Anda di halaman 1dari 9

TINGKATAN DUA (NOVEL)

SINOPSIS

Novel Di Sebalik Wajah mengisahkan kesukaran hidup yanag terpaksa ditempuh oleh seorang
budak lelaki yanag sejak azalinya dilahirkan balar, berkulit putih kemerahan, berambut kuning
keemasan yang dinamakan sebagai Doktor Fikri.
Selepas bapanya , Cikgu Saiful berpindah ke pekan Menggatal, Doktor Fikri bersekolah di Sekolah
Menengah Kebangsaan Menggatal di tingkatan Dua Mawar. Di sana, dia berkawan rapat dengan
beberapa oranag rakan seperti Azizi, Suriani , Josy, Dayang Mahani dan Sanin.Walaupun sering diejek
akan penampilannya yang berbeza namun Doktor Fikri tidak pernah mengambil hati. Malah, dia
mempelawa rakan-rakannya itu ke rumahnya untuk melihat hobinya menanam sayur dan
memelihara ayam. Selain itu, Doktor Fikri juga gemar membaca. Oleh sebab itu, terdapat
perpustakaan mini di dalam rumahnya dan Doktor Fikri mempelawa rakan-rakannya meminjam
buku miliknya. Dia juga mengajak rakan-rakannya ke Tamu Menggatal untuk bersama-sama menjual
sayur-sayuran yang ditanam. Namun nasib kurang menyebelahi mereka apabila hujan turun dengan
lebatnya pada hari itu. Akibatnya, hasil yang diperoleh kurang memberangsangkan.
Narius, Jais dan Jamadi ialah murid-murid nakal di sekolah Doktor Fikri. Mereka merupakan
murid-murid tingkatan empat. Mereka memeras ugut Doktor Fikri untuk meberikan wang sebagai
cukai kepada mereka.Namun akhirnya mereka tertangkap oleh pihak sekolah dan dihukum rotan di
hadapan perhimpunan sekolah.Rentetan itu mereka berdendam kepada Doktor Fikri yang disangka
telah melaporkan kejadian tersebut kepada guru disiplin.
Satu pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah Doktor Fikri. Semasa pemeriksaan dijalankan di
tingkatan Dua Mawar, buku-buku perpustakaan, pen dan dompet yang dilaporkan hilang oleh murid-
murid di sekolah itu ditemui dalam beg sekolah Doktor Fikri. Doktor Fokri dituduh mencuri oleh
rakan-rakannya dan hubungan mereka menjadi renggang. Hanya Josy yang mempercayai kata-kata
Doktor Fikri.
Walau bagaimanapun, rahsia akhirnya terbongkar jua setelah Narius dan rakan-rakannya berjaya
diberkas oleh pihak polis atas pelbagai kesalahan termasuk mencuri basikal baharu Doktor Fikri.
Namun, niat baik Doktor Fikri memujuk ayahnya supaya menjamin Narius menyebabkan Narius
berasa kesal dan malu akan sikap buruknya terhadap Doktor Fikri selama ini.
Selepas kejadian itu, hubungan antara Narius dan Doktor Fikri semakin rapat .Hal ini
menimbulkan keraguan rakan-rakannya yang bimbang Doktor Fikri terpengaruh denga kelakuan
buruk Narius. Narius dan rakan-rakanya masuk ke kelas Tingkatan Dua Mawar dan
memperjelaskan kedudukan sebenar dan memohon maaf kepada rakan-rakan Doktor Fikri. Narius
dan rakan-rakannya juga menyampaikan sepucuk surat daripada Doktor Fikri kepada rakan-rakan
baik Doktor Fikri. Pemergian Doktor Fikri dan keluaraganya ke Jepun amat memeranjatkan mereka.
Setelah setahun berlalu, Doktor Fikri dan keluarganya pulang ke Malaysia. Kepulangan mereka
disambut mesra oleh rakan-rakan Doktor Fikri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Rakan-rakan Doktor Fikri menawarkan untuk mengemaskan rumahnya yang telah lama
ditinggalkan. Dalam pada itu, Doktor Fikri turut memberikan cenderamata kepada rakan-rakan
baiknya itu di samping mencerikatakan pengalamannya berada di Jepun.
Doktor Fikri menyampaikan hasratnya untuk menawan puncak Gunung Kinabalu kepada kedua-
dua orang tuanya. Ibu dan bapanya bersetuju untuk menunaikannya. Mereka berehat di Panalaban
sebelum meneruskan pendakian. Semasa berada di rumah rehat itu. Doktor Fikri telah bermimpi
dikejar oleh seekor naga yang menjadi dongeng masyarakat Dusun sehinggakan dia terjatuh dari
katil dan menyebabkan penghuni rumah rehat Panalaban berasa terkejut akan jeritan Doktor Fikri.

