Anda di halaman 1dari 11

KEPENTINGAN HUTAN

Sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi bahawa hutan merupakan khazanah alam yang amat
tinggi nilainya.Hutan mendatangkan pelbagai impak yang positif kepada masyarakat dan
negara.Tanpa hutan kita tidak akan dapat menikmati keindahan panorama yang dapat kita nikmati
pada waktu ini.Macapada,hutan semakin terancam sebagai akibat ketamakan dan kerakusan
masyarakat pada zaman ini.Mereka hanya melakukan sesuatu tindakan berlandaskan hawa nafsu
bukannya berlandaskan fikiran sedangkan mereka mengetahui kesan tindakan mereka terhadap
generasi pada masa hadapan.Oleh sebab itu,semua pihak haruslah berganding bahu bagi
memastikan hutan terpelihara kerana hutan memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara.


Antara kepentingan hutan kepada masyarakat ialah merupakan kawasan tadahan.Hutan
merupakan sumber air dominan yang kita gunakan dalam rutin harian.Sekiranya hutan semakin
pupus,cuba kita bayangkan bagaimana kehidupan kita tanpa air.Sememangnya kita sedar bahawa
kita tidak boleh hidup tanpa air walaupun sehari kerana kegiatan rutin harian kita sentiasa
menggunakan air seperti membasuh kereta,mencuci pinggan ,mandi dan juga menampung
keperluan asas bagi manusia.Kegiatan pembalakan haram semakin berleluasa pada hari ini dan
menyebabkan hutan di negara semakin terancam.Hal ini akan menyebabkan kita kehilangan
kawasan tadahan hujan sekali gus kita akan kehilangan sumber air yang berkualiti.Oleh itu,sebagai
masyarakat yang bertanggungjawab,kita hendaklah mengambil berat terhadap kegiatan pembalakan
haram yang mengancam kepentingan hutan.


Selain itu,hutan juga dapat menstabilkan peratus oksigen di permukaan bumi.Hali ini kerana
hanya hutan sahaja yang boleh menjalankan proses fotosintesis.Proses fotosintesis amat penting
dalam kehidupan masyarakat dalam memastikan purata suhu di negara kita tidak meningkat kerana
kesan rumah hijau boleh mendatangkan impak negatif kepada masyarakat.Sekiranya hutan
ditebang,bilangan tumbuhan hijau akan berkurangan dan menyebabkan peratus karbon dioksida
bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Natijahnya,kita akan mengalami El-Nini
sedangkan kedudukan negara kita terletak di garisan khatulistiwa.Secara faktanya,negara kita
mengalami iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun tetapi kenapa kita ingin negara kita
mengalami kemarau yang berpanjangan.Oleh yang demikian masyarakat yang bersikap materialistik
hendaklah mengikis sikap tamak dalam sanubari mereka itu kerana anjakan paradigma.


Seterusnya,hutan juga merupakan habitat bgi flora dan fauna yang juga merupakan sumber
makanan kita.Hutan merupakan satu-satunya habitat bagi flora dan fauna.Sekiranya hutan pupus di
manakanh binatang-binatang liar tersebut dapat tinggal selain hutan?Di samping itu,hutan
merupakan sumber makanan bagi binatang liar tersebut yang tergolong daripada kategori
'herbivore'.Sekiranya mereka kehilangan sumber makanan kita juga akan kehilangan sumber
makanan kerana sumber protein kita ialah daging binatang-binatang yang terdapat di dalam hutan.


Di samping itu juga hutan merupakan penampan hakisan semasa hujan menyirami bumi.Jika
hutan ditebang,tanih akan menjadi gondol dan matahari yang panas terik akan menyebabkan tanih
menjadi kering-kontang.Hali ini akan menyebabkan hakisan tanih mudah berlaku.Oleh itu,hutan
boleh mengelakkan kejadian tanah runtuh daripada berlaku kerana akar-akar tumbuhan dapat
mengikat tanih daripada mudah longgar yang akan menyebabkan tanah runtuh sekali gus banjir
lumpur.


Akhir sekali,sektor pelancongan yang dapat menjan ekonomi negara juga merupakan
peranan hutan.Hal ini kerana pihak kerajaan telah menubuhkan kawasan eko-pelancongan yang
dapat memlihar kepupusan flora dan fauna seperti Taman Negara Bako di Sarawak dan Taman
Negara Kinabalu.Kawasan-kawasan hutan ini merupakan kawasan yang diharamkan kegiatan
pembalakan dijalankan.Sememangnya tindakan pihak kerajaan yang drastik ini telah menyelamatkan
hutan di negara daripada pupus.Di samping itu juga hutan dapat menjana ekonomi negara melalui
kegiatan eksport kayu-kayu belian yang berharga yang mendapat pasaran yang tinggi di persada
antarabangsa.Sehubungan itu,hutan telah membantu negara meningkatkan pembangunan negara
ke arah kemajuan supaya negara dapat berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negara-
negara lain.


