Anda di halaman 1dari 19

Nota Padat PJM3152 - PENGUKURAN DAN PENILAIAN PEND.

JASMANI DAN SUKAN



Topik1
1.1 Definisi Ujian, Pengukuran Dan Penilaian
UJIAN - satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapat maklumat murid sebelum, semasa
dan selepas pengajaran.
Cth: soalan bercetak / lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian T/L melalui senarai semak /
rekod aenkdoltel

PENGUKURAN - pula boleh kita definisikan sebagai menentukan bilangan permarkahan keputusan
ujian atau lain-lain kaedah penilaian berdasarkan peraturan tertentu.
Cth: satu proses mengutip maklumat berangka tahap cirri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang

PENILAIAN - definisikan sebagai suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data
yang dikumpul.
Cth: proses mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid secara
pemerhatian, penulisan dan lisan

Tujuan Penilaian dilakukan
a. Memfokus kepada setiap orang murid
hasil penilaian dapat member maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang
b. Menentukan status semasa murid
Menurut Kirkendal, Grubel dan Johnson (1987), penentuan status merangkumi:
i. pemberian gred;
ii. mengecualikan pelajar daripada sesuatu aktiviti;
iii. memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi;
iv. menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu
v. menentukan aktiviti tertentu.
c. Memilih wakil sekolah
member maklumat untuk memilih wakil sekolah melalui kriteria-kriteria tertentu membolehkan
proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama
d. Memotivasi murid
member maklum balas prestasi kepada seseorang murid iaitu kesan positif atau negatif
e. Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani
- Menentukan pencapaian objektif program PJ berkesan, member peluang kepada guru untuk
mengubah strategi pengajaran
f. Membekal maklumat untuk kajian lain
-membolehkan maklumat untuk kajian di masa depan

1.2 Sejarah PerkembanganPendidikan Jasmani di Malaysia Zaman Pra-British (Sebelum 1786)
a. Pada zaman ini, tiada pendidikan rasmi yang diterapkan.
b. Pendidikan agama adalah mata pelajaran tidak rasmi yang menjadi begitu popular pada ketika ini.
Status untuk Pendidikan Jasmani adalah tidak jelas.

Zaman Pemerintahan British (1781-1941)
a. Pendidikan rasmi dimulakan dan banyak dipengaruhi oleh Kerajaan British ketika itu.
b. Banyak sekolah pada ketika itu dibuka oleh syarikat-syarikat British dan Cina.
c. Di Sekolah Melayu (pertengahan abad ke-19), latihan fizikal diajar sebagai mata pelajaran yang
berasingan (untuk tahun 1-4). Selepas itu, mata pelajaran Pendidikan
d. Jasmani terus diajar dalam Kelas Khas Melayu selepas tahun 4.
e. Pada tahun 1856, Pendidkan Jasmani telah diajar di dua buah sekolah di Singapura.
f. Bagaimanapun, tiada kurikulum rasmi wjud untuk Pendidikan Jasmani.
g. Di Sekolah Jenis Cina di Melaka, Pendidikan Jasmani telah diajar sebagai mata pelajaran pada
tahun 1851.
h. Ketika tahun 1923-1925, mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah diajar di Sekolah Menengah
Rendah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh dan Muar (Johor).
i. Pada tahun 1930, Pendidikan Jasmani diajar di Sekolah Menengah Atas di Sekolah Chung Ling di
Pulau Pinang, dan beberapa sekolah di Kuala Lumpur dan Ipoh. Di Melaka dan Pulau Pinang (1861),
Sekolah Inggeris telah dibina dengan bantuan daripada Christian Missionaries (Catholic) dan
Pendidikan Jasmani telah diajar di sekolah tersebut.

Zaman Sebelum Kemerdekaan
a. Sejak tahun 1930, pelbagai usaha telah dibuat bagi mata pelajaran Pendidkan Jasmani. Mata
pelajaran tersebut di buat berdasarkan mata pelajaran latihan fizikal untuk sekolah di England.
b. Pada tahun 1946, mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah diwujudkan di Kolej Latihan Perguruan
Sulatan Idris, di Tanjung Malim, Perak.
c. Sejak tahun 1952, ramai guru tempatan telah dihantar ke England untuk latihan. Mereka
mempelajari Pendidikan Jasmani sebagai mata pelajaran utama di Kirby, England.
d. Secara tidak langsung, guru-guru tersebut telah mempelajari Pendidikan Kesihatan di Kirby dan
Brinsford.

Zaman Selepas Kemerdekaan
a. Pada tahun 1950, mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah digunakan, dengan beberapa perubahan
dilaksanakan.
b. Pada tahun 1966, mata pelajaran untuk murid-murid lelaki dan perempuan telah diwujudkan
sebagai merujuk kepada perubahan yang dilakukan pada ketika itu.
c. Pendidikan Jasmani telah diberi keutamaan pada tahun 1960 apabila Kolej Latihan Pakar
Perguruan memulakan-nya untuk tambahan latihan setahun bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani
untuk lelaki dan perempuan (1961).
d. Pada tahun 1971, mata pelajaran Pendidikan Jasmani sekali lagi telah mengalami perubahan
apabila ia diwujudkan dalam dua bahasa, iaitu dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

1.2.2 Sejarah ujian, pengukuran dan penilaian
a) Latar belakang Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) 6 aktiviti:
i. Ujian kelenturan
ii. Baling bola sofbol
iii. Lompat sergeant
iv. Mendagu
v. Lari ulang-alik
vi. 600 ela lari / jalan
Menurut kajian UDTA ini kurang sesuaidan agak bermasalah, ujian baru akan menguji aspek- aspek
kecergasan yang berdsarkan kesiahtan sahaja, mudah diurus dan tidak memerlukan banyak alat 4
aktiviti:
i. Bangkit tubi
ii. Tekan tubi
iii. Jangkauan melunjur
iv. Larian 1500m