Tema

Dalam novel Di Sebalik Wajah, tema yang ingin disampaikan oleh pengarang ialah kehidupan suka
dan duka seorang budak balar. Novel ini mefokuskan kehidupan yang dialami oleh seorang budak
balar yanag berambut kuning keemasan dan berkulit putih yanag mempunyai nama yang unik iaitu
Doktor Fikri. Dia menjadi bahan ejekan dan sering dicemuh oleh murid-murid lain disekolahnya
namun doktor Fikri tetap bersabar. Kehadiran lima orang sahabat dalam hidupnya menceriakan hari-
harinya . Dia berkongsi minat membaca dan menjual sayur-sayuran di Tamu Menggatal dengan
rakan-rakannya. Akibat dendam . Doktor Fikri difitnah mencuri buku dari perpustakaan oleh Narius
dan rakan-rakannya. Namun, rahsia akhirnya terbongkar apabila Narius ditangkap pihak polis
kerana mencuri basikal baharu Doktor Fikri dan akhirnya dijamin keluar oleh bapa Doktor Fikri.
Hubungan Narius dan Doktor Fikri bertambah baik dan kemudian Doktor Fikri meninggalkan tanah
air bersama dengan keluarganya ke Jepun. Setahun kemudian Doktor Fikri pulang dan rakan-rakan
baiknya tyang dirindui.

Persoalan

Terdapat banyak persoalan yang boleh kita pelajari dalan novel Di Sebalik Wajah. Antara
persoalan yang ingin disampaikan oleh penulis ialah kasih sayang sesebuah keluarga. Kasih sayang
ini ditunjukkan oleh Cikgu saiful terhadap anaknya.Cikgu saiful menyayangi anaknya yang baru
dilahirkan walaupun anaknya itu cacat. Dia berharap agar anaknya itu kelak akan menjadi seorang
yang berguna dan mulia.
Selain itu, persoalan yang dapat dilihat ialah balasan ke atas perbuatan jahat. Narius dan rakan-
rakannya dikenakan hukuman setimpal kerana perbuatan jahat mereka. Tanpa disangka-snagka
perbuatan Narius dan rakan-rakannya memeras ugut Doktor Fikri telah membawa akibat buruk
kepada mereka.Mereka ditangkap dan dihukum oleh pengetua di hadapan murid-murid
lain sewaktu perhimpunan sekolah.
Persoalan seterusnya ialah jenayah dan gejala sosial. Persoalan ini dapat dilihat melalui peristiwa
Narius dan rakan-rakannya memeras ugut dan meminta cukai keselamatan daripada Doktor Fikri.
Mereka juga tergamak menghabiskan bekalan makanan yang dibawa oleh Doktor Fikri ke sekolah. Di
samping itu, mereka juga turut terlibat dengan kegiatan mencuri basikal dan bergerak di bawah
arahan seorang ketua.
Persoalan lain yang ingin disampaikan ialah takdir yang tidak dapat dielakkan. Cikgu saiful dan
Puan Halipah reda akan nasib mereka dikurniakan seoanag anak yang balar walaupun pada awalnya
mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa bayi yang baru dilahirkan itu berbeza daripada
bayi-bayi lain.Namun, pada akhirnya mereka pasrah serta reda akan ketentuan Tuhan kerana pada
pendapat mereka, zuriat adalah anugerah buat setiap ibu dan bapa.
Akhir sekali, persoalan yang ingin disampaikan oleh penulis ialah cinta akan tanah air. Perasaan
cinta akan tanah air dipamerkan oleh Doktor Fikri yang sering teringat akan tanah air ketika berada
di negara Jepun. Dia selalu berasa rindu akan tanah air dan rakan-rakannya . Dia juga mengimpikan
untuk menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Watak utama dalam novel Di sebalik wajah ialah Doktor Fikri. Doktor Fikri berusia 14 tahun dan
merupakan anak tunggal kepada Cikgu saiful dan Puan Halipah. Bertubuh kecil dan sentiasa
berpakaian kemas. Keadanya balar manakala rambutnya pula kuning keemasan.
Perwatakan Doktor Fikri pula ialah seorang yang rajin dan berdikari. Sifat ini terserlah apabila dia
gigih memelihara ayam dan mengusahakan sayur-sayuran di kebunya sehingga membuahkan hasil
yang kemudiannya dijual di Tamu Menggatal. Hasil jualannya disimpan pula sebagai persiapan di
kemudian hari, Dia tidak mahu bergantung kepada kedua-dua ibu dan bapanya.
Seterusnya, perwatakan doktor Fikri yang dapat dilihat ialah sabar . Sifat sabar Doktor Fikri
sering diuji apabila ia sering diperli dan diejek.Doktor Fikri juga tetap bersabar walaupun dituduh
mencuri buku-buku di perpustakaan , pen dan dompet yang hilang.
Perwatakan taat kepada perintah agama dipaparkan ketika peristiwa Doktor Fikri menunaikan
kewajipannya sebagai muslim dengan menunaikan solat semasa berada di Chalet Taman Negara
Kinabalu sebelum menunaikan pengembaraannya ke Gunung Kinabalu.
Selain itu, gemar membaca merupakan perwatakan yang dimiliki oleh Doktor Fikri. Doktor Fikri
berpendpat amalan membaca akan memperkaya ilmu pengetahuan. Sikap positif ini
membolehkannya membuat satu perpustakaan mini di rumahnya.
Akhir sekali, perwatakan Doktor Fikri yang jelas kelihatan ialah sikap berjimat cermat. Doktor
Fikri lebih gemar membawa bekalan daripada makan di kantin sekolah. Dia juga gemar menabung
sehinggakan wang simpanannya di dalam bank mencecah RM1000.00.