Konklusinya,semua pihak hendaklah menggembleng tenaga dalam memastikan pemeliharaan
dan pemuliharaan hutan.Hargailah hutan kerana hutan merupakn khazanah yang amat bernilai.Oleh
sebab itu,kita mestilah bersyukur kerana dilahirkan di sebuah negara yang dikeliling dengan hutan-
hutan yang malar hijau.Marilah kita bersama-sama memelihara dan memulihara hutan di negara ini
sebelum terlambat kerana sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya lagi.





Esei - Kepentingan Hutan

Tajuk:
Negara kita merupakan sebuah negara yang kaya akan khazanah hutan semula jadi. Huraikan
kepentingan-kepentingan hutan kepada kehidupan kita.

Negara kita, Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan hutan semula jadi. Malangnya,
akhir-akhir ini, kita sering dikejutkan oleh aktiviti penerokaan hutan secara berleluasa di dada akhbar
tempatan. Sebenarnya, negara kita memiliki beberapa jenis hutan semula jadi, iaitu hutan hujan
tropika, hutan pantai, hutan paya dan hutan gunung. Perbuatan segelintir manusia pada zaman ini
yang giat melakukan aktiviti pembalakan haram telah menyebabkan kepupusan hutan di negara kita.
Persoalannya, tahukah anda akan kepentingan-kepentingan hutan kepada kehidupan manusia?

Hutan merupakan kawasan tadahan hujan dan diibaratkan span yang menyerap air ke bawah tanah.
Hutan juga dapat mengelakkan tragedi bah dan tanah runtuh yang meragut nyawa manusia. Hal ini
disebabkan pokok-pokok di hutan berfungsi untuk mencengkam tanah-tanih dan memperlahan
larian air permukaan yang akan menyebabkan tanah runtuh. Jikalau tiada akar yang mencengkam
tanah-tanih, maka tanah-tanih tersebut akan mengalir ke dalam sungai semasa hujan dan
dimendapkan di dasar sungai. Natijahnya, dasar sungai akan menjadi cetek dan lambat-laun akan
berlakulah banjir jika hujan turun dengan lebatnya.

Selain itu, hutan juga membekalkan kayu-kayan seperti meranti, cengal, dan keruing yang sesuai
untuk pembinaan rumah, industri pembuatan perabot dan sebagainya. Sumber-sumber tersebut
juga menyumbang kepada pendapatan negara di samping memberikan peluang pekerjaan kepada
rakyat jelata. Oleh itu, manusia haruslah mengurangkan kegiatan pembalakan dan penebangan
hutan bagi menjamin sumber kayu-kayan kekal diwarisi oleh anak cucu generasi yang akan datang
bak kata ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

Hutan juga berperanan menyimbangkan ekosistem kerana hutan merupakan habitat kepada flora
dan fauna. Penebangan hutan menyebabkan banyak spesies flora dan fauna diancam kepupusan
seperti seladang, orang utan, periuk kera, harimau malaya dan sebagainya. Sekiranya habitat flora
dan fauna kepupusan, maka generasi muda tidak dapat mewarisinya zaman-berzaman.

Hutan paya di pinggir pantai berpotensi untuk menghalang hakisan ombak kerana terdapat banyak
pokok bakau dan api-api. Jikalau pokok-pokok yang mampu menghalang hakisan ombak
kemusnahan, tragedi Tsunami yang melanda selatan Thailand pada tahun 2004 barangkali akan
berulang bak kata malang tidak berbau. Oleh itu, langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan
perlu diambil oleh pihak yang berwajib demi kesinambungan spesies hutan paya di negara kita.

Seterusnya, hutan di gunung boleh dijadikan tanah empangan yang berkeupayaan untuk menyimpan
bekalan air dan mengairi tanaman padi di samping menjana kuasa hidroelektrik. Contohnya,
Empangan Muda berperanan mengairi tanaman padi di dataran Kedah-Perlis, Empangan Cenderoh
dan Temenggor di Perak pula berpotensi untuk menjana kuasa hidroelektrik.

Konklusinya, kita sewajarnya menjaga hutan rimba kita supaya generasi pada hari ini dan yang akan
datang tidak menyesal ibarat kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya
kerana hutan banyak memberikan kepentingan dan manfaat kepada kita. Marilah kita berganding
bahu mempertahankan khazanah hutan belantara kita selagi hayat dikandung badan.


