara itu ke Malaysia
berikutan tercetusnya beberapa kes melibatkan isu keselamatan mereka. Contoh terbaharu kes seorang pekerja
warga Indonesia yang mendakwa diperkosa oleh anggota polis di Pulau Pinang.
"Indonesia merupakan pembekal utama pekerja asing khususnya dalam sektor pembantu rumah, sehubungan
itu, sekiranya negara itu membekukan penghantaran rakyatnya, kita akan susah.
"Hal ini demikian kerana permintaan terhadap pembantu rumah meningkat, begitu juga dengan pekerjaan
dalam pelbagai sektor lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam bahawa kerajaan akan
berbincang dengan Indonesia, Filipina, Kemboja dan Sri Lanka dalam usaha meningkatkan bilangan pembantu
rumah dari negara terlibat.
Mengulas tentang cadangan pihaknya supaya kerajaan menaikkan yuran kemasukan pembantu rumah ke negara
ini, Jeffrey memberitahu, Papa sedang berunding dengan Kementerian Sumber Manusia supaya kos tersebut
distruktur semula.
Hal ini katanya, berikutan yuran yang terlalu rendah mengikut memorandum persefahaman (MoU) yang
ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia sehingga menyukarkan pihaknya mencari pembantu rumah
mengikut kehendak majikan kerana terkongkong dengan had tersebut.
"Yuran yang dipersetujui ketika ini ialah RM4,511 dan kami sedang berbincang dengan pihak kementerian untuk
meningkatkan jumlah tersebut. Berapa jumlah yang sepatutnya? Kami serahkan kepada kementerian supaya
memudahkan kami mencari pembantu rumah berdasarkan kehendak majikan di Malaysia," jelasnya.
Dalam pada itu, Presiden Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Fauzi Engku Muhsein pula berharap
kerajaan tidak campur tangan dalam menetapkan kos atau harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan
khidmat seorang pembantu rumah.
Katanya, cukup sekadar kementerian mencari jalan memudahkan kemasukan pekerja asing khususnya pembantu
rumah ke negara ini dan seterusnya menyerahkan tugas pengurusan kepada agensi-agensi bertanggungjawab.
"Kerajaan banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu diberi perhatian. Biarkan soal kos serta harga
pembantu rumah ditetapkan oleh pasaran semasa dan dikendalikan agensi-agensi pembantu rumah
bertanggungjawab," ujarnya.





Work-related accidents still high:MTUC
KUALA LUMPUR: Workplace-related accidents in Malaysia
have continued to rise, with 57,639 cases reported in 2010
compared to 55,186 in 2009, Malaysian Trades Union Congress
(MTUC) vice-president A. Balasubramaniam said today.
He said the figure is derived from statistics compiled by the Social Security Organisation (Socso).
"Malaysia's work-related accidents are considered high, taking into account the number of workers we
have. We are a small nation with a relatively small population, resulting in a small number of workers.
The only thing high is work-
related accidents," he told Bernama.

Balasubramaniam issued the statement in conjunction with International Commemoration Day for
Dead and Injured Workers today.

A staggering two million people have died from workplace-related accidents worldwide over the last
17 years, while another 1.2 million were injured and more than 160 million workers fell ill due to
unsafe, unhealthy and unsuitable
workplaces during the period.

Balasubramaniam said the present safety and health laws were self-regulated and, as such, many
employers gave less priority to the safe workplace concept.
He said employers should ensure that their workplace is safe, harmless and accident-free at all times.
"A safe working environment and an efficient system to achieve that is a must in all companies. The
use of green technology can also eliminate hazardous working conditions and would contribute to
reducing work-related accidents," he
added.

He called on the Department of Occupational Safety and Health (DOSH) not to hesitate prosecuting
employers who do not comply with safety procedures.
He said the heavy industries sector must take the lead in ensuring a safe workplace as it was
categorised as a high-risk area for workplace accidents. -- BERNAMA