Watak sampingan

Antara watak sampingan yang terdapat dalan novel ini ialah Cikgu Saiful.Cikgu Saiful merupakan
suami Puan Halipah dan ayah kepada Doktor Fikri. Dia merupakan seorang guru di sebuah sekolah
menengah di Tuaran, Sabah. Bagaimanapun dia telah meletakkan jawatan sebagai guru dan
berkhidmat di sektor swasta.
Perwatakan Cikgu Saiful merupakan seorang suami yang taat setia dan penyayang. Ketika
isterinya Halipah mengandung, dia telah mencari daging rusa di persekitaran Kota Kinabalu demi
memenuhi permintaan isterinya. Dia juga kelihatan cemas dan risau ketika isterinya berada di wad
bersalin.
Selain itu,Cikgu Saiful juga merupakan seorang ayah yang bertanggungjawab dan penyayang.
Dia amat sayang akan anak tunggal mereka, iaitu Doktor Fikri. Dia sentiasa mengambil berat
pelajaran dan kehendak anaknya. Contohnya dia membenarkan anaknya mempraktikkan Pendidikan
Kemahiran Hidup dengan berkebun sayur-sayuran, menternak ayam dan menjual sayur-sayuran,
malah dia turut membantu Doktor Fikri mengutip najis lembu di jalan raya sebagai baja sayur-
sayuran.
Cikgu Saiful juga seorang yang alim. Dia sentiasa menunaikan solat sembahyang. Ketika anaknya
dilahirkan dia segera meminta kebenaran daripada jururawat untuk membaca azan anaknya. Cikgu
Saiful juga mudah insaf akan kesilapannya. Contohnya pada mulanya, dia tidak percaya bahawa bayi
yang balar itu adalah cahaya matanya. Setelah ditegur oleh doktor, dia segera insaf akan
kesilapannya lalu menerima hakikat tersebut. Dia meminta maaf kepada bayi itu atas kezaliman dan
bersyukur atas anugerah Tuhan itu.
Akhir sekali, Cikgu Saiful seorang yang baik hati.Sikap baik hati ini ditunjukkan semasa dia
berada di balai polis untuk mengambil basikal anaknya semula. Setelah dipujuk oleh Doktor Fikri,
Cikgu Saiful mengambil keputusan untuk menjamin Narius keluar dari lokap walaupun budak lelaki
itu sering membuli dan menganiaya anaknya.
Watak sampingan yang seterusnya ialah Puan Halipah. Puan Halipah ialah isteri kepada Cikgu
Saiful dan ibu kepada Doktor Fikri. Dia ialah seorang suri rumah tangga dan dan berpewatakan
penyayang. Dia amat sayang akan suami dan anaknya, Doktor Fikri. Dia sentiasa membekalkan
makanan kepada anaknya ke sekolah. Puan Halipah juga seorang ibu yang bertanggung jawab dan
mengambil berat pelajaran anaknya. Contohnya setiap petang dia pasti memeriksa buku latihan
Doktor Fikri dan menemani anaknya membuat latihan. Dia berjaya memupuk tabiat membaca
kepada anaknya.
Halipah juga seorang yang mesra. Ketika kawan sekelas Doktor Fikri datang ke rumah mereka,
Halipah melayani mereka dengan mesra. Makanan dan minum segera dihidangkan.
Selain itu watak yang dipaparkan ialah watak Josy seorang pelajar perempuan di Kelas Dua
Mawar di SMK Menggatal. Berketurunan Dusun, berkulit cerah, berambut panjang yang diikat kemas
dan mempunyai tahi lalat di tengah-tengah dahi.
Perwatakan Josy merupakan seorang yang mudah bergaul mesra dengan orang lain. Dia sanggup
pergi ke Kelas Dua Mawar untuk berinteraksi dengan pelajar baru, iaitu Doktor Fikri. Josy juga
bersikapsetia kawan. Dia menaruh kepercayaan yang sepenuh kepada Doktor Fikri ketika Doktor
Fikri didakwa sebagai pencuri. Dia sentiasa menasihati Doktor Fikri atas kejadian tersebut. Selain itu,
Josy juga seorang yang baik hati. Dia memberikan kata-kata semangat kepada Doktor Fikri ketika
Doktor Fikri hendak menyertai acara larian 1500 meter pada hari sukan sekolah.
Watak-watak lain yang terdapat dalam novel ini ialah Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Azik
.Mereka merupakan kawan baik kepada Doktor Fikri. Mereka tidak memandang serong terhadap
Doktor Fikri yang merupakan budak balar. Mereka telah banyak memberikan bantuan kepada
Doktor Fikri. Bagaimanapun, mereka turut tidak mempercayai Doktor Fikri seperti murid lain apabila
Doktor Fikri didakwa sebagai pencuri. Mereka juga mencurigai kawan yang baru ini.
Narius merupakan watak antagonis dalam novel ini.Narius merupakan murid Tingkatan Empat.
Dia berasal daripada keluarga yang miskin dan ayahnya telah manakala adik-beradiknya banyak.
Narius berpewatakan nakal dan bertindak ganas. Dia dan rakannya, Jais dan Jamadi merupakan
gengster di sekolah mereka. Mereka sentiasa membuli murid yang lemah. Mereka sentiasa memeras
ugut pelajar yang baru seperti Doktor Fikri. Setelah berguru dengan seorang banduan untuk belajar
ilmu silat, sikap bertambah teruk sehingga sanggup mencuri harta di sekolah dan di luar sekolah
sehingga dia ditahan oleh pihak polis,
Dia bersikap pendendam . Narius berdendam dengan Doktor Fikri yang disangka melaporkan
kegiatan peras ugut mereka sehingga dirotan oleh pengetua, mereka sanggup menganiaya Doktor
Fikri dengan memasukkan barang curian ke dalam beg sekolah Doktor Fikri.
Bagaimanapun, akhirnya dia telah insaf akan kesalahan setalah dibantu oleh Doktor Fikri dan Cikgu
Saiful dengan membayar wang ikat jamin dari lokap, Sejak itu, dia menjadi kawan baik Doktor Fikri.
Dia sanggup memohon maaf kepada semua pelajar Kelas Dua Mawar kerana telah mencemarkan
nama baik kelas mereka dengan memasukkan barang curian ke dalam beg sekolah Doktor Fikri.
Watak terakhir ialah watak Cikgu Wahab merupakan seorang guru disiplin. Dia merupakan
seorang yang bertanggungjawab dan tegas. Dia bersikap serius ketika berhadap dengan pelajar yang
melanggar peraturan sekolah.Contohnya, beliau bertindak tegas ketika menahan Doktor Fikri yang
datang lewat ke sekolah. Bagaimanapun, dia turut bersikap timbang rasa. Contohnya dia membuka
pintu pagar dan membenarkan Doktor Fikri yang lewat ke sekolah kerana tidak tahu waktu
persekolahan sekolah barunya.