1.2.3 Bidangbidang Ujian, Pengukuran dan Penilaian
Penerangan untuk ujian psikomotor, kognitif dan afektif dijelaskan seperti berikut:
(a) Ujian Psikomotor
-menilai kebolehan dan kecekapan fizikal murid yang melibatkan kemahiran otot-otot kecil (bermain
piano) dan otot besar (lompat jauh)
4 bahagian / komponen :
(i) Fizikal: - melakukan penilaian berhubung kait dengan anatomi seseorang. Cth: menilai jisim
badan, peratus kandungan lemak dan kekutatan otot badan
(ii) Motor: -brkait rapat dengan kualiti cara pergerkan motor dan perlakuan individu. Cth: menilai
pergerakan motor oleh otot kecil di jari semasa bermain piano
(iii) Kecergasan: - membuta penilaian secara menyeluruh yang meliputi keupayaan kardiovaskular,
kekutan dan ketahanan otot serta kekuatan mental. Cth: berlari dalam pertandingan marathon
(iv) Permainan: - memperlihatkan kemuncak kemajuan di dalam psikomotor dengan memerlukan
tahap kekuatan fizikal, kemahiran motor dan kecergasan yang baik. Cth: bermain golf
(b) Ujian Kognitif
- mengukur pengetahuan dan kepintaran pelajar. 6 peringkat cara berfikir (Taxonomy Cognitive):
(i) Pengetahuan iaitu kebolehan mengingat (contohnya: nama ibu kota, nama negara).
(ii) Pemahaman iaitu kebolehan memahami (contohnya: membuat kesimpulan).
(iii) Aplikasi iaitu kemampuan penerapan (contohnya: menggunakan suatu pengetahuan yang
diperolehnya untuk menyelesaikan masalah).
(iv) Analisis iaitu kemampuan menganalisis suatu maklumat yang luas dibahagikan menjadi
bahagian-bahagian kecil (contohnya: menganalisis pengertian suatu puisi).
(v) Sintesis iaitu kemampuan menggabungkan beberapa maklumat menjadi suatu kesimpulan
(contohnya: mengenalpasti jenis kategori binatang).
(vi) Penilaian iaitu kemampuan membuat pertimbangan sifat yang baik dan sifat yang buruk.
(c) Ujian Afektif
- Ujian afektif pula merangkumi penilaian dari segi perasaan, nilai-nilai dan emosi individu.
- berbentuk subjektif melalui pengawasan dan interasi secara langsung (menilai T/L), penilaian
berbentuk akademik (perperiksaan)
- tidak sesuai digunakan kerana:
i. Perubahan sikap berlaku secara berperingkat-peringkat. Pengetahuan dan kemahiran boleh berubah
dalam masa yang singkat, tetapi sikap dan nilai-niali memerlukan masa yang penjang untuk berubah.
ii. Sukar untuk mengenalpasti peniliana yang dibuat terhadap minat, sikap dan nilai. Tiada garis
panduan/ kaedah yang jelas untuk menilai factor-faktor ini.
iii. Guru PJ mempunyai masa yang terhad untuk menilai ujian fizikal, kemahiran pengetahuan dan
afektif murid secara serentak dan kerap (Philips dan Hornak 1979; Mood 1982).Kekangan ini
membataskan ketepatan penilaian yang dibuat.

1.2.4 Aspek Keperluan Pengukuran dalam proses penilaian
a) Motivasi dalam ujian murid lazim belajar mengikut silibus yang telah disediakan untuk
mendorong murid untuk belajar medapat markah tertinggi.
b) Diagnostik (pengenalpastian) pengukuran akan menilai kelemahan dan kekuatan terhadap
kumpulan/ individu. Cth: sebelum mengajar kelas permainan bola sepak, kita hendaklah mengajar
bagaimana untuk emnyepak bola secara betul.
c) Kalsifikasi pelajar lebih selesa dengan pembahagaian kumpulan tahap yang sesuai mengikut
tahap kecergasan inidividu.
d) Pencapaian gred diberikan untuk maklum balas masa depan.
e) Penilaian pengajaran dan program keberkesanan terhadap arahan / program adalah
tanggungjawab penting guru kepada murid.
f) Ramalan pengukuran masa depan akan menignkat dan popular
g) Penyelidikan mencari penyelesaian masalh dan sebagai alat untuk mengembangkan
pengetahuan.

1.3 PRINSIP-PRINSIP UJIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENILAIAN
1.3.1 Sebagai Alat untuk Mengukur Keberkesanan Program mengenalpasti keberkesanan sesuatu
program. Cth: berdasarkan pelbagai jenis prosedur (soalan pilihan subjektif, essei, projek)
1.3.2 Memenuhi Objektif dan Keperluan menentukan pencapaian, member maklum balas program
tertentu berkesan untuk memberi peluang pihak tertentu mengubah strategi pengajaran.
1.3.3 Menentukan Kaedah Penilaian melalui pelbagai kaedah dan cara, prosedur mesti sesuai
(objektif, ketetapan dan menyakinkan) dan mengikut persekitaran dan keluasan pembelajarn dan
pembanguna seseorang pelajar.

Topik 2 Asas Statistik dalam pengukuran dan penilaian PJ
2.1 Istilah dan maksud :
a) Populasi pengumpulan semua unsur-unsur yang dikaji dan yang cuba kita menarik
kesimpulannya. Cth: mengenal pasti tahap kecergasanfizikal tahun 2, populasi mestilah meliputi
kesemua murid tahun 2.
b) Sampel pengumpulan sebahagian tetapi bukan kesemua unsur-unsur populasi yang dikaji iaitu
untuk menghuraikan populasi.
c) Sampel Rawak keadaan di mana setuap subjek di dalam populasi mempunyai peluang yang sama
rata, termasuk di dalam sample.
d) Taburan Kekerapan cara menyusun data dalam bentuk yang lebih bersesuaian dan praktikal.
Kekerapan bagi sesuatu skor/markah yang diperolehi oleh sebuah kumpulan.
e) Data pengumpulan sebarang jumlah cerapan yang berkait. Maklumat verbal di dalam.
Kecenderungan memusat dan dikumpul dan disusun mengikut tertib.

2.2 Ukuran kecenderungan memusat
Min kaedah yang digunakan untuk mengukur kecenderungan memusta yang mewakili purata
aritmatik suatu set pencerapan. Memcampurkan jumlah skordan dibahagikan denga jumlah bilangan
skor.

Median satu nilai tunggal daripada set data yang mengukur item memusat di dalam data. Item
tunggal ini ialah yang paling tengah / palaing memusat dalam sesuatu set nombor.

Mod satu ukuran kecenderungan memusat yang berbeza daripada min, tetapi agak menyerupai
median. Ia ialah nilai yang paling kerap berulang dalam set data.
- memilih set data yang berlaku paling kerap
- tidak boleh digunakan sekerap min dan median untuk mengukur kecenderungan memusat

2.3 Ukuran Pembolehubah
2.3.1 Julat perbezaan antara nilai kerap paling tinggi dan paling rendah
Julat = nilai pencerapan tertinggi nilai pencerapan terendah
- Sebagai ukuran serakan adalah terhad

2.3.2 Sisihan lazim satu teknik pengukuran pembolehubah yang popular
- satu kaedah yang terbaik untuk melihat perbezaan skor di dalam taburan kecenderungan memusat

Fomula : S = ( X M )/ N 1

2.3.3 Varian membuat inferen tentang sama ada sampel yang diambil daripada populasi
mempunyai min yang sama atau tedak

S = ( X M)
N
2.3.4 Lengkok Norma
- sukar bagi kita menggambarkan taburan markah ujian dengan lebih jelas
- memudahkan cara perbandingan markah

Topik 3: Pembinaan dan pentadbiran Ujian dan Penilaian
3.1 Konsep asas dalam Ujian dan Penilaian
a. Kesahan merujuk kepada apa yang hendak dinilai dalam ujian
Cth: mengenal pasti di antara kecergasan pernafasan kardio dan kebolehan dalam permainan tenis.
Faktor-faktor mempengaruhi:
Isi kandungan kesahan berkaitan bagaimana ujian tersebut mengukur semua jenis kemahiran dan
subjek yang akan ditunjukkan oleh pangambil ujian. Menyatakan objektif tanpa kiraan ujian masa di
ambil
Kriteria kesahan dengan mengukur :
Ramalan kesahan alat mengukur sifat / kebolehan individu tertentu
Kesahan selaras ramalan kesahan segera, menunjukkan berkesannya ujian tersebut mengukur
tahap semasa kemahiran / pengetahuan individu
Kriteria-kriteria yang hendak diukur : anggaran pakar, pertandingan permainan, ujian pengesahan
sebelumnya.
Bentuk kesahan rujuk kadar individu terdedah terhadap sifat/bentuk yang digambarkan dalam
ujian persembahan
Ujian kesahan berkaitan kriteria - berhubung secara langsung dalam menentukan kelakuan objektif
Faktor-faktor mempengaruhi kesahan
i. Sifat pengambil ujian sah jika sama umur, jantina, pengalaman
ii. Pemilihan kriteria yang hendak diukur pengukuran samadengan set markah, perbezaan koefisien
akan diperolehi
iii. Kebolehpercayaan harus dipercayai untuk menjadi sah
iv. Prosedur pentadbiran arahan jelas, perlaksanaan tepat, factor sekeliling
b. Kebolehpercayaan merujuk kepada ujian yang konsisten

