Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM KECERIAAN KELAS


(KELASKU, SYURGAKU)
SESI 2014



TARIKH
SEPANJANG BULAN MAC HINGGA JUN 2014


MASA

12:00 hingga 1.30 PETANG


TEMPAT

KELAS 2 BIJAKSANA SK


ANJURAN:

GURU KELAS DAN MURID-MURID 2 BIJAKSANA






2

1.0 PENGENALAN
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah
berkait rapat dengan iklim dan suasana di dalam bilik darjah. Oleh itu untuk mencapai
kecemerlangan , sekolah mestilah memastikan bahawa bilik darjah sentiasa di dalam
keadaan yang bersih dan ceria. Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya
dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa kesemasa. Untuk mencapai tujuan ini,
pertandingan bilik darjah bersih dan ceria amat sesuai diadakan secara berterusan
bagi memastikan pelajar sentiasa berada di dalam keadaan yang selesa dan
seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Suasana pembelajaran yang
sentiasa bersih dan ceria hasil daripada kerjasama dan pertandingan yang sihat
diantara pelajar tentunya akan menghasilkan kecemerlangan dalam akademik dan
disiplin pelajar . Ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang
mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek.

2.0 MATLAMAT
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait
rapat dengan iklim dan suasana di dalam bilik darjah. Oleh itu untuk mencapai
kecemerlangan , sekolah mestilah memastikan bahawa bilik darjah sentiasa di dalam
keadaan yang bersih dan ceria. Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya
dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa kesemasa. Untuk mencapai tujuan ini,
pertandingan bilik darjah bersih dan ceria amat sesuai diadakan secara berterusan
bagi memastikan pelajar sentiasa berada di dalam keadaan yang selesa dan
seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Suasana pembelajaran yang
sentiasa bersih dan ceria hasil daripada kerjasama dan pertandingan yang sihat
diantara pelajar tentunya akan menghasilkan kecemerlangan dalam akademik dan
disiplin pelajar . Ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang
mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek.

3


3.0 OBJEKTIF

3.1 Memastikan bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria
3.2 Menjadikan bilik darjah sebagai bilik ilmu dimana setiap bilik darjah
dikehendaki menyediakan sudut bacaan masing-masing.
3.3 Membina rasa tanggung jawab dan kerjasama diantara pelajar di dalam
kelas
3.4 Membina semangat persaingan yang sihat diantara kelas-kelas
3.5 Memberi pendedahan kepada Ketua Tingkatan dan AJK Keceriaan bilik
darjah mengenai pengurusan dan kepimpinan.
3.6 Menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang selamat sepanjang pelajar
berada di sekolah.


4.0 TARIKH
Sepanjang bulan Mac hingga Jun 2014


5.0 TEMPAT PROGRAM
Kelas 2 bijaksana


6.0 SASARAN
Murid-murid 2 Bijaksana






4

7.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Program ini dilaksanakan sepanjang bulan Mac hingga bulan Jun 2014. Ini
kerana ia dijalankan hanya seminggu sekali iaitu pada waktu kokurikulum. Waktu
kokurikulum ini diambil bagi mengelak penggunaan waktu pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Walaupun waktu kokurikulum bermula awal iaitu pukul 11.50
pagi, namun program keceriaan dimulai pada pukul 12.00 tengah hari hingga pukul
1.30 petang. Ini kerana kebanyakkan murid murid tahun 2 Bijaksana datang awal
ke sekolah.
Secara tidak langsung, program ini dapat mengisi masa lapang murid-murid
daripada bermain ke sana dan kemari tanpa tujuan. Murid-murid tahun 2 Bijaksana
juga amat teruja apabila diberitahu mereka mengenai program ini. Mereka begitu
gembira sekali ketika menjalankan aktiviti ini. Selain itu juga, saya mengambil masa
pada hari Jumaat iaitu pukul 1.00 hingga 1.30 petang .Waktu ini sebelum murid
memulakan PdP pada pukul 1.30 petang. Oleh itu, saya kira amat sesuai untuk
menyiapkan program keceriaan kelas sepanjang bulanMac hingga Jun ini.


8.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi :
(Guru Besar S.K. )

Naib Pengerusi 1 :
( Guru Penolong Kanan Kokorikulum SK )

Naib Pengerusi 2 :
(Penolong Kanan Petang, SK. )

Setiausaha :
(Guru kelas 2 Bijaksana)

Ahli Jawatankuasa : Murid-murid Tahun 2 Bijaksana
5

9.0 KEWANGAN
Sumbangan daripada guru kelas dan duit keceriaan kelas ( daripada kutipan
wang Program Peningkatan Akademik)

BIL PERKARA PERBELANJAAN
1 Plastik Liminit RM 30.00
2 Kertas Warna RM 10.00
3 Kertas A4 RM 8.50
4 Dakwat Printer Tidak dikira
5 Pelekat ( Slopentap, Ubat Kokot, gam, dsb) RM 10.00
6 Hiasan Dinding RM 30.00
JUMLAH RM 88.50


10.0 PENUTUP
Semoga program dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Diharap
program ini dapat mengeratkan hubungan dikalangan murid-murid 2 Bijaksana dan
juga guru kelas. Selain itu, diharap dengan keceriaan kelas dapat melahirkan pelajar
yang bersemangat untuk ke sekolah dan menjadikan kelas sebagai Kelasku,
Syurgaku. Saya juga berharap dengan keceriaan yang baru ini, dapat meningkatkan
motivasi pelajar 2 Bijaksana untuk belajar dan mengisi masa lapang dengan
membaca buku yang telah disediakan di dalam kelas. Kami juga berharap agar kelas
2 Bijaksana akan memenangi kelas terbersih mingguan. In sya allah.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

. .
(Nor Azia binti Misran)
Guru Kelas 2 Bijaksana

Anda mungkin juga menyukai