LATAR

Latar Tempat

Antara latar tempat yang terdapat dalam novel Di Sebalik Wajah ialah Hospital Ratu Elizabelt,
Kota Kinabalu .Peristiwa yang berlaku di latar tempat ini ialah Cikgu Saiful berasa cemas ketika
berada di luar bilik bersalin. Dia berdoa agar anak dan isteri akan selamat setelah agak lama isteri
dihantar ke dalam bilik bersalin. Di situ, dia bertemu dengan seorang doktor Melayu yang bernama
Doktor Fikri yang berbudi bahasa dan alim sehingga dia berhasrat untuk menamai anak yang bakal
dilahirkan itu sebagai Doktor Fikri. Peristiwa yang terpenting ialah anak Cikgu Saiful dan Puan
Halipah telah dilahirkan berpenyakit balar di hospital itu.
Selain itu, Rumah Cikgu Saiful merupakan latar tempat yang juga terdapat dalam novel
ini.Rumah ini terletak di 69, Taman Richdar, Menggatal. Rakan sekolah telah mengunjungi rumah ini
dan disambut mesra oleh Puan Halipah di ruang tamu. Di bilik bacaan, mereka ternampak banyak
buku yang ada di dalam rak. Mereka juga meminjam buku daripada Doktor Fikir. Di belakang rumah
Doktor Fikri, dia menanam pelbagai jenis sayur seperti sawi, kacang bendi, tomato, cili dan
menternak ayam. Dia telah membawa rakannya mengunjungi kebun sayurnya. Doktor Fikri sanggup
mengutip tahi lembu sebagai baja tanamannya. Dia menjual hasil tanamannya di tamu dan
menyimpan wang dalam bank .
Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal juga merupakan salah satu latar tempat yang turut
terdapt dalam novel Di Sebalik Wajah.SMK Menggatal merupakan latar tempat yang terpenting
dalam perkembangan plot. Di situ, Doktor Fikri menuntut pelajaran. Dia merupakan pelajar kelas
Dua Mawar. Dia mendapat banyak kawan baru, iaitu Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz.
Dia juga menyertai lumba lari 1500 Lelaki B sehingga jatuh pengsan dalam beberapa langkah
sebelum garis penamat. Dia sering mengunjungi perpustakaan di sekolah dan suka membaca buku di
situ, Bagaimanapun dia turut dianiayai oleh pelajar samseng yang membuat dakwaan bahawa dia
telah mencuri pen, buku perpustakaan, dompet dan sebagainya.
Tamu di Pekan Menggatal Tamu merupakan pasar minggu yang lazimnya terdapat di pekan-
pekan Sabah. Lazimnya penduduk peribumi, iaitu orang Dusun dan Kadazan akan membawa hasil
tanaman mereka di tamu untuk dijual di samping bertemu dengan kawan. Doktor Fikri dan lima
orang rakannya telah membawa sayur-sayuran ke tamu di pekan untuk dijual. Pada awal pagi,
mereka telah tiba di situ. Mereka meletakkan sayur-sayuran di atas tikar di tepi jalan untuk dijual.
Ada seorang wanita telah membeli seringgit sayur sawi. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Mereka
terpaksa berteduh di kaki lima kedai. Sayur-sayuran itu tidak dapat dijual. Walaupun hanya
mendapat hasil jual sebanyak seringgit sahaja, Doktor Fikri masih sabar dan menasihati rakannya
bahawa dalam ilmu perdagangan, untung dan rugi adalah lumrahnya.
Balai Polis Pekan Menggatal merupakan tempat dimana Doktor Fikri dan ayahnya Cikgu Saiful
telah ke Balai Polis Pekan Menggatal untuk mengambil balik basikal yang telah dicuri. Di situ, Doktor
Fikri telah menjumpai Narius telah ditahan di dalam lokap. Narius menangis kerana ayahnya yang
tua tidak mampu mengeluarkan wang untuk mengikat jaminnya keluar dari balai polis. Doktor Fikri
segera merayu ayahnya untuk mengikat jamin terhadap Narius walaupun Narius pernah memeras
ugutnya, mencuri basikal baharunya dan menganiayainya, iaitu sengaja memasukkan barang yang
dicuri ke dalam begnya.
Di samping itu,Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu diselitkan dalam novel ini
sewaktuDoktor Fikri dan ibu bapa balik dari Osaka, Jepun. Mereka tiba di lapangan itu dan disambut
oleh rakannya,Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz. Setelah setahun berpisah, mereka gembira
dapat bertemu semula.
Akhir sekali, latar tempat yang dipaparkan dalam Novel Di Sebalik Wajah ialah Gunung Kinabalu
.Doktor Fikri dan ibu bapanya telah menginap di sebuah chalet di Taman Negara Kinabalu. Udara di
situ sungguh nyaman malah dingin dan terdapat pemandangan yang mempesonakan, iatu Gunung
Kinabalu yang tinggi dan tersergam serta kaya dengan flora yang unik. Ketika tiba di tengah lereng
gunung itu, iaituPanalaban, mereka bermalam di situ dan akan meneruskan pendakian gunung pada
keesokan subuh pagi. Bagaimanapun pada malam itu, Doktor Fikri bermimpi dan mengigau sehingga
terjatuh dari katil .