- empat kaedah :
i. kaedah ujian semula
ii. kaedah bentuk selari
iii. kaedah pembahagian setengah (split-half)
Ujian penuh kebolehpercayaan = 2 x setengah ujian kebolehpercayaan
1 + setengah ujian kebolehpercayaan
Ujian penuh kebolehpercayaan = 2 x .80 = 1.60 = .89
1 + .80 = 1.80
Jika kebolehpercayaan di antara dua setengah ialah +.80, kebolehpercayaan terhadap ujian penuh
akan didapati seperti berikut:
iv. kaedah Kuder-Richardson Formula 21
(1) jenis ujian boleh di kira 1 untuk betul dan 0 untuk salah; dan
(2) jumlah markah adalah sama jumlah terhadap markah jenis ujian.
i.
n = nombor item
X = purata ujian
S2= kekerapan ujian ( kekerapan jawapan dengan betul)

Melalui formula K-R, ia memberikan kebolehpercayaan anggaran konservatif yang digunakan ketika
bentuk ujian di mana kesukarannya berbeza.
Faktor-faktor mempengaruhi kebolehpercayaan:
i. Kaedah permarkahan lebih bantak objektif dalam ujian, lebih tinggikebolehpercayaan
ii. Kumpulan yang pelbagai
iii. Tempoh masa ujian
iv. Kaedah prosedur

c. Objektiviti tertumpu kepada bentuk kebolehpercayaan dan boleh ditentukan dengan
ujian semula
Objektiviti boleh ditentukan apabila sesetengah faktor wujud iaitu:
a. Arahan yang lengkap dan jelas untuk dilakukan dan markah ujian diberikan.
b. Melatih penguji melakukan ujian. Semua penguji hendaklah mentadbir ujian dengan cara yang
sama.
c. Contoh prosedur pengukuran diikuti. Jika pengukuran tersebut sukar, banyak kesilapan yang akan
timbul.
d. Bahan mekanikal dalam pengukuran adalah sesuai. Dengan menggunakan bahan yang sesuai akan
merendahkan kadar kesilapan dalam pengukuran.
e. Keputusan dinyatakan dalam nombor. Markah dinyatakan dalam frasa atau terma-terma akan
memberi impak terhadap objektiviti.
Terdapat dua faktor yang mempengaruhi objektiviti. Ia adalah:
i. Kejelasan sistem permarkahan; dan
ii. Kadar di mana hakim dapat memberi markah dengan tepat

d. Norma-norma
- nilai yang berhubung-kait dengan keputusan seseorang dalam masyarakat umum. Sesetengah
jawatankuasa mencadangkan nombor peserta yang minimum untuk membuktikan norma-norma
adalah seratus orang untuk setiap kategori. Sebagai contoh, nombor populasi penduduk adalah
kurang daripada seratus, atau contoh di antara populasi penduduk (contoh: kumpulan-kumpulan
tertentu) adalah kurang daripada seratus, ia selalunya lebih tepat untuk merujuk kepada data sebagai
keputusan secara perbandingan dan lebih tepat daripada norma-norma.

Kriteria Pemilihan Ujian dan Penilaian
a. mudah ditadbir
b. kos pentadbiran ujian
c. sumber manusia dan peralatan
d. memenuhi objektif
e. mencabar dan bermakna

3.3 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN
3.3.1 Persediaan Pra-ujian
Persediaan pra-ujian adalah merangkumi kesemua persediaan yang wujud sebelum pentadbiran ujian
tersebut:
a. Memahami ujian
Apabila anda melakukan perancangan dalam pentadbiran ujian untuk pertama kali, baca arahan atau
manual ujian beberapa kali, fikirkan tentang ujian yang kamu baca.
b. Memajukan prosedur ujian
pemilihan prosedur penilaian yang berkesan, memutuskan sama ada untuk melakukan ujian secara
serentak terhadap semua individu atau dalam berkumpulan dan memastikan sama ada seorang sahaja
melakukan ujian tersebut atau secara berpasangan melakukan ujian sesama sendiri.
c. Memajukan arahan
Selepas anda mengenal pasti prosedur, anda hendaklah memajukan tujuan. Ia bertepatan penerimaan
untuk membaca arahan kepada kumpulan sebelum melakukan ujian tersebut terhadap mereka.
Arahan tersebut hendaklah mudah untuk difahami dan mestilah diikuti dengan perkara-perkara
berikut:
Prosedur pentadbiran;
Arahan terhadap persembahan;
Prosedur permarkahan dan polisi terhadap persembahan yang salah; dan
Isyarat terhadap teknik untuk meningkatkan markah.
d. Menyediakan pelajar atau prosedur program
Memberitahu ujian yang akan dilakukan, maka mereka boleh berlatih.
e. Merancangkan ujian percubaan dan pemanasan
Sebelum ini, anda mempelajari bahawa kebolehpercayaan meningkatkan pemanasan pra ujian. Sifat
terhadap pemanasan hendaklah dirancang.
f. Menyediakan peralatan dan kemudahan untuk ujian
Mempunyai kesemua peralatan yang diperlukan, membuat garisan halangan, menanda tempat yang
betul apabila para pengambil ujian sampai pada waktunya dan menghindarkan masalah yang akan
timbul apabila para pengambil ujian menunggu giliran mereka.
g. Membuat kertas permarkahan
Menyediakan kertas permarkahan sebelum ujian untuk kesemua ahli kumpulan atau individu kad
permarkahan. Masukkan kesemua nama peserta dalam kertas atau kad permarkahan sebelum ujian
dilakukan.
h. Menganggarkan masa ujian yang diperlukan
Apabila ujian tidak mengambil keseluruhan kelas atau waktu program atau apabila setengah
kumpulan sedang mengambil ujian dalam hari tertentu, anda haruslah merancangkan beberapa
aktiviti untuk mengisi masa yang terluang. Jika ujian program kecergasan dilakukan terhadap agensi
atau syarikat, perancangan yang sama diperlukan. Menganggarkan masa yang diperlukan dalam
mentadbir ujian boleh minimumkan kekeliruan dan maksimumkan penggunaan masa yang ada.

3.3.2 cirri-ciri Perlaksanaan Ujian
a. Persediaan Ujian
b. Motivasi dan galakkan kepada sampel
c. Keselamatan Peserta / sampel ujian

3.3.3 Penilaian dan Pelaporan
Rasionalnya melakukan penilaian adalah untuk mengumpul maklumat para peserta dan hal yang
berkaitan dengan program pengajaran. Informasi ini hanya boleh digunakan selepas ujian itu
dilakukan.
a. Menilai markah ujian
Selepas ujian dilakukan, markah ujian perlulah dinilai menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Ini
memerlukan memasukkan data dalam komputer untuk dinilai, menyimpan rekod, dan/atau
penerimaan data. Analisis adalah untuk mendedahkan ciri-ciri yang boleh mempengaruhi proses
pengajaran atau melaksanakan program dan memberi maklumat terhadap kumpulan pengambil ujian
dan menyediakan data untuk permarkahan atau tujuan yang lain. Sesetengah individu tertarik dengan
markah mereka sendiri.
b. Menyimpan dan melaporkan keputusan ujian
Menyimpan keputusan ujian selalunya digunakan untuk menempatkan kertas permarkahan dan
menganalisis mereka dalam fail yang tertentu. Maklumat yang dibuat boleh memberikan perbezaan
di antara kelas dan kumpulan di antara tahun, program penilaian setiap tahun, dan pembangunan
norma-norma.