Hutan ialah khazanah alam yang amat tinggi nilainya terutama kepada kehidupan fauna dan flora.
Macapada ini, kita sering dikejutkan dengan isu-isu penebangan hutan di dada-dada akhbar
terutamanya yang membabitkan pembalakan haram untuk tujuan pembangunan. Kita harus sedar
sumbangan hutan terhadap manusia, haiwan dan tumbuhan amatlah besar.
Haiwan, serangga dan tumbuhan menjadikan hutan sebagai habitat atau tempat tinggal.
Jabatan Perhutanan dan Perhilitan perlu memastikan hutan dipelihara daripada manusia yang
mementingkan keuntungan semata-mata. Haiwan dan tumbuhan seperti Harimau Benggala, orang
utan, burung kenyalang, bunga rafflesia dan sebagainya akan hanya dilihat dalam gambar jika
berlaku kepupusan akibat penebangan hutan.
Hutan juga menjadi penyumbang utama kayu-kayan berharga seperti cengal, meranti, belian
dan jati. Kayu-kayan ini amat berharga untuk industri perabot. Pendapatan negara dari
pengeksportan perabot amat tinggi. Jelaslah, hutan tropika di negara kita memberikan pulangan
yang lumayan kepada negara.
Pembangunan negara menggalakkan penggunaan perubatan moden, namun begitu
masyarakat masih banyak bergantung kepada perubatan tradisional. Hutan menjadi pembekal
herba-herba dan madu tradisional . Tumbuhan seperti temu lawak, ginseng, tongkat ali amat
popular digunakan dalam rawatan tradisional dan hutan ialah pembekal ubat-ubat ini.
Di samping itu, eko pelancongan menjadikan hutan sebagai destinasi pelancongan.
Penggunaan kawasan hutan untuk tujuan rekreasi dapat memulihara kepupusan flora dan fauna
contohnya di Taman Negara Bako, Taman Negara Kinabalu.
Hutan amat penting kepada semua kehidupan. Kerjasama semua pihak terutamanya negara
seperti Brazil, Russia dan India yang mempunyai keluasan hutan paling banyak di dunia harus tekad
untuk memelihara dan memulihara hutan supaya tidak menjadi seperti kata pepatah sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.


KEPENTINGAN HUTAN
Hutan merupakan anugerah daripada Tuhan. Anugerah ini memang tidak ternilai kepada kita. Oleh
sebab itu, alam ini wajar dipelihara sebelum terlambat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna.

Hutan sangat penting kepada kehidupan kita. Antaranya, hutan dapat dijadikan kawasan tadahan
air hujan. Kita semua menggunakan air dalam pelbagai aspek kehidupan harian seperti mencuci,
memasak dan lain-lain. Oleh sebab itu, hutan menjadi nadi kehidupan kepada penduduk bumi.

Selain itu, Hutan berfungsi sebagai habitat kepada pelbagai flora dan fauna.Hutan dapat
menyelamatkan flora dan fauna kerana kepupusan flora dan fauna berkait rapat dengan hutan. Ini
secara tidak langsung mengekalkan kesimbangan ekosistem.

Sementara itu, hutan juga memainkan peranan sebagai pengawal pemanasan global. Pemanasan
global berlaku kerana pencemaran dan sikap manusia yang tidak cinta akan alam sekitar. Oleh hal
yang demikian, tahap kepanasan di muka bumi ini dapat dikurangkan agar kita tidak berpanas.

Hutan merupakan sumber rezeki, terutamanya Orang Asli. Oleh itu, hasil hutan seperti herba,
rotan, kayu balak dan ubat-ubatan dapat terus dicari dengan kewujudan hutan. Amalan perubatan
tradisional juga dapat diperkembangkan jika hutan dijaga dengan baik.
Kesimpulannya, hutan wajib dipelihara dengan sebaik-baiknya oleh setiap penduduk bumi. Hutan
dapat memberi ketenangan jiwa kepada kita dengan hutan yang malar hijau. Oleh itu, kawasan
hutan mestilah diperluas dan dipulihara demi masa depan semua.