Latar Masa

Latar masa dalam novel Di Sebalik Wajah ialah zaman moden atau zaman sekarang, iaitu berlaku
pada tahun 1990-an dan 2000-an. Jarak masa novel ini dalam tempoh 15 tahun.
Salah satu peristiwa yang berlaku pada waktu pagi ialah lima orang rakan Doktor Fikri telah
datang ke rumahnya pada awal pagi. Mereka membantu Doktor Fikri membungkus sayur-sayuran
lalu mengayuh basikal ke tamu untuk dijual. Selain itu, pada waktu pagi hari kedua belajar di SMK
Menggatal, Doktor Fikri menunggang basikal baharunya ke sekolah. Dia terlewat dan pintu pagar
telah terkunci. Akhirnya Cikgu Wahad telah memberikan amaran kepadanya supaya tidak lewat ke
sekolah lalu membuka pintu untuknya. Seterusnya, pada suatu pagi, Doktor Fikri dan ibu bapanya
bangun dengan awal kerana hendak mendaki gunung. Oleh sebab terlalu sejuk, mereka tidak mandi
lalu mengemaskan semua bekalan untuk menaiki sebuah lori ke kaki bukit.
Latar masa kedua ialah Peristiwa yang berlaku pada waktu petang ialah lima orang rakan Doktor
Fikri telah melawat ke rumahnya yang dua tingkat. Mereka telah dibawa ke bilik bacaan Doktor Fikri.
Mereka juga mengunjungi kebun sayur-sayuran Doktor Fikri di belakang rumah. Mereka bergurau
senda di situ. Salah satu peristiwa yang berlaku pada waktu petang ialah sebulan menjelang hari
sukan tahunan sekolah, setiap petang Doktor Fikri dan rakan-rakannya akan pergi ke sekolah untuk
menjalani latihan sukan. Pada suatu petang, dalam perjalanan ke sekolah, Doktor Fikri ditahan oleh
tiga orang pelajar Tingkatan Empat kerana mereka mengugutnya supaya membayar wang
keselamatan. Selain itu, pada suatu petang, Doktor Fikri dan ayahnya telah pergi ke balai polis untuk
mengambil balik basikalnya yang telah dicuri. Di situ dia ternampak ayah Narius yang tua dan tidak
mampu mengikat jamin Narius kerana keluarga mereka yang miskin.
Latar masa yang terdapat dalam novel ini juga ialah pada waktu malam.Peristiwa yang berlaku
pada waktu malam ialah Doktor Fikri telah bermimpi ngeri sehingga dia mengigau. Dia bermimpi
bahawa dia tersesat jalan ketika mendaki gunung lalu bertempur dengan seorang naga. Untuk
mengelakkan serangan naga dia terjatuh ke gaung. Akibatnya dia menjerit sehingga menjagakan ibu
bapanya.