Topik 4
4.1 KONSEP, DEFINISI DAN PRINSIP
gred bertujuan mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Gred penilaian
dapat digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki
pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas kepada
murid, ibu bapa dan guru lain. Pada tahun ini, markah atau gred bagi matapelajaran Pendidikan
Jasmani telah dimasukkan dalam buku laporan pelajar. Ia bertujuan menilai tahap kecergasan fizikal
pelajar yang diukur melalui Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA).

Kepentingan Pengredan
a. Pelajar / Murid markah dan memberikan motivasi
b. Ibubapa pendedahan pencapaian anak di sekolah
c. Guru mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar
d. Sekolah ( Pentadbir ) mengenalpasti pelajar memenuhi objektif pengajaran

4.1.2 Prinsip-prinsip Penggredan dalam Pendidikan Jasmani
a. Penggredan boleh digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi dan memberi maklumat tentang
pencapaian seseorang pelajar kepada ibubapa, guru, pentadbir dan pelajar itu sendiri. Ia dikenali
sebagai satu proses penilaian yang mudah difahami oleh semua orang
b. Gred adalah penilaian berterusan di mana ia boleh dijadikan sebagai panduan pendidik untuk
menunjukkan pencapaian pelajar. Penggredan juga digunakan untuk menentukan status semasa
murid.
c. Dengan menggunakan gred, matapelajaran Pendidikan Jasmani akan dapat mengekalkan status quo
di dalam persekitaran sekolah.
d. Menjadi kelaziman untuk ukuran/kriteria rujukan kepada ujian, yang mana gred menentukan
prestasi secara tepat dan khusus.
e. Sejarah menunjukkan bahawa Pendidikan Jasmani telah dikritik kerana tidak menghiraukan cara,
bahasa dan ujian yang dijalankan. Ujian yang digunakan sering kali tidak tepat, kurang matlamat dan
tiada piawaian yang diperlukan untuk mencari ketepatan dalam pengukuran.
f. Melalui gred juga, para guru boleh menggunakan maklumat bagi memilih pelajar yang terbaik
untuk mewakili sekolah.

4.2 PENENTUAN GRED DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Guru Pendidikan Jasmani seharusnya dapat menentukan cara yang hendak digunakan untuk
menentukan gred di dalam Pendidikan Jasmani.

4.2.1 Faktor Psikomotor
Faktor psikomotor banyak digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani bagi menilai kebolehan dan
kecekapan fizikal murid. Ia melibatkan kemahiran otot-otot kecil dan otot-otot besar. Antara aktiviti
yang digunakan untuk penggredan ialah kemahiran dalam aktiviti, kecergasan dan prestasi dalam
permainan.
Penggunaan gred dalam menilai aktiviti
a) Kemahiran dalam aktiviti
b) Kecergasan
c) Prestasi dalam permainan

4.2.2 Faktor Kognitif
Dalam faktor kognitif, gred diberi berdasarkan pengetahuan murid dalam bidang Pendidikan
Jasmani. Sebagai contoh, penilaian mestilah berdasarkan pengetahuan murid dalam undang-undang
permainan, sejarah dan teknik-teknik yang digunakan. Tetapi, seringkali penilaian ini diabaikan oleh
para guru kerana mereka lebih menitikberatkan tentang praktikal sesuatu permainan.

4.2.3 Faktor Afektif
Gred untuk faktor afektif pula merangkumi penilaian daripada segi perasaan, nilai-nilai dan emosi
individu. Gred boleh diberi oleh guru melalui pemerhatian dan interaksi secara langsung dengan
murid. Kebanyakan guru Pendidikan Jasmani merasakan gred yang diberi berdasarkan faktor kognitif
ini tidak begitu efektif untuk digunakan kerana penilaiannya tidak begitu jelas. Mereka lebih
cenderung menitikberatkan pemberian gred dalam faktor psikomotor dan kognitif.

Jenis-jenis gred
a. Gred Tradisional menggunakan gred A,B,C,D,E / 1,2,3,4,5,6,7 ( UPSR/PMR/SPM/MUET )
b. Sistem Pemerian dan Gambaran member gambaran spt Cemerlang, Sederhana,
Memuaskan,Kurang memuaskan.
c. Sistem lulus-gagal - berjaya atau tidak / gagal atau lulus
kriteria-kriteria yang disenaraikan:
a. Gred mestilah berkait rapat dengan objektif pembelajaran. Jika faktor ini tidak dimasukkan dalam
objektif pengajaran, gred tidak boleh digunakan.
b. Gred mestilah mempunyai kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti. Sistem gred yang
digunakan hendaklah konsisten dan harus menunjukkan faktor pencapaian yang telah murid lakukan.
c. Pemberat (peratusan jumlah gred) yang menentukan gred terakhir mestilah difahami oleh murid
dan ibubapa. Teknik untuk menentukan gred juga tidak harus dirahsiakan dikalangan murid dan
ibubapa dan tidak terlalu sukar sehingga kurang difahami oleh mereka.
d. Jika gred adalah rujukan norma atau rujukan kriteria, guru haruslah mendiskriminasi antara pelajar
yang baik dan pelajar yang lemah. Pelajar yang beraksi dengan tahap yang lebih tinggi mestilah
mendapat gred yang terbaik daripada pelajar yang beraksi pada tahap yang buruk.
e. Gred mestilah ditadbir secara ekonomi. Sistem yang digunakan hendaklah dilaksanakan secara
berkesan, terutama yang melibatkan masa, kos dan personal. Dalam era ini, penggunaan komputer
dilihat lebih berkesan dan memberi guru lebih masa untuk persediaan di dalam kelas.
Topik 5
5.1 PENGUKURAN KELENTURAN
Kelenturan adalah kebolehan pergerakan sendi badan melalui ketegangan pergerakan maksimum
yang tidak bersesuaian. Apabila menilai atau menerangkan kelenturan, terma fleksi (kedudukan sendi
berkurangan) dan tambahan extension (kedudukan sendi bertambah) selalu digunakan.
Kelenturan lebih bergantung kepada tisu lembut (ligamen, tendon dan otot) di sendi lebih daripada
struktur tulang di bahagian sendi itu sendiri.
Kelenturan juga selalu berkait dengan saiz badan, jantina, usia, dan fizikal aktiviti.
Secara amnya, individu aktif lebih bagus kelenturannya daripada individu yang kurang aktif. Tisu
lembut dan sendi akan mengecut, hilang pertambahan apabila otot mengekalkan dalam kedudukan
pendek. Tabiat posisi badan dan membuat kerja-kerja berat yang menyekat pergerakan juga boleh
menyebabkan otot akan menjadi pendek. Fizikal aktiviti yang mempunyai pergerakan badan yang
banyak akan menolong kurangnya extensibility. Secara amnya, kelenturan lebih berkait-rapat
dengan tabiat corak pergerakan bagi setiap individu, dan setiap sendi lebih kepada usia dan jantina.

