Anda di halaman 1dari 1

i s t i k h a r a h : meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa

kemungkinan yang diharuskan oleh Syara'. [Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi
tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah]

i s t i s y a r a h : meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu
membuat keputusan.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat
dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya

serta kesimpulannya,

1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah
permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada
Istikharah.
3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat
buruk baiknya.
4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat
Solat Istikharah dan Doa yang Mathur daripada Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam.
6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai
kewibawaannya.
8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka
kepada belitan Iblis.
10. Jauhi Bidah dan Syirik.
11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran
negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup
keharusan Syara dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah
yang lain.
15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.

Anda mungkin juga menyukai