Latar Masyarakat

Penulis menggambarkan satu latar masyarakat dalam latar tempat ini, iaitu masyarakat yang
berbilang bangsa dan agama, India, Melayu dan Cina. Contohnya,Cikgu Saiful bapa kepada Doktor
Fikri,Doktor Vasuthevan yang bertanggungjawab membedah Puan Halipah dan Cikgu Girlie Tan
berbangsa Cina selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Kebangsaan Menggatal.
Selain itu, latar masyarakat yang mengetengahkan ialah golongan murid sekolah dan masyarakat
yang terdiri daripada pelbagai jenis pekerjaan. Contohnya masyarakat yang bekerja sebagai guru,
pemandu , pelancong, suri rumah dan peniaga.
Masyarakat yang turut dipaparkan ialah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan
usia.Tiga golongan utama yang terdapat dalam novel ini ialah golongan remaja , golongan dewasa
dan golongan tua. Contoh golongan remaja yang terdiri daripada murid-murid sekolah seperti
Narius, Doktor Fikri, Sanin, Aziz, Josy dan pelajar-pelajar lain. Manakala golongan dewasa pula teriri
daripada Cikgu Saiful, Puan Halipah, Cikgu Wahab, Cikgu Fatmahwati, Puan Hamdah dan jurupandu
di Gunung Kinabalu. Golongan tua pula ialah seorang lelaki tua yang berumur dalam lingkungan 50-
an yang sedang menunggu anaknya bersalin.
Akhir sekali, masyarakat yang mendiami kawasan pekan. Memfokuskan masyarakat yang tinggal
di kawasan pekan dan bandar . Contohnya, Cikgu Saiful dan keluarga yanag tinggal di Taman
Richda,Menggatal.

PLOT
Plot ialah susunan atau jalinan peristiwa berdasrkan sebab dan akibat.
Terdiri daripada i) binaan plot ii)Teknik plot

Binaan Plot
Binaan Plot yang pertama ialah permulaan. Bahagian permulaan plot novelDi Sebalik Wajah
mengisahkan Cikgu Saiful yanag menunggu kelahiaran bayinya di Hospital Ratu Elizabeth.
Kemudian, isterinya Puan Halipah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki, namuan bayi itu
balar. Anak itu dinamakan Doktor Fikri.
Perkembangan plot ialah sewaktu Doktor Fikri berumur 14 tahun dan betukar ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Menggatal kerana mengikut bapanya berpindah. Dia mejadi bahan ejekan di
sekolah kerana namanya yang unik dan penampilannya yang berbeza. Namun dia tenang dna sabar
menghadapinya. Di Sekolah, dia berkawan baik dengan Sanin,Aziz, Dayang Mahani, Suriani dan Josy.
Doktor Fikri berkongsi hobinya iaitu berkebun dengan lima orang rakannya.
Doktor Fikri dibuli oleh Narius dan rakan-rakannya.Mereka memeras ugut Doktor Fikri untuk
memberikan wang sebagai cukai kepada mereka.Namun akhirnya mereka tertangkap oleh pihak
sekolah dan dihukum rotan di hadapan perhimpunan sekolah.Rentetan itu mereka berdendam
kepada Doktor Fikri yang disangka telah melaporkan kejadian tersebut kepada guru disiplin.
Mereka memfitnah Doktor Fikri mencuri buku-buku perpustakaan, pen dan dompet yang dilaporkan
hilang . Nama baik Doktor Fikri tercemar dan dipulaukan oleh rakan-rakanya.
Klimaks plot ini diteruskan dengan peristiwa Narius dan rakan-rakanya ditahan polis atas
tuduhan mencuri . Mereka berkomplot di bawah kelolaan seorang bekas banduan. Cikgu saiful
menamin Narius keluar dari lokap atas pujukan Doktor Fikri. Setelah itu , hubungan Narius dan
Doktor Fikri menjadi rapat. Kehilangan Doktor Fikri selama dua hari menjadi tanda tanya. Rakan-
rakannya berasa khuatir akan kemungkinan bahawa Doktor Fikri terjerumus kearah kejahatan.
Novel ini diakhiri dengan peleraian plot. Narius memberikan sepucuk surat daripada Doktor Fikri
kepada Aziz dan rakan-rakannya. Doktor Fikri mengikut ayahnya menyambung pelajaran di jepun
selama lima tahun. Setelah setahun merantau, Doktor Fikri kembali bercuti ke tanah air dan
kepulangannya disambut mesra oleh rakan-rakan baiknya. Akhir sekali,Doktor Fikri dan keluaganya
mendaki puncak Kinabalu.