Fungsi Ujian dan Pengukuran Kelenturan
Ujian kelenturan selalunya dilakukan untuk mengenalpasti individu yang mempunyai sedikit
pergerakan sendi. Kelenturan juga selalunya digunakan untuk mengukur tujuan diagnostik. Ramai
guru Pendidikan Jasmani percaya bahawa persembahan kelenturan boleh diukur dengan
menggunakan gred.

5.1.3 Bateri, Prosedur Ujian dan Pengukuran Kelenturan
Untuk tujuan klinikal penilaian kelenturan, alat seperti Leighton Flexometer, elektrogoniometer dan
goniometer digunakan. Ujian ini menyediakan ukuran lurus dan menggunakan pita pengukur,
pembaris dan kayu pengukur.
- Terdapat dua jenis ujian kelenturan lurus:
a) Ujian kelenturan relative
Berhubung dengan kepanjangan dan keluasan di sesetengah bahagian badan
b) Ujian kelenturan mutlak
Mengukur pergerakan dan bertujuan untuk persembahan mutlak

Berikan jenis Pengukuran Kelenturan/Bateri Ujian
a. Ujian Jangkauan Melunjur
Objektif: mengukur kelenturan di bahagian bawah belakang dan atas paha
-duduk di alat ujian, lutut lurus, data dan badan tegak
-tapaka tangan dipanjangkan seberapa yang mungkin
-lakukan 4 kali
-permarakahan berapa jarak yang boleh capai dalam cm

b. Ujian Trunk dan Tengkuk ( Johnson dan Nelson 1986 )
Obj: mengukur kebolehan untuk memanjangkan trunk
-duduk di kerusi keras, ukur jarak pada hujung hidung ke tempat duduk
-tiga angkatan terbaik

c. Ujian Angkatan Bahu ( Miller dan Alien 1990 )
mengukur kelenturan bahu

5.2 Pengukuran Kekuatan Otot
Konsep ; Otot kuat melindungi sendi
Matlamat: kekuatan adalah keperluan untuk posisi badan yang bagus
Obj: tolong melakukan aktiviti harian dengan berkesan dan merasai kepuasan

Fungsi Ujian dan Pengukuran Kekuatan Otot
Kekuatan otot adalah kebolehan otot atau kumpulan otot yang berupaya membuat daya yang
maksimum.
Kekuatan dinamik adalah daya yang digunakan daripada kumpulan otot sebagai setengah daripada
pergerakan badan (kekuatan isotonic).
Kekuatan statik adalah daya yang ditimbulkan bagi melawan objek yang tidak dapat bergerak, di
mana tiada pergerakan yang berlaku (kekuatan isometric).

Berikan jenis Pengukuran Kekuatan Otot/Bateri Ujian
a. Bangun Tubi Lutut Bengkok
- mengukur kekuatan otot abdomen
b. Gantung Bengkok Siku
- mengukur kekuatan otot di tangan dan bahu
c. Dynamometer
- peralatan untuk mengukur kekuatan static

5.3 Penukuran Daya Tahan Otot
Konsep : untuk melakukan aktiviti harian
Matlamat: menghindarkan kepentan
Obj: mengekalkan bentuk badan dan mengurangkan kecederaan otot

5.3.2 Fungsi Ujian dan Pengukuran Daya Tahan Otot
Daya tahan otot adalah kebolehan dalam fizikal aktiviti atau untuk melawan keletihan otot. Ujian
daya tahan boleh diukur dengan daya tahan mutlak di mana bebanan berat digerakkan untuk
keletihan adalah sama, atau daya tahan pengukuran relatif di mana berat berbeza dengan subjek yang
diberikan ujian. Tiga asas kebolehan daya tahan telah dikenalpasti sebagai:
a. daya tahan otot tangan dan sekitar bahu;
b. daya tahan otot abdomen; dan
c. daya tahan pernafasan kardio.

Berikan jenis Pengukuran Daya Tahan Otot/Bateri Ujian
a. Ubahsuai Bangun Tubi ( AAHPERD 1980 )
-mengukur daya terhadap otot abbdomen
b. Ujian Pull-ups
-mengukur daya tahan otot tangan dan sekitar bahu
c. Ujian Tekan Tubi
-mengukur daya tahan tangan dam sekitar bahu

Topik 6 Penukuran Kecergasan Fizikal 2
6.1 Pengukuran Kardiovaskular
Carrol (1994) - kecergasan kardiovaskular adalah merupakan keupayaan seseorang untuk melakukan
tugas berat secara berterusan bagi satu jangkamasa yang panjang (kecergasan aerobic),
Matlamat - seseorang itu boleh meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular dan juga dapat
mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung, diabetes, darah tinggi dan jenis-jenis kanser yang
tertentu.
Objektif :
a. Ke arah kecergasan seumur hidup;
b. Memahami cara-cara mengukur komponen kecergasan diri; dan
c. Melahirkan minat terhadap kecergasan diri yang optima.
Fungsi :
a. Menaikkan kapasiti fizikal untuk berkerja pada semua peringkat umur;
b. Menurunkan kadar obesiti dan masalah yang berkaitan dengan obesiti;
c. Mengurangkan risiko penyakit coroneri arteri dan stroke;
d. Mengurangkan risiko menghidap diebetes;
e. Dapat membantu di dalam pengurusan stres dan kemurungan;
f. Dapat memberi persediaan daripada segi fizikal dan mental.

Berikan jenis Pengukuran Kardiovaskular/Bateri Ujian
a. Ujian Larian 1 Batu / 1.5 batu
-mengukur tahap kecergasan kardiovaskular
b. Ujian 12 minit dan 9 minit Larian ( AAHPERD 1980 )
-mengukur tahap kecergasan fizikal
c. 3 Batu Jalan Kaki Cooper 1982
- mengukur tahap kecergasan kardiovaskular
d. 12 minit Ujian Berenang Cooper
-mengukur tahap kecergasan kardiovaskular

6.2 Pengukuran Komposisi Tubuh Badan
Matlamat dan Obj:
a. Satu perangsang penting mengetahui kandungan lemak badan
b. Membantu menyelesaikan masalah kegemukan
c. Mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya diabeties
Fungsi:
a. Untuk memperkembangkan kecergasan fizikal yang sempurna pada semua orang;
b. Untuk memantau perkembangan pembangunan otot-otot dan jumlah lemak badan yang hilang
hasil daripada bersenam;
c. Untuk menyediakan data untuk rawatan kepada masalah obesiti dan memberi kaunseling tentang
pemakanan;
d. Untuk menggambarkan perubahan yang berlaku pada tubuh badan berpunca daripada
pertumbuhan tubuh badan, pembangunan tubuh badan, kematangan dan faktor usia;
e. Ia juga dilihat sebagai satu alat untuk meningkatkan prestasi atlet-atlet.

Berikan jenis Pengukuran Komposisi Tubuh Badan/Bateri Ujian
a. Menimbang Badan di dalam air- mengukur tahap komposisi badan
b. Ujian Lipatan Kulit mengukur lemak di badan
Perempuan Ukuran Triceps,Suprailium, Perut ( Abdomen )
Lelaki Bahagian Dada,Bawah Bahu, bahagian Paha

6.3 PENGUKURAN LIPATAN KULIT ATAU SKIN FOLD
Prosedur bagi pengukuran profil lipid yang betul:
a. Kesemua ukuran hendaklah diambil daripada bahagian sisi badan;
b. Caliper hendaklah diletakkan 1 cm daripada jari. Pastikan caliper dipegang dengan posisi bersudut
tepat dengan bahagian kulit yang hendak diukur;
c. Cubitan perlu dikekalkan semasa mengambil bacaan caliper;
d. Sebelum mengambil bacaan caliper, tunggu 1 hingga 2 minit dan tidak lebih daripada itu;
e. Ambil 2 bacaan untuk setiap bahagian, dan lakukan sekali lagi jika ukuran tidak dalam skala 1
hingga 2 mm; dan
f. Sekiranya ingin mengulangi ujian ini, berikan masa bagi kulit untuk kembali ke tekstur asal
sebelum melakukannya semula.