Hutan menyediakan habitat yang semulajadi bagi beribu-ribu haiwan, serangga dan tumbuhan yang
setiap satunya mempunyai peranan dalam pengekalan ekosistem hutan. Mengikut kajian yang
dijalankan, Hutan Hujan Tropika Malaysia terdapat 1200 spesies burung, 1000 spesies rama-rama
dan kupu-kupu, 147 spesies amfibia, 250 spesies ikan air tawar dan 675 spesies mamalia. Lebih
daripada 8000 spesies tumbuhan berbunga di mana antaranya ada 2500 spesies adalah spesies
pokok. Hutan turut menyediakan makanan secara langsung bagi herbivor dan secara tidak langsung
kepada karnivor. Haiwan, serangga dan tumbuhan adalah saling bergantung untuk hidup. Peranan
serangga dalam pendebungaan, burung dan kelawar sebagai penyebar buah dan biji tidak boleh
diperkecilkan. Secara kasar, Hutan Hujan Tropika boleh dibahagikan kepada beberapa nic yang
terasing antara sama lain dari segi ruang, aktiviti atau diet haiwan.
Harrison (1962) telah membezakan 6 komuniti burung dan mamalia dalam Hutan Hujan Tropika
berdasarkan aras kanopi yang didudukinya dan juga berdasarkan julat bahan makanannya seperti
berikut:
nopi : insektivor serta burung karnivor dan kelawar.
-buahan dan sebahagian kecil yang makan
nektar dan serangga.
-tengah kanopi : Kebanyakan burung dan kelawar insektivor.
-tengah kanopi : mamalia pemakan pelbagai jenis makanan yang
bergerak turun naik batang daripada silara pohon hingga ke tanah, terdapat juga sejumlah kecil
karnivor.
di atas tanah : herbivor dan karnivor pngiringnya.
makanan pada lantai hutan, terutamanya insektivor atau omnivor serta beberapa jenis herbivor dan
karnivor.
Dapat dilihat bahawa kumpulan burung dan mamalia fitofaj yang utama hidup pada kanopi atas.
Sebaliknya, pada zon yang lain kurang menampung pengguna primer dan terdapat lebih banyak
pengguna sekunder, iaitu haiwan yang menjadi mangsa kepada haiwan yang lain. Contahnya burung
yang hidup di atas kanopi termasuk burung enggang, burung merpati dan burung-burung yang
memakan buah-buahan dan serangga. Burung pacat, burung-burung rimba dan burung kuang
terdapat pada tumbuhan bawah. Kumpulan burung yang menduduki bahagian tengah kanopi adalah
lebih sukar untuk dibezakan antaranya terdapat burung kesumbar, burung belatuk dan burung
merbah.
Dalam Hutan Hujan Tropika terdapat populasi invertebrata yang mempunyai kepadatan yang rendah
tetapi menunjukkan taksonomi yang sangat pelbagai. Invertebrata merupakan haiwan yang tidak
bertulang belakang seperti serangga. Contohnya, rama-rama, labah-labah, anai-anai, dan
sebagainya. Tempat habitat serangga juga dibahagikan kepada banyak aras. Contohnya aras yang
lebih tinggi dalam hutan terdapat Ceratopogonidae, Homoptera dan pemangsanya. Di bawah
tumbuhan kecil pula terdapat Psocoptera, semut, anai-anai dan kebanyakkan famili Diptera.
Sebenarnya, komuniti invertebrata adalah berbeza pada lurah yang bersebelahan dan pada lereng
dan permatang rabung. Lubang-lubang dalam batang pokok, batang yang reput serta tanah di
bawahnya merupakan habitat tak selanjar yang penting. Tiap-tiap habitat ini mempunyai sekutuan
dengan invertebrata yang tertentu. Selain itu, banyak invertebrata yang terdapat dalam hutan amat
berfaedah kepada manusia. Misalnya, Apis mellifera dan Apis dorsata akan membekalkan lebah
madu kepada kita. Spesies Lepidoptera (rama-rama) pula adalah sangat penting untuk industri
pelancongan. Oecophylla sp. (kerengga) penting sebagai pengawalan perosak secara biologi.
Cambidae sp. Pula ialah sejenis kumbang yang larvanya dimakan oleh kaum tertentu.
Di samping itu, hubungan antara tumbuhan dan haiwan juga jelas lihat dalam hutan. Hutan bukan
hanya merupakan suatu persekitaran yang terdapatnya haiwan yang banyak tetapi juga tidak boleh
kurangnya tumbuh-tumbuhan. Tumbuhan yang merupakan sumber makanan haiwan yang utama
juga tertakluk kepada hukum pemilihan semulajadi. Tumbuhan juga memerlukan bantuan haiwan
dalam pendebungaan dan penyebarannya. Dengan ini, hasillah hubungan haiwan dengan tumbuhan
yang saling memerlu. Dalam pendebungaan, bunga yang didebungakan oleh haiwan mempunyai
daya penarik untuk menarik haiwan tersebut dan mungkin ada daya penghalang untuk mencegah
peengusahahasilan yang berlebihan. Terdapat juga gabungan kombinasi binaan, bentuk, saiz dan
bauan yang disebut "sindrom" yang ada kaitan dengan lawatan sesuatu kelas haiwan. Contohnya,
bunga yang didebungakan oleh burung tidak mempunyai bauan tetapi berwarna terang merah,
jingga, kuning dan hijau, mempunyai binaan bunga yang kukuh dan mempunyai banyak nektar cair.
Selain itu, haiwan juga memainkan peranan yang penting dalam penyebaran biji bagi pokok-pokok di
kawasan tropika. Contoh satu ciri "sindrom" ialah penyesuaian pokok untuk sebaran biji oleh
kelawar. Buah yang disebarkan oleh kelawar berwarna lebih pucat, kebanyakan berwarna coklat
atau kekunigan dan mempunyai bau yanng hapak. Buah yang disebarkan oleh kelawar masak di atas
pokok kemudian buah akan terkeluar daripada dedaun supaya mudah dilawati oleh kelawar. Antara
kelawar yang berperanan penting ialah Pteropus yang boleh mengangkat buah seberat 200 g.
Walaupun hutan penting sebagai habitat haiwan, serangga dan tumbuhan, tetapi dengan masalah
pemusnahan yang semakin serius ini, sebilangan besar haiwan sedang mengalami masalah
kepupusan. Haraplah dengan terlaksananya Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, usaha ke arah
pemuliharaan haiwan yang mengalami bahaya terpupus dapat dipertingkatkan.
Rujukan http://hutan.wikispaces.com/share/view/23207309
http://www.scribd.com/doc/13909837/KEPENTINGAN-HUTAN

Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia
banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam
ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia,
gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan
kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar
yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi
keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti
pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih
merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih
lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke
udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan.
Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang
disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam
keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh
melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas
marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan
tahap kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa.
Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan
nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga
bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya,
pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan
sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah,
sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber
ekonomi negara kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa
penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada
membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan
hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit
tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan
bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat,
dan serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan
selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan
pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.

Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat
diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari
dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya
kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada
manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan
air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air
merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia, masyarakat haruslah berganding bahu dalam
memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada
sebarang pencemaran.

Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat mengelakkan
kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah
satu sumber makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan
menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan
berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber
makanan yang mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita
melakukan sebarang pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan
hidupan laut akan berlaku. Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan
seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat
dan air terpelihara.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Sesebuah
masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong
asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang
asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan
pelancong juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan
peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber makanan,
sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan sebagai sumber
kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan
masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya
kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.

GAN CHUI YONG
205876


Kepentingan Menjaga Alam Sekitar
Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di
permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang penting
dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang
selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti
pembangunan sedikit sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak
dijaga dengan baik. Amalan menjaga kebersihan merupakan tuntutan semua agama. Persekitaran
yang bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera.


Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan
kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar sememangnya amat penting untuk
kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau.
Tumbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat
bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati
keselesaan. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan
membolehkan kita menjalankan kehidupan dalam keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang
segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan
yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan
dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan
terjamin.

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin
keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu
menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan.
Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti
yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun
dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan
disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang
mencukupi bagi kegunaan persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek
penting untuk penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan
ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra
alam dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang
memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semulajadi bagi
manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan
fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan
peranan dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di antara satu sama lain, Flora
dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat
perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan
salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semulajadi. Penebangan hutan yang tidak
terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan
flora dan fauna. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan
kepupusan..

Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh Jabatan Perhutanan serta
badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau
berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis..
Penghutanan semula dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang. Tujuan penghutanan semula
adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan tersebut. Di samping itu, penghutanan semula dapat
mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang
cukup.

Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran yang kotor
akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh
nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang
kotor akan mendatangkan banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan menghinggap makanan
kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti cirit-birit dan muntah. Oleh itu,
penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah penting.

Keindahan alam sekitar juga akan menarik pelancong untuk mengunjungi negara kita. Persekitaran
yang cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara atau orang tempatan
untuk melancong ke negara kita. Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat meningkatkan pendapatan
negara melalui pertukaran wang asing. Dalam jangka panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan
meningkat. Melalui aktiviti itu. peluang perkerjaan juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia
dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Dalam usaha memajukan negara dan
meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap alam sekitar merupakan tanggungjawab
masyarakat.

Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih ada
pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar
terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam
sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak.
Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi
memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap
generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga
generasi akan datang.

RUJUKAN : http://www.forestry.gov.my/selangor/images/rancangan%20pengurusan%20hutan.pdf
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130305/re_06/Manusia-miskin-iman-hutan-jadi-
mangsa
http://www.nre.gov.my/Malay/Hutan/Documents/DPN.pdf

Anda mungkin juga menyukai