Teknik Plot

1. Imbas kembali (flashback)
Watak megingatkan kembali peristiwa ataupun dicerita secara langsung oleh pengarang.
Contoh: Ingatan Cikgu Saiful menerawang pada ketika isterinya mula-mula mengandung dahulu.
Puan Halipah mengalami munta-muntah sewaktu kandungannya berusia dua bulan.Dia juga hilang
selera makan.
2. Imbas muka
Sesuatu yang belum berlaku tetapi dibayangkan akan berlaku.
Contoh: Puan Halipah berasa risau apabila membayangkan jika anak yang dilahirkannya kelak cacat
sebaik-baik sahaja dia melihat bayi-bayi yang ada di dalam klinik semasa dia ingin membuat
pemeriksaan.
3. Saspens
Dikenali sebagai unsur ketegangan. Lebih dikenali sebagai unsur tertanya-tanya dan pembaca ingin
mengetahu kisah selanjutnya.
Contoh:Pembaca tertanya-tanya akan nasib dan masa depan Doktor Fikri yang cacat.Apabila
bersekolah, dia diejek oleh rakan-rkan dan beberapa orang guru. Di sini , pembaca akan dapat
melihat kemampuan Doktor Fikri menangani ayau menepis semua ejekan itu sama ada meneruskan
persekolahan atau tidak.
4. Konflik
Konflik bermaksud pertentangan atau pertikaian antara dua pihak.Terdapat dua jenis konflik
iaitu konflik luaran dan konflik dalaman.Konflik luaran ialah pertentangan manusia dgn manusia,
manusia dengan alam, dan manusia dengan haiwan. Bukan setakat pertentangan fizikal tetapi juga
pertentangan pendapat, idea dan sikap .
Contoh: Pertelingkahan yang berlaku antara Doktor Fikri dengan Narius dan rakan-rakannya. Narius
mengugut Doktor Fikri supaya membayar cukai keselamatan kepadanya tetapi Doktor Fikri tidak
memberikannya kerana tidak mempuyai wang pada ketika itu.
Konflik dalaman pula ialah pertentangan watak dengan dirinya sendiri.
Contoh:
Doktor Fikri berasa gelisah apabila memikirkan balasan yanag mungkon diterima nya selepas Narius,
Jais dan Jamadi dikenakan hukuman rotan.
5. Dialog
Bermaksud pertuturan ataupun perbualan
Contoh: Dialog yang diucapkan oleh Cikgu Saiful ketika memberitahu isterinya, Puan Halipah nama
yang bakal diberikan kepada bayi lelaki mereka.Daia meletakkan nama Doktor Fikri bersempena
nama seorang doktor yang budiman yang turut bersolat di surau bersama-samanya dan mendoakan
keselamatan Puan Halipah dan anak mereka.
6. Monolog Dalaman
Kata-kata yang terucap dalam hati seseorang watak.
Contoh:Doktor Fikri bercakap dalam hatinya tentang rakan-rakannya yanag sedang berbisik dan
ketawa. Doktor Fikri menganggap rakan-rakannya itu sedang memperkatakan sesuatu tentang
dirinya.
7. Monolog
Pertuturan atau rungutan yanag dilahirkan oleh seseorang watak.Monolog selalunya tidak disambut
oleh watak lain.
Contoh: Monolog yang dilahirkan oleh Cikgu Saiful yang merungut sendirian ketika menunggu
isterinya bersalin.
8. Pemerian/keperihalan
Pengarang menceritakan sesuatu secara langsung tidak kira sama ada aspek latar ataupun
perwatakan.
Contoh: Pengarang mengetengahkan latar masa iaitu pada waktu petang. Pada petang itu. Narius,
Jais dan Jamadi duduk di bawah sebatang pokok yang rendang sambil menunggu Doktor Fikri pulang
dari sekolah. Pokok itu terletak di pinggir jalan.