Topik 7 Pengukuran Lakuan Motor 1
7.1 Pengukuran Kuasa
Konsep: kebolehan yang berupaya memaksimumkan daya dengan mengambil masa yang minimum

Matlamat:Kuasa individu dalam olahraga dan kuasa kerja
Obj: kebolehan untuk menghasilkan daya yang maksimum dalam masa yang singkat

Fungsi Ujian dan Pengukuran Kuasa
Kuasa selalunya dianggap sebagai ciri-ciri untuk menjadi atlet yang bagus, tetapi ia selalunya
memerlukan keupayaan kuasa apabila melakukan aktiviti seharian. Oleh kerana itu, ia tidak dianggap
menjadi komponen yang mustahak dalam kesihatan dan kecergasan fizikal. Kadangkala, penglibatan
dalam sukan senggangan akan meningkatkan kuasa mereka dalam persembahan sukan.

Berikan jenis Pengukuran Kuasa/Bateri Ujian
a. Lompatan Menegak ( Sargent 1921 )- mengukur kuasa kaki
b. Lompatan Berdiri Penuh AAHPERD - mengukur kuasa kaki

7.2 Pengukuran Ketangkasan
Konsep: kebolehan untuk kerap kali bertukar kedudukan dan arah badan.
3 jenis:
Larian menukar arah
Menukar kedudukan badan
Menukar arah bahagian badan
Matlamat: - mengenalpasti individu yang mempunyai ketangkasan yang kurang bagus
Obj:- peningkatan ketangkasan dalam persekitaran pembelajaran

Fungsi :
Koefisien objektiviti dan norma-norma tidak dilaporkan bagi kesemua ujian. Norma-norma boleh
ditingkatkan untuk mencapai keperluan anda yang lebih spesifik.
Untuk memperolehi keputusan yang konsisten dan tidak berbeza-beza, ujian ketangkasan hendaklah
dilakukan di atas permukaan yang tidak licin dan kesemua individu hendaklah memakai kasut yang
sesuai..

Berikan jenis Pengukuran Ketangkasan/Bateri Ujian
a. Larian Boomerang Kekanan -mengukur ketangkasan berlari
b. Larian Kesisi mengukur ketangkasan , ketahanan dan kelajuan pergerakan bahagian sisi
c. Larian Zigzag Barrow ketangkasan semasa berlari dan mengubah arah

7.3 Pengukuran Imbangan
Konsep: kebolehan untuk mengekalkan equilibrium menentang daya gravity
Imbangan static kebolehan untuk mengekalkan equilibrium
Imbangan dinamik- kebolehan untuk mengekalkan equiliebrium sementara dalam gerakan
Matlamat: mengenal pasti individu yang mempunyai masalah keseimbangan
Obj: diperlukan untuk keseimbangan sukan dan melakukan aktiviti harian

Fungsi Ujian dan Pengukuran Keseimbangan
Ujian keseimbangan diklasifikasikan dalam statik atau dinamik. Rumusan ujian tersebut adalah
praktikal, tidak mahal untuk dilakukan dan memuaskan kedua-dua jenis jantina yang melakukannya.

Berikan jenis Pengukuran Imbangan/Bateri Ujian
a. Ujian Imbangan Statik ( Johnson dan Nelson ) - mengukur keseimbangan yang tidak bergerak
sambil berat badan ditampung atas tapak kaki yang dominan.
b. Ujian Kayu Bass ( Kaedah Kepanjangan ) mengukur keseimbangan apabila berat badan
ditampung di atas kaki
c. Ujian Kayu Bass ( Kaedah Silang )
d. Ujian Keseimbangan Dinamik- mengekalkan kesimbangan semasa pergerakan dan semasa
mendarat dari lompatan
Topik 8 Pengukuran Lakuan Motor 2
8.1 Pengukuran kepantasan dan masa tindak balas
Konsep: Kepantansan -kebolehan untuk melaksanakan pergerakan dalam jangka masa yang pendek.
Kelajuan masa tindak balas dan masa bergerak
Kepantasan = jarak langkah x kekerapan melangkah

Def: masa tindak balas masa yang diambil untuk reaksi terhadap yang mendorong (stimuli)
Fungsi:
a. Mengukur kemampuan atlet melakukan sesuatu pergerakan atau mengatasi sesuatu jarak dalam
jangka masa singkat atau kemampuan otot-otot menguncup dengan pantas.
b. Meningkatkan tahap kemahiran dengan menghasilkan satu gerak kerja yang efisien.
c. Dapat membantu dalam pencapaian kecergasan keseluruhan (total fitness).

Berikan jenis Pengukuran Kepantasan dan Masa TindakBalas/Bateri Ujian
a. Kepantasan Pecut 40 Meter- mengukur kelajuan memecut
Peralatan: Jam randik dan penanda untuk lorong larian pada jarak 40 m.
Kawasan: Padang atau permukaan rata yang kering berjarak 60-80 m. Tanda garisan permulaan dan
penamat.
Prosedur:
Peserta bersedia dengan kedudukan berdiri di belakang garisan permulaan.
Penguji memberi isyarat sedia, lari di samping melepaskan tangan yang diangkat sebelum itu.
Masa dimulakan oleh seorang penguji yang lain di garisan penamat dan berhenti apabila peserta
melepasi garisan penamat.
Dua percubaan diberikan dengan masa terpantas diambil.

b. Ujian Masa Respon Nelson dengan Tangan
Peralatan: Alat masa respons Nelson.
Prosedur:
Peserta duduk selesa dan letakkan tangan dominan atas lengan kerusi.
Peserta guna ibu jari dan jari telunjuk (jarak 2.5cm) bersedia untuk menangkap alat pengukur
tersebut. Lihat Rajah 8.2.
Peserta disuruh menumpukan perhatian kepada zon tumpuan yang ditandakan pada hujung alat
pengukur. Alat itu digantung dengan jarak hujung bawahnya berlegar atas ibu jari dan jari telunjuk
peserta.
Isyarat sedia diberikan oleh penguji sebelum melepaskan alat itu untuk ditangkap oleh peserta
dengan ibu jari dan jari telunjuk.
Masa lepasan selepas isyarat hendaklah diubah-ubah oleh penguji untuk mengelakkan peserta
meramal dan bertindakbalas terhadap jatuhan alat itu.
20 percubaan diberikan dengan 5 masa terpantas dan 5 masa terlambat disingkirkan. 10 masa yang
lain dijumlahkan dan dibahagikan dengan 10 untuk mendapat purata masa.

c. Ujian Masa Respon Nelson dengan Kaki respon kaki
8.2 Pengukuran Kemahiran Sukan
Objektif ujian kemahiran sukan
i. Mempertingkat dan mengekalkan tahap kecergasan berasaskan kemahiran sukan.
ii. Meningkatkan kemahiran dan strategi supaya perlakuan dapat dilaksanakan dengan tepat. Ini
adalah unsur utama dalam sukan, iaitu perlaksanaan kemahiran dengan cara berkesan.
iii. Memberi pendedahan kepada murid-murid terhadap pelbagai kemahiran sukan.
b. Fungsi ujian dan pengukuran kemahiran sukan
i. Ujian kemahiran dapat menentukan kekuatan dan kelemahan murid. Dengan ini, guru dapat
membuat atau mengubah perancangan objektif pembelajaran. Ia juga membantu mengenalpasti
murid-murid yang memerlukan perhatian yang lebih bagi menguasai kemahiran sukan.
ii. Ujian kemahiran sukan juga dapat memberi motivasi kepada murid-murid bagi meningkatkan lagi
prestasi mereka dalam sesuatu kemahiran sukan. Cabaran untuk mengatasi skor sendiri lebih
memberi motivasi dan kepuasan daripada mengatasi skor orang lain.
iii. Semasa melakukan ujian, murid juga sebenarnya sedang melakukan latihan bagi kemahiran dalam
sukan tersebut.
iv. Keputusan ujian atau maklumat berkaitan ujian dapat menunjukkan kepada pentadbir, ibubapa
dan orang ramai tentang objektif dan nilai Pendidikan Jasmani itu sendiri.

