Anda di halaman 1dari 4

Cerebrum (Otak Besar)

Cerebrum atau juga dikenali sebgai otak besar adalah bahagian terbesar dari otak
manusia yang juga disebut dengan nama Cerebral Cortex, Forebrain atau Otak Depan.
Cerebrum merupakan bahagian otak yang dapat membezakan manusia dengan binatang. Hal
ini kerana Cerebrum membuatkan manusia memiliki kemampuan berpikir, menganalisa,
logika, bahasa, kesedaran, perencanaan, memori dan kemampuan visual. Kecerdasan
intelektual atau dekenali sebagao IQ juga ditentukan oleh bahagian ini otak yang ini.
Cerebrum secara dasarnya terbahagi kepada empat bahagian yang disebut Lobus atau Lobe.
Bahagian lobus yang menonjol disebut gyrus dan bahagian lekukan yang menyerupai parit
disebut sulcus. Keempat-empat Lobus tersebut masing-masing adalah Lobus Frontal, Lobus
Parietal, Lobus Occipital dan Lobus Temporal.
Lobus Frontal merupakan bahagian lobus yang ada bahagian yang paling depan dari
Otak Besar. Lobus ini berhubungan dengan kemampuan membuat alasan, kemampuan
bergerak, kognisi, perencanaan, penyelesaian sesuatu masalah, memberi penilaian, kreativiti,
mengawal perasaan, mengawal perilaku seksual dan kemampuan bahasa secara umum. Lobus
Parietal berada di tengah, berhubungan dengan proses sensor perasaan seperti tekanan,
sentuhan dan rasa sakit. Lobus Temporal pula berada di bahagian bawah otak besar yang
berhubungan dengan kemampuan pendengaran, pemaknaan informasi dan bahasa dalam
bentuk suara. Lobus Occipital ada di bahagian yang paling belakang otak besar, Lobus
Occipital pula berhubung dengan rangsangan visual yang memungkinkan manusia mampu
melakukan interpretasi terhadap objek yang ditangkap oleh retina mata.
Selain dipecahkan menjadi empat bahagian lobus, cerebrum otak besar juga boleh
dibahagikan menjadi dua belahan otak iaitu belahan otak bahagian kanan dan belahan otak
bahagian kiri. Kedua-dua belahan itu terhubung oleh kabel-kabel saraf yang berada
dibahagian bawahnya. Secara umum, belahan otak pada bahagian otak kanan akan mengawal
bahagian kiri tubuh, dan belahan pada otak bahagian otak kiri akan mengawal bahagian
kanan tubuh. Setiap bahagian otak kanak dan otak kiri mempunyai fungsi tersendiri. Otak
kanan terlibat dalam kreativiti dan kemampuan artistik. Manakala otak kiri untuk logika dan
pikiran secara rasional.