Nilai-nilai murni

Salah satu nilai dalam novel ini adalah rajin. Watak utama Doktor Fikri merupakan seorang budak
yang rajin. Dia sanggup menanam sayur-sayuran dan menjual hasilan tanaman di tamu. Dia juga
tekun membaca buku.
Selain itu, nilai kasih sayang jelas terpapar dalam watak Cikgu Saiful dan Puan Halipah. Mereka
sangat sayang akan anak kandung mereka dan sentiasa memenuhi kehendak anak kesayangan.
Sebagai contoh, Cikgu Saiful sanggup menemani anak mengutip najis lembu sebagai baja sayur-
sayuran ketika diminta oleh anak mereka.
Nilai tabah turut digambarkan dalam diri doktor Fikri sebagai seorang pelajar. Dia tabah
menghadapi layanan rakannya yang telah salah faham akannya. Dia sentiasa tabah menghadapi
layanan yang buruk daripada murid yang lain.
Doktor Fikri juga mengamalkan nilai sedia memaafkan dan tidak menaruh dendam terhadap
orang yang pernah menganiayainya, iaitu Narius yang meletakkan barang dicurinya ke dalam beg
Doktor Fikri. Doktor Fikri bukan memaafkan Narius malah meminta ayahnya mengikat jamin
terhadap Narius kerana terlibat dalam kes kecurian.
Di samping itu,nilai simpati terpapar sewaktu Doktor Fikri bersikap simpati terhadap nasib
Narius, iaitu keluarganya miskin, bapanya sudah tua dan tidak mampu mengikat jaminnya keluar dari
lokap. Doktor Fikri segera meminta ayahnya menghulurkan bantuan.
Dalam novel di sebalik Wajah juga dipaparkan nilai bertanggungjawab .Kakitangan perubatan di
Hospital Ratu Elizabelt menjalankan tugas dengan bertanggungjawab. Mereka melayani keluarga
pesakit dengan mesra. Hal ini terpapar oleh jururawat Cina yang membenarkan Cikgu Saiful
mengucapkan nazar kepada anaknya yang dilahirkan. Doktor yang berketurunan India juga
menjalankan tugas dengan amanah. Selain itu pengetua SMK Menggatal sanggup merotan pelajar
yang terlibat dalam kes peras ugut di dewan sekolah. Cikgu Wahab juga melaksanakan tugasnya
sebagai guru disiplin dengan tegasnya.
Nilai berjimat cermat ditunjukkan oleh Doktor Fikri melalui sikapnya yang sentiasa membawa
bekalan emaknya ke sekolah daripada berbelanja di kantin untuk menjimatkan wang.
Nilai Alim turut dipaparkan melalui watak Doktor Fikri yanag bekerja di Hospital Ratu Elizabelt
merupakan seorang yang alim dan bersopan santun. Ketika melihat Cikgu Saiful dalam keadaan yang
gelisah, dia turut mengajak Cikgu Saiful menjalankan solat sembahyang di bilik surau di hospital
tersebut. Sikapnya yang mulia turut menyebabkan Cikgu Saiful hendak menamai anak lelakinya
sebagai Doktor Fikri.
Akhir sekali nilai Gigih juga terdapat dalam Doktor Fikri. Nilai ini dapat dilihat ketika menyertai
acara lumba lari 1500 lelaki B, dia tidak berputus asa walaupun lututnya sakit dan berasa sukar
bernafas. Bagaimanapun dia jatuh pengsan ketika mendekati garis penamat.
Selain itu ketika mendaki Gunung Kinabalu, Doktor Fikri dan ibu bapanya tidak berpatah semangat
untuk meneruskan pendakian walaupun berasa penat, sejuk, susah bernafas serta kaki yang sakit.

Pengajaran

Berdasarkan novel Di Sebalik Wajah, pengajarannya ialah kita harus tabah menghadapi segala
cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Contohnya sebagai anak balar yang cacat dari segi kulit,
Doktor Fikri sentiasa tabah dan sabar ketika diejek, disindir malah dianiaya oleh murid lain.
Pengajaran yang seterusnya ialah kita harus sedia memaafkan kesalahan orang lain. Contohnya
Doktor Fikri sedia memaafkan Narius yang pernah memeras ugut terhadap malah meminta ayahnya
membantu Narius keluar dari lokap polis dengan membayar wang ikat jamin.
Selain itu, kita perlu rajin untuk mengusahakan sesuatu kerja. Contohnya Doktor Fikri
mengerjakan kebun sayur-sayurannya di belakang rumah pada setiap petang. Dia sanggup mengutip
najis lembu sebagai baja. Selain itu dia juga menjualkan hasil tanaman di tamu.
Bukan itu sahaja, terdapat pengajaran tentang kita perlu bertanggungjawab terhadap kerjaya kita.
Misalnya kakitangan Hospital Ratu Elizabelt dapat menjalankan tugas dengan baik.
Di samping itu, kita perlu berjimat cermat dalam kehidupan kita. Doktor Fikri sentiasa berjimat
cermat dan membawa bekalan ibu ke sekolah tanpa berbelanja di kantin. Wang simpanan mencapai
seribu ringgit di bank. Dia dapat membeli basikal barunya dengan wang simpanan sendiri.
Tambahan pula, terdapat pengajaran kita harus hormat dan taat kepada ibu bapa. Contohnya,
Doktor Fikri sentiasa mematuhi perintah ibu bapanya. Dia juga meminta kebenaran ibu bapanya
dahulu sebelum bertindak, seperti membeli basikal dengan wang simpanan sendiri.
Pengajaran lain ialah ibu bapa harus mengambil berat pelajaran anak mereka. Contohnya ketika
Doktor Fikri belajar , ibunya puan Halipah pasti akan memeriksa buku latihan dan bertanya tentang
pelajarannya di sekolah.
Akhir sekali,terdapat pengajaran tentang ibu bapa harus menerima kelahiran anak yang tidak
sempurna dari segi fizikal. Tamsilnya pada mula Cikgu Saiful sukar menerima bayinya agak berbeza
dengan bayi yang lain, anaknya ialah anak balar. Bagaimanapun atas nasihat doktor, dia telah
menyesal atas sikapnya dan sedia menerima bayi yang cacat dari segi kulit.

Anda mungkin juga menyukai