Berikan jenis Pengukuran Kemahiran Sukan/Bateri Ujian
a. Badminton mengukur kemahiran membuat servis secara tepat
b. Bola Keranjang AAHPERD- mengukur kemahiran mengelecek bola
c. Bolasepak mengukur koordinasi kaki melalui mengelecek bola
d. Menimbang Bolasepak
e. Bola tampar membuat servis

8.3 Penukuran pergerakan dan ritma
-meningkatkan kecergasan dan menyeronokkan
Pergerakan terdiri daripada tiga bahagian pergerakan asas, iaitu pergerakan lakomotor, pergerakan
bukan lakomotor dan pergerakan manipulatif. Pergerakan lakomotor memerlukan individu itu
bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Manakala pergerakan bukan lakomotor tidak
melibatkan perubahan tempat di mana pelaku tidak mengubah dasar yang menyokong pelaku
pergerakan. Kemahiran manipulatif pula melibatkan kemahiran asas sukan di mana pelajar sering
menggunakan alatan seperti apparatus reben, tali, belantan, bola, dan gelung.
Matlamat dan objektif pengukuran pergerakan dan ritma adalah seperti berikut:
a. Melakukan pergerakan asas dengan teknik yang betul, mengikut tema, dengan menggunakan
alatan yang sesuai.
b. Satu cara bagi meningkatkan tahap kardiovaskular seseorang.
c. Ia dapat mengurangkan berat badan, mengekalkan bentuk badan pada tahap terbaik dan
meningkatkan keyakinan diri.
d. Aktiviti ini juga dapat menghilangkan tekanan dan dapat mengelakkan daripada berlakunya stres.
Fungsi ujian dan pengukuran pergerakan dan ritma adalah seperti berikut:
a. Menyediakan peluang untuk membentuk perlakuan sosial yang baik melalui permainan-permainan
ko-operatif dengan menekankan tiga konsep. Konsep itu ialah kerjasama pelajar dalam satu
kumpulan kecil atau besar, penerimaan pelajar sebagai anggota dalam satu kumpulan dan penglibatan
aktiviti pelajar secara langsung.
b. Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal dan kecergasan untuk membina
kemahiran motor dan kecergasan fizikal.
c. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan
menggembirakan.
d. Mengenalpasti kemampuan tahap kemampuan dan kecergasan murid semasa melakukan aktiviti.

Berikan jenis Pengukuran Pergerakan dan Ritma/Bateri Ujian
a. Lompat Setempat ( Ritma Sekata ) menilai ketangkasan, imbangan dinamik dan koordinasi
b. Kemahiran Melontar menilai kemahiran manipulatif

Topik 9 Pengukuran Lakuan Motor 3
9.1 Pengukuran Persepsi Motor
Konsep : menguji kebolehan kanak-kanak menyatukan maklumat pancaindera dengan pengalaman
untuk membuat keputusan
Matlamat: komponen persepsi lebih tepat
Obj: sebelum ujian rasmi terhadap kurang upaya biasakan diri dengan bentuk / cara lakuan motor
asas
Fungsi Ujian dan Pengukuran Persepsi Motor
Persediaan jenis penilaian mungkin menghindarkan masalah semasa melakukan penilaian secara
rasmi. Kebanyakan ujian pesepsi motor boleh didapati dengan mudah, tetapi hanya tiga sahaja
dilakukan sebagai contoh untuk digambarkan jenis-jenis komponen ujian yang mungkin dimasukkan
ujian persepsi motor.

Berikan jenis Pengukuran Persepsi Motor / Bateri Ujian
a. Tinjuan Persepsi Motor Purdue - tinjauan
Had umur: 6 hingga 10 tahun.
Peralatan: Borang pencapaian gambaran, papan hitam, kapur, kayu pengukur, penlight.
Bahagian ujian:

i. Keseimbangan dan posisi badan. Berjalan ke hadapan, ke belakang dan ke sisi di atas papan
berjalan dan lakukan tugasan seperti lompatan, loncatan dan langkauan sambil mengekalkan
keseimbangan.
ii. Gambaran badan dan perbezaan. Mengenalpasti bahagian badan, peniruan pergerakan dan
penglibatan dalam pelbagai aktiviti rintangan.
iii. Pertandingan persepsi motor. Lukis bulatan dan garisan di atas papan hitam dan lakukan lapan
bentuk tulisan yang berbeza-beza.
iv. Kawalan okular (berkaitan mata). Tugasan pengejaran mata melibatkan pergerakan mata
seseorang dan pergerakan mata dengan serentak.
v. Borang persepsi. Lukiskan kepelbagaian bentuk geometrik di atas sehelai kertas.

b. Tinjauan Persepsi Motor Ayres Southern California memahami arahan mudah
Had umur: 4 hingga 8 tahun.
Peralatan: Jam, meja, kerusi.
Bahagian ujian:
i. Peniruan posisi badan. Tiru 12 posisi badan yang akan ditunjukkan oleh pengajar.
ii. Lakukan lintasan garisan tengah badan. Tandakan atau sentuh, telinga atau mata yang di lakarkan,
menggunakan tangan kanan atau kiri.
iii. Koordinasi dua hala motor. Gunakan tapak tangan untuk menyentuh paha dengan pergerakan
berirama.
iv. Perbezaan kiri dan kanan. Mengenalpasti sendiri kiri dan kanan bagi pelajar yang lain atau
kepelbagaian objek.
v. Keseimbangan berdiri dan mata dibuka. Kekalkan keseimbangan sementara berdiri di atas sebelah
kaki, kemudian tukar kepada kaki satu lagi. Keseimbangan diambil bagi setiap kaki.
vi. Keseimbangan berdiri dan mata tutup. Sama seperti bahagian (v), melainkan mata mestilah
ditutup.