Cerebellum (Otak kecil)
Cerebellum adalah bahagian yang terbesar dari otak belakang. Cerebelum menempati
fosa kranialis posterior dan diatapi oleh tentorium-serebeli, yang merupakan lipatan dura
mater yang memisahkannya dart lobus oksipitalis serebri. Rongga ventrikel keempat
memisahkan serebelum dari pons dan medula oblongata. Sebuah celah yang dalam
memisahkan serebelum menjadi dua hemisfer, hemisfer kiri dan kanan; dan ke dalam celah
itulah falks serebeli, yang merupakan sebuah lipatan dura mater. Susunan substansi kelabu
dan putih pada serebelum sama seperti susunan yang terdapat pada cerebrum, iaitu dengan
substansi kelabu berada di permukaan. Permukaan itu berbukit-bukit dan berlipat-lipat
didalam belitan. Fisura diantara tumpukan-tumpukan pada serebelum sangat rapat diantara
satu sama lain dibandingkan dengan sulkus pada korteks cerebrum.
Cerebelum juga mempunyai hubungan dengan berbagai-bagai bahagian sistem yang
lain didalam sistem persarafan. Tetapi hubungannya yang terutama adalah dengan hemisfera
cerebrum pada sisi yang lain dan dengan batang otak. Selain itu, cerebelum akan menerima
fungsi dengan sumsum tulang belakang dan berhubungan dengan pusat-pusat refleks
penglihatan pada atas otak tengah (diensefalon), dengan talamus, serta dengan serabut-
serabut saraf pendengaran. Fungsi serebelum adalah mengatur sikap dan aktivitas sikap
badan. Serebelum berperanan penting dalam koordinasi otot dan menjaga keseimbangan. Bila
serabut kortiko-spinal yang melintas dari korteks cerebrum ke sumsum tulang belakang yang
mengalami penyilangan, dan dengan demikian yang mengendalikan gerakan bahagian lain
pada tubuh, ini akan memberi kesan pada tubuh badan. Dengan kata lain, serebelum adalah
berfungsi untuk menambah kawalan yang dibantu oleh inpu-input lain.
Kecederan yang berlaku pada cerebelum juga akan mengakibatkan gangguan pada
sikap dan tonus pada otot. Hal ini dapat dilihat pada gerakan yang berlaku pada diri sangat
tidak terkordinasi. Seorang pesakit yang menderita gangguan tersebut mungkin tidak sanggup
memasukkan makanan ke dalam mulutnya sendiri, dan bahkan akan mengotori mukanya
akibat makanan yang terkeluar. Manakala jika berjalan pula pesakit akan terombang-ambing
dan cenderung jatuh ke arah sisi badan yang mendapat kecederaan. Semua gerakan sedar
pada diri dan otot-otot anggota badan akan menjadi lemah, dan cara percakapan pun juga
akan menjadi lambat.


Ganglion Basal
Ganglion basal adalah terdiri daripada satu kumpulan nucleus yang terletak jauh
didalam batang otak depan. Ganglion basal terdiri dari Kaudat, globus, palidus, dan putamen.
Dua lagi kawasan di kawasan tengah otak iaitu nucleus subtalamus, dan substantia nigra juga
terlibat didalm fungsi ini. Dua bahagian yang akhir tadi juga dikenali sebagai nucleus
lentiform, manakal kaudat da putamen akan membentuk neostriatum. Struktur-struktur
tersebut bersama-sama dengan serebelum dan juga segala laluan-laluan yang berkaitan yang
dikenali sebagai sistem motor ekstrapiraamidal.
Hubung kaitan didalam ganglion basal bergitu kompleks dan hubung kait ini perlu
diketahui bagi memahami fungsi normal dan patologi sistem ini. Laluan aferen utam ke
ganglion basal berasal daripada korteks serebrum, nucleus instralaminar dibahagian talamus
dan substantia nigra dibahagian otak tengah. Laluan daripada korteks menerima input
daripada kedua-dua sisi korteks sensorimotor dan dari kawasan-kawasan korteks lain pada
sisi yang sama.
Kebanyakan input ke ganglion basal dari bahagian-bahagian otak yang lain sampai ke
striatum yang terdiri daripada nucleus kaudat dan putamen. Laluan eferen utama ganglion
basal bermula daripada striatum dan membentuk hubungan dua hala diantara kedua-dua
struktur ini. Selain itu, terdapat juga eferen dari globus palidus ke nucleus ventrolateral di
thalamus dan juga ke bentukan reticular batang otak.
Walaupun, ganglion basal dan nucleus saling berkaitan, termasuk nucleus subkorteks,
diesefalon dan batang otak, membentuk satu sistem yang belum dapat difahami sepenuhnya.
Namun gejala-gejala gangguan yang berlaku pada ganglion basal khususnya dapat
menggambarkan bahawa struktur berkenaan terlibat dalam perancangan dan pengawasan
pergerakan secara kompleks. Contoh penyakit yang akibat gangguan galian basal ialah seperti
parkinsonisme.