c. Tinjuan Persepsi Motor Andover
- mengukur bahagian asas persepsi motor yang diperlukan bagi pembangunan biasa dan
pembelajaran motor. Ujian tersebut hendaklah digunakan sebagai alat halangan segera, bukan
sebagai peralatan diagnostik. Ia boleh dilakukan dalam kumpulan seramai 25 kanak-kanak dan 30
minit dalam dua sesi kelas.
Had umur: 4 hingga 7 tahun.
Peralatan: Dasar keseimbangan, dua bola 8 inci, pita penanda, pasak atau kayu.
Bahagian ujian:
i. Keseimbangan; Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan statik dan dinamik.
ii. Koordinasi mata dan tangan; Kebolehan untuk koordinasi mata dan tangan bagi melengkapkan
tugasan.
iii. Pergerakan Loko; Kebolehan untuk berjalan dengan badan melalui ruang, kombinasi kekuatan,
koordinasi dan keseimbangan diperlukan untuk melakukan tugasan ini.
iv. Kesedaran ruang; Kebolehan untuk membuat pengadilan dan pengertian badan dalam kaitan objek
lain dalam ruang.
v. Irama; Kebolehan untuk mendengar, menaksir bunyi yang didengar dan tindak balas terhadap apa
yang ditaksirkan.
9.2 Pengukuran Kinestetik
Konsep: kebolehan untuk fahami kedudukan posisi badan dalam ruang. Proprioseptor meningkatkan
pancaindera organ yang terletak di otot, tendon dan sendi; dan membentuk peningkatan sistem
sensitif terhadap persepsi kinestetik. Ia menyediakan otak dengan maklumat tentang apa yang
dilakukan oleh badan apabila melakukan kemahiran. Kinestetik merujuk kepada pergerakan badan.
Mastlamt: Mempunyai kebolehan dalam kinestetik juga melibatkan lima deria rasa. Sebagai
contohnya, dengan kebolehan dalam kinestetik, boleh membuat sesuatu model yang beliau belajar.
Obj: mempunyai koordinasi tangan dan mata dan teknologi adalah peralatan yang bagus sewaktu
belajar. Permainan dan simulator membenarkan pelajar untuk melibatkan fizikalnya dalam proses
pembelajaran melalui berlatih subjek dalam pelbagai senario dan keadaan.
Fungsi - Kinestesik adalah pusat kepada perlaksanaan kemahiran motor, tetapi ia tidak boleh diukur
dengan tepat.

Berikan jenis Pengukuran Kinestetik/Bateri Ujian
a. Pengukuran terhadap Proprioseptif Tangan
b. Penilaian Kesan latihan Kenistetik terhadap tulisan tangan terhadap pelajar gred Satu

Topik 10 Bidang Lain pengukuran
a. Konsep, matlamat dan objektif ujian dan pengukuran aptitud
Penilaian aptitud tidak selalunya mudah untuk dibezakan daripada ujian pencapaian kerana atas
permukaan, isinya dilihat dapat ditukar. Ujian aptitud adalah untuk mengukur kebolehan atau potensi
kebolehan dan tanda-tanda kejayaan terhadap tugas berkait dalam masa hadapan. Tujuannya adalah
ramalan dan fokus mereka adalah sempit bagi kebolehan pertama atau koleksi kecil terhadap
kebolehan yang berkait
b. Fungsi ujian dan pengukuran aptitud
Borang yang selalunya digunakan untuk menilai ujian aptitud adalah untuk menghakimi perjanjian
persekolahan dan sesiapa yang menggunakan pekerjaan dan pendidikan kaunseling
- ujian ini untuk meramalkan persembahan masa depan

10.2 Pengukuran Atitud
a. Konsep
Attitud merujuk kepada perasaan tentang objek sosial yang khusus, fizikal objek, jenis-jenis
manusia, pengkhususan manusia, institusi sosial dan polisi kerajaan (Nunnally 1978).
b. Matlamat
Attitud secara amnya diukur dengan menggunakan skala yang memerlukan pelajar bersetuju atau
tidak bersetuju dengan kenyataan, perkataan sama ada positif atau negatif.
Tidak bersetuju Bersetuju
sepenuhnya 1 : 2 : 3 : 4 : 5 : 6 : 7 : sepenuhnya
c. Objektif
Dalam memberi markah mereka, markah kenyataan positif selalunya mudah ditambah seperti
penampilan mereka; nilai untuk kenyataan negatif, walau bagaimanapun hendaklah bertentangan
dengan menolak markah daripada jumlah nombor terhadap peringkat pertama.
d. Fungsi ujian dan pengukuran attitud
Alat psikologi yang selalunya digunakan adalah dengan kenyataan perkataan yang positif dan
negatif. Ia akan bernilai 8 untuk digambarkan dalam skala bergrafik. Formulanya adalah:
Item Permarkahan Berbeza
Nilai Terakhir = [( 1 + Nilai Skala Tinggi) Nilai Di rekodkan]
e. Contoh Pengiraan
Nilai Terakhir = [(1+7) 2 ] = 6
Proses ini sukar untuk dilengkapkan dengan tangan, tetapi mudah diselesaikan menggunakan
komputer.

Berikan jenis Pengukuran Aptitud/Bateri Ujian
a. Skala Attitud Pendidikan Jasmani Adams mengukur atitud individu dan kumpulan
b. Skala Attitud Wear mengukur attitude terhadap PJ
c. Skala Attitud Kenyon
Objektif ujian: Untuk mengukur enam attitud terhadap Pendidikan Jasmani.
Had umur: Sekolah menengah hingga kolej.
Kesahan: Secara amnya, markah skala berbeza di antara atlet dan bukan atlet dan pandangan individu
yang mahir mamastikan bahawa 6 dimensi amat berbeza dengan aktif dan pasif penglibatan dalam
aktiviti fizikal.
Kebolehpercayaan: Jarak koeffisien di antara .72 hingga .89 untuk skala yang pelbagai.
Pentadbiran dan arahan: Kesemua skala ditadbirkan.
Enam skala tersebut adalah seperti berikut:
Meramalkan persembahan masa depam dan berasaskan pada isi kandungan yang dipelajari dalam
atau di luar sekolah. Ujian pencapaian dilakukan untuk menerangkan keadaan sebenar bagi
pembelajaran.
- Pengalaman social
- Kesihatna dan kecergasan
- Perasaan kepelbagaian dalam aktiviti fizikal
- Pengalaman estetik
- Kelegaan emosi
- Pengalaman perasaan yang tenang

10.3 Pengukuran personality
Konsep, matlamat dan objektif
Tujuan adalah bagi individu menyokong program bersenam yang kompleks dan tidak difahami
sepenuhnya. Ini termasuklah sumbangan peribadi sebelumnya dan selepas, faktor persekitaran dan
ciri-ciri aktiviti fizikal menentukan perangai bersenam bagi orang dewasa. Sesetengah penentu bagi
kelakuan bersenam dilaporkan oleh Dishman (1990), yang di rumuskan seperti berikut:
- Tabiat merokok
- Tahap pekerjaan
- Komposisi badan
- Sejarah penglibatan dalam bersenam
- Motivasi kendiri
- Tahap pengetahuan
- Kesan positif
- Merasi kapasiti bersenam

Fungsi Ujian dan Pengukuran Personaliti
Memotivasikan diri sendiri adalah sifat personaliti yang berkait dengan tabiat bersenam. Sifat
psikologi adalah bentuk yang kukuh. Mempunyai pengukuhan dalam pembentukan psikologi, ia
menyediakan maksud dapat meramalkan kelakuan masa hadapan.
Pembentukan seperti pengawalan emosi, keyakinan diri, motivasi, agresif, keazaman, ketenangan dan
ketahanan mental akan diukur dalam senarai berikut.

Berikan jenis Pengukuran Personaliti/Bateri Ujian
a. Skala Perangai Kedudukan Blanchard 1936- mengukur perangai dan personality pelajar
b. Senarai memotivasikan Diri Sendiri @ SMI (Dishman dan Ickes 1981) - mengukur motivasi
kendiri.

Anda mungkin juga menyukai